TEKA-TEKI HUDUD

Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.
Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.
Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.
Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang sendiri memohon menangguhkannya?
Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.
Benarkah ia semata-mata sebab itu? 
Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan dan hujah- hujah perbahasan sepanjang masa?
Dalam konteks UMNO dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?
Mengapa sepantas itu UMNO tiba-tiba berubah?
Adakah kelulusan pembentangan ini bertujuan mengikat Pas untuk terus “kacau daun” bertanding dan menolak sebarang kompromi dengan PKR dalam  pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang?
Pas yang boleh dikatakan tiada harapan untuk mendapat undi bukan Melayu sekarang ini,  maka dengan kerjasama melalui usul hudud itu akan membolehkan Pas memperolehi lebih sokongan daripada blok undi Melayu yang pro pembangkang berbanding calon Pakatan Harapan yang turut bertanding.
Natijahnya, hanya blok undi Melayu pro pembangkang yang akan berpecah, manakala yang pro kerajaan  tetap tidak berubah dan terus terarah kepada BN.
Dengan sedikit sokongan pengundi bukan Melayu, maka kelebihan tentu saja akan memihak kepada BN  berbanding Pakatan Harapan. Calon Pakatan Harapan, walaupun mungkin mendapat lebih sokongan bukan Melayu, tetapi kemenangan mereka boleh dinafikan melalui undi Melayu yang lebih kecil dan berpecah dengan Pas.
Pas yang terpaksa berbahagi dua undi blok Melayu pro pembangkang dengan calon Pakatan Harapan, tetapi tidak mendapat sokongan bukan Melayu, hakikatnya tidak mungkin menang, baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, Pas mungkin boleh berpuas hati meskipun kalah kerana usul hudud mereka yang diberi pertimbangan oleh kerajaan sudah boleh dianggap sebagai kemenangan.
Dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan ini, sudah barang pasti kempen Pas di kedua-dua pilihanraya ini tidak lagi menyasarkan keburukan UMNO, isu 1MDB, wang RM2,600 juta dan hal-hal berkaitan Najib dalam kempen-kempennya.
Penangguhan usul sehingga Oktober juga tidak terkecuali bertujuan memberi ruang kepada UMNO yang dikelilingi oleh parti-parti kompenan dalam BN yang diketahui menolak hudud agar  tidak terlalu terbelenggu dengan isu tersebut dalam menghadapi dua pilihanraya yang dianggap penting untuk menguji sokongan rakyat terhadap Najib.
UMNO mungkin boleh melembutkan hati rakan-rakan komponennya bahawa yang diberikan mereka setakat ini hanyalah kebenaran kepada Pas dalam membentangkan usul, bukannya sokongan terbuka kepada hudud.
Persoalannya ialah apa pendirian UMNO dan BN selepas pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau ketika pengundian di Parlimen setelah usul dibentangkan Oktober nanti?
Atau lebih jauh, benarkah Najib dan UMNO benar-benar mahukan hudud dilaksanakan? (SH 26/05/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

50
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousnickhalieNordinabilaHArouse Mah Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Kena potong tangan nanti nak kira duit byk tu sebelah tangan tak syoklah

Anonymous
Guest
Anonymous

Hudud dilulus habis orang UMNO dan PAS kena potong tangan, atau untuk orang rakyat biasa saja
Hudud nak dijalan tapi pemimpin pemimpin perangai macam syatain berlakun alim

