ADUN JADI CALON PARLIMEN DI SUNGAI BESAR, APAKAH KEDUDUKAN KETUA BAHAGIAN TIDAK BERNILAI?

Bukanlah amalan biasa bagi UMNO memilih seseorang yang sudah menjadi Adun bertanding di kerusi Parlimen, apatah lagi jika Ketua Bahagiannya tidak pernah bertanding sebelum ini.
Tetapi ia berlaku di Sungai Besar. UMNO meletakkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun nanti, dalam masa yang sama mengenepikan Jamal Mohd Yunus, Ketua UMNO Bahagian yang masih muda dan tidak pernah bertanding di mana-mana kerusi sebelum ini.
Apakah Jamal tidak layak dan kedudukan Ketua Bahagian yang disandangnya tidak bernilai satu sen pun untuk dipertimbangkan sebagai calon?
Kalau pun bukan Jamal, tiadakah pemimpin lain di kalangan pimpinan UMNO Bahagian yang turut layak untuk diketengahkan, sehingga Budiman yang sudah pun menjadi Adun dipilih lagi bertanding untuk bergelar Ahli Parlimen pula?
Apakah UMNO sudah begitu ketandusan pemimpin? 
Jika dalam beberapa pilihanraya kecil sebelum ini, calon tempatan bukan daripada kalangan pemegang jawatan utama dalam UMNO boleh diketengahkan, kenapa formula yang sama tidak digunakan, kalau pun tidak mahu memilih Jamal atau pimpinan UMNO yang lain sebagai calon?
Dalam masa yang sama, apakah kelebihan yang rakyat atau pengundi perolehi dengan menjadikan seorang Adun sebagai Ahli Parlimen dalam waktu yang sama?
Bukankah jika orang lain yang dipilih oleh UMNO sebagai calon dan kemudian menang, bermakna pengundi Sungai Besar akan mendapat dua wakil rakyat yang berbeza dan ini lebih memberi manfaat kepada rakyat?
Tetapi, berbanding jika Budiman yang menang, rakyat tidak mendapat apa-apa kelebihan, melainkan hanya Budiman yang akan bergelar Adun dan Ahli Parlimen secara serentak.
Tulisan ini tidak sama sekali mempertikaikan kelayakan atau kemampuan Budiman. Beliau adalah rakan lama saya dan saya telah mengenalinya berbelas tahun yang lalu ketika beliau masih berkhidmat dengan Telekom Malaysia lagi.
Ketika itu beliau belum begitu aktif dalam UMNO Sungai Besar, tetapi Budiman selalu bercakap tentang cita-citanya dalam dunia politik, malah turut menyebut tentang pilihan lain jika gagal menyerlahkan bakatnya.
Beliau memang seorang yang baik, banyak idea, ada visi dan setelah bergelar wakil rakyat, selalu menampakkan dirinya turun padang serta membiasakan kedudukannya tidak berbeza dengan rakyat biasa.
Alhamdulillah, beliau kini adalah Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Adun Sungai Panjang. Sekarang dipilih pula untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar.
Namun, tulisan ini ialah mengenai wajah UMNO di mata rakyat, harga diri seseorang yang berjawatan Ketua Bahagian serta kebarangkalian wujudnya elemen sabotaj oleh pemimpin parti sendiri terhadap beliau.
Di mata rakyat, UMNO seolah-olah tandus pemimpin dan rakyat akan melihat tidak ada kelebihannya bila seorang Adun dibebankan lagi dengan tugas sebagai Ahli Parlimen. 
Jika wujud eleman sabotaj, bersekali dengan sentimen anti Najib yang sedang marak berikutan skandal kewangan melibatkan dirinya, Budiman akan menjadi mangsa yang mungkin membunuh terus masa depannya dalam politik.
Ia juga memperlihatkan kedudukan Jamal sebagai Ketua Bahagian tiada nilai di mata pucuk pimpinan UMNO sedangkan beliau melakukan banyak usaha di peringkat nasional untuk membela dan mempertahankan Najib.
Kesian Jamal…
Jika pengundi inginkan seorang wakil rakyat lain yang mewakili kerajaan negeri pula untuk membela dan membolehkan mereka menumpang lebih banyak kasih,  calon Pakatan Harapan ada kelebihan untuk menang di Sungai Besar.
Ini kerana calon Pas juga seorang Adun iaitu Dr Rani daripada Meru, Kelang. Berbanding Budiman yang merupakan Adun dalam Sungai Besar, Dr Rani sebaliknya adalah orang luar.
Dengan sama-sama meletakkan Adun sebagai calon di Sungai Besar, tetapi merupakan orang luar, Pas ternyata secara halus sedang memberi kelebihan kepada UMNO yang mencalonkan Adun tempatan untuk memenangi kerusi tersebut sebagai balasan kerana memberi laluan kepada usul berkaitan hudud oleh Hadi Awang di Parlimen, Khamis lalu.
Kenapa Pas tidak meletakkan calon profesional atau ulama tempatan sendiri jika benar ingin memenangi kerusi Sungai Besar?
Mengapa seseorang daripada luar yang sudah bergelar wakil rakyat dan YB mahu dijadikan wakil rakyat dan YB sekali lagi?
Lantaran itu, jika Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP dan Amanah meletakkan calon yang betul dan bukan daripada kalangan wakil rakyat juga, kelebihan akan memihak kepada mereka di Sungai Besar ini.
Dengan memilih calon Pakatan Harapan, ia bukan saja mewakili rakyat yang mahu memberi mesej penolakan terhadap Najib sebagaimana yang disebut oleh Tun Mahathir Mohamad, malah pengundi juga akan mendapat tambahan wakil rakyat baru yang mewakili kerajaan negeri pula. (SH 28/05/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

43
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
IBU FATMA DI MALAYSIAKedai Handphonejohn doeMudah BorongAnonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Kedai Handphone
Guest
Kedai Handphone

X kuat cium tgn org tu, tu yg x dpt restu kot….

IBU FATMA DI MALAYSIA
Guest
IBU FATMA DI MALAYSIA

Assalamu alaikum yang punya room melalui internet ini,saya ibu fatma di malaysia mengucapkan terima kasih banyak sama AKI karena AKI sudah banyak membantu saya dan saya kepengeng memberitahukan kepada teman-teman semua bahwa apakah anda memerlukan TUYUL supaya anda cepat kaya kalau anda membutuhkan monggo telepon KI KONCORO di number 0823,1332,9888 karena saya sudah membuktikannya,trima kasih ya KI atas bantuan tuyulnya saya sudah jadi kaya sekarang itu semua berkat bantuan AKI. Dan apakah anda butuh angka TOGEL KI KONCORO mulai dari angka 2D,3D,4D,5D,6D….? DENGAN ANGKA GHOIB ATAU ANGKA RITUAL YANG DI BANTU DENGAN MAHLUK HALUS DAN RAJA JIN TOGEL JADI ANGKA… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal? Kah…kah…kah!!!!

Halim Yeop
Guest
Halim Yeop

Ini politik simpati yg amat terdesak oleh umno…apa dia kira balu ke balung,edah ke bedah…asal dpt meraih simpati,pengundi pun jgn jd bangang mengundi calon edah

JinKerjaKacauKampong@J3K
Guest

…ayak mata Jamal samseng kg…rasanya kalau bukan Jamal samseng kg yg jdi ketua bhgn…x jatuh heli Dan tentu x berlaku prk sg besak Ni…terang Lagi bercahaya punya sial Jamal samseng kg Ni… jd samseng kg pun kalau ditelti…dihalusi…x layak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan main2 jangan tak undi calon umno nanti kena tumbuk.
Cukup samseng sekarang ni.
Duduk diatas dia merompak turun ke jalan raya dia pukul orang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita tengok dan lihat siapa calon pakatan harapan di sungai besar dan kuala kangsar antara amanah dan pkr.kalau masih bertelagah nak letakkan calon masing-masing,saya doakan bungkus dan hilang wang pertaruhan.

jamaludin mareng
Guest
jamaludin mareng

ketua umno tuu bukan saja tak bernilai malah tak berguna langsung termasuk semua yb BN… PRU14 ku tunggu mu sampai tahu ler aku nak pangkah apa nt

