Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

TAKUT DISOAL DI AKHIRAT, SYUKUR KITA ADA PERDANA MENTERI MACAM NAJIB!!

Alhamdulillah…walaupun baru menang selesa di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak tetap merendah diri dan menunjukkan beliau juga sentiasa mengingati hari matinya.
Di Kelantan semalam, beliau berkata, kerajaannya bersikap adil terhadap rakyat negeri itu, meskipun ia bukan ditadbir oleh BN.
Tambah Najib, di sebalik ramai yang mendakwa kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan, hakikatnya peruntukan besar telah disalurkan, khususnya bantuan rumah banjir yang membuktikan keprihatinan kerajaan kepada rakyat negeri itu.
Orang kata Kelantan anak tiri, tapi itu tuduhan tidak benar. BN tetap adil kerana pemimpin perlu bersikap adil, saya tak mahu dipersoal di akhirat nanti, tambahnya lagi.
Sekali lagi, syukur Alhamdulillah kita ada Perdana Menteri yang takutkan hari akhirat macam beliau ini. 
Jamil Khir Baharom, menteri yang jaga agama pun jarang-jarang sebut tentang hari akhirat.
Tetapi adakah bab itu saja yang Najib takut dipersoalkan di akhirat nanti?
Bab-bab lain macam mana?
1MDB, wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya, pembaziran, bermewah, memecat Peguam Negara, menerima wang daripada SRC International dan banyak hal lagi – tak takutkah juga disoal di akhirat nanti? (SH 20/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

70 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
70
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x