Month: May 2016

NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA

Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal. Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana […]

KECUALI JIKA BERANI ISYTIHAR KEMBALI BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG, PAS SEBAIKNYA DILUPAKAN SAJA

Sementara Pas terus mendesak agar mereka diberi peluang bertanding satu lawan satu dengan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dalam masa yang sama banyak pihak juga bimbang terhadap lenggok perjuangan sebenar parti Islam itu sekarang ini. Terbaru, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad juga ada kebimbangan yang sama bahawa jika hanya Pas yang dibiarkan […]

SALLEH, KALAU NAK TAHU SUMBERNYA, PAKSALAH NAJIB SAMAN WSJ!!

Dalam usaha mempertahankan Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan pendedahan terbaru WSJ yang mengatakan pembelian hartanah di London milik penerbit filem itu yang didakwa sedang disiasat FBI, Salleh Said Keruak membidas akhbar perniagaan itu kerana tidak berani mendedahkan sumber berita yang diperolehinya. Katanya, tindakan WSJ tidak mendedahkan nama sumber itu bukan saja cara […]

PAS, JIKA MENANG DI SUNGAI BESAR & KUALA KANGSAR LEBIH MENJADI ANCAMAN KEPADA PAKATAN HARAPAN

Pembangkang utama dalam negara sekarang ialah Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti yang meliputi semua kaum iaitu PKR, DAP dan Amanah manakala Pas adalah pembangkang yang bersendirian sejak meninggalkan Pakatan Rakyat dan hanya baru-baru ini saja menubuhkan blok ketiga bersama sebiah parti kecil iaitu Ikatan. Selain itu, Pakatan Harapan juga adalah gabungan tunggal yang berhasrat […]

SELEPAS WARKAH DARI PENJARA, ADAKAH IA TANDA2 ANWAR AKAN BEBAS LEBIH AWAL?

Fakta lain yang terkandung dalam warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim ialah – “Dan tolong jangan percaya yang mengaku sebagai “sumber sahih, dipercayai”  yang mana Najib telah menghantar utusan bertemu saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas. “Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan […]

"BESAR KEMALUAN" DENGAN BERITA INI

Sekali lagi, angkara Najib Razak, rakyat Malaysia yang tinggal di London tentunya berasa malu dengan jiran tetangga, kenalan atau rakan-rakan mereka di sana. Setelah banyak media antarabangsa seperti WSJ, ABC News, New York Times, Whashington Post, Sarawak Report dan sebagainya membuat laporan ke seluruh dunia mengenai dakwaan rasuah melihatkan Najib, kini Chanel 4, sebuah stesen […]

JIKA BENAR NAJIB YANG MAHU DISINGKIRKAN, BERSATULAH MAHATHIR DAN ANWAR!!

Warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim, walaupun menyentuh banyak perkara, tetapi hanya satu aspek yang dilihat paling menjadi asas kebimbangan bekas Ketua Pembangkang itu iaitu Tun Mahathir Mohamad. Lantaran itu, beliau cuba mengingatkan pimpinan PKR agar tidak terpesong daripada perjuangan sebenar untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta […]

BETULKAH UMNO BERANI PECAT MUHYIDDIN, MUKHRIZ DAN SHAFIE SEBELUM 18 JUN INI?

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan akan mencadangkan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan hujung bulan ini. Beliau berkata, pihaknya sudah pun mempunyai laporan daripada Jawatankuasa Disiplin UMNO berkenaan tingkah laku Muhyiddin dan Mukhriz. Pada saya, saya mahu pecat mereka, katanya lagi. Bagaimana pun, menurut […]

JAWAPAN TAMBAH PENING DARIPADA MENTERI ARAB SAUDI

Putera Sultan Abdulaziz, anak Raja Arab Saudi yang memerintah sekarang iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Menteri Pelancongan Arab Saudi berkata, beliau tidak boleh mengulas secara spesifik berkaitan derma RM2,600 juta yang diterima oleh Najib Razak sebelum pilihanraya 2013 lalu. Najib mengatakan wang yang diterimanya adalah derma politik daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan […]