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Bn letak calon dari seorg adun menekala pas pun letak calon juga seorg adun adakah ini satu kebetulan atau satu pakatan fikir2kanlah
Apakah org melayu umno sg besar bodoh2 belaka cuma sorg saja yg boleh buat kerja
Apakah org jawa sg besar pun bodoh juga nak bawa calon pas org jawa dari meru amat memalukan
Ayuh pakatan jadilah anak jantan letakan calon yg berwibawa jangan toleh belakang lagi lawan tetap lawan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Bn letak calon dari seorg adun menekala pas pun letak calon juga seorg adun adakah ini satu kebetulan atau satu pakatan fikir2kanlah
Apakah org melayu umno sg besar bodoh2 belaka cuma sorg saja yg boleh buat kerja
Apakah org jawa sg besar pun bodoh juga nak bawa calon pas org jawa dari meru amat memalukan
Ayuh pakatan jadilah anak jantan letakan calon yg berwibawa jangan toleh belakang lagi lawan tetap lawan

Anonymous
Guest
Anonymous

Anda sayang Malaysia?Kalau anda tidak sayang Najib sekali pun,sayangilah Rosmah dan UNDILAH BN!

Porak Den
Guest
Porak Den

Sdr Budin, sorry to say, siapa saja calon BN sewajibnya TIADA NILAI.

Porak Den
Guest
Porak Den

Sdr Budin, sorry to say, siapa saja calon BN sewajibnya TIADA NILAI.

Mr cashisking
Guest
Mr cashisking

BERSIH CEKAP DAN AMANAH.
UMNO Tak pegang Dan hayati slogan ini.
PAKATAN HARAPAN wajar gunakan slogan in Untuk menang

Anonymous
Guest
Anonymous

sememang cash tidak berjiwa
hanya hati busuk jadi raja
kalau manusia sudah didusta
alangkah siapa jadi hamba?

Anonymous
Guest
Anonymous

Pilih Jamal jd calon alamat awai lg tau dah kalah. Sapa nak sokong orang macai mcm dia. Melayu tolak cina pun tolak. Budiman ni sekurang-jurangnya pengundi dia akan terus undi dia. Peluang masih ada. Malangnya parti lawan pula tak bersatu. Kalau tak, pasti Parlimen Sg Besar bertukar tangan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya rasa umno ada masalah unik, tarak sapa mau jadi calon. Semua wait and see. Kalu menang pertandingan 3 penjuru dengan undi lebih kecil dari PRU dulu, below 50%,tak ada apa nak dibanggakan, sebab jelas lebih 50% tolak umno. Kalu kalah, lagi malu. Menang besar jauh sekali. Habihh, sapa nak tanding? Lagi pon, ingat senang ka calon umno nak jawab isu semasa. Sarawak lain citer, semua isu negeri.

Anonymous
Guest
Anonymous

malu jangan tak segan
pilu angan-berangan
wang sebukit umur tersekat
orang seksa dosa selangit

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib Mad Fool Dull Long dah longgar lutut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kah kah kah.kesian jamal pak tongkol.nampak sangat ko ni takde nilai satu sen pun di mata pok jip.lebih baik ko gantung diri la.kedudukan ko tinggi sebagai ketua bahagian.tapi ko tak dipilih.kesian ko jamal.PRK ni ko kempen utk PKR atau amanah lebih baik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haiyaaaa penat saja dia bagi burger free orang lain pula yg najib pilih

john doe
Guest
john doe

Kah kah kah

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

Haram mengundi penyamun, penzina, perasuah, pembunuh, penipu…..Fikirkan

Anonymous
Guest
Anonymous

Tok guru Hadi apa hukumnya kalau orang islam di kuala kangsar dan Sg Besar tak undi pas?

