DAKWALAH 1,000 ORANG SEKALIPUN, TIDAK TERTEGAK KEADILAN SELAGI NAJIB BEBAS MERDEKA

Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan.
Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri.
Atas kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, kenapakah sedikit penghormatan tidak boleh diberikan kepadanya dengan sekadar memintanya hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan tanpa perlu bermalam di lokap SPRM?
Kedua, pasukan pendakwaan seramai enam orang diketuai sendiri oleh Peguam Negara, Apandi Ali.
Ketiga, jaminan yang agak besar iaitu sebanyak RM1 juta bersama seorang penjamin dikenakan ke atas Lim Gun Eng.
Keempat, penglibatan Peguam Negara mengetuai pasukan pendakwaan dan jumlah jaminan yang dikenakan seperti tidak sepadan dengan kes iaitu hanya berkaitan pembelian banglo yang bernilai RM2.8 juta dan pertukaran status sebidang tanah.
Ia secara nyata jauh lebih kecil, bukan saja berbanding RM42 juta yang diterima Najib Razak daripada SRC International, tetapi juga daripada RM2,600 juta atau mengikut dakwaan WSJ RM4,200 juta yang masuk ke akaun peribadi Najib, yang kemudian kesnya tidak diteruskan dengan pendakwaan, malah diarahkan dihenti penyiasatannya oleh Peguam Negara.
Tindakan membesar-besarkan penangkapan, jumlah jaminan dan Peguam Negara sendiri mengetuai pendakwaan, bukan saja memperlihatkan dengan jelas sebagai bermotif politik untuk melemahkan Pakatan Harapan, bahkan juga untuk mengalihkan perhatian kepada skandal kewangan berskala besar yang melibatkan Najib dan 1MDB yang sedang diperkatakan di seluruh dan disiasat oleh sekurang-kurangnya tujuh negara.
Ia juga bertujuan untuk menjadikannya kelihatan besar dan begitu serius kesalahannya di mata umum.
Hanya dengan membesar-besarkan segala apa yang boleh diperbesarkan, barulah ia diharapkan mampu menutup apa yang diperkatakan ramai mengenai Najib selama ini.
Tetapi, seperti yang pernah disebut oleh Tun Mahathir, jika dulu rasuah berlaku secara sorok-sorok dan dibawah meja, sebaliknya di era Najib ini ia sudah terang-terangan berlaku di atas meja.
Sebab itu, dalam kes SRC International, selain Najib tidak dikenakan apa-apa pertuduhan walaupun mengakui menerima wang tersebut, dua pengarahnya iaitu Nik Faisal Arif Kamil dan Suboh Md Yassin, turut juga terlepas begitu saja.
Kedua-duanya bukan saja hilang melarikan diri atau dihilangkan ke luar negara, bahkan masih dikekalkan sebagai pengarah SRC International sehingga kini.
Berbanding dalam kes Lim Guan Eng di mana Peguam Negara mengetuai pendakwaan, beliau sebaliknya menjadi hakim dalam kes melibatkan Najib dengan mengarahkan ia ditutup dan dihentikan penyiasatan.
Pendeknya, apa yang berlaku melibatkan Najib, 1MDB dan kaitan kedua-duanya dengan Najib jauh lebih besar dan mengancam negara berbanding kes Lim Guan Eng yang tidak melibatkan kerugian kepada penjual banglo tersebut.
Jika tidak cukup besar, mana pernah sebuah syarikat milik kerajaan sampai disiasat oleh tujuh buah negara dan menyebabkan sebuah cawangan bank yang berusia ratusan tahun ditutup akhirnya di Singapura.
Membesar-besarkan nyiru kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai skandal yang lebih besar dan sudah berbau ke seluruh dunia. Malah jika 1,000 orang sekali pun didakwa dan dihadapkan ke mahkamah serta diperbesar-besarkan seperti kes Ketua Menteri Pulau Pinang itu,  keadilan tetap tersembunyi selagi Najib bebas lepas dan merdeka seperti sekarang. (SH 30/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:40 pm
Subscribe
Notify of
guest

