BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI

Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.
Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.
Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna  ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.
Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Bersama pengesahan mengenai Jho Low itu, sekurang-kurangnya tujuh negara juga masih lagi menjalankan siasatan terhadap  1MDB berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram.
Dalam tempoh setahun dua akan datang, pasti banyak lagi berita-berita sensasi mengenai 1MDB yang dihidangkan kepada kita. Di akhir cerita, pasti nama Najib yang menubuhkan 1MDB sukar dielakkan daripada terpalit sama.
Mungkin pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berapa peduli mengenai 1MDB, Jho Low, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, pembelian hartanah oleh anak tiri Perdana Menteri di luar negara dan macam-macam lagi kaitannya dengan syarikat yang berhutang lebih RM50,000 juta itu, tetapi tentunya ramai pengundi PRU 14  nanti yang celik mata mengenainya.
Ini kerana, berbanding pilihanraya kecil yang hanya untuk memilih wakil rakyat atau Ahli Parlimen,  pilihanraya umum adalah memilih kerajaan dan menentukan masa depan. (SH 22/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:40 pm
Subscribe
Notify of
guest

69 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
24 June 2016 5:28 pm

Hi, tengok sini sekejap saya tahu isu 1MDB merupakan satu isu yang sangat hangat dan banyak orang ingin menggunakan isu ini sebagai senjata untuk mengalahkan BN tetapi mereka telah tersalah menggunakan isu. Pada pendapat saya, disebabkan kekurangan wifi atau media alternatif di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak.Isu ini susah nak dijelaskan. Banyak lagi isu yang menunjukkan kelemahan dalam pentadbiran seperti, kelajuan internet, masalah sikap pemandu, kenyataan berbau perkauman dari menteri, halangan memasang parabola Kalau boleh, tangkap gambar dan tunjukkan semua ini kepada pengundi-pengundi.Bukti-bukti yang berlaku dalam kehidupan kita harus dirakamkan dan ditunjukkan kepada mereka. Kita guna slogan " Tolong… Read more »

Salwah Abdat
Salwah Abdat
24 June 2016 6:12 pm
Reply to  Anonymous

Kai pun sama jugak penakut dengan kerajaan banggang betul,, tengok aku tak takut kepada manusia…!!! Berani kerana benar samdol

NordinabilaH
NordinabilaH
23 June 2016 5:27 am

Bukannya pengundi Kk dan Sb tak tahu penyamun penyangak 1Mdb tetapi org Melayu dan umno telah diberi dedak sebab itulah dia menang hai dedak dedak yg enak2 mewah2 disapu oleh penyamun dan penyangak

NordinabilaH
NordinabilaH
23 June 2016 5:27 am

Bukannya pengundi Kk dan Sb tak tahu penyamun penyangak 1Mdb tetapi org Melayu dan umno telah diberi dedak sebab itulah dia menang hai dedak dedak yg enak2 mewah2 disapu oleh penyamun dan penyangak

Geng Mamak
Geng Mamak
23 June 2016 3:37 am

Kes di seberang Tambak sudah cukup untuk mendedahkan apa yang sedang berlaku. Dalam pada iru, kes di sebelah sempadan tidak nampak sangat kemajuannya berbanding dengan Singapura. Kalau benar bukti di Thailand itu memang kukuh, bawalah ke muka pengadilan seperti di Singapura.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 2:45 am

Apa yang kau melalut ni labu????

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:43 am

Mejar Zaidi Ahmad sebelum terdedah mengenai penyelewengan penggunaan dakwat kekal oleh SPR pada PRU-13 adalah ahli biasa PAS. Apabila namanya telah terkenal kes ini dan ada perbezaan pandangan dalam PAS, Mejar Zaidi telah mendaftar sebagai ahli PAN. Dia dilantik sebagi Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang. Itu kelemahan PAS. Macam Isu Datuk Fauzi Abdul Rahman juga telah lama berjinak dan mendekati PAS, tetapi Anwar Ibrahim semasa dia datang ceramah ke Pahang dia kata nak buang air di rumah Datuk Fauzi. Bila dia di sana dia bermalam di situ… Itu satu kehebatan Anwar (Ramai pimpinan PKR sekarang… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:08 am
Reply to  Anonymous

