Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

KENAPA PERLU TAKUT DENGAN DERMA YANG DITERIMA GUAN ENG?

Berikutan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, tidak cukup dengan mendesaknya agar meletakkan jawatan, pemimpin UMNO dan BN juga mengecam usaha DAP mengumpul sumbangan orangramai bagi menampung wang jaminan RM1 juta yang dikenakan keatasnya.
Selain ada yang mengatakan Guan Eng seharusnya menggunakan wang sendiri untuk membayar wang jaminan itu, seorang Ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina Merican pula menyifatkan kutipan derma itu sebagai membebankan orangramai.
Di mana anaknya Reezal belajar kutipan derma sebagai membebankan orangramai?
Derma adalah sumbangan yang dibuat dengan seikhlas hati, ia boleh diberikan  dan boleh juga tidak dilakukan. Tiada paksaan kepada sesiapa untuk wajib atau mesti melakukannya.
Hanya mereka yang mampu, berkeupayaan dan ada keikhlasan saja akan menderma, sebaliknya yang tidak berkemampuan dan tiada keikhlasan, tidak perlu berbuat demikian.
Jadi, di mana logiknya sumbangan itu sebagai membebankan sedangkan orangramai sentiasa diberikan pilihan untuk menyumbang atau tidak?
Lagi pula, orang yang sedia menghulurkan derma kerana ada lebihan wang dalam poket, ia bukanlah suatu bentuk bebanan bagi mereka.
Sekali lagi, di mana datangnya ada yang terbeban apabila menderma?
Dan berikutan sumbangan lebih RM1 juta dapat dikumpulkan hanya dalam tempoh 21 jam, ia jelas membuktikan lebih ramai yang ikhlas hati untuk menghulurkan sumbangan serta sama sekali tidak terbeban dengan huluran yang mereka lakukan.
Reezal juga dipetik sebagai berkata, beberapa pemimpin BN yang didakwa di mahkamah tidak pula mengutip sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan mereka.
Hahaha…ini lagi hujah yang kelakar!
Sebagaimana yang ditulis sebelum ini, jika pemimpin UMNO dan BN cuba untuk mendapatkan sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan atas kesalahan rasuah yang mereka hadapi, cubalah lakukannya dan lihatlah apa yang akan mereka perolehi.
Wang tunai atau maki hamun?
Jika pemimpin BN yang dituduh rasuah dan perlu membayar wang jaminan, bukan mereka tidak mahu mengutip sumbangan orangramai berkaitan dengannya, tetapi kerana mereka tahu apa hasil yang akan diperolehi jika cuba melakukannya.
Sebab itulah tidak ada yang berani melakukannya.
Pokoknya, kenapa pemimpin UMNO dan BN  serta orang seperti Reezal Merican perlu takut dengan sumbangan orangramai yang diterima Guan Eng itu?
Asalkan ia tidak melanggar undang-undang, adalah menjadi hak DAP untuk melakukannya.
Apakah kerana derma yang diterima daripada orangramai itu begitu mendapat sambutan, maka UMNO dan BN mula bimbang kesan sebaliknya kepada mereka berikutan pendakwaan yang dilakukan kepada Guan Eng itu?
Dalam waktu yang sama, meskipun wang jaminan RM1 juta akan dipulangkan suatu hari nanti, wang yang dikutip daripada derma orangramai  itu juga boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain untuk kepentingan bersama atau jika ada pemimpin-pemimpin lain dihadapkan ke mahkamah dan perlu wang jaminan yang tinggi, sama seperti yang dihadapi oleh Guan Eng.
Seperti kata Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP hanya ada orangramai dan bukannya kerabat Diraja Arab Saudi untuk menghulurkan derma kepada mereka. (SH 03/07/2016).

72 responses to “KENAPA PERLU TAKUT DENGAN DERMA YANG DITERIMA GUAN ENG?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *