BELUM TERLAMBAT UNTUK MASTURA TARIK DIRI BAGI ELAKKAN BN KALAH DAN NAJIB TERUS DILEMAHKAN

Berbanding pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar yang tidak menimbulkan banyak isu, kecuali kedudukannya yang sudah menjadi Adun sedikit dipertikaikan, tetapi keputusan mencalonkan Mastura Mohd Yazid untuk bertanding di Kuala Kangsar dilihat sebagai pemilihan terburuk sepanjang sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan.
Bukan saja kedudukannya sebagai balu Wan Khairil Wan Ahmad yang baru meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak menjadi pertikaian kerana seolah-olah kerusi Ahli Parlimen merupakan harta warisan keluarga yang boleh difaraidkan, malah pemilihannya juga menggambarkan tiada yang layak di kalangan pimpinan UMNO bahagian Kuala Kangsar yang selama ini merekalah bersengkang mata dan banyak berkorban membawa obor perjuangan.
Lebih memburukkan lagi ialah kerana Mastura juga didapati ahli dan Ajk UMNO cawangan Chembong, dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan.
Sudahlah pimpinan UMNO bahagian diketepikan, anak tempatan Kuala Kangsar dan anak kelahiran Perak juga nampaknya turut tidak dijadikan pertimbangan untuk dijadikan calon.
Semua ini memungkinkan berlakunya rasa tidak puas hati, sabotaj, memulaukan kempen, tidak turun mengundi dan sebagainya daripada kelompok UMNO sendiri.
Ditambah lagi kedudukan Mastura yang masih dalam edah dan tidak boleh keluar rumah untuk berkempen serta bertemu pengundi, pemilihan beliau sebagai calon benar-benar kelihatan cacat serta menjejaskan peluang untuk meraih kemenangan.
Sedikit sabotaj atau tidak turun mengundi daripada kelompok yang rapat dengan UMNO Bahagian Kuala Kangsar saja sudah memadai untuk memungkinkan BN kecundang kepada pihak lawan pada 18 Jun nanti, lebih-lebih lagi kemenangan pada 2013 lalu hanyalah 1,082 undi sahaja.
Kekalahan BN di Kuala Kangsar tidak dapat dielakkan akan memberi kesan buruk kepada imej Najib yang sudah sedia dibelit dengan pelbagai isu kebelakangan ini.
Najib sendiri diketahui amat mengharapkan kemenangan di Kuala Kangsar dan Sungai Besar, tidak saja untuk menjadi sedikit penawar bagi memulihkan imejnya, tetapi juga sebagai persediaan memacu persaingan dalam PRU 14 akan datang.
Malangnya, semua harapan Najib itu akan musnah jika BN kalah sama ada di Kuala Kangsar atau Sungai Besar atau di kedua-duanya.
Lebih mengaibkan jika kekalahan itu hanyalah disebabkan pemilihan calon yang tidak cermat dan tidak tepat sehingga timbul terlalu banyak isu yang akhirnya pengundi membuat keputusan tidak memberikan undi mereka.
Berdasarkan respon awal daripada beberapa pihak di Kuala Kangsar, isu utama di kalangan UMNO ialah berkaitan pemilihan calon. Isu-isu lain hampir tidak berbangkit sama sekali.
Ramai yang menolak dan tidak bersetuju dengan pencalonan Mastura atas kedudukannya sebagai balu wakil rakyat terdahulu dan mereka mahukan anak tempatan atau sekurang-kurangnya orang Perak juga sebagai calon.
Pemilihannya sebagai calon yang pada awalnya dijangka mampu meningkatkan rasa simpati pengundi, kini beransur-ansur membesar dengan bayangan perasaan tidak puas hati, marah, kecewa dan luka sehingga harapan untuk menang semakin jauh daripada gapaian.
Kekalahan BN tentu saja akan menjadikan kedudukan Najib terus dilemahkan menjelang pilihanraya akan datang, sama ada melalui serangan pembangkang yang bergabung bersama Tun Mahathir atau dengan kemungkinan munculnya gerakan daripada dalam UMNO sendiri.
Dalam soal ini, Mastura harus ada pertimbangan yang rasional dan tidak membiarkan dirinya menjadi penyebab untuk menjadikan kedudukan seorang Perdana Menteri terus dilemahkan.
Jika dahulu beliau selalu menemani Wan Khairil untuk berkempen dan bertemu pengundi dengan tujuan bahawa kemenangan suaminya akan menambah-kukuhkan UMNO, Mastura kini sebaliknya mampu mengukuhkan UMNO dan kedudukan Najib serta  memberi lebih cahaya kepada kemenangan BN di Kuala Kangsar dengan segera menarik diri daripada bertanding sebelum penamaan calon pada 5 Jun depan.
Kembalikanlah segera watikah pencalonan yang sudah diterima dan biarlah UMNO Perak memutuskan semula calon baru yang lebih sesuai yang tidak lagi menyebabkan timbulnya isu edah, kesukaran berkempen sehingga terpaksa menggunakan kaedah multimedia, isu calon luar, jawatan wakil rakyat difaraidkan, rasa tidak puas hati pengundi, kemungkinan sabotaj di kalangan UMNO sendiri dan sebagainya.
Tanpa semua isu dan elemen negatif itu, calon BN yang baru nanti pasti lebih berpeluang untuk mengekalkan kerusi Kuala Kangsar, malah tidak mustahil dengan majoriti yang lebih baik lagi dan seterusnya mengelakkan nama Najib dipertaruhkan untuk lebih diaib serta dijatuhkan.
Berbeza dengan Budiman yang boleh meneruskan perjuangannya di Sungai Besar kerana tidak banyak isu yang timbul berkaitan dirinya yang boleh menjejaskan harapan mencapai kemenangan, Mastura sebaik-baiknya harus melakukan sedikit pengorbanan demi masa depan UMNO dan Najib.
Inilah masanya untuk membuktikan “Love PM” bukan sekadar kata-kata di depan Najib semata-mata. (SH 30/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

