TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?

Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya.
Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus mendapat perkenan Sultan.
Hadi Awang menambah lagi, “kalau benar pun dia (Azmin) nak minta Exco letak jawatan, soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti.”
Apa maksud dan tujuan Hadi Awang berkata demikian?
Adakah beliau cuba memberi gambaran bahawa Azmin tidak berhak meminta tiga Exco Pas tersebut meletak jawatan dengan sesuka hati kerana ia perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu?
Dalam hal ini, adakah Hadi Awang seolah-olah ingin terus meletakkan wakil rakyatnya bergayut kepada jawatan dalam kerajaan negeri meskipun membuat keputusan yang berbeza dengan keinginan Menteri Besar yang juga turut disetujuinya menerajui Selangor?
Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, “soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?”
Adakah beliau bermaksud sesebuah parti boleh membuat tindakan yang berbeza dalam hal parti walaupun duduk bersama dalam kerajaan negeri?
Bukankah apabila duduk bersama dalam kerajaan negeri, sesebuah parti itu juga perlu seiring dan senada dengan parti rakan yang lain kerana melaluinyalah terbentuknya sebuah kerajaan?
Jika Pas begitu terbuka dan membenarkan perbezaan, mengapa dalam Pas sendiri tidak membenarkan perbezaan apabila ada yang dipecat apabila cuba berbeza pendapat?
Maknanya, jika ingin berbeza sangat dengan kehendak Azmin yang menjadi Menteri Besar Selangor di mana Pas adalah salah satu komponennya, tidakkah lebih terpuji jika Hadi Awang bertindak mengarahkan tiga Exco Pas di Selangor meletakkan jawatan terlebih dahulu?
Kenapa masih berbelit-belit dengan berselindung di sebalik kata-kata tentang kuasa Sultan, perlantikan Exco adalah urusan kerajaan negeri, hal calon urusan parti dan sebagainya?
Kalaulah benar sedia kehilangan jawatan semata-mata untuk bertanding dalam pilihanraya, umumkan saja tiga Exco PAS itu undur diri daripada kerajaan negeri dengan segera…habis cerita!! (SH 22/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

82
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousUjangbagongDapatgajibukanpengorbananKJHasnal Tamjehi Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Kesian tenguk perangai pemimpin Pas yg ibarat Bodoh tak boleh diajar konon tahu kaedah sendiri untuk menyelesai masaalah 1MDB, yg sebenarnya hati dah pekat nak pertahan rasuah najib , juga ingin mengecap kesenangan bersama najib. Pas dah kehilangan segala jasa pada ahli dan menambah kehinaan daripada kaum melayu

KJ
Guest
KJ

PAS, parti yang terkenal dengan pusingan U nya….boleh percaya ke? Kita saksikan kesudahan episod seterusnya.

Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

PAS patut buang nama islam dr parti itu supaya bole di nilai tanpa prejudis setiap keputusan politik di nilai atas kebijaksanaan pemimpin dan bukan di nilai dr perspektif agama. Apa yang PAS buat hari ini meletakkan imej agama terkebawah. Islam jadi hina di bawah kepimpinan PAS sekarang. ramai yg terlalu mengharapkan tokoh seperti TGNA. Sayang anaknya bukan carbon copy

Anonymous
Guest
Anonymous

sakit hati juga dgn PAS ni. Hebat Mappadulong dlm permainan politik, awa2 dia sudah pegang presideng PAS. klu lwan 3 penjuru..org2 kg akan pilih UMNO atau PAS/PKR. kemungkinan UMNO akan mennag disitu krna mereka ade pengundi tegar. Undi atas pagar rmai tetapi akan brpecah kpd PAS/PKR. hmmm.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dimana2 PRU, PRN dan PRK PAS tetap melawan Umno@ Bn kerana PAS berhajat menumbang Kezaliman Kerajaan Umno@Bn serta menegakkan Keadilan.

