Month: June 2016

DAKWALAH 1,000 ORANG SEKALIPUN, TIDAK TERTEGAK KEADILAN SELAGI NAJIB BEBAS MERDEKA

Pendakwaan atas tuduhan rasuah terhadap Lim Guan Eng memperlihatkan beberapa perkara yang di luar daripada kebiasaan. Pertama, walaupun Lim Guan Eng sebelum ini memberi kerjasama penuh ketika siasatan, tetapi beliau tetap diserbu dan ditahan di pejabatnya oleh sekurang-kurangnya oleh lapan orang pegawai SPRM seolah-olah untuk menangkap seorang penjenayah besar yang berpotensi untuk melarikan diri. Atas […]

PENDAKWAAN TERHADAP LIM GUAN ENG LEBIH MENYUBURKAN INGATAN BAGAIMANA NAJIB DISELAMATKAN

Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dihadapkan ke  mahkamah atas dua pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 23 dan Seksyen 165, Akta Pencegahan Rasuah. Tuduhan pertama berkaitan pertukaran status sebidang tanah pertanian kepada kediaman oleh sebuah syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd dan tuduhan kedua berhubung pembelian banglo di bawah harga pasaran. Peguam […]

MAHATHIR LEBIH TOLERANSI BERBANDING NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi disiasat polis berhubung kenyataannya yang menyifatkan Najib Razak sebagai “Idi Amin Malaysia”. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah siasatan polis yang kelapan terhadap Tun Mahathir. Kes ini adalah dibawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana menyamakan Najib dengan Idi Amin, kata […]

TAK KE DAH 'GILA', DIA CADANG MUHYIDDIN DIPECAT, DIA JUGA CADANGKAN BUAT RAYUAN SUPAYA LEBIH DIHORMATI AHLI2 UMNO

Antara pemimpin UMNO yang lantang bersuara agar Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO ialah Fuad Zarkashi yang kalah di Batu Pahat pada pilihanraya 2013, tetapi kemudian diberikan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwa Khas atau Jasa. Pada Mac lalu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata bahawa penyertaan Muhyiddin dan Mukhriz Mahathir […]

"KELAKAR KALAU HARAPKAN NOH OMAR BOLEH TAWAN SEMULA SELANGOR"

Orang yang barangkali paling gembira dengan rombakan kabinet semalam tentunya ialah Noh Omar. Digugurkan selepas pilihanraya 2013 kerana gagal menawan Selangor walaupun bergandingan dengan Najib Razak, hanya dengan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Besar menjadikannya kembali semula sebagai menteri. Sebelum ini, Noh adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, kini beliau dilantik sebagai Menteri […]

YESSS…INI BARU SOLIDARITI, MEMBUNUH PUN ADA RUANG MEMBELA DIRI!!

Berbanding Pagoh yang hanya riak-riak kecil dan Jerlun dan senyap sunyi,  reaksi UMNO Bahagian Semporna terhadap penggantungan Shafie Apdal lebih memberi erti tentang solidariti. Di Pagoh, walaupun UMNO Bahagian itu menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan. Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, […]

HUSNI BERSARA KERANA TIDAK SETUJU DITUKARKAN, BUKANNYA SUKARELA

Berita yang paling tidak disangka-sangka dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib Razak kali ini, selain perlantikan semula Noh Omar sebagai menteri ialah berkaitan pengunduran Husni Hanadzlah daripada jawatannya sebagai Menteri Kewangan Kedua. (Terkini – menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Zairil Kamaruddin, bekas Setiausaha Politik Husni beberapa jam kemudiannya, Husni juga mengumumkan perletakan jawatan sebagai […]

APA NASIB TUN MAHATHIR SETERUSNYA?

Tun Mahathir Mohamad, musuh utama Najib Razak kini satu demi satu sedang ditarik kemudahan dan keistimewaannya hanya kerana bersikap kritikal terhadap Perdana Menteri. Bermula dengan kedudukannya sebagai Penasihat Petronas dilucutkan,  desakan berterusan yang akhirnya membuatkan Tun Mahathir sendiri memilih berundur sebagai Pengerusi Proton kerana tidak mahu menyusahkan syarikat kereta nasional itu dan kemudahan polis pengiring […]

MUHYIDDIN, MUKHRIZ PALING TIDAK BERPOTENSI TUMBANGKAN BN DI JOHOR DAN KEDAH

Sebaik dipecat daripada UMNO pada Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sudah hilang peluang untuk menjatuhkan Najib Razak melalui saluran dalaman parti itu. Permusuhan mereka juga tidak lagi bersifat terhadap batang tubuh Perdana Menteri sahaja. Muhyiddin dan Mukhriz kini sudah menjadi musuh kepada UMNO. Melalui pemecatan yang dilakukannya, Najib telah memindahkan permusuhan kedua-dua pemimpin […]

TIDAK MERAYU, SELAMAT TINGGAL UMNO DARIPADA MUHYIDDIN

Berikut ialah kenyataan media Muhyiddin Yassin berhubung pemecatan keahliannya oleh MT UMNO semalam. Sementara itu, esok Ahad, 26 Jun 2016 pada jam 5.00 petang bertempat di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bersama berhubung pemecatan mereka daripada UMNO dan pengumuman langkah-langkah yang akan diambil seterusnya. Dijemput beramai-ramai sebagai tanda […]

