Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KENAPA ZAHID MASIH NAK GUNA TAKTIK LAMA TUN M?

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, UMNO dan BN tidak tergugat dengan hasrat Tun Mahathir Mohamad mahu menubuhkan parti politik baru kerana akan menggunakan taktik yang pernah digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu untuk melawannya.
“Orang yang mahu menubuhkan parti berkenaan ketika menjadi pemimpin suatu ketika dahulu juga mengambil tindakan yang sama terhadap musuh-musuh politiknya, jadi atas ilmu politik yang pernah diajar itu, kami akan laksanakannya balik,” kata Zahid lagi.
Sekali imbas, hujah Zahid itu menampakkan seolah-olah UMNO dan BN memang sudah sedia untuk berlawan dengan Tun Mahathir yang akan menubuhkan parti dan gabungan barunya tidak lama lagi.
Tetapi, tindakan beliau itu turut menampakkan UMNO dan BN tidak ada strategi serta pendekatan baru yang tersendiri untuk berhadapan dengan Tun Mahathir.
Kenapa taktik lama Tun Mahathir juga yang mahu digunakan?
Adakah UMNO dan BN benar-benar tidak ada taktik baru?
Mampukan UMNO dan BN memenangi “peperangan” berlawan dengan Tun Mahathir sedangkan taktik lama Tun Mahathir juga yang akan digunakan?
Tidakkah dengan menggunapakai taktik lama Tun Mahathir, ia bukan saja mungkin tidak sesuai lagi untuk buat masa kini, bahkan turut memberi kelebihan kepada bekas Perdana Menteri itu sendiri untuk mematahkannya kembali?
Jika taktik lama itu berjaya dipatahkan kembali oleh Tun Mahathir, apa pula taktik lain yang akan digunakan selepas itu?
Atau Zahid sebenarnya mahu Najib tewas lebih awal dalam “peperangan”  dengan Tun Mahathir ini? (SH 16/07/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

45 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
45
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x