Tapi dimana2 PAS bertanding di situlah Pan @ AMANAH berkampung.. Kerana Pan adalah penyambung nyawa Umno@Bn.. Maka Pan sememangnya sebenar2 Penghianat Kepada Rakyat Malaysia dan perjuangan Gerakan Islam

Kredit
Mohd Noor Ori‎

Anonymous
Guest
Anonymous

Untung jd pas bang. Klu menang menang lawan umno jd wakil rakyat. Kalau kalah jd penasihat!

Lawan umno dln pilihanraya. Tapi masa kempen belasah dap dan amanah!

Kat mana Islamnya tu…ekk?

Anonymous
Guest
Anonymous

eknik yang sama DAP guna untuk timbulkan fitnah dan kebencian terhadap Parti Islam.Kalau perhatikan teknik yang sama digunakan ketika PRN Sarawak.Cuba untuk timbulkan persepsi buruk supaya masyarakat cina lihat PAS seperti sebuah parti yang 'Racist' pada bangsa / agama lain.

Semakin dekat PRK kita akan nampak seribu macam fitnah.Inilah sunnah perjuangan sahabat yang dirahmati Allah semua.Jangan kita rasa tergugat atau sedih..yakinlah..selagi mana kita berpegang teguh dengan apa yang Allah tetapkan..kita tidak akan kalah selama-lamanya!

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari Segi Bahasa ……………………. PAS : Diambil dari Bahasa Arab Al Pas ( Alif Lam Pa alif Siin ) – Erti Kapak Kata Guruku Kapak Untuk Orang Islam menegakkan Daulah Islamiyah Kat Malaysia Melalui Demokrasi. PAN : Merujuk Surah Ar Rahman Ayat 26 Pan ( beerti akan binasa/perisable ) PAN: Dalam bahasa English dirujuk pada Kuali Leper Komen : Kita pun tak tau apa pasai diaorang pilih kuali mungkin nak goreng rakyat . PAS : Dalam Bahasa English takdak makna tapi boleh rujuk pada power steering component PAN dalam Bahasa Jawa tak ada makna PAS Jawa kata Sesuai Dari Segi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menafikan dakwaan kononnya PAS ditolak pengundi bukan Islam terutamanya di kawasan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Sebaliknya Ketua DHPP, N.Balasubramaniam berkata, sokongan bukan Islam kepada PAS semakin meningkat, kerana mereka menerima perjuangan yang dibawa parti itu ketika ini. “Dakwaan kononnya bukan Islam terutamanya pengundi Cina sudah lagi tidak menyokong PAS tidak benar. Kami sudah mula turun padang berjumpa dengan pengundi bukan Islam, mereka menyambut baik PAS. Kami juga mendapati bukan semua orang Cina menyokong DAP, ada juga yang tidak suka DAP,” katanya. Dia juga menyifatkan pengundi bukan Islam di kedua-dua Sungai Besar dan Kuala… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahid hamidi kata PAS je yg boleh tebang BN?

Sebagaimana dia kata yg dia pernah jumpa wakil tukang bg derma 2.6 beliun tu?

Buat apala nak dirujuk statement kaki putar Alam ni..

Bak dialog dlm Madu 3:

"Aah.. Itu semua Jamil punya auta.."

Anonymous
Guest
Anonymous

Perbualan dalam kumpulan Whatsapp yang disertai Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bocor lagi! Kali ini ia membabitkan pergaduhan antara Rafizi dan Ahli Majlis Tertinggi PKR Latheefa Koya. Menerusi pemahaman rakam layar pergaduhan yang menjadi viral, Rafizi mencabar Latheefa untuk berdebat. Dalam masa yang sama, Rafizi turut menyatakan bahawa Latheefa sebagai seorang peguam yang penakut kerana tidak berani berdebat dan mahu membiarkannya ‘melalak’ seorang diri. Bagaimanapun, Latheefa membalas bahawa Rafizi telah menarik balik debat antara mereka dan mengarahkan Rafizi untuk menyusun debat berdasarkan topik-topik yang dibincangkan. Latheefa juga mendakwa Rafizi akan menjadi orang yang paling ‘bodoh’… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