55
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
IBU FATMA DI MALAYSIAAnonymousSu JengE AHroslan othman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Giler ke nak tarik diri. Yazid Baba dan kowtim dah Najib. Kalau menang dah boleh berangan jadi timbalan menteri atau boss glc. Berapa banyak pun rugi kalau tarik diri. Bab iddah ni ketepikan dulu. Kuasa tu ambik dulu. Hahahahahhaahaa

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kebodohan rakyat marhaen terserlah pabila terpercaya komen2 mengarut panjang dan lebar.Umngok sengaja isukan idah mas dan dibantu hudud hadi, ianya bukan soal akidah tapi soal nak menutup 1mdb yang semakin terlondeh.mca,mic dan ridiuan tea tumpang sekaki dalam projek melalaikan rakyat dari isu sebenar 1mdb.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hayati kehidupan Almarhum Tok Guru elak pembaziran Keperibadian Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat wajar dijadikan contoh dalam mengelak gejala pembaziran dalam kehidupan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor, Amirudin Shari, berkata bekas Menteri Besar Kelantan itu amat cermat menggunakan keperluan asas seperti air dan elektrik. “Jika beliau meninggalkan pejabat, lampu segera dipadam. Amalan itu kini menjadi ikutan dalam kalangan anggota pentadbiran di pejabat SUK terutama pada jam 1 petang ketika ramai keluar untuk makan tengah hari. “Ketika mengambil wuduk, Almarhum menadah air di tangan, kemudian pili air dimatikan dan dibuka… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikut Al-Quran,…bukan tok guru!

Anonymous
Guest
Anonymous

Komen panjang2 memang tak guna dalam prk ini.apalagi komen copypaste, rasa-rasa nak komen panjang lebar buatlah blog sendiri.Ikutlah resmi tuang presideng suka pelabel orang.kalau tuang label pil kuda, barua, broker, ternak babi lembu dan sebagainya.cepat sikit orang faham.kita tunggu apa lebel kuala kangsar, adakah sama islamik ala past seperti kajang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuang amanat 1981 bertindak islamik pas di kajang tapi tidak di kangsar.Mungkin tuang amanat pil kuda belum ada idea untuk melabel calon umngok.Nampaknya ular dalam semak sedang dipermainkan umngok.Katakanlah pada komponen be end bahawa hudud tu hudud islam atau hudud tuang amanat?

Anonymous
Guest
Anonymous

pemimpin umno kk sendiri tak yakin menjadi calon untuk menang. letak calon balu dlm edah boleh playsafe. jika menang katakan najib kuat dan bila kalah katakan tersilap letak calon. apapun hadi amat mengharapkan king untuk tanggung pru14. old king dlm tirai besi..

