KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT

Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak?
Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak isu kebelakangan ini.
Meskipun pertandingan tiga penjuru semakin sukar dielakkan kerana Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PKR dan dalam masa yang sama Hadi Awang sudah pun diberikan “hadiah” berupa kebenaran membentangkan usul persendirian berkaitan hudud di Parlimen, tetapi sebagaimana yang kerap disebut oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa siapa juga calon yang menentang BN, mereka bukan lagi mewakili pembangkang, sebaliknya adalah mewakili rakyat.
Ini bermakna, dalam pertandingan tiga penjuru nanti, calon Pakatan Harapan adalah mewakili rakyat, manakala calon BN adalah mewakili masa depan Najib.
Calon Pas pula, walaupun berkedudukan sebagai pembangkang, tetapi akan dikenali sebagai pro Najib dan memusuhi Pakatan Harapan.
Dengan usul hudud yang diberi kebenaran, kempen Pas di dua pilihanraya ini adalah lemah lembut terhadap Najib dan UMNO, sebaliknya akan bertukar keras dan agresif terhadap Pakatan Harapan.
Oleh itu, sebarang keputusan, sama ada BN menang atau kalah, yang lebih terkesan dengannya ialah Najib.
Jika kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah mesej yang semakin jelas tentang penolakan daripada rakyat terhadap Najib. Untuk memulihkan kembali sokongan rakyat menghadapi PRU 14, cara yang paling mudah tentu saja Najib mesti diundurkan dengan seberapa segera.
Jika tidak, dengan Najib, UMNO dan semua pemimpinya sekali akan terkubur dalam pilihanraya umum nanti.
Tidak mustahil, kekalahan BN juga secara perlahan-lahan akan merangsang kumpulan Zahid Hamidi menerima hakikat bahawa Najib adalah beban yang tidak boleh diselamatkan lagi sebagaimana yang selalu disebut oleh Tun Mahathir, bahkan mungkin mula bertindak secara diam-diam untuk memberi lebih tekanan kepada pengunduran Perdana Menteri.
Kiranya calon BN menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah kemenangan mutlak bagi Najib. Bukan saja Najib akan berbangga dengan kemenangan itu kerana menganggap sebagai penerimaan rakyat terhadapnya dan gambaran pengundi tidak terkesan dengan isu 1MDB, kekayaan keluarga, pembaziran, kemewahan dan wang RM2,600 juta dalam akaun peribadi, malah semua pemimpin UMNO yang sudah terhutang budi “cash is king”  akan lebih mendewa-dewakan lagi Najib.
Sebab itu, keputusan dua pilihanraya ini sangat penting bagi Najib. Demi pentingnya untuk menang itu jugalah yang menyebabkan Pas kini bagaikan sudah diikat untuk terus menjadi pengacau kepada Pakatan Harapan menjelang kira-kira seminggu sebelum hari penamaan calon diadakan.
Sekiranya model pertandingan tiga penjuru yang dijelmakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mampu memberi kejayaan kepada Najib, pastilah Pas akan terus dijaga dan digula-gulakan sehingga tarikh pilihanraya akan datang.
Yang lebih penting daripada itu, kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan membuatkan Najib tidak menunggu sehingga tahun 2018 untuk mengadakan pilihanraya umum.
Kemenangan di dua kerusi itu akan mendorong Najib untuk mengadakan pilihanraraya umum secara mengejut, mungkin sebelum berlabuhnya kalender 2016.
Untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya mengejut itu, Najib perlu mengadakannya dengan seberapa segera kerana di seluruh dunia sekarang ini sedang terbongkar satu demi satu kebobrokan mengenai 1MDB.
Daripada perbicaraan di Singapura, prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA di Switzerland, penutupan cawangan BSI di Singapura sdhinggalah yang terbaru WSJ telah mendedahkan sepucuk surat daripada Bank Negara yang mengesahkan Good Star Ltd adalah milik Jho Low dan bukannya kepunyaan PetroSaudi.
Surat itu secara langsung mengesahkan penjelasan kerajaan bahawa Good Star adalah milik PetroSaudi dan tiada kaitan dengan Jho Low, sama sekali tidak benar dan merupakan suatu pembohongan.
Terdedahnya surat tersebut juga menyerlah sebab sebenar mengapa Hasan Ariffin, Pengerusi PAC memadamkan fakta Bank Negara itu dalam Laporan PAC yang dibentangkannya di Parlimen.
Hakikatnya, dengan persedaran masa, apatah lagi jika menunggu sehingga 2018, mungkin lebih banyak pendedahan berfakta mengenai 1MDB dan wang RM2,600 yang terbongkar kepada umum yang tidak mampu ditangkis oleh Najib dan dihadapi oleh UMNO.
Menjelang tahun 2018 juga, tujuh buah negara yang sudah membuka kertas siasatan berkaitan rasuah dan penggubahan wang haram mengenai 1MDB tidak mustahil sudah beralih kepada proses pendakwaan dan menjatuhkan hukuman.
Siasatan mengenai pemilikan harta mewah di Amerika Syarikat dan London melibatkan anak tiri Najib, Riza Aziz yang turut dikaitkan dengan dana 1MDB barangkali juga sudah diketahui kebenarannya menjelang 2018 itu nanti.
Semua itu akan lebih menjejas dan mencalarkan nama Najib jika pilihanraya umum diadakan pada 2018 kerana 1MDB adalah idea dan anak emas yang selalu dibanggakannya sebelum ini.
Selain itu, kedudukan Pakatan Harapan yang sedang berpecah ketika ini adalah merupakan kesempatan terbaik bagi Najib memasang lukah dan seterusnya meraih laba daripadanya.
Pas pula, disebabkan peranannya telah menghasilkan kejayaan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan terus dijadikan senjata untuk menghuru-harapan kedudukan Pakatan Harapan. 
Maka, selepas kemenangan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ia adalah dorongan paling kuat untuk Najib mengadakan pilihanraya mengejut demi menyelamatkan masa depan politiknya.
Menangguhkan pilihanraya sehingga 2018 hanya umpama membesarkan lagi lubang kubur untuk “kematian”  karier politik Najib dan bersekali dengan habisnya nyawa UMNO. (SH 27/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

