Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

JIKA RAMLY ZAHARI TERUS TERKILAN, MASIH TERJAMINKAH KEMENANGAN MASTURA?

Ini ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.
UMNO bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.
Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
Beliau turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il  yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.
Pelbagai versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya  “menghalau” balik Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.
Mengapa perkara itu boleh berlaku? 
Adat Melayu mana yang mewajarkan tetamu dalam majlis tahlil diminta beredar oleh ahli keluarga si mati?
Memang dalam pemilihan UMNO 2013 lalu berlaku pertembungan antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, tetapi bukankah semua itu asam garam dalam politik?
Yang bermusuh hanyalah antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari, itu pun hanya berkaitan soal politik, kenapa ia mahu diteruskan lagi oleh keluarga yang masih hidup?
Tidak bolehkah bersikap memaafkan, jika pun ada perkara yang mengguris hari demi memberi ketenangan kepada roh yang berada di alam lain?
Sebelum tidak lagi dipilih bertanding pada pilihanraya 2013 lalu dan kemudian kalah kepada Wan Khair-il bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramli Zahari pernah menjadi Adun Manong sejak 1995 dan dilantik menjadi Exco Negeri Perak selama empat penggal.
Kenapa bekas pemimpin yang pasti masih ada ramai pengikut dilayan sebegitu rupa?
Sudah begitu terjaminkah kemenangan mampu diraih calon BN itu sehingga mahu bermusuh dengan orang lama seperti Ramli Zahari, walaupun majoriti kemenangan suaminya dulu hanya 1,082 undi saja? (SH 14/06/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

31 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
31
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x