Bagus la dengan analisis kamu tu ,Guang Eng beli Mat Sabu ,Najib beli Eddy Ah Wang.Yang anak syarikat PBA tu tak la betul dan tak tepat kenyataan kamu, PAs pun bukan la boleh harap sangat habis balak kat kelantan pajak dekat cina ,rakyat dapat banjir besar (malapetaka allah),lebih baik la kamu insaf.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:37 am

2) FITNAH TERHADAP BEKAS MENTERI BESAR SELANGOR TAN SRI KHALID IBRAHIM. Melihatkan kerjasama yang baik dengan Tan Sri Khalid, PAS percaya Tan Sri Khalid telah dijadikan mangsa. Dan ianya tidak adil melihat seseorang seperti itu difitnah dan dimalukan – sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Ketika kempen memaksa Khalid meletak jawatan, PKR dan DAP mengeluarkan kenyataan 91 muka surat yang mengandungi tuduhan terhadap Khalid berkenaan segala macam tuduhan salah laku dan rasuah. Tuduhan ini banyak kali diulang di dalam ceramah oleh pemimpin PKR dan DAP di seluruh negeri. Khalid sudah semestinya marah dan telah menyaman malu PKR pada Ogos 2014.… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:34 am

DARI SEKUTU KUAT MENJADI SETERU KETAT … EMPAT PERISTIWA BESAR YANG MENYEBABKAN PAS DAN DAP BERSENGKETA. Oleh : Lim Sian See Satu setengah tahun lepas, PAS merupakan penyokong kuat Pakatan Rakyat yang sudah berkubur sekarang. PAS sentiasa memenuhi janji mereka untuk berpakat dengan PKR dan DAP dan sentiasa menggerakkan jentera mereka yang besar untuk menyokong perhimpunan dan acara anjuran Pakatan. Terima hakikat PAS mungkin bukan yang genius dalam hal berkaitan polisi pembangunan ekonomi tetapi sebagai sebuah parti berlandaskan agama, mereka dilihat sentiasa cuba untuk berpegang dengan prinsip mereka. Jadi, bagaimana kerjasama ini boleh gagal begitu pantas dan mengapa PAS begitu… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:30 am

Pemimpin lebih tahu dan mendalam ilmu politiknya. Sebab itu mereka dilantik, diberi kepercayaan untuk memimpin dan diberi wala’. Kadang-kadang pemimpin ada strategi parti yang tidak perlu dimaklumkan kepada ahli. Kalau dimaklumkan, bukan strategi lagi namanya itu. Jadi tak perlulah kita mengajar dan mendesak pemimpin. Namun izinkan ahli akar umbi memberi sedikit pandangan andai pandangan ini berguna. Secara tepat dan halus memang sukar untuk kita ketahui baik buruk kita bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Mungkin banyak manfaatnya daripada buruknya. Dan mungkin juga banyak buruk daripada baiknya. Hanya Allah sahaja Yang Maha Tahu. Kita tidak mahu keputusan dibuat kerana sentimen atau emosi. Apalagi… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:28 am

Kenyataan media Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepadanya menjadi viral di media sosial. Gesaan Wan Azizah itu juga turut mendapat liputan di portal berita Post Metro dan Bicara News. Kenyataan media Wan Azizah yang dipetik dari Facebook Aboo Muaz adalah seperti berikut : AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah. Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:12 am
Reply to  Anonymous

Semua orang tahu bro dalam PKR geng Nenek kipas sedang bergelut dgn geng Azmin ini la hasil cerita yang kamu tulis biasa la politik melayu bunuh membunuh

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:19 am

Mejar Zaidi bekas ahli PAN yang kini bersama DAP telah menghantar surat terbuka kepada Mat Sabu Presiden parti PAN. Katanya dia nak tulis sudah lama tetapi tunggu sehingga PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar selesai. Mejar Zaidi mempertikaikan penyertaan parti PAN di dua PRK berkenaan dan hanya mengsyorkan PAN hanya bertanding di satu sahaja memandangkan jentera PAN yang lemah. Lagi pun jika berlaku pertembungan 3 penjuru sudah pasti BN akan menang. Mejar Zaidi mengkritik cara PAN mengurus ceramah; Susun atur program penerangan yang agak caca merba. Jika ianya dibuat dengan lebih teratur dan tersusun maka sudah tentu impaknya lebih baik… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:14 am
Reply to  Anonymous

Habis tu apasal mejar mangkok ini tak masok PAS pasal masok DAP kata cina makan babi dan jahat ,ini menunjukan PAS bukan saja busok tapi pengkianat bangsa.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:12 am

PAS sudah serik 'dipermainkan' DAP sepanjang menjalinkan hubungan politik dengan parti itu menerusi Pakatan Rakyat, justeru tidak hairanlah parti Islam berkenaan menolak sebarang cadangan untuk bergabung dengan gagasan politik baru, Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir menambah PAS juga nekad menolak jemputan untuk bergabung dengan Pakatan Harapan kerana gagasan itu turut dianggotai parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN). DAP selama bertahaluf siyasi dengan PAS kerap membangkang agenda perjuangan Islamnya manakala PAN dianggap sebagai pengkhianat selepas keluar daripada PAS dan menubuhkan parti baru, yang mirip wadah perjuangannya. "Tidak mahu pisang berbuah dua… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:18 am
Reply to  Anonymous

Orang sebok pasal Jho low dan Najib yang menyeleweng kamu ini gabra cerita pasal PAS yang nak mampos apa hal ini ,kamu pun lapar dedak ka.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:10 am

Pemuka-pemuka PAN, DAP dan PKR usah nak ugut PAS dengan ancaman kejatuhan Kelantan jika PAS tidak mahu berunding atau bersatu dengan Pakatan Harapan. Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang si kafir laknatullah memang tak tahu sirah dan jatidiri pejuang Islam. Yang Melayu PAN pernah berusrah apa ke bala? Melayu PKR buat tak reti tu, apa cerita? Mereka merancang untuk bertanding 3 penjuru di Kelantan. DAP mahu PAN dan PKR bertanding semua kerusi di Kelantan pada PRU14 nanti. Aku lebih yakin ini bukan sekadar ugutan kepada PAS agar PAS beralah dan menyembah kemahuan mereka. Perancangan ini memang hajat mereka demi… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:09 am

Pas tidak akan berundur walau selangkah untuk menagih simpati daripada blok parti pembangkang (Pakatan Harapan). Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, walaupun kecewa dengan keputusan PRK kawasan Parlimen Sungai Besar, Pas tetap istiqamah meneruskan agenda memperbaiki kerosakan negara dengan pendekatan 'Budaya Politik Matang Sejahtera' (BPMS) sepertimana digagaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya, Pas menghormati keputusan rakyat mengekalkan penguasaan BN di kerusi tersebut namun dalam masa sama, Pas akan tetap sentiasa berusaha memenangi semula hati pengundi secara berhemah dan profesional pada PRU14. "Pas memasuki PRK Sungai Besar secara ‘underdog’, tetapi Pas ditohmah tidak… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:06 am

Kajang Move seterusnya memaksa semua pihak dalam PR untuk terima dan beri sokongan. DAP terpaksa sokong sebab takut kehilangan kuasa di P. Pinang. PAS dipaksa terima DSWA sebagai MB dengan permainan konspirasi IRC-JIM dalam PAS, tetapi Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama melihat tindakan memecat Tan Sri Khalid dari PKR dan sekaligus jawatan MB Selangor sebagai satu bentuk kezaliman. Saifudin dan Rafizi tiba-tiba memaparkan 91 halaman salah laku TSKI. Setahun kemudian baru kita ia adalah FITNAH dari Saifudin dan Rafizi terhadap TSKI. Kemarahan IRC-JIM terhadap TGHH semakin membuak-buak selepas Kedah jatuh ke tangan BN. Lalu kumpulan G18 menubuhkan PASMA pada… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:21 am
Reply to  Anonymous

topik kamu ini tiada kaitan dengan tajuk isu dibincang diblog ini kamu nak sangat bicang isu gila kamu ini lebih baik la masuk harakah ,sini kamu silap kolum dan tiada siapa minat pun.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:35 am
Reply to  Anonymous

Hahaha.. kelakaq!!!

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 1:04 am

Pada tahun 1991, Yb Shaari Sungib dan Dr Dzulkifli Ahmad mengemukakan satu kertas Grand Design kepada Syura IRC berpangkalan di UK di bawah seliaan Ikhwan Alami untuk membenarkan bekas ahli IRC masuk UMNO dan PAS dengan objektif yang jelas: membantu Anwar dalam UMNO mencapi cita-citanya menjadi PM Malaysia dan menguasai UMNO serta menguasai PAS. Dalam kertas kerja tersebut, IRC sebut bahawa IRC tidak percaya kepada ABIM dan IRC akan kuasai UMNO. Lantaran itu, ramai ahli IRC masuk UMNO di ketuai oleh Rahim Ghouse. Dr Dzulkifli masuk PAS tahun 1996 setelah Mujahid mendapat tempat dalam Pemuda PAS. Pada tahun 1998, Anwar… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:30 am
Reply to  Anonymous

jangan la nak pandai pandai buat cerita yang Tun M menghidu konspirasi najib Anuar ,kalau benar memang benar Anuar dan Najib berpakat untuk share kuasa memang patut pun Tun M tentang dan pejatuhkan najib sah mereka dah buat pakatan haram melingkup malaysia ,tengok sekarang apa najib dah buat dengan seleweng dana 1MDB .kalau ada Anuar sah dua dua tak guna, Tun M sekarang bergerak sendirian jangan pandai fitnah kroni yang dok bantu dia semua nya tiada kuasa dan perana kecil dalam umno itu pun dah dipecat. Guna akal sikit

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:55 am

Kami pemimpin tertinggi dalam PAS dan DAP menegaskan bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat berteraskan dasar bersama atau manifesto yang mengikut konsep Negara Berkebajikan PAS dan perjuamgam adil untuk semua oleh DAP, PAS berhak memperjuangkan aqidah dan konsep Negara Islam secara sendiri. DAP juga berhak memperjuangkan Negara Berperlembagaan Parlimen yang tidak sehaluan dengan konsep Negara Islam. Perbezaan diantara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan,kebenaran, intergriti dan demokrasi untuk semua. Oleh itu, Manifesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau tidak menolak hak mana mana bangsa,… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:50 am

PAS berpendapat pembangkang perlu kembali bekerjasama antara satu sama lain bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang sekiranya ingin mengekalkan kerusi masing-masing. Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembangkang perlu mencari mekanisma baru dalam mengekalkan kerjasama, seperti mana dalam Pakatan Rakyat (PR) dahulu bagi memastikan konsep satu lawan satu dapat dicapai. Namun bertegas tidak mahu mengorbankan kerusi PAS bagi memberi laluan kepada parti lain dalam PH untuk bertanding. “Saya tengok ada keperluan, tidak semestinya gabungan. Saya rasa ada mekanisma lain yang perlu dicari. Saya sebut dulu bahawa diantara mekanisma yang boleh PAS terima ialah sepakat untuk satu lawan… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:34 am
Reply to  Anonymous

Sebenarnya PAS wajib terajang keluar Hj Hadi dan Haron Din kerana mereka dah sinonim dengan Najib,kalau tidak PAS akan terkubur.

anon
anon
23 June 2016 12:45 am

dulu waktu umno ada majoriti pemimpin bagus, pembangkang buat cerita tanpa bukti. penyokong umno tak percaya.
sekarang bila majoriti pemimpin umno buat palat, pembangkang bagi bukti jelas pun penyokong umno tak percaya

dah macam cerita pengembala dan serigala

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:37 am

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN) baru-baru ini adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menurut Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam ucapan ceramah ‘Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia’ di Taman Putra Perdana,Puchong, malam tadi. Bekas timbalan perdana menteri itu turut menafikan tuduhan pihak tertentu konon deklarasi bersama Pakatan Harapan (PH) itu adalah untuk menumbangkan kerajaan. “Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!,” kata Muhyiddin… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:29 am

Bapa Perampok Negara. cilakalah kau

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 11:17 pm

10 Julai ni genap usia Tun Dr Mahathir 91 tahun..memang ada sebab mengapa Tun gagahkan diri pada usia tersebut menentang najib razak. Bukan sengketa hal peribadi, Tun pun dah pernah berada di kemuncak & tak hairan pangkat/harta. 1mdb, gst, "derma" meragukan, hidup mewah berlebihan najib..tak siapa berani menentang habis2an kecuali Tun. Kita harus berterima kasih. Tapi, mana perginya panglima yg lain?? Tan sri, datuk seri..yg masih dlm umno tapi tak bersetuju dgn najib tu kenapa tak bantu? Kesian tun..takkan nak perah kudrat tun seorang diri? Kami ni rakyat biasa..kalau bersuara, orang tak dengar. Umno penuh dgn sifat cantas & dengki.… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 10:51 pm

Stakat pakai bukti pengakuan dr informer yg tak mau dinamakan,atau yg ntah wujud ke ntah tidak..mana lah nak menang..pi mlalak sampai ke FBi tp takda bukti kukuh,bwk masuk PaC pun tan seng giaw kata takda salah laku sampai tony chicken pua meroyan..pastu kalah nak ckp org yg tak undi dia bodoh,ko tu yg bodoh sbenarnye..menang kalah adat pertandingan..tak pernah terima kekalahan dgn positif punye mangkuk2 sekalian akan slamanye meroyan tak menang2

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 2:45 am
Reply to  Anonymous

Yang report keseluruhan pssal 1mdb ialah wsj, bloomberg, cnbc , dibaca di seluruh dunia kerana integriti mereka tinggi….bukan macam tv3, utusan, nst, yang dibaca oleh orang kota belud dan kawasan kawasan sekampong dengannya. Laporan wsj ini menang anugerah kewartawanan SOPA. Dan…laporan ini tak pernah dicabar di mahkamah mengenai kesahihan kandungannya oleh mana mans pihak….dan FBI fia orang buat kerja senyap senyap, tak rajin paksi twitter…tubggulah apa FBI cakap nanti. Dia orang lebih pentingkan integriti institusi mereka dari maruah negara kita.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 3:39 am
Reply to  Anonymous

anon 6.51 kepala butt kamu cuba baca laporan PAC sah yang wang RM 14 billion lesap dan ujud isu menipun dalam pentadbiran ,jgn tulis macam duduk dalam jamban ja baca la sikit.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 4:21 am
Reply to  Anonymous

sekarang summer biasanya mereka buat kerja persediaan kes
tunggulah fall nanti

Anonymous
Anonymous
24 June 2016 3:17 am
Reply to  Anonymous

Bak mai la laporan pac kata 14b ilang..klu btul ilang baik tan seng giaw (dia tu DAP) da tentu bekokok sekampung..ingat senang ke nak lesapkan 14b dr ekaun tanpa org tak nampak,lebih2 lg disemak oleh org2 yg tidak pro pada kamu..tolong aa simpan mengap tu skit..ilang 14 juta pun skali kelip ekauntan da bley tau,ko penah blajor basic ekaun ke tidak ?..wsj tak menamakan sumber camne nak saman ? Tp barry wain personally tanpa berselindung berulang kali kata madey rembat 100b dlm buku dia,dan dia cabar mamak saman,tak pulak mamak brani saman.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 8:39 pm

Bukan rakyat sahaja yang terima, BN akan buli semua institusi yang ada di negara ini demi mengekalkan kuasa.Cash is King.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 6:54 pm

Najib wajar diturunkan dan DAP juga wajar dihapuskan. Ini lebih bagus dan kembali aman negara ini. Cina yg menjadi kurang ajar mengajar melayu makan rasuah. Cina yg bawa budaya beri rasuah utk dpt projek. Cina yg bawa budaya pelacuran, berjudi dan menipu. Melayu yg nak cepat kaya dan lemah iman menyerapkan budaya jahat ini merosakkan negara

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 11:24 pm
Reply to  Anonymous

Rasuah tak kira kaum. Zaman sekarang, diorang mintak rasuah terang-terang. Siap cakap tak cukup. Bukan orang offer. Lagi satu, zaman sekarang, ppuan pegang kuasa pun mintak rasuah.

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 5:10 am
Reply to  Anonymous

Kenapa mesti menyalahkan kelemahan kaum sendiri ke atas kaum lain yang nyata berbeza nilai dosa pahala kehidupan. Sekali pun lemah semangat dan tipis iman lebih baik memperkukuh jatidiri dan menebalkan iman daripada menyalahkan orang lain.

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 5:11 am
Reply to  Anonymous

Kenapa mesti menyalahkan kelemahan kaum sendiri ke atas kaum lain yang nyata berbeza nilai dosa pahala kehidupan. Sekali pun lemah semangat dan tipis iman lebih baik memperkukuh jatidiri dan menebalkan iman daripada menyalahkan orang lain.

Anti Fitnah
Anti Fitnah
23 June 2016 3:04 pm
Reply to  Anonymous

Hairan betul. Bila kita rasuah, kita salahkan kaum lain. Bila UMNO menyeleweng, DAP pulak yang harus dihapuskan.
Hebat sungguh pemikiran Melayu kita ni.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 6:08 pm

Bila bagi komen je, tuan2 hentam rakyat cakap bodoh la, tak sensitif la…mcm bagus2 je. Stkt itu usaha anda? Patut la kalah. 2 parlimen (sg besar & kk) bukan pengukur sbnr tahap sokongan rakyat kpd bn. Tak faham lg ke? Dua2 parlimen tu mmg kubu bn. Dah diberi peluang, pembangkang ego berpecah. Masing2 nk tunjuk kuat. Takpe, kat situ pas dpt pengajaran. Kat situ juga amanah test power. Lagi 2 tahun je PRU 14…dulu2 masa anwar belum dipenjarakan, tempoh 2 tahun sblm pru, aktif dgn ceramah pkr, pas & dap. Apa jd skrg? Lesu…malas ke atau kurang dana? Masuk la… Read more »

E AH
E AH
22 June 2016 10:03 pm
Reply to  Anonymous

Setuju

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 11:28 pm
Reply to  Anonymous

Penceramah dah tak laku, muka dah comot dengan dedak….ha ha ha

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 4:52 pm

Rakyat Malaysia yang tidak sensitif atau ambil tahu tentang perkara sebesar dan sepenting ini boleh dianggap sebagai rakyat "bodoh" yang boleh merosakkan negara sendiri. Bagi yang berkepentingan khususnya menteri2, kita tahu sebab mereka bertindak demikian, iaitu kerana kepentingan peribadi. Tapi rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi ini benar benar bengap jika penyelewengan sebesar dan semega ini sukar untuk difahami dan tidak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Golongan ini terlalu mudah dipermainkan kerana saluran TV pemerintah bagaikan "al quran" bagi mereka, apa yang dihidangkan adalah wajib dipercayai.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 5:51 pm
Reply to  Anonymous

Jgn samakan quran dgn saluran tv.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 8:04 pm
Reply to  Anonymous

Apsal pulak? Sedangkan dlm Al Quran pun ada memberitahu bahawa Nabi sendiri menggeluh kerana umat baginda telah meninggalkan Al Quran. (Q25:30).

Itupun kalau tuan rajin baca & faham Al Quran larrr…

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 10:51 pm
Reply to  Anonymous

Anon 04.04..tak payah la bg perumpamaan lebih2. Al quran kitab suci umat islam. Nak pegang pun bdn kena suci, ambik wuduk dulu. Jgn samakan dgn apa2 yg lain.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:16 am
Reply to  Anonymous

Ayat mana ada dalam Quran yg tuan rujuk tu? Benar sungguh ayat Q25:30 iaitu ramai yg telah meninggalkan Al Quran dan merujuk kitab2 rekaan manusia.

Mcm mana badan boleh suci sedangkan perut berisi najis? Yg dimaksudkan membersih diri itu ialah pembersihan mental drp naratif Arab..

Al Quran adalah panduan untuk manusia, kalau baca dalam bahasa Arab dan sepatah haram pun tak faham, macamana boleh dapat panduan drp membacanya?

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 4:45 pm

dah puluhan tahun kena sihir dedak
susah nak diubati lagi
berjangkit kat anak cucu
dedak punay penangan
cuba n cuba

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 4:19 pm

Even with cold hard evidence presented and the party is proven guilty beyond reasonable doubt, they will never ever own up and admit it. Like ever. They will feign ignorance, keep on turning and twisting until everyone lose interest. So what to do? In the end, like that PAC guy once said, everyone just need to cari makan ma..

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 4:10 pm

Rakyat tak ambil kisah pada 1MDB,2MDB,3MDB apa MDB pun.Masa undi,tetap pangkah dacing.

Lanun,perompak,penipu atau apa pun,rakyat peduli apa? Tetap dgn BN.

Bila laaaa rakyat malaysia nak sedar.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 10:52 pm
Reply to  Anonymous

Mengeluh shj tak dapat ubah keadaan

roslan othman
roslan othman
22 June 2016 3:58 pm

Budin,Saya juga sama sependerian dengan tuan,menjelang PRU 14 ,akan ada banyak skandal ,isu akan timbul berkenaan penyelewengan 1MBD ini,malangnya pembangkang sukar mengeksploitasi isu ini secara berkesan dan PAS pula cuba sedaya upaya meremehkan isu ini dengan mengujudkan isu isu yang boleh menipu minda orang melayu dan penyokong tegar mereka agar Najib dan UMNO bukan gejala memburukkan negara tapi blok DAP dan AMANAH pula dilihat mengancam negara walaupun yang menyeleweng wang negara adalah Najib dan kuncu kuncu kapitalis nya . Ini la pengkianat negara sebenarnya iaitu puak puak penyokong najib dalam umno dan pemimpin pas yang rela menipu minda umat islam… Read more »

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:31 am
Reply to  roslan othman

Saya setuju dgn Sdr Roslan. Bukan lagi hanya BN malah PAS akan menyebabkan masalah yang jauh lebih besar kepada mereka yang mahukan reformasi atau perubahan.

Masalah yang paling ketara adalah soal kerusi Parlimen dan DUN yang mana PAS tidak akan bertolak ansur. PAS juga akan bertanding di tempat yang mana PAS akan kalah di bandar-bandar besar yang mana pengundi cina ramai.

Inilah cabaran yang perlu diharungi oleh PH pada PRU14.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 3:34 pm

ini semua takdir tuhan agama terbenar sekali didunia!

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 5:48 pm
Reply to  Anonymous

Orang sibuk pasal politik, kau mabuk komen pasal agama

Porak Den
Porak Den
22 June 2016 3:29 pm

samb.
6- pengundi2 Cina/india di layan serta dilulus serta merta projek2 pembangunan setempat yg menjadi isu kaum Cina selama ini.
7- pengundi2 di Felda – layanan 1st class utk mereka akan menyusul dgn syarat sokongan kuat utk BN.

Porak Den
Porak Den
22 June 2016 3:28 pm

samb.
6- pengundi2 Cina/india di layan serta dilulus serta merta projek2 pembangunan setempat yg menjadi isu kaum Cina selama ini.
7- pengundi2 di Felda – layanan 1st class utk mereka akan menyusul dgn syarat sokongan kuat utk BN.