40
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousPengobatan Mata Minus Tanpa OperasiSalwah AbdathalieE AH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Lg pas juga yg nak diputar,pan lah yg salah.bkn ke pas dah bertanding situ bg pihak pembangkang.pan nak juga jd ulat kacau daun nak tunjuk taiko atau nak cari mati.menjerit di bershit 4 kononnya demi rakyat tp demi kepentingan sendiri semata mata.mat min pun dah mls nak layan lg nak tikam sesama sendiri tak cukup tikam sesama pembangkang.ayuh mat sabut berebut kerusi diprk krn tak sabar tunggu pru.najib letak tepi dulu.yb diutamakan rakyat dikemudiankan adalah tagline baru pan the dap

Pengobatan Mata Minus Tanpa Operasi
Guest
Pengobatan Mata Minus Tanpa Operasi

News that you serve on a Friday is very helpful at all thank you .

Anonymous
Guest
Anonymous

Biorla…rakyat tak mahu bertindak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Sabarrrr…18 June ni baru mengundi

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro Budin,

Sekarang umngok sudah kuat.Bukan sahaja kuat dengan ketuanan melayu umngok malah bertambah kuat apabila memperkudakan pas amanat 1981 dengan menjuai hudud.Ketuanan melayu umngok + hudud tuang amanat = isu 1mdb dilupakan dan menang prk.

Apabila berbicara perkara berkaitan hukum hudud, undang-undang yang ada sekarang pun gagal menghukum 1mdb.Bagaimana hendak mengunakan hudud digunakkan untuk menegakkan keadilan kepada pelaku-pelaku salah? Jangan sampai yang bersalah terlepas dan lain pencuri lain yang dikudung tangan.Ianya bukan sekadar iman pada agama dan lojik pada pemikiran tapi ianya hanya pada apa yang berlaku didepan mata.Jangan abaikan skandal 1mdb didepan mata.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Jika kedua-dua kawasan di menang oleh BN maka deklarasi rakyat sudah tidak bererti lagi dan rakyat akan meroyan dan mula fed up

Anonymous
Guest
Anonymous

selama ni amno(islam) yang tak bagi bentang
baru tau
apa kerja amano ni menghalang
amno tak mau laksana rupanya selama ni
depa pakai quran mana pulak