Anonymous
Guest
Anonymous

What they believed to be a "senjata" has turned into 'senjata makan tuan". And believe it or not, there is a chance that once the lady nominee steps down from the MP post (in case she does win the by election which is actually a doubt), one of her sons will take over the post. Kuala Kangsar people will never ever be able to escape the family's capture of the parliamentary area for years to come. (It is similar to what appears to be happening now for the pm post when what the nation need is really the most capable… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

*gulingnajib*

Ini taktik najib

BN kalah=peluang pas menang
BN kalah= modal jadikan provokasi
BN salah calon= biar media buat spekulasi

Anonymous
Guest
Anonymous

Sapa pulak malaun yg komen panjang lebar kat sini?? Bukak blog sendiri lah bro..

Anonymous
Guest
Anonymous

yang tu copy paste je dari geng-geng WALAUNTA PAS Chai…utk dapat dedak ikut posting…harakah dah tak laku…terpaksa mencacai ikut posting…asal masyukkk…dua hinggit satu posting….

Anonymous
Guest
Anonymous

Babun yang tulis panjang-panjang tu bukan apa,sebab kena cukupkan minimum tertentu patah perkataan untuk claim duit dedak.

E AH
Guest
E AH

Besar kemungkinan mereka ini adalah 'tentera' JASA yang kini membantu PAS menang persepsi. Disebabkan mereka tidak mampu lagi mempertahankan Regim Mohd Najib Abd Razak ketika sekarang ini paling tidak 7 negara sedang menyiasat Presiden mereka maka mereka menulis membantu memulihkan imej 'penasihat kerajaan' yang baharu. Mereka mencari rezqi dengan menulis, maka menulislah mereka sekalipon sekadar cut & paste dari blog UMNO mesra PAS dan blog PAS mesra UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau tentera jasa tu tentera Phoooooooooaaatttttt…zakar…shit lah tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cantik sdr din.. Kasi taruh minyak lagi pastu kasi api sama depa..

Damerdeka
Guest
Damerdeka

Menang atau kalah dalam perjuangan politik sepatutnya tidak bersangkut paut langsung dengan criminal act yang dilakukan olih pemimpin2 dan tidak menjadi ukuran pada perbuatan penyelewengan mereka.Olih itu jika umno menang sekalipun dalam 2 prk ini pemimpin yang melakukan jenayah tetap bersalah dari segi undang2. Jika tidak mahu diadili di mahkamah malaysia, pasti membuka peluang bagi mahkamah luar negara bertindak. Yang pasti mereka2 ini tidak akan terlepas dari yang Maha Esa.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg ini ikut kitab lama ke kitab atau baru mana dia parti yg penuh degan ulamak tak cakap pun senyamp saja

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg ini ikut kitab lama ke kitab atau baru mana dia parti yg penuh degan ulamak tak cakap pun senyamp saja

Porak Den
Guest
Porak Den

Jika betul lah ada perbuatan sabotaj dari PKR, saya sangat2 kecewa…..penyokong PH mengharapkan kemenangan bergaya meleburkan umno/bn.
PH WAJIB meletakkan calon TEMPATAN yg berwibawa/di sukai penduduk kk/sg Besar.
Kelihatan gaya penulisan Budin ini maseh mengharapkan umno menang? Betul ke?

Porak Den
Guest
Porak Den

Jika betul lah ada perbuatan sabotaj dari PKR, saya sangat2 kecewa…..penyokong PH mengharapkan kemenangan bergaya meleburkan umno/bn.
PH WAJIB meletakkan calon TEMPATAN yg berwibawa/di sukai penduduk kk/sg Besar.
Kelihatan gaya penulisan Budin ini maseh mengharapkan umno menang? Betul ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Akta 355 baru baca sudah bising. Ada yang ugut, ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan, ada yang kata akan berlaku krisis Perlembagaan. Ada yang kata akan gugat keharmonian kaum. Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan pembangkang. Ada yang kata ini modal PAS di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Ada yang kata PAS jual agama. Ada yang kata PAS kena kencing dengan Umno. Ada yang kata ini taktik untuk PAS bantu Umno terus berkuasa. Ada yang kata kenapa tidak bincang dengan orang bukan Islam. Ada yang kata ini tidak menepati maqasid syariah. Macam-macam lagi alasan mereka yang menentang. Ada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Rang Undang-undang (RUU) Persendirian yang dibawa oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah bertujuan meminda Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah 1988) dan tiada kaitan dengan hudud. Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, RUU Persendirian tersebut hanyalah untuk memperluas kuasa Dun bagi meminda enakmen jenayah syariah kepada hukuman yang lebih berat. “Buat masa ini, enakmen jenayah syariah hanya mengguna pakai hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan di mana hukuman itu lebih rendah berbanding mahkamah majistret. “Tiada apa-apa di dalam RUU Persendirian tersebut menyatakan tentang kesalahan hudud qisas mahupun… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Masihkah anda ingat..???