59 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
1 July 2016 3:52 am

Budin apa kata engkau dan barua barua kau kat sini buat satu lagi kempen surat "deklarasi cacat akal" sampai 10 juta kali ni. Data peribadi rakyat senang aje nak beli kan? Lepas tu boleh hantar kat Agong supaya dia lepaskan LGE. Bukan kah ini suatu Idea yang bernas? Oh jangan lupa ajak Tun Mahathir sekali. Nanti kecik hati pula orang tua tu.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 5:01 am
Reply to  Anonymous

Ko dgn usry barua penjilat mem badak da mkn taik atau haid badak komen korang stim sendiri.meluat da komen bajingan pro badak rasuah birkin.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 6:44 am
Reply to  Anonymous

Jing Projibo yang menyamar sebagai Khalid Samad,

Kau tak dapat jawab pun berbagai yang di tanya dek rakyat. Paling penting nya bila Najib nak saman WSJ dll. Anti-jub dah kata banyak Selasa dah berlepas masih belom saman jugak.

Sekurang kurang nya kau kata lah Najib hilang bola, takut di paksa ke kotak saksi di tanya bertalu talu berborai lagi skandal dia No. 2,3,4.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 7:59 am
Reply to  Anonymous

Tukar khalid semut ka samun ka kbab ka tpi jgn samad.beliau one of the best n respect#khalidsamad

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 9:14 am
Reply to  Anonymous

Oh yeah? one of the best? Says who? Says you?

But you don't count. You can't even count.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 12:19 pm
Reply to  Anonymous

Anon1714 ko ingat ko cakap mat salleh bole kelentong ka.otak ko pun ta le fikir.yes one of the best bcoz he is not corrupted like who ever u compare with the present regime.he could easily betray p.h to be an b.n friendly so he doednt eat dedak like u.i can comment here as an individual and its my opinion and i stand by it.so do u have a problem dedak badak.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 2:11 am

en shah kita.. kat johor tu tak ada ker tanah kerajaan yang dijual? rasanya ada ..kita kat johor dah jadi menang sorak kampung tergadai.. mampu tengok aja

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:28 am

Masa Anwar kena tuduh di mahkamah kerana kes Liwat I dulu,Tok Guru Haji Hadi tulis buku bab Qazf pertahankan Anwar berdasarkan prinsip undang2 jinayah Islam. Lepas dibebaskan kali pertama,Anwar kena pulak sekali lagi! Masa LGE mula2 kena siasat kerana kes banglonya,Tok Guru Haji Hadi pemimpin pertama yang kata dia tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Masa DAP nak diharamkan sebelum PRU13,Tok Guru tawarkan DAP bertanding guna logo PAS.Masa krisis MB Selangor hasil dari Langkah Kejang,Tok Guru tanpa berbelah bagi beri sokongan kepada Azmin sebagai MB walaupun Tok Guru boleh ambik kesempatan dgn lebihan kerusi yang ada pada PAS di… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:59 am
Reply to  Anonymous

Apa tu tahaluf siyasi? Dari mana Awang kutip dalil yang membolehkan bekerjasama dengan Kristian Zionis? Dia tak sayang pada orang Palestin ke? Cakap tidak serupa bikin…

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 6:54 am
Reply to  Anonymous

Pagi Jumaat pukul 9 dah khutbah berjela jela. Nasib tak berterusan salepas sembahayang Jumaat.

