SEMUA INI HANYA WAYANG

Satu demi satu menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen.
Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong.
Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut mengambil tindakan yang sama sebagai protes terhadap usul tersebut.
Terbaru, dua lagi anggota kabinet daripada MCA iaitu Wee Ka Siong dan Ong Ka Chuan serta seorang timbalan menteri, Chew Mei Fun juga menyatakan komitmen untuk sama-sama meletakkan jawatan mereka.
Walaupun telah diberitahu melalui kenyataan Najib Jumaat lalu bahawa usul Hadi Awang itu bukan usul hudud, para pemimpin komponen BN nampaknya lebih percaya bahawa kelulusan usul tersebut adalah langkah awal ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan.
Malangnya, di sebalik mengugut mahu meletakkan jawatan itu, tiada pula ternampak hasrat mereka untuk membawa keluar parti masing-masing meninggalkan BN.
Jika benar marah kepada kerajaan dan kerana usul Hadi Awang itu dilihat menggambarkan wujudnya kerjasama antara UMNO dengan Pas untuk melaksanakan hudud, mengapa mereka tidak mahu keluar BN?
Sebenarnya semua ini  hanya wayang untuk menjaga penyokong masing-masing menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.
Dalam masa yang sama, tidak kedengaran pula pemimpin-pemimpin UMNO menempelak ugutan yang dilakukan oleh menteri-menteri bukan Islam yang mahu meletakkan jawatan itu.
Pas sebagaimana biasa, lebih menyalahkan dan memarahi DAP berbanding MCA, MIC dan Gerakan berkaitan usul berkaitan hudud itu.
Ya, semuanya adalah wayang belaka di mana masing-masing sedang melakukan pementasan untuk kepentingan penyokong masing-masing yang kesudahan ceritanya hudud tetap tidak ke mana-mana.
Panjang umur sama-samalah kita saksikannya. (SH 29/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

27
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
IBU FATMA DI MALAYSIAAnonymousUsrytok janggutSu Jeng Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Yang sebenarnya yang menjadi syaitan bertopengkan manusia ialah orang2 yang suka melakukan kejahatan seperti menipu, mencuri, rasuah, aktiviti pelacuran dan sebagainya yang golongannya ada yg terdiri dari orang politik dan individu yang berkepentingan.Hukum hudud boleh dilaksanakan jika pemerintah, Raja dan Sultan menjadikan Brunei sebagai contoh. Malah kita boleh mempelajari dari Brunei dan Aceh sebagai rujukan.Hanya ego org politik/terpengaruh yg tidak mahu mengikutnya. Bagi rakyat Malaysia yg dari agama lain, saya yakin mereka akan menyokong kerana keselamatan mereka akan lebih terjamin jika hukum Hudud dilaksanakan.Insha Allah tiada atau kurang org yang akan mencuri, meragut atau mungkin membunuh.Contoh terkini, sejak permintaan dan… Read more »

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

tok janggut
Guest
tok janggut

WAYANG…untuk tarik undi China menyokong BN. PAS/ TGHH telah memainkn peranan dgn bagus sekali..TERBAIK untuk membantu BN..caya lu Tuan Guru..

tok janggut
Guest
tok janggut

WAYANG…untuk tarik undi China menyokong BN. PAS/ TGHH telah memainkn peranan dgn bagus sekali..TERBAIK untuk membantu BN..caya lu Tuan Guru..

Anonymous
Guest
Anonymous

Syaitan sedang berpesta,
Sijahil menipu dan berdusta,
Si Alim aminkan untuk bermuka muka,
Kuasa dan wang bermaharajalela.

Syaitan sedang berpesta,
Sijahil SiAlim bermain kata kata,
Rakyat tertipu semakin derita,
Ya Allah, lindungilah kami dari segala bala….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kejap lagi najib tabur dedak, semua senyap. Meeting kabinet pun datang awal. Nak letak jawatan konon. Tak sudah2 buat rakyat macam org bodoh. Cakap tak serupa bikin menteri2 ni semua. Depan ahli parti semua cakap macam petir. Bila jumpa najib je, semua jadi tikus.

Su Jeng
Guest
Su Jeng

Saya dengan ini meletak jawatan sebagai . Perletakan jawatan saya ini adalah kerana tidak bersetuju dengan usul yang tidak dibahaskan walaupun sudah dicadang dan disokong oleh MP dari kerajaan. Perletakan jawatan ini akan berkuatkuasa pada hari Selasa tahun .

Yang benar,

*contoh surat berenti khoja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dlm penipuan mdb semua bangsa terlibat,tujuan mereka jual maruah dan amanah dan tidak takut allah merrka takut dedak putus.bangsato malaysia.semoga semua makan viagra dgn bini2 mereka cari jigolo

Anonymous
Guest
Anonymous

amno tak bantu ke pas saudara islam untuk laksanakan hukum hukum Allah???
ni kan negara islam
hebat amno ada kuasa tak bantu saudara islam untuk laksanakan di negeri
takut obama pbb yahudi marah ka?
patutlah bala demi bala Allah timpakan dalam negara ni padan muka semua pakat tanggung
ingkar perintah Allah hidup pun atas muka bumi
milik Allah tapi sombong
orang pun dah tahu perangai puak amno ni sia sia Allah bagi kuasa tapi ingkar suruhan Allah
jadi pulak penggalak maksiat di tv dengan program
maksiat bercampur aduk denagn ugama
dah terok amno ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Apabila si perompak dan pencuri menyokong hudud!

Anonymous
Guest
Anonymous

hudud pas hanyalah lagu untuk dimainkan sebelum pilihanraya dan pemilihan pas sejak azali lagi. hudud pas ibarat menderam untuk memperbodohkan penyokong pas dan orang islam. .

Anonymous
Guest
Anonymous

Letak jawatan selasa depan.

Anonymous
Guest
Anonymous

HUDUD ?

Yang mencuri berbillion pun masih disokong, tak ada nada anti mencuri wang negara, tak mahu penjenayah wang negara dibawa ke pengadilan, INIKAN pula nak bawa HUDUD?

INI SEMUA POLITIK PAS DULU DAN SEKARANG. BAK KATA AWIE, INI SEMUA POYO !

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa? Nak letak jawatan? Bila tu? Esok boleh?Dah nak sangat letak jawatan,apa tunggu lagi letak je la,kita buat lagi PRK apa ada susah. Letak jawatan pergi main jauh2. Ini semangat anda kpd negara? Ptuiii…Tu bapak penyamun tu kau tak soal apa yg dia dah buat? Kau dlm parlimen tu berapa kali kena tipu? Ok ke tu? Rakyat kata tak ok. Semua yg dok bersidang tu memikul amanah rakyat,tapi apa yg kau pulangkan? Jawaban bodoh kpd isu2 penting. Isu melibatkan maruah negara. Zaman gemilang negara kian musnah,tu pun kau tak faham? Sibuk nak main wayang. Yg alim nak tunjuk ilmu tinggi,yg… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Wayang skrip UMNO dimainkan sicina buta PAS kononnya Hudud jadi smoking gun tutup cerita 1MDB semasa PRK. Silanun menrencana tapi Allah menentukan yang baik dan bathil. Tup..Tup WSJ keluar cerita pemilik Goodstar tiada org perseorangan tiada kaitan dgn PetroSaudi spt salinan Surat BNM. Apalah musibah malang 1MDB ni.. Aritu IPIC Abu Dhabi declare 1MDB bayar berbillion kpd salah orang, syarikat bogus nama seakan sama anak syarikat IPIC diBVI. Dari cerite WSJ ni, 1MDB bayar berbillion pulak kesalah orang, Goodstar diSeychelles bukan PetroSaudi. Asyik 1MDB tersalah bayar..bikin pening pengundi2 PRK ni. Bila keluar cerite 1MDB ni, anticlimaka pulak cerite Cina buta… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