Suatu masa dulu mereka inilah yg paling kuat lawan UMNO mempertahankan HUDUD dan ingin meminda akta 355.

Mereka menulis, berceramah dan berdebat dgn mana2 ahli atau pemimpin UMNO yg menentang HUDUD dan Akta 355.

Itu dulu….

Sekarang merekalah paling kuat MENENTANG HUDUD dan AKTA 355 bila keluar dari PAS dan sertai PAN. Mereka pula berperangai seperti UMNO.

Dulu mereka tentang umno kerana umno tentang hudud dan akta 355… Sekarang mereka JADI perangai umno dan menentang HUDUD dan Akta 355.

Sekejap je Allah bolak balikkan hati mereka.

Kredit
Mohd Zubit Lebai

E AH
Guest
E AH

Berhentilah menggunakan agama untuk menghalalkan pekerjaan fitnah kamu.

Kalaulah mereka keluar bersama kamu tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakkan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu (dengan tujuan) menimbulkan FITNAH di kalangan kamu; sedang di antara kamu ada yang suka mendengar hasutan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zolim (9:47)

Anonymous
Guest
Anonymous

PKR dilihat mengambil sikap menentang (boikot) dengan tidak menghadiri majlis pelancaran gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar hari ini. Majlis pelancaran gerakan gerak kerja PAN untuk PRK Kuala Kangsar itu diadakan di Lot 5, Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong Kuala Kangsar hari ini bermula dari 9 pagi hingga 1 tenghari. Ia dirasmikan oleh Penasihat Umum parti itu, Ustaz Ahmad Awang. Selain kepimpinan PAN Perak yang diketuai Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, majlis itu turut dihadiri oleh Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bersama kepimpinan DAP negeri. Namun, tiada kelihatan seorang pun kepimpinan daripada… Read more »

E AH
Guest
E AH

Berhentilah menggunakan agama untuk menghalalkan pekerjaan fitnah kamu.

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi FITNAH, dan menjadilah agama itu seluruhnya BAGI ALLAH SEMATA-MATA. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufuran nescaya mereka diberikan balasan yang baik) sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan (8:39)

Anonymous
Guest
Anonymous

kuatnya macai PAS Chai tabur fitnah….setakat main copy paste tak payah laa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamualaikum,,, Khalid Samad ulangi lagi apa yang dikata Suhaizat, bahawa PAS tidak serius melawan Umno.Dakwanya meletakkan Dr. Abdul Rani sebagai calon hanya bertujuan menarik undi cina di Sikincan dan kalau PAS serius melawan Umno, sudah tentu akan meletakkan calon yang popular di kalangan pengundi melayu.Apa punya hujah macam ni? Mana dia tahu Dr.Rani hanya mesra dengan pengundi cina dan tak popular dengan pengundi melayu? Tetapi bukan itu tujuan artikal yang saya tulis kali ini.Tujuan artikal ini adalah nak bertanya Khalid apakah PAN benar benar serius nak lawan Umno? Cuba baca apa Khalid kata selanjutnya. Katanya, AMANAH tidak akan menyerang Abdul… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada pihak yg mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara," kata Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed pada satus facebooknya. Bagi beliau, Akta 355 tidak ada kaitan degan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (2015) kerana cadangan pindaannya hanya sekadar menambah kuasa hukuman bagi bidangkuasa jenayah yang sedia ada dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985, bukannya bagi membolehkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan-kesalahan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam KJS II (1993) 2015.… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Tak ada apa yang nak perangkap sesiapa sudah diketahui umum plan pembentangan ini adalah rancangan UMNO/PAS sejak awal tahun lagi apabila Hj Eddy mulakan usul tersebut jadi tak yah salahkan sesiapa ini sudah jadi standard parti politik melayu kita guna apa saja untuk tujuan kekal kuasa atau undi.