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Islam hadari tak pe

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

Haram mengundi penyamun, penzina, perasuah, pembunuh, penipu…..Fikirkan

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Bro, aneh juga ya. Kalau x silap BN ada standing instructions se org calun boleh tanding 1 kerusi saja.
Dah ketandusan calun ka?
J

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangar tegur bro nanti tak pasal pasal saja kena tumbuk

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Jamal ikan bakar terserlah hanya sebagai macai atau gurga najib saja tak lebih dari itu, ini terserlah dengan segala kerja amal nya untuk bodek dan cover tahi busuk najib, jadi sesuai lah dengan dirinya kerana UMNO sendiri faham orang ini hanya berguna jadi macai aka pencacai ja, tahap pemikiran terlalu rendah dan memalukan umno untuk ditunjolkan sebagai wakil rakyat. Berkenaan calon yang ditawarkan untuk mewakili umno atau pas bagi saya dah tak guna ,calon la siapa pun kalau setakat untuk mewakili penyeleweng dan pelaku mungkar iaitu Najib lebih baik pergi bertaubat la daripada bertanding ,taubat kerana tidak mau lagi bersubahat… Read more »

Porak Den
Guest
Porak Den

*berdoa – berdosa

Porak Den
Guest
Porak Den

*berdoa – berdosa

Porak Den
Guest
Porak Den

Sedar lah wahai pengundi yg bijaksana….cukup lah….tak perlu lagi mengundi parti2 yg amal & menyokong rasuah . Berdoa sangat2 kita. Taubatlah.

halie
Guest
halie

Jamal awal2 kata x nak tandingg parlimen. PRU14 calon adun sg panjang..dia ada visi

Anonymous
Guest
Anonymous

Tarik pengundi tu, kalau pilih si Jamal mungkin yang bukan melayu tak sokong dia….

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Jamal tidak bertanding….aku x kan undi umno….bagi aku hidup matiku adalah umno!!!!takbir….hidup umno…takbir…hidup umno

Mudah Borong
Guest
Mudah Borong

kami mau Jamal.. kami mau jamal…

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Jamal ikan bakar terserlah hanya sebagai macai atau gurga najib saja tak lebih dari itu, ini terserlah dengan segala kerja amal nya untuk bodek dan cover tahi busuk najib, jadi sesuai lah dengan dirinya kerana UMNO sendiri faham orang ini hanya berguna jadi macai aka pencacai ja, tahap pemikiran terlalu rendah dan memalukan umno untuk ditunjolkan sebagai wakil rakyat. Berkenaan calon yang ditawarkan untuk mewakili umno atau pas bagi saya dah tak guna ,calon la siapa pun kalau setakat untuk mewakili penyeleweng dan pelaku mungkar iaitu Najib lebih baik pergi bertaubat la daripada bertanding ,taubat kerana tidak mau lagi bersubahat… Read more »

Raffizi
Guest
Raffizi

Dpt 2 elaun bos..

E AH
Guest
E AH

Terlalu banyak berpolitik dari bekerja. Namapon jawatan Wakil Rakyat, tugasnya mewakili rakyat. Itu definasi MP atau Yang Berkhidmat. Di Malaysia YB adalah wakil parti, bukan wakil rakyat. Semenjak merdeka kita diindoktrin Malaysia dimiliki parti berkuasa bukan rakyat. Dan rakyat dari dulu memilih bendera dari individu. Kerana memilih benderalah rakyat khususnya orang Melayu terus menjadi pengemis di negara sendiri. Ungkapan 'siapapon calon yang dipertandingkan pengundi/ahli parti wajib menangkan' adalah bahasa politik yang salah dari dulu lagi. Dan yang mengundi berlandas sentimen itu adalah individu yang bertanggungjawab membesarkan kegagalan negara. Bukan parti yang mrnjaga kebajikan rakyat tetapi individu. Bukan parti yang ada… Read more »

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

Cuba tanya penyokong Umno/Bn….kalau letak kayu getah sebagai calon Bn lawan Hadi dari Pas, apakah pilihan mereka?….mereka tetap akan pangkah Bn

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

Cuba tanya penyokong Umno/Bn….kalau letak kayu getah sebagai calon Bn lawan Hadi dari Pas, apakah pilihan mereka?….mereka tetap akan pangkah Bn

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Parti Umat Melayu No Otak (UMNO) pimpinan Penipu Mega, Najiblis sudah terbukti tiada muka baru yang layak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Umno calunkan ADUN…di S.Besar
Pas calunkan ADUN…di S.Besar
Umno calunkan wanita di K.Kangsar
Pas calunkan wanita di K.Kangsar

Memang sedongdong sehati sejiwa.