Month: July 2016

APA PERLU DILAKUKAN KEPADA UMNO?

Kata Tun Mahathir Mohamad, parti yang bakal ditubuhkannya akan dibarisi pemimpin baharu yang mampu menukar cara perjuangan UMNO yang ketika ini dipimpin oleh Najib Razak. Hari ini dasar perjuangan UMNO hanya untuk tentukan Najib tidak dihadapkan ke mahkamah, ujar beliau. Muhyiddin Yassin pula mengumpamakan UMNO ibarat sebuah kereta rosak yang tidak boleh diperbaiki lagi. Bila […]

BAGAIMANA UNTUK BERITAHU ORANG KAMPUNG MENGENAI SKANDAL 1MDB DALAM BAHASA PALING MUDAH?

Muhyiddin Yassin bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR bagi mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan mengenai skandal 1MDB dalam bahasa paling mudah kepada orangramai. Persetujuan itu diumumkan dalam suatu sidang akhbar di Subang Jaya pada tengahari Sabtu dengan dihadiri Muhyiddin sendiri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin PKR. Menurut Muhyiddin, […]

MENGAPA BARU SEKARANG KJ BERSUARA?

Semalam, Najib Razak memberitahu tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Gabenor Bank Negara, Dr Zeti Akhtar Aziz adalah atas kapasiti peribadinya. Kata beliau, sesiapa jua yang mempunyai maklumat atas sesuatu perkara berhak untuk berbuat […]

NAJIB TAK FAHAM ATAU CUBA NAK PERDAYA MAKCIK FELDA?

Agak menjengkelkan mendengar reaksi terbaru Najib Razak mengenai saman sivil yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita harta-harta bernilai RM4,000 juta yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang telah dilencongkan. Setelah reaksi pertamanya menyatakan kerajaan sedia memberi kerjasama berhubung saman sivil itu dan kemudian mahukan semua yang dinamakan, termasuk anak tirinya Riza Aziz, membersihkan […]

SPRM BARU?

Seorang pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, DZulkifli Ahmad dikatakan bakal dinamakan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bagi menggantikan Abu Kassim Mohamed. Namanya dikatakan sudah dibentangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu lalu. Jawatan Dzulkifli dalam Jabatan Peguam Negara ialah Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara. Peguam Negara sekarang ialah Apandi Ali yang dilantik secara mengejut […]

INILAH HEBATNYA MAT MASLAN….

Hahaha….inilah sebenarnya salah satu kejayaan besar Ahmad Maslan yang kini mengetuai Biro IT UMNO dan bertanggungjawab khusus mengepalai pasukan media sosial untuk mempertahankan Najib Razak. Dulu semasa beliau menjadi Ketua Penerangan UMNO, memang hari-hari kerjanya memberi kenyataan di media. Asal ada isu, adalah kedengaran suaranya.  Yang paling popular ialah  jamiman dan keyakinannya bahawa harga barangan […]

KENAPA KJ ENGGAN MENGULAS?

Sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal atas talian, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilaporkan enggan memberikan sebarang komen berhubung tindakan naibnya, Khairul Azwan Harun yang membuat laporan polis terhadap tiga Tan Sri yang didakwa berkonspirasi mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Najib Razak. Beliau dikatakan memberi isyarat demikian dengan bergegas meninggalkan majlis selepas menghadiri sebuah program di […]

PERLUKAH MUKHRIZ TERUS BERCAKAP SEPERTI INI?

– Tun Mahathir Mohamad sudah mengumumkan penubuhan sebuah parti baru dan ia sedang dalam proses akhir penubuhannya. – Kerjasama dengan Pakatan Harapan juga sudah diumumkan dan beberapa perjumpaan antara Tun Mahathir dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana kerap kali telah dilangsungkan. – Semua parti dalam Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah telah […]

JIKA NAJIB TIADA RASA MALU, TIDAK MALUKAH KITA TERUS BERKETUAKANNYA?

Dua orang rakan baru balik dari luar negara. Seorang berada di Jakarta dan seorang lagi di London  ketika Jabatan Kehakiman AS membuat pengumuman untuk menyita harta-harta berkaitan  wang 1MDB yang dipercayai telah diselewengkan. Mereka hanya menonton berita mengenai perkara itu melalui televisyen di bilik hotel masing-masing. Apabila kedua-duanya turun ke lobi hotel tidak lama kemudian […]

MADAH BERHELAH PEMUDA UMNO

Semalam, dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dilihat tidak menyatakan dengan jelas pendirian sayap kanan parti itu sama ada menyokong dan mempertahankan Najib Razak atau tidak. Sebaliknya,  beliau hanya mengatakan Pergerakan Pemuda UMNO mahukan kebenaran, sambil berharap kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB dapat […]