Anonymous
Guest
Anonymous

pernah jugak dengar dari kadir2 pemuda bulan, tak jadi bentang hudud ari tu sbb klu toklebaihadi bentang hudud, menyebabkan ramai melayu yg bantah, & ramai pulak yg berdosa. Tu pasal tak jadi bentang, sbb dapat sms dari langit, ramai yg akan masuk nereka, sbb bantah… entah la? tup-tup declare pulak dapat bentang, pastu ketua kerajaan kata pulak bukan, pastu ketua cina pulak bantah… mmg wayang betul la…

Anonymous
Guest
Anonymous

RUU yang dibentangkan oleh Presiden PAS adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syriah ini bermakna memperkasa Islam di Negara kita, tapi malang RUU ini menyebabkan orang kapir bersatu menetang. Ini benarlah janji Allah bahawa orang kapir akan benci pada Islam. Tapi malangnya AMANAH @ PAN @ IKRAM pun sama-sama menentang RUU ini. Baca kenyataan mereka. Amanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Di antara kesalahan yang bakal menerima kenaikan hukuman ialah minum arak. Apabila orang Melayu minum arak mereka bakal menerima hukuman yang lebih tinggi. Ini mungkin membuat orang Melayu makin takut untuk melakukan kesalahan ini. Maka siapa yang akan rugi perniagaan mereka? Kedua, jika orang Islam ditangkap bersama pasangan bukan muhrimnya, contoh yang menjadi pelacur, maka dengan hukumannya mungkin lebih tinggi akan membuat “bakal pelacur Melayu-Islam” ini mulai takut. Maka sukarlah untuk untuk mencari pelacur-pelacur Melayu selepas ini. Malah, ibu ayam dan bapak ayam mungkin selepas ini sukar untuk mencari makan. Umum tahu siapa yang banyak meraih keuntungan hasil pelacuran yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pindaan yang dicadangkan oleh Presiden PAS TG Hadi Awang di Parlimen beberapa hari lepas disambut baik oleh hampir keseluruhan umat Islam di Tanah Air ini. Namun, sebaliknya tokoh-tokoh politik Cina samada dari parti chauvinist DAP atau MCA, mereka senada mempersoalkan tentang cadangan pindaan tersebut. Apa isunya? Akta 355, seperti mana yang telah saya terangkan secara ringkas (klik di sini) – jelas adalah suatu akta yang berkaitan HANYA kepada orang-orang Islam SAHAJA. Tidak ada kaitan langsung dengan orang bukan Islam. Ianya adalah akta berkaitan jenayah syariah – minum arak di tempat terbuka, judi dan seumpamanya. Habis kenapa mereka yang tidak ada… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Berdasar pengalaman pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, PAS menjangka parti serpihan, PAN dijangka berdepan dengan PAS pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Malah PAN juga menyatakan minat untuk bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bagi berhadapan dengan PAS. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata sedangkan teras politik Melayu di negara ini hanya PAS atau Umno. Katanya, berdasar sejarah pilihan raya di kawasan majoriti Melayu yang menguasai pentas politik sama ada PAS atau Umno. “Jadi maknanya rakyat kena cerdik sama ada hendak memberi kemenangan kepada PAS atau Umno. Semua undi… Read more »

Su Jeng
Guest
Su Jeng

Gile ke aper KO? X menganiya rakyat katanya.. Yg bnjir besar kt klantan tu pasai apa? Yg msih duduk dlm kemah tu sbb apa… Yg x byr caruman kwsp guru guru YIK tu ape ke heeeeee…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamualaikum,, Ekoran pembentangan RUU pindaan akta 355 di Parlimen oleh Presiden PAS, ada pula suara sumbing yang dilaungkan yang kononnya PAS sudah boleh bubar kerana Umno sudah ikut Islam.Suara ini dipercayai satu sindiran kepada apa yang pernah ATGNA sebut,kalau Umno ikut Islam, Kami akan bubar PAS dan masuk Umno semuanya.Tetapi apakah dengan membenarkan RUU ini dibentang dan dibahas serta diluluskan di Parlimen Umno sudah ikut Islam? Sedangkan yang mencadangkan agar RUU ini dipercepatkan ialah seorang MP wanita Umno yang tak tutup auratpun, jadi macam mana kata Umno ikut Islam? Nampak benar sindiran sebegini agak premature dan tergesa gesa. Bermula dengan… Read more »

