Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BERITA GEMBIRA UNTUK PERUBAHAN, TUN M DATANG LAGI KE KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR

Melalui blog ini pada Ahad lalu, saya telah mencadangkan kepada Pakatan Harapan agar berusaha membawa Tun Mahathir Mohamad sekali lagi ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk melakukan kempen pusingan kedua kepada pengundi-pengundi.
Ini berikutan kedatangan kali pertama bekas Perdana Menteri itu dikesan telah mendatangkan impak positif kepada cahaya kemenangan calon Amanah di kedua-dua kerusi tersebut dan sekiranya hadir buat kali kedua, kilauan ke arah itu akan bertambah terang lagi.
Alhamdullah, Tun Mahathir akhirnya sedia turun sekali lagi ke Kuala Kangsar pada hari ini, Khamis 16 Jun dan di Sungai Besar pada Jumaat, 17 Jun.
Di Kuala Kangsar, Tun Mahathir akan menumpukan sasaran menemui pengundi serta hadir dalam program Deklarasi Rakyat di Kampung Melayu Manong  dan kemudian di Kampung Baru Jerlun.
Pada sebelah tengaharinya pula beliau akan menghadiri program bersama pengundi Cina di pekan Kuala Kangsar.  
Di Sungai Besar pada Jumaat, Tun Mahathir akan memulakan programnya bertemu pengundi di pekan Sungai Besar dan menghadiri program bersama pengundi Melayu.
Beliau kemudian akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Simpang Lima, Sungai Besar dan kemudian menghadiri program bersama pengundi Cina di Sekinchan.
Dalam usia 91 tahun, semangat dan perjuangan Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara ini tentunya merupakan sesuatu yang kita kagumi dan mungkin tidak mampu dilakukan oleh sesiapa yang lain.
Semoga kesungguhan Tun Mahathir ini membuahkan hasil yang baik untuk kita semua kerana kepimpinan Najib dan pembaziran Rosmah selama tujuh tahun ini sudah cukup memeritkan 30 juta rakyat Malaysia.
Terima kasih Tun kerana terus gigih berjuang untuk perubahan.  (SH 16/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

85 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
85
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x