SIAPA YANG NAJIB NAK KELENTONG ATAU INI PETANDA TIADA SIAPA AKAN DIDAKWA BERKAITAN 1MDB?

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung tindakan yang diambil kerajaan terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen, Najib Razak memberitahu, tidak berlaku sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan urus tadbir syarikat pelaburan tersebut.
Sebaliknya, hanya terdapat kelemahan dalam urus tadbir syarikat, kata Najib lagi.
Biar betul jawapan Najib di Parlimen ini?
Benarkah semua yang berlaku dalam 1MDB hanya kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan?
Bolehkah diterima akal bahawa  berlakunya pembayaran sebanyak AS$3.51 bilion atau RM14,000 juta kepada syarikat klon, Aabar Investment PJS Ltd (didaftarkan di British Virgin Island) yang mempunyai nama hampir sama dengan anak syarikat IPIC yang sebenar iaitu Aabar Investment PJS (didaftar di Abu Dhabi), semata-mata suatu kelemahan dalam urus tadbir?
Jika jumlah yang tersalah bayar itu hanya RM3.51 sen, barangkali masuk akal juga jika dikatakan sekadar kelemahan dalam urus tadbir syarikat dan bukannya penyelewengan, tetapi bagaimana dengan amaun sebesar AS$3,510 juta atau bersamaan RM14,000 juta?
Begitu juga dengan pembayaran sebanyak AS$1.03 bilion kepada Good Star Ltd yang dipercayai milik Jho Low, apakah ia kelemahan urus tadbir syarikat juga?
Bagaimana pula dengan keseluruhan pembayaran yang dibuat oleh 1MDB yang berjumlah AS$7,000 juta atau RM28,000 juta yang menurut laporan PAC tidak dapat disahkan kesahihannya?
Apakah ia hanya kelemahan urus tadbir syarikat dan bukan penyelewengan?
Sekali lagi, pembayaran yang tidak dapat disahkan itu bukannya 7 ringgit tetapi AS$7,000 juta, maka otak jenis apa yang boleh menerima ia  hanya sekadar kelemahan urus tadbir dan bukannya penyelewengan?
Selain itu, dengan sekurang-kurangnya tujuh buah negara sedang menjalankan siasatan berkaitan 1MDB di mana Switzerland serta Singapura sudah pun memulakan tindakan perundangannya, masihkah mahu dikata ia bukan penyelewengan juga?
Di dalam negara pula, kalau benar apa yang berlaku dalam 1MDB bukan suatu penyelewengan dan hanya kelemahan dalam urus tadbir, mengapa PAC turut mencadangkan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu tertentu dalam pengurusan kanannya?
Selain itu, kenapa Laporan Audit 1MDB tidak berani didedahkan untuk tatapan umum sehingga sekarang?
Kenapa perlu diOSAkan jika segala-galanya hanya kelemahan urus tadbir?
Siapa yang Najib mahu kelentong dengan jawapannya kali ini?
Atau apakah dengan memberikan jawapan sedemikian, ia merupakan mesej daripada Najib bahawa tiada sebarang tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pengurusan 1MDB meskipun telah dicadangkan oleh Laporan PAC dan Ketua Audit Negara?
Meskipun dalam jawapan yang sama di Parlimen, Najib memberitahu, “Justeru Ketua Polis Negara telah memaklumkan pihak polis akan meneliti saranan PAC jika wujud sebarang elemen yang memerlukan penyiasatan dan tindakan lanjut”, tetapi dengan pendirian Najib itukah yang menyebabkan sehingga sekarang nampaknya tiada apa-apa khabar berita mengenai perkembangan siasatan terhadap 1MDB?   (SH 25/05/2016)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

43
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousPengobatan Mata Minus Tanpa OperasiKJSalwah AbdatNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Pengobatan Mata Minus Tanpa Operasi
Guest
Pengobatan Mata Minus Tanpa Operasi

News that you serve on a Friday is very helpful at all thank you .

Anonymous
Guest
Anonymous

unta pun tau marah tuannya
sebab tuanya lalai akan kesusahanya ditengah panas bila tuan dia nak pi tolongnya dikira dah lambat maka unta tu telah tokak kepala tuanya sampai putus dari badan
padan muka

KJ
Guest
KJ

Pemakan dedak sekarang diberi arahan baru oleh ketua mereka. Arahannya ialah – kalau tak boleh jawab komen komen dilaman sesawang yang sedang diawasi, gunakan taktik "diversion", iaitu tulis panjang=-panjang pasal benda yang takde kena mengena dengan tajuk. Resipi masakan pon boleh, janji tulis.