E AH
Guest
E AH

Jemaah Islamiah PAS khususnya lebai-lebai segera yang hidup bermewah hasil rakyat disaran membantu mangsa banjir besar Kelantan 2014 yang masih berumahkan khemah dan minum air dari lori. Jika tidak kerana bantuan dari kerajaan kafir Pulau Pinang dan Selangor angka penghuni khemah tidak berkurang seperti hari ini. Jemaah Islamiah PAS khususnya 'ulama' yang mengkaji Quran dan Hadith disaran bertindak ke atas peningkatan kes hubungan luar nikah, anak luar taraf, sumbang mahram, penyalahgunaan dadah, curi-rompak, AIDS dan kemiskinan di negeri Serambi Makkah, antara tertinggi di Malaysia. Jemaah Islamiah PAS khususnya yang memuja individu berserban berjubah disaran mendalami perintah Allah agar menjauhi fitnah,… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Anon 8.30
Spekulasi ini ujud ekoran daripada tindak tanduk presiden PAS dan pemimpin lain yang sealiran dengan sekarang ini ,saya bukan penyokong parti AMANAH ,tapi buka mata dan minda anda tajamkan pendangan terhadap Hj Hadi dengan kenyataan serta tindakannya terhadapat UMNO dan najib terlalu jelas macam mempertahankan kedudukan perasuah itu dengan ini sudah tentu PAS diserang habis bahisan oleh rakyat yang bencikan penyelewengan dan pemimpin tak amanah,jadi jangan salah orang lain salahkan pemimpin yang ada didalam barisan kepimpinan sekarang yang banyak bersandiwara dan tak ada minat pun nak memimpin umat kearah kemajuan islam hanya main politik saja.

roslan othman
Guest
roslan othman

Anon 8.30
Spekulasi ini ujud ekoran daripada tindak tanduk presiden PAS dan pemimpin lain yang sealiran dengan sekarang ini ,saya bukan penyokong parti AMANAH ,tapi buka mata dan minda anda tajamkan pendangan terhadap Hj Hadi dengan kenyataan serta tindakannya terhadapat UMNO dan najib terlalu jelas macam mempertahankan kedudukan perasuah itu dengan ini sudah tentu PAS diserang habis bahisan oleh rakyat yang bencikan penyelewengan dan pemimpin tak amanah,jadi jangan salah orang lain salahkan pemimpin yang ada didalam barisan kepimpinan sekarang yang banyak bersandiwara dan tak ada minat pun nak memimpin umat kearah kemajuan islam hanya main politik saja.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ceramah Pan tidak dapat sambutan di Sg Nibong. Ada la dalam 30 org hadir. Itu pun lebih ramai petugas PAN terdiri daripada geng IKRAM dari pendengar. Biar betul?

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

1 undi BN = 1 undi penyamun

Anonymous
Guest
Anonymous

Taik busuk kau lah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 11.13. Memang la taik dia busuk. Mana ada taik wangi dlm dunia ni. Mungkin anon 11.13 dah cium taik Kak mah kot. Kihkihkih….

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

1 undi BN = 1 undi penyamun

paktam
Guest
paktam

Rafidah Aziz patut bertanding sebagai bebas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno cuak..sapa ura2 nk bertanding bebas pasti dpt dedak kelas A sampai x jd bertanding.

WargaUmnoMarhein
Guest
WargaUmnoMarhein

Cash is king…time letak terompah kayu pun BN boleh menang kembali lagi. Wow factor ada dlm diri Mastura. Calon pembangkang bersedialah untuk gigit jari kali ni…landslide win untuk Mastura di kuale!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemilihan calon ni mmg telah dirancang. Permainan silap mata ni bertujuan utk memberi kemenangan kpd Pas sebagai isyarat "u help me i help u".
"Satu utk aku satu utk kau" najib-hadi diterjemah secara halus dlm prk ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemilihan calon ni mmg telah dirancang. Permainan silap mata ni bertujuan utk memberi kemenangan kpd Pas sebagai isyarat "u help me i help u".
"Satu utk aku satu utk kau" najib-hadi diterjemah secara halus dlm prk ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita cuma perlu lihat apa UMNO buat atau dengar apa UMNO cakap. Kita tak payah nak bagi 'nasihat' tentang baik-buruk tindakan mereka….buat mengabihkan beras aje!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju! Ni dah mcm masih sayangkan umno. Hentam2 tp masih berharap pd umno..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah tentu sesiapa pun calon bn atau pas pasti perit utk berhadapan dgn DS NIZAR sbg calon amanah…

Hanya DS NIZAR yg mampu beri saingan dan berpeluang utk menang! Amanah jgn letak calon lain…

Nanti jenuh dan abis masa utk perkenalkan calon. Kalau DS NIZAR..hatta nyamuk dlm hutan pun kenal akan beliau…!!

Su Jeng
Guest
Su Jeng

Hahahaha…. Amboi kome..sampei chegitu skali…nyamuk dlm hutan pun kenai yea