SELEPAS WUJUD GABUNGAN BAHARU, MASANYA UNTUK PAS MEMILIH PENDIRIAN

Segala-galanya kini menjadi semakin terang dan nyata. Beberapa rumusan yang dicapai dalam blok pembangkang di pertemuan yang diadakan  di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam mengesahkan lagi  harapan perubahan yang selama ini begitu ditunggu-tunggu.
Antaranya keputusan itu ialah:-
– sebuah parti politik baharu untuk menyaingi UMNO bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Tidak penting sama ada Tun Mahathir menjadi penerajunya atau tidak, tetapi beliau akan menjadi penggerak penting ke arah kejayaannya.
– gabungan pakatan pembangkang melibatkan empat parti iaitu parti politik baharu inisiatif Tun Mahathir yang bakal ditubuhkan, PKR, DAP dan Amanah akan menjadi pesaing BN dalam pilihanraya umum akan datang.
– setuju untuk mengenepikan sebarang perbezaan demi menjayakan pertandingan satu lawan satu menentang BN. Dalam erti kata lain, mengalahkan BN adalah juga bertujuan untuk menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
– masih menganggap Pas berada dalam blok pembangkang dan bersetuju dengan idea genjatan senjata yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selagi Pas juga tidak menyerang mereka.
Dengan keputusan-keputusan tersebut, antara yang penting selepas ini ialah perlunya Pas membuat keputusan tentang pilihan yang seharusnya mereka ambil dalam pilihanraya umum akan datang.
Dengan adanya gabungan baharu ini, Pas tidak relevan lagi untuk terus bersendirian dan tidak memihak kepada mana-mana gabungan sepertimana yang ingin dilakukannya sekarang. 
Bertanding bersendirian hanya menampilkan Pas sebagai pengacau semata-mata.
Tidak mustahil pula dengan terus bersendirian akan membuatkan Pas terus terpencil, diketepikan dan mati di tengah-tengah, umpama kancil yang tersepit apabila gajah sama gajah mula bertarung.
Ia kini harus memilih sama ada untuk bersama dengan gabungan baharu itu atau bersama dengan BN. Tetapi sudah tentu, jika memilih bersendirian akan dianggap sebagai pengacau, bersama UMNO dan BN pula akan menyebabkan wibawa dan kredibiliti Pas menjadi lebih buruk di mata umum berikutan dalam apa hujah sekali pun, Najib yang memimpin UMNO, BN dan kerajaan kini tidak mempunyai sebarang alasan moral lagi untuk terus dipertahankan.
Isu  lain yang mungkin terus menjadi masalah dalam gabungan baharu pembangkang nanti ialah berkaitan Anwar Ibrahim. Walaupun PKR secara nyata ingin bekerjasama dengan Tun Mahathir, blok Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PKR masih lagi bersikap dingin terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Tetapi Tun Mahathir jelas sudah menyatakan secara terbuka bahawa beliau kini tidak bermasalah lagi dengan Anwar, malah menyatakan pemenjaraan bekas Timbalan Perdana Menteri sekarang ini adalah disebabkan oleh Najib.
Jika dalam waktu terdekat ini, satu pertemuan antara Tun Mahathir dengan Dr Wan Azizah dapat diadakan, segala kekusutan itu pasti diselesaikan dan akan menyebabkan PKR tidak lagi dilihat berbelah bagi dalam pendiriannya.
Untuk lebih meyakinkan, berdasarkan beberapa kejutan dalam tindakan Tun Mahathir untuk menyingkirkan Najib, lebih menarik jika beliau dapat sekali hadir di mahkamah untuk bertemu, bercakap sepatah dua kata dan kemudian berpeluk-pelukan dengan Anwar Ibrahim kemudiannya.
Dalam keadaan sekarang, bukan saja Tun Mahathir memerlukan sokongan Anwar, bahkan keluarga Anwar juga semestinya sedar bahawa hanya dengan menyingkirkan Najib saja peluang pembebasannya lebih cerah dijadikan kenyataan.
Kesimpulannya, melalui gerakan Tun Mahathir bersama Pakatan Harapan semalam, hanya memerlukan beberapa penambahbaikan kecil saja lagi sebelum cahaya perubahan benar-benar menampilkan sinar cahayanya yang terang lagi benderang. (SH 15/07/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:40 pm
Subscribe
Notify of
guest