Anonymous
Guest
Anonymous

Spot on bro!

Anonymous
Guest
Anonymous

Skrg lancar lah mulut najib jawab hujah dan kritik fasal Kesalahan 1MDB, dgn bukti yg semakin hampir oleh FBI, jadi gagap dan menggeletar najib, pembodek2 beliau terus hilang akal, mungkin terjun diri

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebetulnya DUA TIGA BIJI ATAU LEBIH TELOR BUSUK perlu di jadikan peringatan tepat kat JENDOL DIA …baru dia berhenti merapu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Makin si penjenayah Najib bercakap, makin meluat saya melihat umno, bn, dan juga ahli-ahli umno yang DUNGGU.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju. Mula-mula benci Najib dan geng pembodeknya sahaja. Sekarang, dah benci dengan UMNO-UMNO sekali.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa hal la blog kau ni din? Tajuk lain yg tukang komen cerita pasal pilihanraya kecil tu. Jgn jadi najib la….buat lain cakap lain! Tumpu pada isu lah. Cerita siapa dia nak kelentong tapi isi cerita tak berkaitan. Kita kongsi yg terbaik keluarkan komen2 yg bernas tanda keperihatinan kita kpd isu semasa.
Anon 16.56 anda hebat!

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Lupakan kes Rafizi fokus kepada PRK yang akan datang lebih baik…!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Dunia terbentang luas telah menjadi semakin sempit.sesempit komen anon-anon yg lari topik.Sungai buloh setia menanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

The Bugis-Pirate lying again in Parliament?

My my, what do you call BNM's penalty to 1MDB then?

Does this PM aka Finance Minister understand breach, offence, violation, infringement, contravention that occurred under his watch?

But, if PM took Parliament as a fool, then sanctity and integrity is not in his vocabulary!

UMNO is rotten to the core.

MLN

Anonymous
Guest
Anonymous

He's one mappadulung sanrabone the Bugis people could do without!!! Let alone Malaysia!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mummy : Dorang ni memang dengki tau dgn kita. Kelemahan urus tadbir tu kan sama aje dgn bahasa pasarnya 'TAK SENGAJA'. Kan puppy…? Puppy : Yer, betul tu mummy. Mcm kita tgh puasa tiba2 terminum air sirap, kan puasa tak batal… Apalah dorang tu, itu pon tak paham. Mummy : Mcm I jugakan, tiba2 TAK SENGAJA tershopping masa temankan You melancong… errr.. masa temankan You buat lawatan kerja di luar negara nun.. Kikikikiki… Puppy : Ntahnyer dorang pendengki tuuu… I sebagai Tuan Penasihat 1 Malaya Dan Beruknya TAK SENGAJA tersain dokumen pindahmilik duit billion2 ke akaun sana sini. Kan TAK… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Perlu panggil Auditor General jawab soalan tersebut di Parlimen.
Kedudukan PM yg terlibat secara langsung dlm 1MDB ketika permasalahan berlaku secara automatik menyebabkan beliau mempunyai konflik kepentingan dan tidak wajar utk beliau membuat sebarang rumusan. Secara mudah la, kalau pengetua sekolah dituduh meluluskan bendahari PIBG songlap duit, takkan kita nak tanya pengetua tu pulak!

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib tidak perlu berkerja keras untuk menang seandainya blok pembangkang terus menerus menyerang PAS, apalagi dengan mengistiharkan untuk turut bertanding kerana itu sekaligus akan memecahkan undi kepada PAS dan membuka peluang untuk BN menang lagi sebagaimana di Sarawak.

Tiada apa yang ingin dibuktikan oleh PAS melalui pilihanraya ini melainkan demi kepentingan rakyat dan menewaskan BN bagi mengukuhkan blok pembangkang di Parlimen.

Justeru, apa sahaja sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, Mahathir dan BN, PAS kekal dengan misi bekerja untuk rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS bekerja untuk rakyat???Munafik!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa yg ahli ahli parlimen Pas Pis Pus buat sekarang ni???

Anonymous
Guest
Anonymous

Berceramah bukan main lagi amar maaruf nahi mungkar…
Bila dipilih, asyik Main telor n nasi kangkang umno/bn. Kemungkaran umno/bn buat2 bodo jerrr

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa sebenarnya yang Mahathir mahukan adalah supaya Najib turun. Tetapi itu adalah sesuatu yang mustahil melainkan jika beliau sanggup mengorbankan BN untuk dikalahkan bagi memudahkan laluan menjatuhkan Najib. Dalam mengutuk Najib, Mahathir masih mengalas kuat tiang seri BN. Dan ini mengelirukan rakyat sebenarnya. Oleh itu, satu-satunya cara yang terbaik adalah dengan memilih PAS bersama blok ketiga untuk menolak semua politik yang caca marba dari blok Pakatan Harapan, Mahathir dan Najib-BN yang kini masing-masing cuba berpolitik demi kepentingan diri mereka sendiri sehingga sanggup “membunuh” rakan mereka yang dikatakan berpakat dengan mereka. Nasib rakyat tidak akan terbela dengan corak politik sebegini. Belum… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Maknanya Mahathir masih lagi mengharapkan pemimpin BN sendiri bertanding secara bebas melawan BN dan menolak calon Pakatan Harapan. Hingga ke hari ini Mahathir hanya memperkudakan Pakatan Harapan dengan gula-gula politiknya iaitu “Deklarasi Rakyat” tapi masih enggan bersama blok Pakatan untuk menumbangkan BN secara total. Misinya sudah diperjelaskan iaitu, mempertahankan BN dan menolak Najib, bukan mengangkat Pakatan Harapan atau mana-mana blok pembangkang bagi mengalahkan BN. Ini politik apa sebenarnya? Menggunakan parti musuh ketatnya untuk “membunuh” Najib seorang dengan harapan dia boleh kembali bertaut bersama BN selepas itu. Dan yang pasti, seandainya beliau berjaya turunkan Najib dan kembali bersama BN, Mahathir akan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Si bangang,….buka blog sendiri lah!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini sah ulasan dan kupasan pemakan dedak

Anonymous
Guest
Anonymous

Persoalannya, siapakah wakil “rakyat” itu. Jika dikatakan dari Pakatan Harapan memang sangat jauh sekali tersasar kerana Mahathir jelas masih mahu bersama BN tetapi bukan bersama Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cukuplah pilihanraya di Sarawak menunjukkan bagaimana pertembungan antara calon DAP dan PKR yang begitu mudah ditewaskan oleh BN. Begitu juga percubaan nakal AMANAH yang cuba bertanding di kerusi PAS hingga menyebabkan BN kekal menang. Walaupun di kebanyakan kerusi AMANAH hilang wang deposit, tapi mereka “bangga” kerana berjaya melaksanakan amanah DAP untuk memecahkan undi PAS. Sesuatu yang rakyat kena faham pada hari ini, Pakatan Harapan sendiri masih gagal untuk bersepakat sebagai mana pilihan raya Sarawak. DAP ternyata begitu sombong dan memandang kecil kepada PKR, dan mereka sedikit pun enggan memberikan ruang kepada PKR untuk bertanding satu lawan satu dengan BN. Jika… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Keputusan PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor pada 18 Jun 2016 nanti adalah satu keputusan yang sangat mengusarkan DAP, Mahathir dan BN. Tidak hairanlah jika Lim Kit Siang cuba sedaya upaya melobi PKR dan AMANAH untuk bertanding dikerusi berkenaan sebagai proksi DAP walaupun umum mengetahui bahawa kerusi berkenaan sebelum ini ditandingi PAS sama ada ketika bersama Pakatan atau pun tidak. Dendam Kit Siang kepada PAS ternyata masih kuat. Dia tahu, agak sukar untuk DAP bertanding dikedua-dua kerusi berkenaan, tetapi masih mendesak supaya ada wakil dari Pakatan Harapan untuk menghalang PAS. Bagi DAP, kalau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila sudah jadi pendusta pada diri, maka mendustakan orang lain itu adalah perkara yang wajar. Nafsu syaitaniah telah jadi tuan rumah diri sendiri.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yang bersetuju dengan jawapan itu hanyalah anjing2 belaan aja dan akan terus mempertahankannya bahawa 1mdb tidak ada buat apa2 kesalahan pun bukan ke begitu

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yang bersetuju dengan jawapan itu hanyalah anjing2 belaan aja dan akan terus mempertahankannya bahawa 1mdb tidak ada buat apa2 kesalahan pun bukan ke begitu

Porak Den
Guest
Porak Den

Apa rakyat tersangat bimbang adalah malapetaka yg dahsyat menimpa negara di atas kedurjanaan pemimpin2. Baik malapetaka ekonomi mau pun malapetaka Alam ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana menteli cap ayam..tak tolong jawap untuk pok jip ker??? Biasanya cap ayam rajin pertahankan towkey dedak.