Anonymous
Guest
Anonymous

Tgk kepada komen2…terserlah org melayu ni simplisitik! Itu pasal sudah nak maju dan asyik kena tipu! Yg umnonya kena tipu dek melayunya, org pas di tipu dengan konon islamnya. Guna la akal yg berikan oleh maha esa! Dah sah2 kedua2 badigol umno nak pas ni dah berpakat nak tipu org melayu! Itu pun tak leh pikir! Asyik nak salahkan DAP! Diri sendiri bodoh salahkan org! Lepas ni ada la badigol kata aku kafir kang tak terima hukum Allah swt dan bersekongkol dgn Dap laknatullah! Simply malay! Bodoh sampai bila2!

halie
Guest
halie

Bila kerajaan P Pinang merayu kerajaan persekutuan meluluskan jambatan ketiga ..dikatakan bijak..
Bila PAS berterimakasih pada UMNO kerana membenarkan usul RUU Hudud dibentang di Parlimen..disumpah seranah konon pro UMNO..
Tahniah DAP..

halie
Guest
halie

Bijaknya BN kerana dapat menangkap titik perpecahan di antara parti pembangkang..PAS terus istiqamah melaksanakan hududDAP berasa kuat dan sombong dengan sokongan pengundi sub dan urban..DAP berusaha melemahkan PAS dari dalam..termasuk menolak presiden yang dipilih oleh ahli2 PAS. Pemimpin minoriti PAS yg liberal kalah dan menubuhkan Amanah dan disokong secara terbuka oleh DAP. Hakikatnya Amanah mungkin berjaya mengurangkan kekuatan PAS tetapi tidak akan membunuh parti itu.Yang pasti menolak PAS sebenarnya menafikan peluang pembangkang untuk menumbangkan BN.BN akan mendapat 2/3 kerusi parlimen seperti tahun 2004.Salah siapa? Salah PAS ke..Semya oeang tahu BN memang tidak boleh diterima lagi..Tapi siapa yg tahu agenda DAP..Amanah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Salah pas lah. Salah siapa lagi nak tanya pulak.
Bukankah pas pernah menikah dgn dap?
Selepas dap ceraikan pas dgn talak 3 bukankah kpd BN tempat pas mengadu?
Pas ni dah byk kali dah jadi janda. Pas pernah jadi janda BN 2 kali dan pernah jadi janda dap 1 kali.
Sekarang dah kahwin dgn lkatan.
Tak lama lagi mesti kena cerai sebab sdg bermain kayu 3 dgn umno.
Tak tahu malu. Dalam diam diam dah ada kekasih gelap.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku nak tambah sikit lagi. Bila dah jadi janda Pas bukan saja cari dedak tapi pas mmg gila dok cari balak.

Anonymous
Guest
Anonymous

elok cina jangan keluar undi biar melayu saja undi hari tu sebab amno n pas setuju hudud dbentang dalam parlimen
cina menentang tak gitu
amno islam pas islam kalau saudara islam nak laksanakan hukum hukum Allah wajib saudara Islam amno tolong buakn menyusahkan lagi
ada paham ka saudara islam
elok bagi amno menang besar nanti najib boleh buat pru cepat bnayak dapat dedak lagi
undilah pati najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Besi mana bolih bercakap…

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib dan Hadi mahu ikhtiar berdusta, tapi Al-Quran berkata dlm surah al-Hadid (Besi):

[13](Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."

Anonymous
Guest
Anonymous

Diorang yang melaburkan ugama demi kuasa duniawi:"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa)… Read more »

Joe Harry
Guest
Joe Harry

(Sekadar jenaka dan renungan)
Untuk APA dan untuk SIAPA undang2 hudud itu diadakan???
Undang2 yang ada sekarang pun tidak dilaksanakan sepenuhnya terutama bila melibatkan "orang besar".
Malah digubal sesuka hati demi kepentingan mereka (orang besar).
Kita sebagai orang islam mendesak supaya undang2 islam dipertingkatkan dengan melaksanakan hudud. Maka lengkaplah negara kita sebagai negara islam.
ISLAMKAH kita jika melaksanakan hukuman TERPILIH???
Undang2 jalanraya contohnya had kelajuan maksimum 110km/jam. Tapi "orang besar" boleh laju lebih dari itu tanpa dikenakan saman.
APAKAH ada jaminan pak menteri (saudara dan sahabat handai mereka) yang mengubal hudud itu akan dikenakan hudud jika ada kes????

Anonymous
Guest
Anonymous

Bekukan Akaun jho low,reza Dan sekutu mereka nescaya mereka akan kehabisan dedak untuk diberikan kepada pengundi!!!

jamaludin mareng
Guest
jamaludin mareng

isu hudud kita bincang lepas raya naa, sekarang selesaikan segera isu 1MDB, rakyat dah mual asyik subjudis memanjang, bila nak tubuh RCI?

Anonymous
Guest
Anonymous

JELAS DISINI BAHAWA PAS DIPERGUNAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN UTK MERAIH UNDI BKN ISLAM. DISINI KITA BOLEH NAMPAK KELICIKAN MEREKA DLM MERANCANG STRATEGI UTK PILIHANRAYA TERDEKAT.PAS YG DIANCAM DGN ISU INI.KEBENARAN PAS MMG UTK MARTABAT N PERJUANG AGENDA ISLAM TETAPI MUDAH DIGUNAKAN BN.HARAP PAS BERHATI2 DGN MAINAN ISU INI.TIDAK MUNGKIN SEKALI UMNO AKAN MENERIMA ISU HUDUD INI UTK MENJAGA RAKAN RAKAN BN(MIC,MCA,PERTI GERAKAN DN LL).LAST MEREKA AKAN MENANGGUH DAN TERTANGGUH SEPERTI SBLM INI DAN LAST TIDAK TERCAPAI.SY BERANI JAMIN DGN PERMAINAN YAHUDI INI.BG PAKATAN RAKYAT TELAH NAMPAK KELIBAT DAP YG MMG RASIS ISLAM. HARAP BERILAH MEREKA PENCERAHAN. BUATLA STRATEGI UTK KEMENANGAN… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari sejak mula PAS di tubuhkan isu HUDUD ini sebenarnya hanya la barang dagang PAS untuk teruskan hayat nya didalam habuan politik untuk terus hidup, tampa isu ini PAS dah lama berkubur tak relevan dengan keadaan maslahah negara.Itu la puncanya PAS tak pernah mampu memegang kuasa negara ini kerana tak pernah di redai Allah swt.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hudud hanya talian hayat pas untuk terus cari makan.
Kalau hadi sendiri tahu hudud itu apa dia tidak sewenang wenangnya membuat amanat yg cukup hina dan keji sehingga skrng ini dgn mengkafirkan umno dan seluruh ahli umno.

Adakah perlu ahli2 umno diislamkan semula?

Mungkin Tuan Ibrahim Tuan Man boleh huraikan lebih lanjut.

Anonymous
Guest
Anonymous

“Pemuda PAS juga mengingatkan beberapa ahli parlimen AMANAH yang lantang mengkritik usaha ini agar berhati-hati dalam memberikan kenyataan termasuk di media sosial.

“Jangan kerana tidak puas hati, terus mempertikaikan usaha untuk memartabatkan syariah Islam di Malaysia. Dahulukan kepentingan Islam melebihi kepentingan politik yang sempit,”

E AH
Guest
E AH

Cut and paste dari blogger UMNO atau blogger PAS mesra UMNO, itu kemahiran terbaharu JASA dan sekutu terbaharu Hadi? Islam bukan semata-mata Hudud/Undang-Undang Syariah. Islam agama damai dan kasih sayang. Islam tidak didik penganutnya berjubah berserban tetapi memaki, menfitnah malah mengkafirkan saudara Islam. Islam tidak didik menghina dan menfitnah bukan Islam. Islam tidak didik berdakwah mesti melalui parti politik bernama Islam. Islam tidak didik membesar-besarkan dan memuja muji mahkluk selain Pesuruh Allah. Islam tidak didik merai dan mendahulukan ahli parti dari yatim, fakir dan mangsa bencana. Islam tidak didik berbaik sangka dengan pemfitnah, pengadu domba, pemecah amanah, penyamun harta rakyat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Itu semua kerja Phoooooooooaaattttt zakar shitttt..itu busuk punya kerja