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 3:25 pm

Doakan sahaja aku menjadi Superman yang mempunyai kuasa seperti dalam movie Marvell, nescaya dalam separuh hari sahaja aku boleh menangani semua pemimpin korup termasuk ketua2 penguatkuasa yang korup di negara ini.

MM Nixsoft System
MM Nixsoft System
22 June 2016 4:58 pm
Reply to  Anonymous

Superman asal dari DC Comic, bukan Marvel Comic, harap maklum.

Anonymous
Anonymous
23 June 2016 12:24 am
Reply to  Anonymous

Setuju, Spiderman dari Marvel Comics. Spiderman pun hebat juga.

Porak Den
Porak Den
22 June 2016 3:21 pm

En Budin, ya saya pun berfikiran mcm itu juga. Tetapi disebabkan mentaliti majoriti pengundi maseh di selubungi asap hitam 'ketakutan' yg menebal, jadi saya percaya BN TETAP meraih kemenangan. Isu2 skandal pemimpin nasional tidak menjadi penting lagi. Yang penting diri sendiri disebabkan 'ketakutan2' yg sengaja di reka2.'Ketakutan2' yg di maksudkan:1- pengundi di kampong2 ditakut2kan dgn kemudahan2/dedak2 akan di tarik sekiranya tdk mengundi BN.2- tnh melayu & keistimewaan bangsa melayu akan terhapus jika mengundi pembangkang @dap.3- pengundi ktgan kerajaan akan diugut, serupa ayat ugutan thn2 praya sebelumnya.4- pengundi2 dikalangan pelajar2 pula akan ditarbiah dgn budi kerajaan berkaitan pemberian ptptn & biasiswa.5-… Read more »

Porak Den
Porak Den
22 June 2016 3:19 pm

En Budin, ya saya pun berfikiran mcm itu juga. Tetapi disebabkan mentaliti majoriti pengundi maseh di selubungi asap hitam 'ketakutan' yg menebal, jadi saya percaya BN TETAP meraih kemenangan. Isu2 skandal pemimpin nasional tidak menjadi penting lagi. Yang penting diri sendiri disebabkan 'ketakutan2' yg sengaja di reka2.'Ketakutan2' yg di maksudkan:1- pengundi di kampong2 ditakut2kan dgn kemudahan2/dedak2 akan di tarik sekiranya tdk mengundi BN.2- tnh melayu & keistimewaan bangsa melayu akan terhapus jika mengundi pembangkang @dap.3- pengundi ktgan kerajaan akan diugut, serupa ayat ugutan thn2 praya sebelumnya.4- pengundi2 dikalangan pelajar2 pula akan ditarbiah dgn budi kerajaan berkaitan pemberian ptptn & biasiswa.5-… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 10:13 pm
Reply to  Porak Den

nanti dia tambah BRIM kita punya mulut kena gam..da..

Anonymous
Anonymous
22 June 2016 11:24 pm
Reply to  Porak Den

Kalau lebai lebai musang berjanggut masih percaya kpd ketua Musibah Dedak Beracun(MDB), apatah lagi rakyat yang jahil dan pendek aqal di kampung kampung….

Ya Allah, selamat kan tanahair kami dari musibah dedak beracun ini.

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 4:44 am
Reply to  Porak Den

Kan PM dah kata Allah merestui kemenangan dia di dua PRK dahulu ! Jadi Allah merestui juga segala apa yang telah dia lakukan selama ini. Bak kata seorang ustaz popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia apa ka!!!"

Laguhati
Laguhati
23 June 2016 5:13 am
Reply to  Porak Den

Kan PM dah kata Allah merestui kemenangan dia di dua PRK dahulu ! Jadi Allah merestui juga segala apa yang telah dia lakukan selama ini. Bak kata seorang ustaz popular "Dia ingat Allah tu pak sedara dia apa ka!!!"