Ada yang cakap pasak hidupkan semula Pakatan Rakyat. Dah basi lah, Mamat Wan Zaiduddin. Dah bersepai PR, tinggal Pan tat aje sekarang.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:23 am

Asssalamualaikum,,,Menjemput untuk berbuka puasa, kemudian duduk menghadap makanan sambil menunggu waktu berbuka dan meningggalkan majlis sambil sendawa kekenyangan itu dakwah kepada pemimpin DAP? rasanya tidak, sebaliknya majlis sebegitu lebih kepada majlis untuk bersuka ria, berseronok sambil menjamu makanan percuma kerana majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian uslub dakwah tidak begitu halnya. Pertamanya majlis berbuka puasa itu sendiri perlu serdehana dan makan makan di majlis itu juga serderhana di mana mukmin yang hadir turut berbondong bondong untuk menunaikan solat fardu maghrib selepas berbuka.Mukmin yang hadir tidak sesekali akan over eating kerana kelaparan dan turut dikongsi bersama kafir DAP yang hadir,yang patut… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:16 am

Hari ini Timbalan Presiden PKR mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak melangkaui sempadan salahguna kuasa apabila memulakan dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Sehubungan itu, Azmin menggesa pembangkang yang berpecah-belah untuk merapatkan barisan. Katanya “Pembangkang kini perlu bersatu dan kekal fokus kepada perjuangan tunggal kita". “Kini masanya untuk kita mengenepikan prejudis dan perbezaan pada masa lalu dan kembali mengatur langkah bersama", katanya lagi. “Kita wajib membulatkan muafakat, jauh lebih teguh dari sebelum ini, dan bersama membina blok pembangkang yang kuat untuk pilihan raya umum akan datang.” “Ia sudah dapat dijangka apabila mengambil kira kempen… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 6:50 am
Reply to  Anonymous

Panjang sangat kamu khutbah, Mamat.

Boleh dapatkan Najib di ganti, tapai taidak boleh UMNO/BN di buat demikian.

Ha nya jika Najib tak di ganti sehingga PRU14, pada masa itu nak jahanam ke UMN?BN, lantak lah.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:07 am

Hidupkan kembali Pakatan Rakyat (PR) jika PAS, DAP dan PKR tidak mahu serahkan Selangor kepada Umno Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), cadang ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi. Ujar Sallehen mengadakan kembali persefahaman antara tiga parti itu adalah cara paling berkesan untuk parti pembangkang mengelakkan berlakunya pertandingan tiga penjuru seterusnya mendepani Umno BN secara tuntas. "Kita boleh kembali balik pada tahun 2008. Wujudkan satu persefahaman dalam politik. Sebab uniknya di Selangor walaupun kita bertengkar di luar (tapi) dalam konteks kerajaan negeri masih lagi ditunjangi tiga parti penting ini. "Tapi itu pun (perlu) lalui satu proses yang akan diputuskan… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:04 am

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan menarik balik semula perkataan kesat yang dikeluarkan terhadap penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada sesi debat terbuka di sini, malam tadi. Pendirian itu dinyatakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, sebentar tadi. Guan Eng berkata, pihaknya tidak akan menarik balik perkataan kesat seperti 'bodoh' dan 'samseng' yang digunakan Exco Kerja Raya, Pengangkutan Awam dan Utiliti negeri, Lim Hock Seng pada sesi debat berkenaan. "Tak payah cakap lagi (mengenai penggunaan kata kesat pada sesi debat terbuka). Kita ada perkara lebih besar yang perlu difikirkan,"… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 1:01 am

Pagi tadi ada kawan saya bertanya, tak ulas ke mengenai isu Lim Guan Eng (maksud penangkapannya)? Nak ulas juga, tapi dah ramai yang mengulas sehingga ramai pula menjadi hakim sebelum lagi pembicaaraan bermula. Lim Guang Eng menegaskan kedua-dua pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kanun Keseksaan kerana perbuatan rasuah adalah jelas penganiayaan atau pendakwaan politik yang semata-mata untuk menghancurkan saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang. "Saya lebih rela mati daripada hidup melutut", mengakhiri kenyataan rasminya selepas dia ditahan semalaman oleh pihak SPRM. Dalam isu LGE, saya berpegang kepada kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 12:57 am