40 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Heri Budiman
Heri Budiman
11 August 2016 5:36 am

Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah… Read more »

Zhuge Liang
Zhuge Liang
16 July 2016 8:03 pm

Soalnya betul ke HAdYAWANG ni ulama kerna sifat ulama seharusnya mulia dan dimuliakan. Ini hari-hari dicerca, dikutuk kaw2… bukan sebab netizen benci title ulama (kami sayang sgt2) tapi kami belajar dari kisah iblis yang bongkak pd kejadian adam a.s yang kini sifat bongkak tadi ada pada sebahagian besar pimpinan Pas.. Itu sebab kenapa kami susah nak mengandaikan tuan2 sebagai pewaris nabi… tolong la sedar diri… dan untuk kebaikan ummat ada baiknya dato' TITM keluar Pas dan bersama kami… supaya ra'yat dapat melihat sisi hitam Pas dan faham kenapa kami seakan membenci pertubuhan yg pernah satu ketika amat kami sanjungi.Dan kenapa… Read more »

Zhuge Liang
Zhuge Liang
16 July 2016 7:59 pm

Soalnya betul ke HAdYAWANG ni ulama kerna sifat ulama seharusnya mulia dan dimuliakan. Ini hari-hari dicerca, dikutuk kaw2… bukan sebab netizen benci title ulama (kami sayang sgt2) tapi kami belajar dari kisah iblis yang bongkak pd kejadian adam a.s yang kini sifat bongkak tadi ada pada sebahagian besar pimpinan Pas.. Itu sebab kenapa kami susah nak mengandaikan tuan2 sebagai pewaris nabi… tolong la sedar diri… dan untuk kebaikan ummat ada baiknya dato' TITM keluar Pas dan bersama kami… supaya ra'yat dapat melihat sisi hitam Pas dan faham kenapa kami seakan membenci pertubuhan yg pernah satu ketika amat kami sanjungi.Dan kenapa… Read more »

Pen Kendi
Pen Kendi
16 July 2016 2:59 am

Anon – 22.59

Sayang kamu tak nampak masa depan yang sukar rakyat Malaysia akan tempuhi akibat 1MDB ni.
1. kembali hak rakyat bukan kuasa individual.
2. kuasa kembali kepada badan exclusive – Hakim, Audit Negara, BNM, Polis, Tentera dan pentabiran. Bukan dikuasai oleh pihak politik berkepentingan.
3. Dubarkan kuasa politik keatas perniagaan…

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 2:59 pm

Pas tak tedesak,yg tedesak tu madey..tedesak nak slamatkan mukriz..prk lepas pun leh nampak pengundi da mula nyampah dgn pakatan,tu pasal undi pas lg byk dr pan..jgn lupa undi pkr dulu pun dr undi org2 pas dan dap..pkr sbenarnye parti hantu,mesy agung pun tak dapat penuh stgh dewan..kelantan pasti kekal pas wlu tidak bersama pakatan,tp tanpa pas,nasib dap dan pkr dan slangor dan penang blum tau lg..wan jijah pulak takkan ler sewenang2nye nak bg madey hijack..madey pulak takkan punya leh terima klu parti dia tanding skit kerusi..akan ada 2-3 kapten tak rasmi dlm 1 kapal ..pastinye akan betelagah berebut kosi..tengok kan… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 1:04 pm

PAS tersepit… taknak ikut pakatan, pasti masuk longkang nt pru14… nak masuk pula rasa malu, hahaaa… habislah ko past…