TUN M AKAN KEMBALI DIJULANG JIKA NAJIB KALAH PRU 14

Tun Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir sebenarnya tidak perlu lagi membuang masa dengan terus berharap Najib Razak dapat diundurkan sebelum PRU 14 dan kemudian UMNO boleh diselamatkan selepas pengundurannya. Beberapa tindakan Najib kebelakangan ini jelas memperlihatkan beliau ingin terus berkuasa selama mana yang mampu dilakukannya. Setelah Jabatan Peguam Negara berada dalam genggamannya,  akta […]

MUHYIDDIN & MUKHRIZ DIADILI MACAM MAHKAMAH RIMBA, SEBAIKNYA SHAFIE SEGERA KELUAR UMNO TANDA SOLIDARITI

Kedudukan Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Shafie Apdal yang menjadi perhatian dan tanda tanya sejak hampir setahun yang lalu berakhir hari ini. Muhyiddin dan Mukhriz dipecat serta merta daripada UMNO manakala Shafie digantung jawtannya sehingga laporan mengenai salah lakunya disiapkan oleh Jawatankuasa Disiplin. Di ketika yang sama Najib juga mengumumkan pemberhentian segala bantuan kerajaan kepada […]

TAK CUKUP SEKADAR TIDAK BERMUSUH, TUN M PERLU SEGERA BERDAMAI SECARA TERBUKA DENGAN ANWAR

Di bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, pengumuman Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak lagi bermusuh dengan Anwar Ibrahim tentunya sesuatu yang menggembirakan sesiapa jua yang cintakan perubahan. Menurut bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu kepada Al Jazeera, “saya tidak lagi bermusuh dengan Anwar, itu semua adalah masa lalu. “Dia sekarang ditahan […]

UNTUK SESIAPA YANG MASIH TAK FAHAM HAKIKAT DI DEPAN MATA

Untuk itu, tindakan Tun Mahathir Mohamad bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai matlamat yang sama untuk menyelamatkan Malaysia mesti disokong sebelum segala-galanya “terbakar habis”  dan tidak boleh diselamatkan lagi. Dulu Jabatan Peguam Negara, kini hanya setelah beberapa hari menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, SPRM pula seperti mahu dijinakkan kuasanya. Selepas ini apa lagi […]

MASIHKAH SPRM DIYAKINI LAGI?

Spekulasi pengunduran Abu Kassim Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang kedengaran sejak awal tahun ini akhirnya disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa dengan mengatakan ia adalah atas permohonannya sendiri dengan memberi sebulan notis. Bermakna beliau akan mengundurkan diri bermula 1 Ogos depan. Bagaimanapun kata Ali Hamsa, Abu Kassim akan terus menyumbang kepada negara sebagai Pegawai Perkhidmatan […]

BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI

Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir. Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah […]

INI CAKAP BEKAS KETUA HAKIM ATAU OTAK KETUA CAWANGAN UMNO DI CERUK KAMPUNG?

Tindakan Tun Mahathir Mohamad ingin menjatuhkan Najib Razak dengan berbaik-baik dengan DAP didakwa akan membawa kemudaratan besar kepada orang Melayu dan Islam di negara ini. “Saya tak kisah jika Tun Mahathir berkempen untuk Parlimen meluluskan undi tidak percaya kepada Najib dan dengan itu memaksanya berundur sebagai Perdana Menteri. “Tetapi saya tidak bersetuju apabila Tun Mahathir […]

ZAHID HAMIDI, KETUA POLIS NEGARA PERLU SEGERA BERI JAWAPAN SEBENAR

Bolehkah kita berhenti bercakap dan menutup mata serta telinga saja berhubung isu wang RM12 juta untuk dibayar kepada lanun Abu Sayyaf, tetapi hanya sampai kepada mereka hanya sebanyak RM8.8 juta? Menurut kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Nazlan Mohamed, apa yang paling penting sekarang ialah keempat-empat mangsa penculikan telah selamat dan dapat kembali kepada keluarga […]

GANJARAN PAHALA SELAMATKAN NEGARA LEBIH BESAR DARIPADA DUDUK DI ATAS SEJADAH

Berikutan kemenangan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beberapa suara kedengaran meminta Tun Mahathir Mohamad agar  berehat saja dan tidak lagi mencampuri urusan politik negara. Antara hujah mereka ialah bekas Perdana Menteri itu tidak relevan lagi, hanya memusnahkan legasinya, sudah tercabut taring dan lebih baik menghabiskan sisa-sisa usianya di atas sejadah saja. Jika pemimpin […]

INI LAGI HEBAT DARIPADA LANUN, DUIT LANUN PUN BERANI DILANUNNYA

Ketika di Malaysia segala-galanya masih misteri mengenai sama ada wang RM12 juta yang berjaya dikumpulkan dibayar atau tidak kepada kumpulan Abu Sayyaf sebagai syarat pembebasan empat rakyat negara kita yang diculik, lanun itu sendiri akhirnya tampil bersuara. Menurut berita Manila Times, kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan marah dan kecewa apabila mengetahui sebanyak P130 juta (RM12 juta) […]