MASIHKAH SPRM DIYAKINI LAGI?

Spekulasi pengunduran Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang kedengaran sejak awal tahun ini akhirnya disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dengan mengatakan ia adalah atas permohonannya sendiri dengan memberi sebulan notis.
Bermakna beliau akan mengundurkan diri bermula 1 Ogos depan.
Bagaimanapun kata Ali Hamsa, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan Pencegahan Rasuah sehingga bersara wajib pada 6 Disember 2020.
Soalnya, apa jawatan dan peranan Abu Kassim di SPRM selepas 1 Ogos 2016 hingga 6 Disember 2020 nanti?
Meskipun SPRM menafikan pengunduran Abu Kassim kerana menerima tekanan daripada mana-mana pihak, namun perkara itu terus menjadi bualan hangat, lebih-lebih lagi penggantinya dilaporkan ialah seorang pegawai kanan dari Jabatan Peguam Negara.
Sebelum ini, Gani Patail juga ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba  sebagai Peguam Negara pada 27 Julai tahun lalu dan digantikan dengan Apandi Ali yang ketika itu salah seorang hakim di Mahkamah Persekutuan.
Gani bagaimanapun terus dikekalkan sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga bersara wajib pada Oktober 2015 lalu.
Dalam hal ini, ramai yang tidak menolak kemungkinan Abu Kassim dan Gani Patail ditekan dengan cara yang berbeza.
Serentak dengan pengunduran Abu Kassim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull turut dilaporkan akan bersara pada bulan depan, manakala tiga panel utama SPRM dibiarkan kosong ssjak beberapa bulan lalu.
Panel Penilaian Operasi dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah tidak diisi sejak 24 Februari lalu, sementara Jawatankuasa Khas Pencegahan Rasuah pula kosong sejak bulan lalu.
Maka, apa jadi dengan SPRM selepas ini?
Apakah rombakan SPRM ini ada kaitan dengan penyiasatannya terhadap 1MDB, derma RM2,600 juta dan dana SRC International sebelum ini yang ditolak untuk dibawa kepada pendakwaan oleh Jabatan Peguam Negara serta diarahkan ditamatkan penyiasatannya?
Apakah dua jawatan tertinggi agensi pencegahan rasuah yang kosong itu akan diisi oleh orang luar SPRM belaka?  
Jika pengganti Abu Kassim dikatakan didatangkan dari Jabatan Peguam Negara, pengganti Mohd Shukri akan dibawa daripada mana pula?
Masih adakah keyakinan masyarakat terhadap SPRM atau mungkinkah nantinya tanggapan umum terhadapnya tidak ubah seperti Jabatan Peguam Negara sekarang ini? (SH 23/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:40 pm
Subscribe
Notify of
guest

24 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
3 July 2016 5:26 pm

Mungkin juga Syarikat Perkongsian Rosmah Mansor

diny yusof
diny yusof
23 June 2016 4:58 pm

SPRM nak jadi apa ???

SPRM nanti jadilah Suruhanjaya Penjilat Ratu Montel !!!!

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:43 pm

Selama ini says sentiasa bersangka baik dengan orang Melayu ISLAM MALAYSIA berkenaan dgn prinsip dan pegangan akidah dan kekuatan iman mereka terhadap ugama yg di banggakan mereka terutama orang orang berdakwah,guru guru ugama,pencermah ugama,ulamak ulamak serta ketua ketua ugama seperti mufti mufti dan begitu jua dgn ketua ketua keselamatan,pertahanan,perundangan,perlembagaan dan cap moho raja raja yg sememangnya saya pasti mereka mereka ini menyembah ALLAH lima kali sehari dan jua amat sepatutnya TAKUT DGN KEKUASAAN ALLAH tapi kebelakangan ini dan sejak 2 menjak ni mereka lebih bersifat TAKUT PADA KUASA MANUSIA DAN KALAU SAYA KATAKAN MEREKA INI BERKEMUNKINAN MENYEMBAH MANUSIA YG BERKUASA… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:39 pm

Jika kita kaki jilat,maka boleh tunggu sampai melebehi 60th walaupun berpenyakit,tetapi bukan kaki jilat mereka akan cari pasal untuk dibuang walaupun anda sihat dan boleh buat kerja dimana usia masih muda.Sekarang ini semua top brass hanya sebagai pion yang menerima arahan.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 2:34 pm
Reply to  Anonymous

Jilat menjilat demi pepaduang Melayu, halal lagi suci.

Ke guaner Din???

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:41 pm

Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyadarinya.