PAS menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih tidak bersalah sehingga dibuktikan kesalahannya oleh mahkamah. “PAS tetap berpegang pada pendirian yang dinyatakan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Guan Eng tidak bersalah sehingga dibuktikan sedemikian,” kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini. “Tuduhan tidak boleh menjadi satu keputusan. Biarlah mahkamah yang membuat keputusan.” Tuan Ibrahim turut mempersoalkan layanan berbeza yang diberikan peguam negara dalam penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan wang RM2.6 bilion membabitkan perdana menteri.“Sehingga hari ini, PAS tetap kesal dengan tindakan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menjadi… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 12:15 am

Betul ke dap yg menyebabkan 13 Mei? Hahaha kena kaji sejarah bro.
Cuba fahami maksud kambing hitam, anda akan dapat jawapan.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 6:59 am
Reply to  Anonymous

Ha nya ultra kiasu ungrateful ingrate Cina Bukit pendatang DAP yang nak coba tulis sejarah baru tak ngaku depa anti-Melayu, anti-Islam, mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei itu.

Baca lah

"13 May 1969: A Tragedy. National Operations Council, October 1969" (boleh di google) dan anda boleh dapat the gory details pun.

NordinabilaH
NordinabilaH
30 June 2016 11:25 pm

Begitulah dia kalau dah pemimpin dah buta mata buta hati hilang pemikiran yg waras nama saja beragama islam yg salah jadi benar yg benar jadi salah semoga diberi balasan keneraka jahanam aaammmiiinnn

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 10:43 pm

Kezaliman demi kezaliman mula melanda Malaysia, maka berhatixlah anda semua diluar sana.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 9:48 pm

Regim UMNO BN sedang menyemai api perkauman ketika ini sebagai taktik untuk meraih undi Melayu. Najib Razak sedang menyalakan bom jangka permusuhan kaum di negara ini sebagai helah agar kaum China membenci Melayu. Penangkapan Lim Guan Eng yang dituduh rasuah jelas bermotifkan politik sedangkan perbuatan Najib menggelapkan dan melesapkan wang negara dan rakyat berbilion Ringgit Malaysia dianggap derma dan perbuatan suci. api perkauman sedang ditiup agar berlaku sentimen perkauman dan pergaduhan kaum di Malaysia dan UMNO BN akan cuba menjadikan juara untuk menyatukan Melayu di bawah pertubuhan paling korap dan rasuah di dunia ini. Awas rakyat Malaysia. Penentangan mati matian… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 11:14 pm
Reply to  Anonymous

Awas. Kamu mirip kpd melanggar Akta Hasutan mengata "sedang menyalakan bom jangka permusuhan kaum di negara ini sebagai helah agar kaum China membenci Melayu." Aku tak suka Najib. Tapi semua rakyat perlu jangan mengipas api pergaduhan kaum. Lim Guan Eng di tangkap dan di dakwa bukan kerana dia Cina tapi kerana dia buat salah, melanggar undang undang. Kamu bunyi seperti orang DAP yang anti-Melayu, anti-Islam dan menyebabkan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Baca Kertas Putih menerangkan Tragedi 13 Mei 1969 itu – boleh di google. Insaf lah, berhemah lah bila berpolitik, elakkan berlaku nya lagi. Takda siapa yang dapat faedah… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 9:38 pm

Malaysia kian menjurus ke arah negara Komunis dan diktator. Kalau anda pemimpin dan penyokong Melayu UMNO BN, menyamun dan merompak sebanyak mana pun, ia adalah derma dan kebajikan. Tapi jika anda China dan menentang Melayu UMNO BN, walau pun anda tidak pun dibuktikan merompak dan mencuri, anda akan dituduh bersalah dan akan disumbat ke lokap dan penjara sekali pun duit yang terlibat hanya 1 sen. Sudah jelas Najib Razak dsedang membawa negara ke arah negara diktator ala Idi Amin. Perompak dan penyamun negara ini mendapat mandat dari sebahagian rakyat Melayu yang bodoh dan bangang bahawa merompak dan mencuri oleh pimpinan… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 11:18 pm
Reply to  Anonymous