nick
Guest
nick

Ini semua hanya persembahan "silap mata" yang dibuat oleh UMNO sambil dibantu oleh PAS (PAS membawa watak pembantu seksi yang menolong ahli silap mata iaitu UMNO dengan menghulurkan prop dan alatan silap mata). UMNO yang tidak mahu isu2 nasional seperti 1MDB dan GST menjadi bahan kempen PRK itu mempergunakan PAS yang sememangnya sudah berikrar untuk "tidak menyerang UMNO dan BN" semasa kempen PRK, dengan memberikan PAS apa yang PAS inginkan selama ini iaitu "cerita2 fiksyen yang bernama Hudud", yakni memindahkan perhatian rakyat kepada akta 355 yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan dalam Parlimen mahupun dalam minda rakyat ketika rakyat bergelut dengan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hadi Awang berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan Rang Undang-undang peribadi untuk meminta Akta 355 bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan. Walau pun saya mengaku penganut islam, tapi saya masih curiga diatas kemampuan mahkamah syariah melaksanakan hukum hudud khasnya di Kelantan. Saya juga keliru, apakah mahkamah syariah melaksanakan pengadilan terhadap orang kena tuduh berasaskan hukum dari Alquran dan hadis atau bergantung pada hujah peguam pembela dan peguam pendakwa seperti yang dilakukan oleh mahkamah sicvil. Ketika usul itu telah diterima oleh speaker, ramai pemimpin PAS yang melompat dan meloncat gembira….Ada yang kata mereka segera melakukan wujud syukur dan… Read more »

halie
Guest
halie

Anon 10:31, doakan kelantan berjaya melaksankan hudud. Sebarang kelemahan pelaksaan boleh diperbaiki. Yg penting skali RUU ini mesti disokong dahulu oleh MP Islam

Anonymous
Guest
Anonymous

MCA membantah tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membentangkan semula rang undang-undang persendirian mengenai hudud. Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata rang undang-undang itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana intipati Akta 355 adalah garis pemisah antara syariah dan undang-undang sivil. "Nenek moyang kita mempunyai kebijaksanaan yang hebat dengan mengabadikan peraturan itu dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan dan maksud supaya masyarakat Islam dan bukan Islam boleh hidup dengan aman. "Jika pindaan kepada akta ini dibenarkan, ia akan membuka kotak Pandora yang akan membawa kepada pencerobohan kepada sistem undang-undang sekarang, yang mana Perlembagaan Persekutuan berada di… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

haaa??? satu kesilapan?? adakah PAS itu agama?? adakah agama itu PAS??? PAS bukannya agama….agama bukannya PAS…PAS berhak ditolak…tidak seperti zaman TGNA dan Fadzil Noor…PAS masa itu memang sukar ditolak…

PAS sekarang ramai yang dah tolak…menongkah arus…presideng asyik melabel orang ….barua….tolol…broker…anwarinas….balaci…dan macam-macam lagi….ponteng parlimen….inikah contoh pemimpin parti ISLAM???? akhlak mengalahkan orang kafir…tak layak memimpin parti islam….

Itu sebab ramai yang menjauhi PAS….cermin diri…asyik menyalahkan orang…diri sendiri tak salah…berbeza di zaman TGNA dan Fadzil Noor…menolak PAS bukan satu kesilapan…memang sepatutnya…yang masih mengikut adalah golongan WALAUNTA kepada tuang presideng…rakyat sudah cerdik…tak bodoh…boleh menilai yang mana baik dan buruk…

halie
Guest
halie

Menolak BN itu betul..
Menolak PAS adalah satu kesilapan besar pembangkang dan rakyat

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS perosak hati dan minda Melayu … islamist wahhabi telah membakar sedunia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Menolak PAS adalah satu kesilapan besar pembangkang dan rakyat-Iblis.

Anonymous
Guest
Anonymous

Isu 1MDB lebih besar bdg hudud yg nak diperkenal Kelantan saja, isu yg jadi global ni akan berada dlm pemikiran rakyat , dan akan diperturunkan dlm kertas undi nanti

halie
Guest
halie

Mereka yg berpaling dari menyokong hudud kepada negara berkebajikan adalah umpama tentera berpanah di medan uhud.. Mungkin menjadi menyumbang jika RUU ditolak nanti….Moga2 mrk bukan golongan khawarij malaysia

Anonymous
Guest
Anonymous

mana yang perlu didahulukan??? kebajikan kah??? hudud kah?? tak dinafikan hudud perlu…tetapi kebajikan rakyat lebih penting….masih ada rakyat kelantan masih tinggal di dalam khemah selepas banjir besar lepas…

Yusuf qardawi lebih menekankan kebajikan terlebih dahulu mengikut kepentingan…selesaikan dulu isu kebajikan rakyat yang masih tinggal dalam khemah..