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 1:04 pm

tak kan kemana pun parti baru mahade ni
tak ramai ahli amno yang ikut dia lagi
sebab utama dia dah tak ada kuasa perintah
jangan tertipu denagn langkah siasah dia
tengok parti baru tu jadi ke tak jadi
dulu dia cakap kalau tak setuju ngan amno jangan tubuh parti baru
lani dia pulak ynag kalut
dah mula nyanyok sikit sikit

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 12:37 pm

Setelah diDajjalkan oleh UMNO si Tiga Bedul….TGHA…TGHD…Nik Aduhhhh…bolehkah PAS tukar kiblat semula? Selagi ketiga Bedul ni berkuasa, yang lain dalam PAS akan mampus dengan sendirinya! Maaf bahasa kesat dan kasau ni.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 9:59 am

HIDUP TUAN SHAHBUDIN !! TERUSKAN MENGKRITIK MEMBINA BANGSA NEGARA TERCINTA INI…

NordinabilaH
NordinabilaH
15 July 2016 9:11 am

Hidup Ybhg Tun Hidup Anwar PKR Hidup Lim Kit Siang Dap Hidup Mat Sabu Amanah dan peyokong Pakatan Pembangkag pastikan Bn dan Umno tumbang pru 14 aaammmiiinn

NordinabilaH
NordinabilaH
15 July 2016 8:52 am

Hidup Ybhg Tun Hidup Anwar PKR Hidup Lim Kit Siang Dap Hidup Mat Sabu Amanah dan peyokong Pakatan Pembangkag pastikan Bn dan Umno tumbang pru 14 aaammmiiinn

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:42 am

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi berkata parti itu tidak terburu-buru sama ada menyertai gabungan pembangkang yang diumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan semalam. Namun beliau tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan itu, dan berkata ia akan dibincangkan secara terperinci dalam pelbagai peringkat kepimpinan PAS. “PAS ada jawatankuasa politik, pusat dan Majlis Syura Ulama. Jawatankuasa Pusat (lihat secara) umum, jawatankuasa politik lihat dari segi strategi dan Majlis Syura Ulama dari segi batas sempadan Islam,” katanya menjawab soalan pemberita selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Terengganu pagi tadi. Ahli Parlimen Marang itu berkata PAS setakat ini komited dengan kerjasama “blok… Read more »

Joe Harry
Joe Harry
15 July 2016 8:29 am

Satu pencapaian yang baik. Harap ada persafahaman supaya parti disemenanjung tidak menjadi pemecah undi disabah dan sarawak. Semoga pru14 ini, hanya satu lawan satu disetiap parlimen dan dun.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:23 am

Wahai anakku,Apabila pengadil memberikan sepakan penalti, seluruh penyokong, pemain dan pegawai bersorak keriangan. Lebih gembira apabila pemain utama yang banyak menghasilkan gol sepanjang lega ditugaskan mengambil penalti tersebut. Suasana seluruh stadium dan kaca TV tertumpu kepada sepakan.Dunia jadi senyap sepi. Tumpuan hanya satu. Di saat ini pesakit akan lupa sakitnya, si miskin akan lupa kepapaannya, si kaya akan lupa kekayaannya.Sepakan dibuat… Bila mana sepakan penalti tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, suasana terus berubah. Yang tadinya gembira bertukar menjadi kecewa dan sedih. Yang tadinya bimbang bertukar menjadi riang. Pujian bertukar menjadi cercaan dan kutukan. Cerita gembira beralih kepada cerita dukacita.… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:21 am