FanTun
Guest
FanTun

ada kuasa guna segala
jangan harap dakwa segera
lahap umpama sang serigala
menjadi mangsa harta negara

konon dia tak buat salah
walaupun banyak dia dah sesah
negara asing tempias masalah
di Putrajaya buat tak kisah

tunggu lah kini balasan Allah
Dia penguasa dialam maya
rakyat kerja berpenat lelah
senangnya dia menjadi kaya..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mat Shuhaimi Shafiei Tanpa menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR ‘marah dengan salah seorang daripada pemimpin’ yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media. “Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri,” kata Mat Shuhaimi. Beliau berkata dakwaan rasuah wang dan wanita dalam urusan pentadbiran negeri itu bukan sahaja mencemar imej parti, malah kerajaan Selangor dan kakitangan awam negeri ini. “Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

ini sma rubbish…

Anonymous
Guest
Anonymous

pergaduhan Rafizi ramli dan Lathefa Koya “WhatsApp Leaks!!!! …. Sudah kantoi!!!! … pergaduhan @Rafizi Ramli/Lateefa Koya!!!!! … bergasak dari jam 9.00 malam berlarutan hingga lewat 1.00 pagi. “Lateefa Koya beritahu yang Rafizi Ramli sebagai dalang tukang dedahkan surat pedas Anwar Ibrahim mengenai Deklarasi Mahathir kepada umum lepas itu buat muka toya menipu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP). “Sekarang Ahli MPP PKR undi terbanyak sudak lanyak Rafizi Ramli sebagai kaki penipu. “Rafizi ini rupa-rupanya mudah tertekan dan melatah bila diasak .. siap mengeluarkan kata-kata “sexist” lagi bila digasak tersandar di dinding,” dedah Hanisya Abdul Hamid dalam Facebooknya. Sebelum ini, Setiausaha… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

rubbish… topik lain ckp lain!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Setiausaha Agung PKR, Mohd Rafizi Ramli dilaporkan ‘bergaduh’ dengan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Lattefa Koya di dalam WhatsApp sampai ke pagi.

Pergaduhan di WhatsApp itu dikatakan berpunca daripada warkah Anwar Ibrahim dari penjara yang sengaja dibocorkan kepada umum yang dilihat untuk menjatuhkan kredibiliti Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia sekaligus menggambarkan perbalahan dalaman PKR kerana Rafizi dikatakan mewakili kem Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, manakala Lattefa pula mewakili kem Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Anonymous
Guest
Anonymous

rubbish… ada aku kesah!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Seorang ADUN dari Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) supaya kembali merujuk kepada perjanjian gabungan itu yang ditandatangani oleh ketiga-tiga parti pada Januari lalu berhubung peruntukan kerusi pilihan raya. ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, berlandaskan perjanjian dengan PKR dan DAP di bawah payung PH, semua kerusi yang pernah ditandingi oleh PAS adalah menjadi milik PAN selepas ketiga-tiga parti itu membentuk gabungan pembangkang yang baru. "Kestabilan yang dibina sejak 1999 adalah untuk satu lawan satu, jadi kalau Pakatan Harapan sudah menggantikan Pakatan Rakyat, Amanah (PAN) sudah menggantikan PAS, demi kestabilan itu kita kekalkan pengagihan yang telah kita… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

bla bla bla.. ada aku kesah!

Anonymous
Guest
Anonymous

Awal2 dah bagitau,semakin jibon bercakap semakin nampak kebodohannya. Yg pasti beliau mmg bodoh. Yg tu boleh jawab…bila tanya pasal jho lo ngapa bisu?
Jibon babun albahlol Mmg tolol!

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Selagi Najib memegang kuasa PM ,siapa pun dinegara ini tak mampu buat apa apa walau pun diberi AMANAH oleh rakyat untuk berkhidmat mengikut lunas lunas undang undang dan jujur kepada aku janji sumpah sebelum berkihdmat. Najib PM pertama dalam sejarah malaysia moden merosakkan kedaulantan undang undang dan melumpuhkan sistem dan jentera institusi pengkuatkuasaan negara. Pengkuatkuasaan hanya untuk rakyat bawahan tapi bukan untuk Najib ,rosmah dan keluarga termasuk kuncu kuncu yang menyelewengan bersama beliau. Kedurjanaan dan malapetaka ini akan terus berlarutan malah lebih buruk dan rosak sekiranya rakyat majoriti negara ini masih terpedaya dengan BN era najib ini dan terus menerus… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Perdana Menteri Malaysia ada kegemaran peribadinya sendiri iaitu suka memperbodohkan rakyat Malaysia. Tidakkah beliau tahu bahawa diperbodohkan bukan sesuatu yang menyeronokkan? Adakah dia fikir semua rakyat Malaysia ini baglal dan keldai seperti penyokong2 nya yang buta lagi tuli?