Isu balak di kelantan….selesaikan dulu….

halie
Guest
halie

US adalah contoh negara maju tapi masih berhadapan masalah kemiskinan sesetengah golongan rakyat
Masalah kebajikan takkan pernah selesai sebagai alasan menentang hudud

Anonymous
Guest
Anonymous

rakyat US berjuta juta…rakyat kelantan hanya berapa saja
itupun pas x mampu nak jaga kebajikan mereka

halie
Guest
halie

Trennganu lebih miskin. Kelnatan masih berdikari walaupon royalti minyak disekat. Penang maju tapi rakyat marhain masih terpibggir.
Kebajikan rakyat adalah urusan pentadbiran
Hudud adalah perintah Allah

Anonymous
Guest
Anonymous

"Awwaluddin marifatullah"… inilah perintah Allah. Maksudnya, yang awal dan terpenting sekali dalam bab ugama untuk seorang mukmin adalah supaya berikhtiar usaha demi mengenali Tuhan Yang Pencipta manusia dan alam semesta. Yakni, Ar-Rahmanir Rahiim. Dan supaya kenal diri sendiri, segala selok belok, baik dan buruk sifat2nya, insha Allahu wa Ta'ala

halie
Guest
halie

Tindakan PAS itu tepat..klau 22 tahun booeh bersabar..5 bulan adalah tempoh yang singkat..
Hudud bukan soal menangvkalah PRK ..Tahniah

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha…tunggulah nanti bulan 10….ada UMNO sokong??? setakat bentang je laaa….parti komponen BN tak sokong punya termasuk UMNO….sekutu blok ke3 ….IKATAN pun tak sokong…hahahaha

Setakat bentang ambik nama je laaa…bangga geng-geng macai PAS Chai…

halie
Guest
halie

PAS cuma buat kerja agama. Menangvkalah ketentuan Allah. Kita lihat nsnti siapa MP Islam yg tolak RUU Hudud..
Hudud PAS bukan politik
Cuma DAP dan parti sealiran dgn DAP yg mempolitikkan nya

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak usah cakap berpanjangan… sudah berpuluh tahun Nik Aziz & Hadi bermain dalang hudud. Mari membentang agenda dan berusul fiqh!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Penyamun berpakat dgn sinaive pakai sedondon utk dapat keuntungan politik masing2. Yg herannya yg bawa usul simulut laser songsang dan Speaker cari makan yg tak pernah dalam sejarah beri muka kpd usul pembangkang tiba2 jadi baik.. Lebih heran bagi bawa usul tapi tak boleh bahas terus tutup… Huhu Penuh misteri alam terutama selepas Umno kata BN tak sokong Hudud.. PAS semasa tubuh blok ke3 dgn Ikatan pun setuju Hudud bukan keutamaaan lagi tggu masa sesuai lihat pada tahap Islamisasi rakyat sama pendirian PAN dan PKR yg berasaskan pendirian Qardawi. Walhasilnya ini adalah sandiwara politik menggunakan ugama.. Malangnya dinaive terperangkap nak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Di saat UMNO serta Pakatan Harapan (PH) berdepan isu dalaman masing-masing, PAS terus kukuh menjelang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan depan. Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana parti itu mempunyai dasar perjuangan yang kukuh dan ahli berdisplin. Tambahan katanya, “pemimpin-pemimpin bermasalah” sudah keluar daripada parti Islam itu selepas Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dan Muktamar tahun lalu. “Orang bermasalah sudah keluar dan PAS menjadi lebih berdisiplin dan kuat,” katanya merujuk sejumlah tokoh PAS yang tewas pada Pemilihan AJK PAS Pusat pada Jun 2015 bertindak keluar parti dan menubuhkan AMANAH. Beliau berkata, DAP… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berpendapat pertembungan tiga penjuru di PRK Sungai Besar bakal memberi kelebihan kepada parti Islam itu. Jelasnya, pandangannya itu dibuat berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta trend pengundi Cina kembali menyokong BN. Katanya, pertembungan dua penjuru antara PAS dan BN akan menyaksikan pengundi Cina berpihak kepada BN, manakala pengundi Melayu berpecah antara kedua-dua parti itu. Tambahnya, pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan BN pula bakal menyaksikan situasi sama seperti PRU13 di mana majoriti pengundi Cina menyokong PH dan majoriti pengundi Melayu mengundi BN. “Kalau bertanding tiga penjuru, sejumlah pengundi Cina… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendakwa bahawa BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik. "Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS … antara BN dan PAS," katanya. Beliau menggesa rakan-rakan BN – MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak – untuk menyatakan pendirian mereka. "Mereka kata akan keluar daripada BN … Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian," katanya. Beliau mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan. Beliau memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebelum ini kedengaran puak PAN @ AMANAH mengatakan PAS telah ditipu oleh UMNO kerana tak dapat bentang RUU tersebut 2 kali. Habis media sosial mereka jaja bahawa PAS bodoh ditipu oleh UMNO. Bila PAS dapat bentang selain kapir DAP cuba menggagalkan RUU dibentangkan AMANAH @ PAN antara yang menyerang. Bila boleh dibentang dikatakan nak UG dengan UMNO. Sebenarnya apakah penyakit ada dalam hati mereka ini? Akhirnya ALlah tunjukkan tembelang sebenar siapa mereka ini. Mereka cuba gagal hudud yang dulu menjadi agenda darah daging nereka semasa dalam PAS. Oleh kerana nak jaga hati kapir DAP, mereka sanggup menjadi pengkhianat agama sendiri.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