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Musfafa Ali mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menyalah tafsir kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang. Beliau berkata, kerjasama politik boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan tidak semestinya PAS perlu menyertai Pakatan Harapan. "PAS tidak akan masuk Pakatan Harapan tetapi dalam waktu yang sama PAS menjalinkan kerjasama dengan PKR iaitu salah satu anggota Pakatan Harapan. Tetapi dalam kepala orang di luar sana kerjasama ini bererti masuk Pakatan Harapan. Ini tidak betul," katanya kepada Harakahdaily. Apa yang penting, tegasnya pembangkang perlu memastikan kerjasama terutama soal strategi yang… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:17 am

peserta demontrasi berkumpul di luar Komtar untuk menuntut peletakan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung dakwaan rasuahnya. Ketua kumpulan itu, Ahmad Yakqub Nazri berkata slogan CAT oleh kerajaan negeri bukan lagi bermaksud 'cekap, bertanggungjawab dan telus', tetapi bermaksud 'capati, apom dan tosai' (makanan India). Beliau berkata kumpulan itu diwakili oleh individu dari semua kaum yang mahu melihat Lim berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008. Ahmad Yakqub berkata kumpulan itu akan mengadakan protes sama di masa depan. Mereka juga membawa kain rentang yang antara lain mempersoalkan slogan CAT oleh kerajaan negeri. Lim mengaku tidak bersalah dan menyifatkan… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:13 am

Wakil masyarakat sivil yang menghadiri mesyuarat semalam bersama Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa mereka tidak akan menyokong pembangkang yang berpecah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin.

"Wakil-wakil NGO dan ahli-ahli politik yang menghadiri mesyuarat itu berkeras bahawa perlu ada gencatan senjata dan dialog di kalangan parti-parti pembangkang

"NGO memberi amaran mereka tidak akan menyokong pembangkang dalam pertembungan pelbagai penjuru. Mereka menegaskan mahu pertandingan satu lawan satu dengan BN," tulis Kadir dalam blognya hari ini.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 8:00 am

Hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu semata-mata untuk memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri hanya akan memecah-belahkan pembangkang. Penganalisis politik, Tan Ah Chai ketika ditemu bual oleh China Press, berpendapat, sebagai parti baharu, ia tidak boleh mensasarkan perdana menteri sahaja malahan ia perlu memikirkan bagaimana bentuk kerjasama dengan pembangkang bagi mencapai impian untuk mengambil alih kuasa daripada BN. "Deklarasi Rakyat yang diasaskan oleh Tun M sendiri jelas menunjukkan ia tidak memiliki sokongan yang ramai seperti yang dijangkakan. Walaupun ada sokongan daripada Pakatan Harapan dan pertubuhan bukan kerajaan, namun ia tidak… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:40 am

bersemangat nak balik undi
kalau tidak aku tak mau balik sebab tak mau bg undi lagi kat umno bn dan tak sanggup nak undi pas
tp jika ph bertanding di kwsn aku
mmg aku balik

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:38 am

Save malaysia first….lain lain hal boleh bincang secara persendirian….kalu hal pribadi pon nK bawak masok politik, tak payah lerrrrr, sampai bila pon tak boleh tumbangkan BN….ikut contoh Tun, tak hirau pon pasal pertahankan kedudukan mukhriz sebagai MB, dia tau risiko terhadap mukhriz, tapi dia lanyak masok gear 5 jugak.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:37 am

Ingat lagiku, Tuan Shahbudin ketika kempen parti2 pembangkang langsung dengan hebat pada PRU 13, betapa pahit si Anwar menyindirkan Dr.Mahathir: Dia riak bertanya di himpunan rusuhan mereka itu agak bila Dr. Mahathir mahu balik ke rahmatullah?

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:10 am

blog yang rajin update buat visitor tak bosan. Good work admin.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 3:45 am

Pemimpin pembangkang perlu bersedia berpolitik tanpa kehadiran parti PIS dalam pakatan mereka. Ini disebabkan beberapa pemimpin parti itu termasuk presiden nya suka main tarik tali. Bila dirasa diri mereka kuat, direntak saja tali yang digenggam tapi jika keadaannya lemah mereka berdolak-dalik mengendurkan tegangan tali….. Perangai seumpama itu tidak boleh dijadikan setia kawan kerana ketika masa kuat dia boleh bunuh kawan. Memang undi melayu akan berpecah mengikut parti mana yang mereka suka dan percaya tanpa mempedulikan apa yang dikempen oleh penceramah dari Pakatan Harapan. Namun, perlu diingatkan…. Sebahagian besar orang Melayu itu adalah bebal, bodoh, bangang, hipokrit. Maka mereka perlu dilayan… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 3:00 am