bila pas diam pasal hudud amno kata pas lari dari prinsip perjuanganbila pas minta bantuan amno nak laksanakanamno pi kat kapir bagi tau jnagan undi pas nanti ada hududapa keja puak amno selama 60 tahun ni adakah depa terkecuali dari perintah Allah untuk tegakkan hukum hukum Allahkapir tentang Islam dari zaman nabi lagiamno pun kuat berdolak dalikitu orang mau letak jawatan letaklah sapa kesah kalau bab merekacipta undang undang manusia tak mau pakai hukum dari Allah buakan main hebattapi apa yang jadi tengok sendiri lahduduk rumah pun macam duduk dalam zoo keliling rumah penuh pagar besitu pun ramai tak sedar… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan , PAS sebenarnya tak pernah nak laksana hudud pun ,kalau dia nak laksana dah lama dia buat diKelantan semasa Nik Aziz dulu kerana Dewan negeri dan Sultan kelantan yang berkuasa dari segi agama dan maslahah islam dah bagi kelulusan dengan jelasa ketika itu ,tapi sejak 1993 mereka berdolak dalih putar belit salahkan orang lain kemudian mereka Draf hudud pun langsung tak ikut syariat sebenar ,mana ada undang undang Allah swt ini hanya terpakai kepada orang melayu islam saja ,kalau kita nak jatuh hukum dimesti jatuh kepada semua umat manusia dibawah naungan pemerintahan islam tersebut itu baru ujud konsep keadilan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kejap lagi najib tabur dedak, semua senyap. Meeting kabinet pun datang awal. Nak letak jawatan konon. Tak sudah2 buat rakyat macam org bodoh. Cakap tak serupa bikin menteri2 ni semua. Depan ahli parti semua cakap macam petir. Bila jumpa najib je, semua jadi tikus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak sabar nak tenguk wayang PRK ni, nak tenguk latah dari tuan penasihat serban bila undi mereka jatuh pada parti amanah/pakatan,

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Macam MCA ,Gerakan dan MIC saya nasihat pada depa lebih baik mereka melikup la kerana apa , pengundi cina dan india malah lain lain bangsa tak macam pengundi melayu bagi mereka BN dah jadi macam parti bawa bahana. Tapi tang duit depa sapu kalau bagi tapi undi memang pangkah DAP kalau cina dan PKR kalau india, jadi sebenarnya BN sekarang ini cuma tinggal UMNO ja kerana apa, sebab orang melayu masih boleh ditipu bab bangsa dan agama disamping boleh ditaboq dedah murahan. Berbalik kepada sandiwara ,sebenarnya bab hudud ini dulu UMNO depa tak pernah nak layan sebab mereka ingat cina… Read more »

Usry
Guest
Usry

Kesian Melayu.. Kesian bangsaku ditipu dari dulu kini selamanya. Bila mereka akan sedar aku pun tak tahu.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Ini semua wayang kulit klu nak ikut keputusan pru13 mca mic gerakan ni tak layak pun jadi menteri tak ada siapa sokong mereka sjadi bukan senang nak letak jawatan menteri dia ingat kita ini bodoh ke mana org sabah sarawak senyap je sokong ke he he he he

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

PAS dimana?
1. UMNO ~ berta`awun?penasehat?
2. Ikatan ~ blok ke3? hudud bkn utama?
3. PKR ~ PR tahalul siasi? DAP parti kafir?
4. PH ~ musuh? Amanah pengkhianat?

Sesiapa yang masih berakal… Lu pikir la sendiri

Anonymous
Guest
Anonymous

Filem Hudud sedondon arahan lebai malang ular dalam semak.Mustahil buta mata tak nampak undang2 dunia pun belum terlaksana dengan adil saksama, hendak pula juai hudud.Lain yang mencuri lain yang kudung gamaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pas dah tak apa apa modal politik lagi dah selain daripada hudud.
Hanya hudud sajalah yg menjadi talian hayat pas.
Sembang saja lebih. Dah bertahun tahun dah dok jaja hudud ni. Tak akan ada kesudahannya.
Dah masuk angin pun ruu hudud sla pas ni.

E AH
Guest
E AH

Setuju. Dan bagi PAS hanya DAP kafir di Malaysia. Tak lama lagi PKR masuk senarai. Malangnya masih ramai yang menyembah 'ulama' parti juban serban tersebut dan mengangkat kesucian 'undang-undang Syariah' PAS-UMNO. Sempitnya mereka melihat Islam

Usry
Guest
Usry

Semakin hari semakin pening tok lebai dan tok aji di kampung.