Ada baik nya kalau kamu berikan contoh bagi tuduhan tuduhan kamu itu. Lebih senang pembaca menerima tuduhan tuduhan tersebut bila ada contoh contoh yang kukuh.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 4:54 pm

PAS lebih rela rasuah terus menjadi amalan di Malaysia sekiranya hudud tidak dapat dilaksanakan. PAS lebih rela rakyat Malaysia terus hidup susah jika hudud tak dapat dilaksanakan. Bagi PAS hudud adalah segala galanya. Biarlah pemimpin UMNO BN korup dan penyamun bagaimana pun, PAS sedia dan rela terima kalau hudud tak juga dapat dilaksanakan. Dalam kepala hotak pemimpin PAS hanya hudud semata mata seolah2 Allah tidak langsung bertoleransi dan mahu ia dilaksanakan dalam serta merta dan dalam apa keadaan sekali pun. Allah anugerahkan otak kepada setiap manusia tapi pemimpin PAS mengguna kepala lutut dan siku untuk berfikir dan berpolitik. Kerajaan UMNO… Read more »

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 4:45 pm

orang dah tak heran lagi denagn matjib
cuma harap lombu dedak saja lagi
pinjam untuk projek kubau tapi beli kondom
tak salahkah ???

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 4:14 pm

Apa apa isu sekalipun sekarangt,semua itu tidak akan dapat mengalih atau menutup kesalahan serta penyelewengan Najib ….sebab di muka Najib sudah ada trade mark 1mdb….cara Najib berucap sekarang seperti orang yang jiwanya kacau….senyum dalam keresahan…..Dulu semasa di zaman Tun ,jika membaca sejarah serta biografi pemimpin dunia tak pernah terfikir akan wujud klon pasangan marcos and imelda di negara kita….malangnya sekarang memang wujud,umpama mimpi buruk….doakan semoga Allah melindungiTun serta lain lain ….teruskan usaha memberi tekanan supaya Najib terpaksa diundurkan.

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 9:09 am
Reply to  Anonymous

Amin, amin, Ya Rabbal alamin.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 3:12 pm

Selagi Najib menjadi Perdana Menteri,banyak perkara-perkara pelik akan berlaku.

Perkara yang mendatang,entah apa lagi.

Usry
Usry
30 June 2016 2:55 pm

Yang ni saya suka dengar. Baru seronok. Kita tak perlu pada pembangkang yang bercakaran sesama sendiri. Baik bagi BN je menang majoriti dlm PRU 14 nanti, baru semua ada akai.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 3:21 pm
Reply to  Usry

Usry lebih baik suruh GST naik 50% tentu rakyat mcm kamu sokong BN sebab BRIM bagus utk pelincir,harga minyak pun dah naik oii hidup BN hidup ROSMAH liked pungkoq U mcm tu la baru penyokong BN

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 4:32 pm
Reply to  Usry

Percayalah. Jika GST di naikkan 50% pun, BN tetap di sokong! Asalkan, hidup Melayu!! Bangang!!

Lan Jeniang
Lan Jeniang
30 June 2016 2:50 pm

Inilah akibatnya apabila pembangkang berpecah. Senang2 dilaukkan oleh Najib Razak. Percayalah, esok lusa akan tiba giliran PKR dan Pas pula untuk diratah oleh Najib bersama serigala BN

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 2:05 pm

Ada…hang pun salah sorang drp 999 orang tu. Hang nak lari pi mana. Sat lagi depa nak mai kerat kote hang mat awi oiiii

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 2:16 pm
Reply to  Anonymous

Jangan kerat kote dia. Kesian. Kerat bola dia.