dah dah laaa macai PAS….cukup sudah makan dedak…setakat bentang….tapi majoriti komponen BN tak sokong….termasuk UMNO…tak kemana jugak RUU tuh…ada paham???

Anonymous
Guest
Anonymous

Cuba nengok betul2 muka Hadi Awang ( maaf ye tak panggil dia Tok Guru pasal pada saya, tak layak di panggil tok guru ). Ada tak keikhlasan kat muka dia. Dia ni berpolitik bro. Jauh bezanya dia dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz ( layak pada saya ). Tak payahlah harap apa2 dari Hadi Awang ni. Yg pasti dia akan kena pusing oleh pemimpin Umno

Anonymous
Guest
Anonymous

2×5 dengan yang dulu pun.Hanya pemecah belah ummah.Kita patutnya menjunjung Al-Quran,bukannya tok guru.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamuaikum,, Ketika pertama kali RUU Hudud Kelantan diusulkan ke Parlimen oleh Presiden PAS, RUU tersebut tidak mendapat tempat kerana masih banyak urusan kerajaan yang diberikan keutamaan untuk dibahaskan.Kemudian RUU itu tergantung kerana ada beberapa manusia yang lebih bijak membawanya ke mahkamah untk menghalang Presiden PAS dari membentangkan di Parlimen dan untuk sekian lama ianya tertangguh akhirnya hari ini RUU tersebut berjaya dibentangkan dan ditangguh ke persidangan Parlimen akan datang. Entah macam mana ada pulak ahli politik dari PAN dan DAP mempersoalkan keikhlasan pembentangan ini seolah olah ianya didorong oleh sebab politik.Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad berkata tindakan kerajaan itu jelas… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam parti UMNO : Yang Presidennya tu satu hal… Kita tengok pula ahli-ahlinya. Adakah sama dengan Presiden dia (2X5 = 5×2).

Macam tu juga dalam Parti PAS : Yang Presidennya tu satu hal… Kita tengok pula ahli-ahlinya. Adakah sama dengan Presiden dia (2X5 = 5×2).

Yang MEMBENTUK parti dan MELANTIK presiden dan jawatan-jawatan dalam parti adalah ahli-ahlinya. Ahli-ahli jangan dok cakap 'munafik', kata bukan salah kami.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekumpulan individu yang diketuai pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard hari ini tampil mendakwa kumpulan pendokong Deklarasi Rakyat memalsukan tandatangan rakyat untuk mendapatkan jumlah yang banyak dalam tempoh singkat. Bagi menguatkan hujah tersebut, seorang lelaki yang didakwa terlibat dalam pemalsuan itu turut diketengahkan. Lelaki yang dikenali sebagai Azharuddin Othman dan bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk projek Deklarasi Rakyat. Azharuddin dalam pada itu turut membacakan akuan bersumpah bagi membuktikan pendedahan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha aku sikit pun tak percaya azharudin tu. dia sendiri pun tak beretika mperdagangkan data rakyat untuk wang…inikan pulak nak percaya akuan bersumpah bagai