Namun, tindakan Hadi memenuhi kehendak Sultan dari sebaliknya membantah baginda tidak diterima dengan baik oleh DAP dan PKR. Mereka mahu mencabar Sultan dan memaksa baginda untuk bersetuju dengan kemahuan Pakatan Rakyat. Tapi Hadi telah memberi penyelesaian kepada Sultan yang telah mengelakkan satu konfrontasi dengan Istana. Hadi berasal dari Terengganu, satu negeri dimana Sultan boleh mengarahkan polis mengiringi anda keluar dari negeri itu dan menahan anda jika and cuba masuk kembali ke negeri tersebut (yang mana pernah berlaku sebelumnya di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor). Anwar dan Lim Guang Eng, pula, berasal dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai Sultan, jadi mereka… Read more »

abrarmujahideen
abrarmujahideen
15 July 2016 3:18 am
Reply to  Anonymous

Mengkhianati Agong camner???

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 3:31 am
Reply to  Anonymous

orang sibok nak halau najib dia ini sibok nak buat cerita prono

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 2:59 am

Satu lagi isu adalah Selangor. Bila saya timbulkan isu Selangor, Anwar merungut tentang Menteri Besar Khalid Ibrahim. Dia degil, tidak dengar nasihat, dan mempunyai ego yang besar, kata Anwar. “Jadinya, mengapa tidak buang sahaja dia dan gantikan dengan Azmin Ali?” kata saya. (Saya malah menulis mengenainya dalam 2010). Anwar tidak memberi jawapan dalam 2010 bila saya tanya beliau mengenainya. Kemudian, dalam 2013, beliau melantik Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu penggal lagi daripada menggantikannya dengan Azmin. Kemudian, tiga bulan selepas itu, beliau memulakan komplot Gerakan Kajang untuk menendang Khalid keluar dan apabila beliau tidak dapat menumbangkan Khalid, beliau cuba menjadikan… Read more »

abrarmujahideen
abrarmujahideen
15 July 2016 3:17 am
Reply to  Anonymous

Ceh

roslan othman
roslan othman
15 July 2016 3:30 am
Reply to  Anonymous

apa ini mimpi atau mengigau siang hari…

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 5:41 am
Reply to  Anonymous

Tulis panjang2..apa yg kau nak cerita ni..mcm barua pas aja..pas ni makhluk 2 alam..jgn bagi muka..bahaya

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:44 am
Reply to  Anonymous

Asyik kecek-kecek, cari makan-makan, main-main politik,… dalam bab ugama. Usuluddin mu sampai ke mana?

roslan othman
roslan othman
15 July 2016 2:51 am

Sdr budin,Saya bersetuju dengan tertubuhnya parti baru dan satu badan gagasan pembangkang dengan syarat : 1.Wajib dengan jelas dan ikhlas matlamat perjuangan gagasan ini tidak harus setakat menjatuhkan najib tapi wajib menyingkir semua pemimpin pemimpin kerajaan sekarang dalam UMNO/BN yang sudah rosak yang tidak berguna kepada rakyat malaysia. 2.Skop perjuangan tidak hanya setakat kepada PERKAUMAN dan AGAMA kerana kedua dua entiti ini iaitu hak melayu dan agama islam telah dipelihara dan termaktub dalam perlembagaan yang amat sukar dan tak boleh nak diubah sekiranya masih dibenarkan kedua dua isu ini dimainkan maka akan berulanglah penipuan dan kongkongan atas minda melayu dan… Read more »