Gue
Gue
30 June 2016 2:54 pm
Reply to  Anonymous

Biasanya kalau ada jenazah mau dikebumikan gue perati ada saja kanak2 yg berlari lari, bergelak ketawa, bergurau… semacam mau memecah suasana kemurungan dan hiba dan ada pula orang2 tua menghulur sedikit wang syiling pada anak2 itu.
Contohnya mungkin 'entry' seperti berikut:-

"Alwi Mohd30 June 2016 at 21:42
Mana lagi 999 orang ?
Reply

Anonymous30 June 2016 at 22:05
Ada…hang pun salah sorang drp 999 orang tu. Hang nak lari pi mana. Sat lagi depa nak mai kerat kote hang mat awi oiiii
Reply
Replies

Anonymous30 June 2016 at 22:16
Jangan kerat kote dia. Kesian. Kerat bola dia."

Sekiranya benar pemerhatian gue, soalnya siapakah yg pergi mengadap tuhannya…?

Laguhati
Laguhati
30 June 2016 5:01 pm
Reply to  Anonymous

"Sekiranya benar pemerhatian gue, soalnya siapakah yg pergi mengadap tuhannya…?"

Yang sabar ikhlas serta jujur melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di bumi ini akan tersenyum bahagia di jemput oleh Maha Pencipta dan dikurniakan ganjaran yang setimpal.. manakala yang bongkak sombong degil penipu perampok korup yang kerap menghadap wang sebagai tuhannya maka mereka akan di heret diseret direntap dipaksa diberkas dan dicekup untuk menghadapi keadilan sambil menerima balasan sewajarnya keatas segala tindak tanduk mereka.

Alwi Mohd
Alwi Mohd
30 June 2016 1:42 pm

Mana lagi 999 orang ?

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 1:39 pm

kes Lim Gun Eng tidak akan menutup bangkai gajah? Gajah tuh belom jadi bangkai lagi, Beb. Kita harap2kan amat sesangat jadi bangkai secepat mungkin.

Politik nya le jadi bangkai. Kalau ada sesiapa yang nakkan orang nya jadi bangkai, itu tak tau lah.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 1:35 pm

Aku sokong SPRM ambik tindakan ke atas Tongkang Lim. Yang aku tak sokong ia lah Apandi Peguam Negara yang dulu di katakan tak hiraukan apa yg SPRM rekomen pasal siasatan 1MDB dan RM2.6 bilion (kemudian nya di laporkan RM4.2 bilion) masuk dalam ekaun Najib.

Lagi tak setuju dan tak sokong ia lah Najib. Yang dulu gunakan "tangan ghaib", tukarkan tempat kerja pegawai2 tinggi SPRM dengan serta merta. Terakhir ini, 2 pegawai tertinggi SPRM di katakan di "pressured to resign".

tatang ka
tatang ka
30 June 2016 4:46 pm
Reply to  Anonymous

Ni lagi satu otak udang. Berbau racist. Sebab tu lah najib ketawakan orang yang berfikiran begini.

tatang ka
tatang ka
30 June 2016 4:48 pm
Reply to  Anonymous

Ni lagi satu otak udang. Berbau racist. Sebab tu lah najib ketawakan orang yang berfikiran begini.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 5:09 pm
Reply to  Anonymous

Lama tatangka tak komen welcome back.need positive thinkers like you.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 5:20 pm
Reply to  Anonymous

Pm bila mau dakwa a.g.mcm2 hampa belit abuk pun tada taik mdb merata2

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 9:05 am
Reply to  Anonymous

Komen tatang tu datang dari orang yang nak terbongkang.

Lansong tak coba keluarkan fakta dan hujah bagi pertahankan najib.

Jenis ini yang Najib kata di masa kempen PRU13 dulu sebagai bangang dan hamjadah.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 1:30 pm

Din, betoi apa yg hang kata.
PN tak Ada teloq and tak Ada intergriti.
Patutlah Kena boooo….
Najib and MT umno, laknatullah hampa semua.
Allah Akan membalasnya tak lama lagi …In Sya Allah.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 1:26 pm

Tak setuju. Tak kisah Guan Eng beri kerjasama ke tak masa siasatan. Mana yang perlu, mesti di lakukan dek SPRM dan PDRM.

