Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TUN, TERUSLAH BERJUANG!!

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang ke-91. Dalam usia bonus yang dinikmatinya sekarang, tidak lain yang diharapkan selain doa agar beliau terus diberi kesihatan yang baik oleh Tuhan.
Jauh di depannya, masih ada perjuangan murni yang sedang dan ingin dilakukannya, di sebalik caci maki, dihina dan dicerca oleh golongan yang tidak mengenal erti budi.
Dulu, selama 22 tahun beliau membina dan menjulang nama negara di mata dunia.
Kini, dalam usia melewati 91 tahun, perjuangan Tun Mahathir ialah menyelamatkan Malaysia daripada terus rosak dan binasa.
Moga Tuhan mendengar suara hati dan memakbulkan doa rakyat yang benci kemungkaran, rasuah, penyelewengan dan penyonglapan serta ingin Malaysia ini diselamatkan.
Tak terbayangkan betapa meriahnya mereka jika tiada kelibat dan suara  membantah Tun Mahathir pada tika dan saat ini. 
Teruslah berjuang Tun – kebenaran pasti akan muncul akhirnya. (SH 10/07/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

68 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
68
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x