Anonymous
Guest
Anonymous

Naib Ketua, Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud dengan berkata langkah itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong. “Ia selari dengan titah Yang Di-Pertuan Agong untuk memperkasakan mahkamah Syariah pada bulan Mac yang lalu,” kata Khairil yang juga adalah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Rang undang-undang Hadi muncul beberapa kali di kertas perintah Parlimen dan berjaya dibentangkan buat kali pertama semalam dengan sokongan daripada kerajaan. Rang undang-undang persendirian itu sering dirujuk sebagai rang undang-undang hudud adalah khususnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Memandangkan umno/bn telah memberi sokongan kpd perlaksanaan hukum hudud, maka sewajarnya lah Presiden PAS membubarkan PAS dan memohon menjadi ahli UMNO secara blok memandangkan TG Najib Razak dan umno telah bersetuju utk melaksanakan hukum hudud…apa perlu lagi PAS diwujudkan???

wan amero
Guest
wan amero

setuju!

wan amero
Guest
wan amero

setuju!

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku dah pengalaman sangat dengan parti lsle ini ,tengok la nanti bila sampai masa isu ini pun tengelam lepas itu nak dekat pilihan raya muncul balik disamping itu bila ceramah salahkan orang lain tak mau hudud senang ja kerja pemimpin PAS yang bahalol mereka yang pangkah parti isle ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku dah pengalaman sangat dengan parti lsle ini ,tengok la nanti bila sampai masa isu ini pun tengelam lepas itu nak dekat pilihan raya muncul balik disamping itu bila ceramah salahkan orang lain tak mau hudud senang ja kerja pemimpin PAS yang bahalol mereka yang pangkah parti isle ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Harap dgn adanya hukum hudud ini dapatlah membenteras rasuah dan pecah amanah. Bukankah kedua2 kesalahan ini termasuk dalam hukum Allah??

Juga apakah hukumnya melepaskan seseorang yg disyaki melakukan kedua2 kesalahan di atas tapi dilepaskan tanpa perbicaraan yg adil dan telus utk mendapatkan kebenaran sebagaimana yg dituntut oleh hukum Allah…???

Anonymous
Guest
Anonymous

Hukuman atas pengkhianat negara itu dahsyat! hukuman atas pencuri megah itu dahsyat! hukuman atas pemimpin yang melampaui batas keadilan (had/hudud) itu dahsyat!

Anonymous
Guest
Anonymous

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam. Mengulas bantahan pari itu ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, katanya, DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam. Katanya, tindakan DAP yang terus melenting sebaik usul itu dibentang semalam jelas menunjukkan sifat mereka yang biadab dan anti Islam. "DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sila buka blog anda sendiri wahai pengkhianat bangsa!

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi oh Hadi kenapa engkau kodi!

Macam mana aku tak kodi ramai orang tak mau aku lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Merendahkan martabat Nabi Muhammad itu anti-Isle! Bermuka dua itu anti-Isle! Mengkafirkan saudara muslim itu anti-Isle!

Anonymous
Guest
Anonymous

aku setuju hudud dan hudud untuk org islam dan aku tidak bimbang tentang islam. Tapi awas sebab cerita di Sarawak akan jadi cerita di semenanjung. ceritnya pembangkang serta ngo yg perjuangkan isu hak Sarawak tetiba adenan satem yg jadi hero. ianya boleh jadi di semenanjung. Pas yg perjuangkan hudud tetiba najib yg jadi heronya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 16.44
Apa yang kamu cerita panjang sangat ini,sehingga terserlah sandiwara sebenar diparlimen ,kau tak faham ke lakonan yang sedang dimainkan oleh hadi ,speaker geng UMNO PAS dalam parlimen terlalu terserlah ,ini lah politik dunia bila ada isu penting mula nak alih isu ,bila datang pilihan raya mula main isu basi,macam barang dagang ,ini lah sedihnya rakyat malaysia terutama orang melayu dibuat seperti bahalol dan barua, macam kebanyakan rakyat ini buta syariat dan buta isi sebenar alquran.

Anonymous
Guest
Anonymous

jilakeee!!! org ckp lain kau ckp lain. kecik ndk mmpus, besar yusah org. ok.. release dh!!