Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

ANGKA 36 DAN 63

Dilaporkan nama Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam kertas pendakwaan saman sivil Jabatan Kehakiman AS yang bertujuan menyita hartanah dan aset berkaitan wang 1MDB yang dicuri.
Walaupun tidak sukar meneka siapa sebenarnya Malaysian Official 1 itu, tetapi dengan sebutan sebanyak 36 kali ia juga menunjukkan peranan Malaysian Official 1 itu begitu meluas dalam skandal 1MDB.
Cuma, orang berkenaan agaknya masih malu untuk memperkenalkan dirinya secara rasmi atau mungkin juga beliau mahu menunggu Jabatan Kehakiman AS dan FBI sendiri mendedahkannya suatu hari nanti.
Jika kita menonton siri-siri penyiasatan Hollywood di televisyen, adalah perkara biasa nama mereka yang sedang disiasat FBI tidak disebut namanya secara langsung. Hanya setelah ditahan atau ada pertuduhan, barulah nama yang sebenar disebut.
Jadi, kita harus menunggu lagi untuk mengetahuinya.
Semalam pula, ada seseorang menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 63 di Seri Perdana. Adakah orang yang disebut namanya 36 kali dengan orang yang menyambut hari kelahiran ke 63 merupakan  orang yang sama?
Mungkinkah hanya kebetulan atau barangkali Tuhan sengaja memunculkan angka 36 dan 63 itu dalam tempoh yang yang tidak jauh berbeza untuk kita memikirkannya?
Tidak seperti tahun lalu di mana ulangtahun orang berkenaan ada majlis potong kek dan nyanyian lagu Happy Birthday bagai, tahun ini ia sebaliknya diadakan dengan sembahyang berjemaah, mengadakan majlis agama dan berdoa.
Biasalah kan…
Dalam doa memohon restu kepada Tuhan yang dibacakan Pak Imam malam semalam, berapa kali agaknya nama orang berkenaan disebut untuk diaminkan?
36 atau 63? (SH 24/07/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

48 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
48
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x