SALAHKAH BILA TUN M MAHU BN DIKALAHKAN DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Ramai pemuja Najib Razak tiba-tiba bagaikan diserang demam kura-kura apabila Tun Mahathir Mohamad secara terbuka meminta agar BN dikalahkan dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun depan. Bagi Tun Mahathir, hanya dengan kalahnya BN di dua kawasan itu dapat menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat  tidak lagi menyokong Perdana Menteri itu berikutan skandal 1MDB […]

TIGA PENJURU HANYA DAPAT DIELAKKAN JIKA PAS TIDAK TERUS SYOK PAKAI BAJU UKURAN LAMA

Walaupun semua yang membenci Najib Razak mengharapkan berlaku pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun harapan itu nampaknya semakin sukar menjadi kenyataan. Ia bukanlah disebabkan oleh Pakatan Harapan yang mempunyai tiga parti tidak sedia untuk bertolak ansur, sebaliknya lebih berpunca daripada Pas yang hanya ada rakan bernama […]

MESEJ TUN M YANG MUDAH UNTUK DIFAHAMI JIKA BENAR MAHU MENOLAK NAJIB

Berucap dalam program Selamatkan Malaysia di Stadium Melawati malam tadi, Tun Mahathir Mohamad antara lain mengajak semua pihak agar bersatu mengalahkan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan pada 18 Jun akan datang tanpa mengira sama ada calonnya daripada Pakatan Harapan atau pun Pas. “Jangan kita kira siapa calon ini, […]

BERITA BURUK DARI SINGAPURA

Siasatan pihak berkuasa Singapura mendedahkan bahawa bekas Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Arif Kamil telah meluluskan pemindahan sebanyak RM48 juta daripada dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low, Tan Kim Loong. Tan, jika mengikut The Wall Street Journal  atau WSJ adalah benefisiari asal Tanore Finance, sebuah syarikat berpangkalan di British Virgin Islands yang telah […]

KU LI HARUS PERTIMBANG TARIK BALIK SOKONGAN TERHADAP NAJIB

GAMBARAN SALAH OLEH JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA Adalah dilaporkan bahawa kenyataan tertentu di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk dibentangkan dalam Parlimen telah dipadam. Ini merupakan perkara penting yang penuh kontroversi. Ia juga berkaitan dengan pemindahan wang yang kononnya dipinjam daripada peminjam antarabangsa dengan cara di luar batasan undang-undang. 2. Saya risau mengenai […]

SALLEH, JANGAN CUBA MAHU 'MENGAJAR' AGONG, NANTI DIKATA 'KURANG AJAR'

Kenapa agaknya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak kelihatan begitu gusar dan susah hati terhadap Deklarasi Rakyat yang akan dipersembahkan kepada Istana Negara dengan seolah-olah cuba mengingatkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh memecat Perdana Menteri, Najib Razak? Apakah rasa gusar dan susah hati itu bukan saja mengenai dirinya, tetapi juga mewakili masa depan […]

ALAMAKK…KITA PULAK YANG TOLONG BAYAR!!

Hairan, kenapa masih tiada penafian? Jauh sekali ada ancaman mahu mengambil tindakan saman, malah tiada langsung pemimpin UMNO yang tampil mempertahankannya. Apakah semua orang sudah malas dan letih untuk mempertahankan Najib Razak dan keluarganya yang tidak henti-henti dikaitkan dengan kehilangan wang daripada 1MDB? Selepas beberapa siri pendedahan sebelum ini, semalam The Wall Street Journal atau […]

DI MANA NAJIB JIKA TIADA KUASA?

Antara yang disebut Najib Razak dalam ucapannya sempena sambutan ke 70 ulangtahun UMNO semalam ialah “kalau takdirnya satu hari saya berselisih faham  dengan pengganti saya, saya tidak akan keluar UMNO.” Wah…nampak hebat bunyinya!! Lafaz itu bukan saja sebagai sindiran kepada Tun Mahathir Mohamad, tetapi juga menunjukkan keinginan Najib untuk memperlihatkan kononnya beliau akan menjadi seorang bekas Perdana […]