MIRI: Masalah penduduk yang tinggal di lereng bukit yang kurang diberi perhatian oleh pihak kerajaan perlu ditangani segera. Ramai antara mereka sudah berpuluh tahun tinggal disitu tetapi ada yang masih belum diberi hak milik tanah oleh pihak pemerintah dan mereka sukar untuk mendapatkan bantuan untuk membina rumah yang lebih selesa dan selamat untuk tempat tinggal. Sebuah rumah usang yang terletak di pinggir lereng bukit memerlukan bantuan pihak kerajaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan sehingga berita ini sampai ke pengetahuan PAS Miri. Puan Rosia Usop seorang ibu tunggal tinggal bersama dengan dua orang anak lelakinya Azman dan Ariz.… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Kamu nak berkempen utk PAS kamu rasa ada orang nak faham ka apa yang kamu tulis ,walaupun dengan ayat dan bahasa mudah tapi isi yang kamu nak sampai tiada siapa kesah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya) Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya. Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Wan Nor,Saya faham tulisan kamu ini cuba nak kaitkan AMANAH dengan syiah ,memang ini kerja rejim Najib(Termasuk PAS) untuk menipu orang melayu. Saya bukan penyokong dan ahli AMANAH tapi biar la kita berpolitik secara islam iaitu kerana allah swt. Berpolitik secara menipu minda orang sama la juga seperti pihak zionis berpolitik dengan menanam semangat bermusuhan sesama Arab sehingga berkonflik sampai hari ini . Kalau kita anggap sesuatu kumpulan atau kita tu ulama maka contohi la ulama tersohor zaman gemilangnya islam seperti imam syafei ,imam malik dan sebagainya mereka menjauhi urusan siasah politik kerana perkara itu dibiarkan haknya kepada orang yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam Islam hanya ada muslim, tak ada syiah, sunni apa lanchow sumer.. yg pepandai cipta dan label orang selain muslim, sendiri jawap dengan Allah kelak.

Dalam Quran dan Hadis, xder pulak label2 gini. Nak sembah Allah cara tersendiri atau berjemaah masing2, sendiri jawab la.

https://www.youtube.com/watch?v=M7kTCc7PUjk

Jika ada komen, pergi berdebat dgn Zakir Naik sendiri..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ulama Parti Amanah Negara (PAN) Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi. Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini. Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah : Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Ini macam nak memburokkan parti AMANAH

Anonymous
Guest
Anonymous

Roslan
Pecah PAS dr PR krn isu Syiah. Pan yg pro Syiah lalu muncul utk ganti parti sunni (UMNO dan PAS). Kini PKR ada skandal yg dibocor oleh 'ahlinya' yg mgkn akan menggoncang PkR..Lalu kini yg line clear PAN seorg. Nampaknya cerah masa depan puak Syiah yg amat berbahaya di negara ini..Baghdad hancur ditangan Hulagu Khan (Tartar) angkara khianat Menteri Pertahanannya(seorg Syiah). Kini Baghdad hancur ke-2 kali angkara Syiah Iran yg boleh kerjasama dgn Kafir bunuh sunni.Padahal kononnya mrk(Iran-Syiah) anti Israel..Syiah adalah musuh Islam yg ada dalam pagar..lebih bahaya..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sambung nya lagi , " Begini Sal , selepas aku lihat apa yang dah berlaku hari ni , baru aku faham . Aku rakyat , bodoh2 aku pun , aku memerhati apa yang berlaku Sal .. Satu demi satu Allah tunjuk kan kat aku kebenaran yang Tok Guru Hadi Awang buat selama ni . Segala keputusan yang dah Tok Guru buat itu lah yang aku maki , aku hina dia macam2 . Petunjuk pertama yang Allah tunjuk kat aku Sal , bermula dari PRN Sarawak baru2 ni kat situ lah aku nampak betapa goyah nya PAKATAN HARAPAN yang aku agung… Read more »

E AH
Guest
E AH

PAS hantar 3 orang wakil, Setiausaha Dewan Ulama, Pengarah Pilihanraya dan bekas Naib Presiden menyokong Deklarasi Rakyat Dr Mahathir Mohamad. Sila perbetulkan fakta anda.