DUA TUGAS UTAMA YANG MENANTI NAJIB

Dalam waktu yang terdekat ini, di sebalik ada yang masih tertanya-tanya dan ada juga yang sudah membuat laporan polis, tugas utama Najib Razak ialah membuat pengesahan secara terbuka, jujur serta ikhlas mengenai siapakah Malaysian Official 1 yang sebenarnya. Biar pun Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan dan sebahagian besar yang lain tanpa ragu-rayu […]

DIA YANG KALUT, DIA PULAK YANG MENYERU BERSABAR…

Entah gerangan apa, tiba-tiba saja Salleh Said Keruak meminta semua pihak agar bersabar, kurangkan bercakap serta tidak membuat pelbagai andaian sehingga proses berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB, benar-benar selesai. Kata beliau, sementara menunggu proses itu, rakyat hendaklah bersabar dan tidak asyik bercakap atau membuat pelbagai andaian mengenainya. Peguam […]

BERSIHKAN NAMA? KENAPA NAJIB TAK MINTA SAMA MALAYSIAN OFFICIAL 1 BERSIHKAN NAMANYA?

Berdepan asakan berterusan terhadap imej dan wibawanya sebagai Perdana Menteri berikutan tindakan hak perlucutan sivil yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS, Najib Razak meninta mereka yang disebut dalam kertas mahkamah itu agar segera membersihkan nama mereka. Pada  masa yang sama, beliau mahu juga individu-individu tersebut bertanggungjawab atas tindakan yang  mereka lakukan. Kerajaan berpegang kepada prinsip […]

1MDB AUTOMATIK MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI SEBAGAI NEGARA PENCURI

Tidak semena-mena perkataan kleptokrasi tiba-tiba popular dan menjadi sebutan ramai di sebalik tindakan menggemparkan dunia yang diambil oleh Jabatan Kehakiman AS mahu menyita harta-harta yang dikaitkan dengan 1MDB. Menurut kenyataan yang dibacakan oleh Peguam Negara AS, tindakan menyita harta-harta berjumlah kira-kira RM4,000 juta berkaitan 1MDB yang dilakukannya adalah di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptokrasi. […]

ANGKA 36 DAN 63

Dilaporkan nama Malaysian Official 1 disebut sebanyak 36 kali dalam kertas pendakwaan saman sivil Jabatan Kehakiman AS yang bertujuan menyita hartanah dan aset berkaitan wang 1MDB yang dicuri. Walaupun tidak sukar meneka siapa sebenarnya Malaysian Official 1 itu, tetapi dengan sebutan sebanyak 36 kali ia juga menunjukkan peranan Malaysian Official 1 itu begitu meluas dalam […]

GANDINGAN ZAHID DAN KJ MAMPU SINGKIRKAN NAJIB, TAPI…..

Jika ditinjau secara mendalam ke lubuk hati sebahagian besar ahli dan pimpinan UMNO, mereka juga sebenarnya mulai bimbang dan celaru berikutan tindakan penyitaan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap harta dan aset yang dikaitkan dengan wang 1MDB yang dicuri. Walaupun hanya Amerika dan Singapura yang sudah memulakan penyitaan setakat ini, harus jangan dilupa bahawa Switzerland, United […]

MAMPUKAH NAJIB MENJADI SEPERTI ERDOGAN?

Dalam percubaan menghiburkan hati dan mengubati duka lara Najib Razak berikutan saman penyitaan hartanah dan aset berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan oleh Jabatan Kehakiman AS, Salleh Said Keruak memberitahu bahawa Perdana Menteri itu mempunyai ramai penyokong yang masih meyakini kepimpinannya, tetapi berdiam diri. Memberikan kata-kata ucapan sempena hari jadi Najib, beliau berkata, terdapat ramai rakyat […]

#BeStrongPM – KATA2 PERANGSANG YANG MEMANG SESUAI BUAT NAJIB

Di sebalik penyokong dan penjilat Najib Razak mengatakan tindakan Jabatan Kehakiman AS membuat penyitaan harta yang menggemparkan dunia berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan Perdana Menteri, dalam masa yang sama muncul pula kempen #BeStrongPM di media-media sosial. Jika tidak ada kena-mengena, kenapa diminta Najib agar menjadi kuat atau tabah? Dalam masa yang sama, kempen solidariti […]

PENCERAHAN PEGUAM MENGENAI SAMAN SIVIL JABATAN KEHAKIMAN AS

Beberapa pemimpin UMNO nampaknya cuba meyakinkan rakyat atau barangkali juga percubaan mententeramkan diri sendiri bahawa tindakan penyitaan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS terhadap hartanah dan aset yang dipercayai berkaitan kecurian wang 1MDB hanyalah saman sivil dan bukannya saman jenayah. Mereka seolah-olah merasakan saman sivil itu bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan berbanding saman jenayah. Najib […]