E AH
E AH
15 July 2016 2:50 am
Anonymous
Anonymous
15 July 2016 2:48 am

Ahli jawatankuasa pusat parti PAN, Mazlan Aliman pernah berkata terdapat perbincangan dalam parti untuk mencadangkan mengenai pelantikan ini ke seluruh pimpinan Pakatan Harapan. "Kita telah bersetuju untuk memilih Muhyiddin sebagai ketua pembangkang yang baharu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman di penjara. "Beliau mempunyai pengalaman dan akan menguatkan kita" katanya dalam sidang akhbar di Southern Chinese Press Club 1 Julai lalu. Pengerusi PAN Johor Aminolhuda Hassan menyokong kenyataan Mazlan Aliman dengan berkata Muhyiddin adalah musuh yang menggerunkan apabila beliau bersama Umno dan percaya bahawa pihak pembangkang harus berkerjasama dengannya dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN). "Apabila beliau menjadi… Read more »

roslan othman
roslan othman
15 July 2016 3:23 am
Reply to  Anonymous

Itu kata kamu anon 10.48 ,serta cuma pandangan mereka yang nak buat spekulasi sebenarnya TS muhyidin tak la berminat minat nak berebut rebut jadi ketua pembangkang malah tiada siapa pun bagi cadangan secara jelas. Dap pun sedar diri mereka hanya mampu bertanding di 50 kerusi majoriti cina macam mana nak jadi boss dalam pakatan pembangkang apatah lagi nak rebut jawatan PEE MMM. malah tak mampu pun nak ubah perlembagaan yang termaktub hak melayu dan hak resmi agama islam kecuali la : Majoriti MP melayu mungkin semua MP melayu terlalu kebulur dan teruja nak PM cina atau rakyat terutama majoriti pengundi… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 6:40 am
Reply to  Anonymous

Cukuplah hang! Jangan dok asyik cerita pasal guru Sang Takfir pemecah masyarakat Melayu itu. Biar dia pegi sekongkol dengan ahjibgor menelan dedak sudahlah oi…….

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 2:46 am

PAS sedia berpakat dengan mana-mana pihak yang setia dan dapat mengikut acuan parti itu demi menegakkan Islam, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kenyataan beliau itu muncul sehari selepas gesaan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang melakukan 'genjatan senjata' bagi menentang BN. "PAS terus sedia berpakat dengan semua pihak dan tidak akan bersama dengan sesiapa sahaja yang tidak setia dan bersedia bersama acuan PAS, berpandukan konsep yang ditunjuk oleh Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dengan memetik ayat-ayat al-Quran, Hadi mengingatkan bahawa matlamat PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam masyarakat dan negara. "PAS wajib… Read more »

roslan othman
roslan othman
15 July 2016 3:09 am
Reply to  Anonymous

Sudah la Anon 10.46 sampai bila nak menipu orang melayu islam dengan guna kitab allah swt dan agama islam ,ya la depan orang melayu kata kehandak alquran belakang melayu boleh baik dengan najib ,dengar sini baik baik ,kalau nak memperkasakan hukum syariah sepatut nya pada tahun 1988 Hadi Awang buat tuntutan diparlimen macam dia buat pada bulan jun lepas ,kerana pada tahun 1988 dibawah pemerintahn Tun M perlembagaan telah dipinda agar makamah syariah dikuasa tersendiri melebihi kuasa makamah sivil dimana makamah sivil tiada kuasa atas sebarang justifikasi makamah syariah bermakna makamah syariah dan undang undung syariah diasing dari sivil dan… Read more »

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 4:06 am
Reply to  Anonymous

Jangan ambil pedulilah kat parti jahiliah pop yeh yeh ni. Mampuih pi kat depa lah.

Anonymous
Anonymous
15 July 2016 7:14 am
Reply to  Anonymous

hai tak cukup lagi ke dedak kamu hari nih??? dah cukup 10 posting ker??? ker nak lebih?? tamak laaa pulak….10 posting dah laaa sehari…dah 20 hinggit dah…