Buat pembaca-pembaca berhati-hati dengan strategi Regim Najib yang mula melaga-lagakan parti-parti dalam PH dengan PAS. Cybertrooper ini mula mengada-adakan cerita yang tidak pon wujud demi mengalih tumpuan asal rakyat terhadap kerugian berbillion 1MDB kerana salahguna kuasa dan kemesraan pembangkang PAS ke atas UMNO. Strategi mereka membunga-bungakan PAS agar kelihatan PAS sangat mulia dibandingkan PAN, PKR dan DAP demi menutup segala kesilapan, kejahilan dan persekongkolan UMNO dan PAS selama ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

9.40 pandai ko membelit. Sorry kami tak makan dedak makan nasi jer…..kami ada baju tapi tak sedodon.

Anonymous
Guest
Anonymous

9.40 pandai ko membelit. Sorry kami tak makan dedak makan nasi jer…..kami ada baju tapi tak sedodon.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat mat anon 9.40,

Memang satu kelaziman kita menyembang dengan kengkawan di Kedai kopi..

Yang tak lazimnya bila kita ingat sebijik2 setiap tutur kata member kita tu..

Yang lazimnya yg jadi tok selampit pengarang skrip ala drama radio ni ialah puak2 yang dah kenyang dengan dedak..

Yang kami tak tau ialah lazimnya berapa sen dedak u dapat dengan karangan macamni..

Anonymous
Guest
Anonymous

Semalam secara tidak sengaja , aku terserempak dengan seorang kawan yang memang tegar PAN ( Kuali hangit ) yang suatu ketika dulu aku pernah bersembang dengan nya mengenai politik semasa PAS-PAN . Dia memang penyokong Pas sebelum berubah angin kepada Parti PAN ( Kuali ). Dalam perbualan yang dahulu , ternyata benci benar dia pada Tuan Guru Abdul Hadi Awang . Kata beliau , " Haji Hadi tu bukan maksum , dia dah tua , dengan apa yang dia buat menunjukkan dia dah tak mampu nak jaga Parti , letak lah jawatan ! , tak larat bagi peluang orang lain… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Kamu ini kalau nak sentimental buat novel aje la tak yah buang masa komen dalam blog politik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Direktor 9.39….bagus drama kamu tu…..bila nak keluar tv?? Jangan lupa akan datang buat drama bapak penyamun dan 40 orang penyamunnya pulak.

Anonymous
Guest
Anonymous

”Akhirnya terbongkar juga,” dedah Che Murad Abdullah sambil melampirkan poster dan keterangan di atas berkenaan propaganda DAP menipu umat Islam di Malaysia. Dalam poster di atas, media DAP sengaja memilih untuk menghebahkan peruntukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz yang berjumlah RM40,500. Tetapi tidak menghebahkan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Mubaligh yang berjumlah RM328.00 dan peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil berjumlah RM289,00. “Bagus dan bijaknya DAP bodohkan umat Islam.. “DAP merancang tapi Allah jua merancang. Terbongkar jua dengan izin Allah.. “Moga tiada lagi yang terpedaya dengan tipu muslihat DAP, ” ulas Zubaidi Udin Pendapat yang sama turut… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

DAP pun tak pernah dalam sejarah nak masuk bertanding kawasan majoriti melayu, tak ada yang melayu yg akan lihat kertas undi DAP .kemudian DAP paling banyak bertanding pun 50 kerusi ,melayu ada 140 kerusi jadi tak yah la nak gempaq bro

