Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

NAJIB TERUS MENCABAR MAHATHIR?

Selepas kemenangan membanggakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Najib Razak nampaknya tidak henti-henti melepaskan sindirannya kepada Tun Mahathir Mohamad.
Di Sungai Besar malam semalam, Najib berkata, kemenangan cemerlang BN menunjukkan “Idi Amin Malaysia” tetap popular di hati pengundi.
Hari ini pula, beliau menyifatkan kekerapan bekas Perdana Menteri itu turun berkempen memihak kepada pembangkang lebih menguntungkan BN.
Lagi kerap Tun Mahathir turun, lagi menguntungkan BN, saya harap dia jangan berhenti, turun lagi, kata Najib.
Walaupun berupa sindiran, Najib sebenarnya sedang mencabar Tun Mahathir.
Apakah Tun Mahathir akan menyahut cabaran itu?
Tidak sukar sebenarnya menduga langkah Tun Mahathir seterusnya, lagi pun sudah disebutnya sebelum ini, sama ada BN menang atau kalau di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, usaha menurunkan Najib tetap akan diteruskan sehingga berjaya.
Sama ada lebih kerap turun, terus bercakap atau dalam bentuk bagaimana cabaran itu disahut, sehingga PRU 14 akan datang, Najib pasti merasakan asakan dan serangan Tun Mahathir dengan lebih “menggila” lagi selepas ini. (SH 19/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

52 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
52
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x