Penjenayah ada lah penjenayah. Begitu jugak suspek nya. 8 orang Pegawai SPRM "serbu" pejabat nya, tapi harus ingat, DAP jenis yang mencetuskan pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Ramai thugs and gangsters di antara ahli dan penganut nya.

Jadi, 8 orang datang itu ada lah bagi bersedia, kalau ada beberapa penyokong nya yang memikir nak buat hal, depa fikir dua kali bila melihat ada 8 orang pegawai, yang antara nya, rasa nya, bersenjata.

tatang ka
tatang ka
30 June 2016 4:43 pm
Reply to  Anonymous

Patutlah otak mcm kau di tindas oleh umno elite. Bodoh dan mengarut.

Salwah Abdat
Salwah Abdat
30 June 2016 5:28 pm
Reply to  Anonymous

Bodoh dan bonggok punya komen..!!

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 10:54 pm
Reply to  Anonymous

Aku ingat kau ni x faham apa yang Syahbudin nak sampaikam. Guan Eng tu masih pegang jawatan Ketua Menteri masa dia didakwa jadi beliau masih berstatus VVIP yang kena dilayan berdasarkan statusnya iaitu sebagai ketua kerajaan Pulau Pinang. Apabila seseorang masih pegang jawatan besar macam tu orang putih kata still holding an office, kau tak boleh layan dia macam penyangak. Itu salah. Telah melanggar protokol dan istiadat. Itu dah dikira melanggan prosedur how to treat the head of government. Kalau kau tak percaya cakap aku, kau boleh rujuk dekat Bahagian protokol dan istiadat di JPM. Khir Toyo dulu pun tidak… Read more »

Anonymous
Anonymous
1 July 2016 9:32 am
Reply to  Anonymous

tatang dan salwah tu budak kecik. Atau org dewasa tapi pemikiran budak kecik. Kot dia orang yang sama memnyamar, spt benaklah yang di gelar Jing Projibo selalu buat di sana sini.

Tak baca laporan terakhir, Polis blok jalan nak tentukan jangan penganut2 Tokong Lim menjahat dan menggengster bila si Cina Bukit tu di dakwa secara rasmi di mahkamah?

Anonymous
Anonymous
6 July 2016 6:46 am
Reply to  Anonymous

Betulkah DAP yang mencetuskan 13 Mei 1969? Jangan buta sejarah. Kalau arwah Dato' Harun ada, tanya dia.
Pencuri selalunya menjerit dan menuduh orang lain sebagai pencuri.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 1:24 pm

Rasuah tetap rasuah walau siapa pun yg melakukan . Dua2 makan rasuah cuma yg sorang lagi tu belum didakwa. Lambat laun akan kantoi jugak

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 2:52 pm
Reply to  Anonymous

Betul tu bro …setuju sangat. Kita berdoa lak yg satu lagi masuk kedalam sama.

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
30 June 2016 3:11 pm
Reply to  Anonymous

Najiblis tu kan dah kata dia tidak boleh dijalankan.Peguam Negara, Apandir tu hebat betul moral, maruah dan air mukanya. Tiada kemaluan.

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
30 June 2016 3:17 pm
Reply to  Anonymous

SPRM dan buat lebih baik drpd yang sepatutnya iaitu dakwa ketua eksekutif negeri walaupun mereka cuma perlu Siasat Pesalah Rakyat Marhaen saja, bukan Najiblis.

Anonymous
Anonymous
30 June 2016 4:23 pm
Reply to  Anonymous

Benar. Rasuah tetap rasuah.
Tapi kenapa LGE saja yang kena.
Yang lain-lain tu apa cerita?
Bagus juga Najib buat begitu makin
ramai yang menyampah dengan Umno.
Makin mudah ditalqinkan macam Pas.

Anonymous
Anonymous
6 July 2016 6:41 am
Reply to  Anonymous

Betulkah LGE rasuah?