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau dah pas kata tk kpd bn dan umno apa maknanya Islam pun jadi dagangan politik

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam politik terdesak…. semua boleh berlaku.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Kalau dah pas kata tk kpd bn dan umno apa maknanya Islam pun jadi dagangan politik

Anonymous
Guest
Anonymous

yg penting umno tetap kukuh dibawah dato seri najib.walaupun tekanan yg berlaku dato seri najib tetap steady.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anom 6:58 tertinggal bas kot. UMNO sekarang diperkudakan Najib. Dengan kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah berleluasa…beliau tak ada jalan lain kecuali pertahankan kedudukan sekarang dengan menggunakan umno dan bn. Beliau cukup risau kalau terlepas kedudukan, beliau terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidup dalam penjara. Cuma sekarang org umno dan bn sebahagian besar dah sedar. Last resort adalah memporak perandakan pembangkang dan beri gula2 pada pas. Bak kata org tua biar yg menang jadi arang dan yg kalah jadi abu. Penyelamat sebenar malaysia adalah ahli umno sendiri bangkit jatuhkan najib. Kalau rakyat jatuhkan najib, bermakna berkuburlah umno selamanya kerana rakyat sudah tidak percaya… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kukoh…Cuba perincikan makna kukoh…pau ditangguh… Jd Pak angguk memanglah kukoh pd Najib bukan umno

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia 'datang'haid kot!

Hari Jumaat ke tidak peduli apa….ini semua dah jadi ageda karut-marut.

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

hairannya penyokong umno/bn tetap utuh w/bagaimana jahat pun pemimpin mereka ….kalau begini bilakah malaysia akan berubah?

kluangman
Guest
kluangman

Yang teserlah sekadar kepanikan Najib dan PAS memang suka diperkudakan di mana sahaja dia berada.

Wayang ini agak ok skripnya tetapi terlewat…bolehkah semua itu mengubah pandangan pengundi Melayu.

PAS akan ok dan lebih baik tanpa Hadi, UMNO mampu menang tanpa Najib.
Integriti Najib sudah tidak dapat diselamatkan, cuma Zahid akan dapat lebih advantagenya.
PAS akan terus ditolak oleh pengundi cina dan MCA dilihat sebagai badot UMNO dan tidak myngkin dapat membantu BN untuk meraih undi.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Pas sudah menjadi hampas,,banyak perkara yang merepek-merepek mereka lakukan akhir-akhir ini…membuat rakyat bingung dengan tindak-tanduk mereka terutama Presiden Parti mereka…!!!! Kacau

rosli aziz
Guest
rosli aziz

Teka teki yg menguji ..keimanan kita tentang hudud .. apakah perlu andaian lagi

Anonymous
Guest
Anonymous

hudud pas tak lebih dari lagu raya..kerap dimainkan menjelang pemilihan parti dan pilihanraya. itu saja modal politik yang pemimpin pas ada untuk menipu rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS dan UMNO adalah syaitan2 anak IBLIS yang menganuti agama arab padang pasir aka agama terbenar sekali didunia! LOL

Porak Den
Guest
Porak Den

PAS perlu bethati2 dengan permainan umno. Banyak kali dah…..strategy umno ni sungguh jahat & licik.
Tengok sajalah nanti.

Porak Den
Guest
Porak Den

PAS perlu bethati2 dengan permainan umno. Banyak kali dah…..strategy umno ni sungguh jahat & licik.
Tengok sajalah nanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Menonjolkan RUU HUKUM SYARIAH/HUDUD ini akan mengalihkan pandangan rakyat dari isu penipuan wang 1MDB yg berbililion billion ringgit itu.

Apakah RUU ini akan mampu bertindak keatas skandal rasuah, penipuan wang 1MDB, curi balak, pengubahan wang haram dll.

Diharapkan ianya bukan gimik PRK SG BESAR & K.KANGSAR, PRU14 semata mata.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kan dah brapa kali dah ckp hadi awang tu kapir laknatullah. Dis akan buat ape saje najib suroh