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.

insaflah wahai manusia

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 11:55 am

Pelek juga ya seorang penjawat awam yang merupakan ketua pesuruhjaya MACC boleh pula memohon perletakan jawatanya dengan memberi sebulan notis. Kebiasaan nya notis tiga bulan diperlukan bagi pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya kalau sebulan notis dikenakan dengan membayar balik sebulan gaji. Ini pun dalam kes ingin terus berhenti dari perkhidmatan. Belum pernah lagi dalam sejarah perkhidmatan awam seorang pegawai memohon untuk meletak jawatan sebagai ketua jabatan dengan rela. Yang banyak berlaku adalah mereka yang memohon untuk melanjutkan perkhidmatan selepas umur sara wajib.(60 tahun sekarang)Yang terbaru kes PAT (Panglima Angkatan Tentera). Timbalan timbalan mereka sering menggigit jari bilalah aku nak… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 June 2016 10:56 am
Reply to  Laguhati

Tiada yg pelik zaman skarang… Smua x payah ikut pekeliling @ peraturan….yg aku x ska slalu kacau kna cantas. Yg paling lawak dah brapa kali selasa tp x saman2 pun.klau x salah knapa x saman dan buat press statement.

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 11:49 am

Pelek juga ya seorang penjawat awam yang merupakan ketua pesuruhjaya MACC boleh pula memohon perletakan jawatanya dengan memberi sebulan notis. Kebiasaan nya notis tiga bulan diperlukan bagi pegawai yang telah disahkan dalam jawatannya kalau sebulan notis dikenakan dengan membayar balik sebulan gaji. Ini pun dalam kes ingin terus berhenti dari perkhidmatan. Belum pernah lagi dalam sejarah perkhidmatan awam seorang pegawai memohon untuk meletak jawatan sebagai ketua jabatan dengan rela. Yang banyak berlaku adalah mereka yang memohon untuk melanjutkan perkhidmatan selepas umur sara wajib.(60 tahun sekarang)Yang terbaru kes PAT (Panglima Angkatan Tentera). Timbalan timbalan mereka sering menggigit jari bilalah aku nak… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 11:08 am

Jaga-jaga bilis-bilis sekalian… jerung dah jeling tu… yelah… yang ada kena juga bekerja nanti apa pulak orang 'buta' kata… jerung kompom tak dapat bilis dihidang depan mata… suka hati lah nak buat apa pun labu….

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 11:04 am

Wahhh… dah tak ada apa lagi yang tinggal… yahoooo kepada yang mempunyai kuasa…. selamat bermaharaja lela…. tahniah yerrrrr….. huh.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 9:46 am

Semuanya ini hampeh.

SPRM,PDRM,PAC,Peguam Negara…
Semuanya melindungi lanun-lanun.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:31 pm
Reply to  Anonymous

Jangan nanti nak pergi kejar kes orang curi lembu dikampung…tak malu kah?

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 8:48 am

Menang pun atas PR nak ngaku kerusi PAS. Meroyan x tentu pasal…

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 8:23 am

Bukan kah ini ada kena-mengena dengan "Pegawai Penyiasat" yang mengesahkan kenyataan BNM bahawa pemilik Good Star, iaitu syarikat paling masyhur di sebelah dunia timur sekarang ini, ialah tak lain dan tak bukan Putera Arab Al-Jolo ibni Al-Suka Holywood?Dah jatuh di timpa tangga pula bila tup tup tup Petrosaudi jua berkata perkara yang sama.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 8:04 am

Kenal komisi pemberantasan korupsi(kpk) sprm?antasari azhari dan abraham samad??muhammad nazaruddin,anas urbaningrum,sutan bhatoegana,surya dharma ali mereka ini memegang jawatan dlm parti demokrat susilo bambang yudhoyono tetapi mereka didakwa dan dipenjara harra di sita tetapi di sini sya mcm nak muntah tgk keja sprm.amanah dan integriti???????

abrarmujahideen
abrarmujahideen
23 June 2016 7:49 am

Tinggal sekor ag..musang berbulu ayam

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 7:36 am

Belah lah….menyemak aje

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 6:55 am

Kenapa SPRM tak menyiasat BALAK Kelantan?sedangkan beberapa aduan RESMI telahpun dIHANTAR ,inilah salah satu sebab nya PAS,pARTI aJARAN sONGSANG,SUPPORT UMNO/BN.Sedangkan LGE,hanya bungalow,tak sampaipun 5 juta,hebuh seantaro dunia,sementara,najib, songlap 2.6billion penasihat dedak PAS,membisu 1000 bahasa.

Inilah Parti Ajaran Sesat dan MENYESATKAN.mENGUBAH-UBAH aJARAN AL-QURAN,seSUKA-HATI ,MEREKA,Seperti yg diceritakan dlm alquran Pendita2 /Rabii Yahudi,meminda-mindat ayat-ayat Allah semata-mata untuk kesenangan dunia.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 6:41 am

Percumbuan Pas dan Umno nanti akan melahirkan anak luar nikah.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 8:21 am
Reply to  Anonymous

Galak sekali….lawak…but a reality. Malaysia will sink or Najib and his lackeys….sure a scary scenario!

Nurul Farhah
Nurul Farhah
23 June 2016 6:08 am

Fungsi sprm hanya tangkap pegawai bawahan saja.lebih baik dibubarkan saja. kita Ada 2 undang-undang.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 6:07 am

Dijadikan suku pengampu rosemak mansuh.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 8:00 am
Reply to  Anonymous

Peluang terbaik untuk Parti Lebai menghantar punasihat punasihat untuk mengisi banyak kekosongan dlm SPRM…

Ke guaner Din???