Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

BERBANDING ARUL, KENAPA TIDAK DIBAWA ROSMAH DAN RIZA AZIZ SAMA UNTUK BERKEMPEN?

Berikutan isu 1MDB merupakan salah satu topik dalam masyarakat yang dibimbangi menjejaskan peluang BN memenangi pilihanraya kecil Sungai Besar, BN telah membawa Presiden dan CEO syarikat pelaburan itu, Arul Kanda Kandasamy untuk berkempen sama.
Arul menjadi salah seorang jurucakap dalam majlis wacana isu semasa bersama penjawat awam di Sekolah Menengah Pasir Panjang, Sungai Besar pada pagi Rabu.
Kenapa Arul yang didatangkan ke Sungai Besar? 
Bukankah Najib yang menubuhkan 1MDB lebih wajar berdepan dengan rakyat, manakala Arul hanyalah individu yang dibayar gaji untuk menguruskan syarikat itu sahaja?
Selain itu, jika alasan membawa Arul ialah untuk beliau menjawab dengan lebih jelas berkaitan 1MDB, kenapa tidak dibawa Rosmah Mansor dan anak tiri Najib, Riza Aziz untuk datang berkempen sekali?
Tidakkah bermacam isu berkaitan Rosmah dan pemilikan hartanah mewah oleh Riza Aziz turut sama menjadi perhatian rakyat dan barangkali ingin diketahui kebenarannya oleh penjawat awam?
Pemilikan harta Riza itu juga, menurut media antarabangsa, adalah berpunca daripada wang yang dilencongkan milik 1MDB, maka sudah tentu kehadirannya  amat dinanti-nantikan.
Rosmah, jika dibawa berkempen dan dibenarkan ditanyakan soalan, setidak-tidaknya boleh berterus-terang mengenai jet, berapa jumlah dan isi beg yang dibawanya ke lstanbul baru-baru ini serta bermacam-macam isu yang dikaitkan dengannya selama ini.
Lagi pun berbanding Arul, tentunya lebih ramai yang teruja untuk bertanyakan soalan kepada Rosmah dan Riza. Kalau BN  boleh membawa Arul, kenapa tidak Rosmah dan anaknya? (SH 15/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

26 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
26
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x