Anonymous
Guest
Anonymous

Kertas tandas dah beli ke belum?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bila saya membaca tulisan Tun Mahathir disiarkan di blog beliau dengan judul The citizens vs Najib saya sah orang tua ini sudah nyanyuk. Mahathir menulis "PAS mungkin juga pura-pura menamakan calon tetapi apabila rakyat tidak meletak calon, PAS akan menarik diri supaya BN menang tanpa bertanding. Kita tidak akan hairan jika ini dilakukan oleh PAS." Mahathir sedar atau tidak bila dia merujuk kepada PRN Sarawak bahawa dia mungkin ingat PAS yang memberikan kemenangan PERCUMA BN di Sarawak?? Sebab PAS akan berikan alasan LOGIK masuk akal bahawa calon PAS tak hadir atau calon PAS Bangkrap. Aku rasa patutlah Anwar Ibrahim menulis… Read more »

ali along
Guest
ali along

Sikap PAS yg berbelit2 dan bermuka2 dgn kenyataan hadi awang,mahadthir dah blk baca..hanya ko yg bodoh tak blh fikir.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Pakai baju pink sedondon atas pentas sambil tersenyum kambing, sesiapa pun boleh baca, kecuali mata buta. Bila ada peluang membentuk kerajaannegeri di Terengganu, peluang itu ditolak.Takkan ini pun tak boleh dibaca, apa ada dalam ogtak Haji Hadi…..????
Kena letak calon di Sg.Besar. Tak kiralah PAN atau PKR. Yang penting, jangan bagi Haji Hadi membutakan mata kita macam Anon 8.15

Anonymous
Guest
Anonymous

Sikap PAS yg tak ada pendirian berbelit2….U Turn banyak kali tu yg buat org hilang kepercayaan dan org jadi tak yakin dgn PAS.

Mana ada istiqomah?? Dulu kafirkan umno buat solat hajat K.O umno tapi sekarang dah sedodon.

Bekali2 kepercayaan rakyat dipermainkan. Jadi sape yg nak percaya lagi?

Cermin diri sendiri dulu….

Anonymous
Guest
Anonymous

8.15 adalah seorang gay.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Jenice Lee mendedahkan sikap double Jawatankuasa Disiplin DAP dalam mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya. Menurutnya, ADUN DAP Teluk Datuk, YB Loh Chee Heng dipecat parti di atas dakwaan salah guna kuasa tetapi YB Tiew Way Keng, YB Lim Lip Eng, YB Ean Yong Hian Wah dan YB Lee Kee Hiong tidak diambil apa-apa tindakan dalam kes yang hampir sama. “Lain kali apabila anda mengundi sila lihat juga calon dahulu sebelum memangkah undian anda, jika tidak, anda mungkin telah mengundi calon yang ‘tidak Bersih’. “Pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya di bawah sila ambil perhatian!,”… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang ko susah hati pasal dap ni nape?? Dia orang punya pasal lantak dia orang laaaa

Anonymous
Guest
Anonymous

DAP parti suci jgn disentuh. Hanya DAP yg boleh sentuh parti lain. Kah kah kah. Kelakar , sorry nak pi basuh berak dulu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng diminta mengemukakan bukti bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan perkataan kesat terhadap DAP.

Abdul Hadi turut menyarankan Guan Eng merujuk kenyataan media atau ceramahnya sebelum ini bagi menentukan kesahihan dakwaan terbabit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Padan dengan muka dulu bersengkokol dengan DAP sampai tak ingat dunia. Masa tu semua cantik….wangi…..sekarang dah kona pulakkkk.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS banyak kali menerima halangan termasuk akhbarnya diharankam. Disekat tak boleh keluar setiap minggu dan macam-macam sekatan. Itu Parti yang dah lebih 60 tahun. Malaysiakini sampai sekarang masih belum diluluskan Akhbar sendiri melainkan akhbar talian. Malaysiakini telah banyak menerima anugerah kewartawan antarabangsa. Kerajaan sekat akhbar mereka. Parti PAN baru tubuh, memohon pada 12 Feb 2016 lalu. Lulus pada 1 Mac 2016. Tak pelik suka benar UMNO@BN kepada Akhbar ini??Kalau PAN tak menguntungkan UMNO @ BN takkan BN @ UMNO bodoh mudh-mudah nak lulus. Lihat sahaja apa terjadi pada Malaysiakini dah 2 tahun lebih belum dapat. Itu belum lagi Suara Keadilan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

haiii machai PIS Chai…Parti PIS (Parti Islam Semalaysia)…tuang presideng hang yang halau…melabel dengan macam2 gelaran…kamu sebenarnya yang menghancurkan Pakatan Rakyat…tak payah nak menuduh orang…rakyat semua dah cerdik…kamu tu Proxy UMNO…nak jadi penasihat kan kata tuang presideng walaunta kamu…bukan nak lawan umno…nah…sape proxy UMNO???

Ukur baju kaler pink sedondong kamu ngan UMNO tuh…

E AH
Guest
E AH

Anon 8:08 PAN bukan aqbar tapi sebuah parti. IKATAN juga bukan aqbar tapi sebuah parti yang diluluskan dengan mudah. PAN adalah pengaktifan dan penjenamaan Parti Buruh Negara. KDN tiada hak menghalang sebuah parti yang telah lama diluluskan untuk dihidupkan semula. Pemimpin PAN berjaya meminda perlembagaan parti dan Pendaftar Pertubuhan berpuas hati dengannya.

Halnya Haraqah dan Suara Keadilan adalah pertikaian lain. Manakala Malaysia Kini memang tidak berhajat menjadi penerbit aqbar fizikal. Sudah-sudahlah dengan penulisan bersifat fitnah dan menimbulkan wasangka jahat. Berdosa. Lebih mudarat jika beroleh imbuhan (rezqi) dari pekerjaan fitnah ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

Walau apa cerita yg awak paparkan, itu tidak bermakna topeng yg awak pakai dpt menyembunyikan kepentingan awak disebalik sokongan luar biasa awak kpd PAN…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kami ahli dan penyokong PAS amat berbangga dengan ketegasan TGHH dan kesepakatan serta solidariti pemimpin-pemimpin kami. Kini kami benar-benar rasa kehebatan maruah kami, kejituan kesatuan kami dan kebulatan tekad kami. Kami seia sekata dari kepimpinan tertinggi hingga ke akar umbi. Tiada lagi percanggahan kenyataan. TGHH kata lain, Khalid Samad ulas ikut lain. TGHH kata lain, Mat Sabu kata itu pandangan peribadi. Tiada lagi kebocoran rahsia parti. Tiada lagi malaun pembocor rahsia parti. Mutakhir ini terdapat 4 konflik yang berkesudahan dengan 4 ketegasan PAS. Keempat-empatnya adalah kebanggaan kami di akar umbi. 1. Ketegasan dalam pemecatan Husam Musa walaupun ditakut-takutkan dengan dakwaan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada aku kesah….??

Anonymous
Guest
Anonymous

hahaha….machai PAS Chai…istiqamah dan walaunta dgn tuang presideng yang suka melabel orang…nama jer parti islam…akhlak mengalahkan orang kafir…

Ketegasan dengan UMNO mana?? apa dah jadi dengan amanat 1981 di Banggol Perdah?? Hilang terus dengan ketegasan??? WALAUNTA Presideng….

Anonymous
Guest
Anonymous

Timbalan dan Naib President kata lain, president kata lain… solidarity kat mana tu?!!! Pergi lah PAST… terjun dgn labu labu… penasihat dpt percent. Pembangkang dapat apa?

Anonymous
Guest
Anonymous

Syaitan sedang berpesta,

Si Jahil menipu berdusta,
Si Alim aminkan bermuka muka,
Demi kuasa dan harta,
Nafsu dan emosi bermaharaja lela…

Anonymous
Guest
Anonymous

Hj hadi memalukan umat Islam.cakap
berbeli belit,sokong pemimpin rasuah dan
tak dengar pendapat orang.lebih baik
letak jawatan.tak layak jadi pemimpin

Anonymous
Guest
Anonymous

PaS tersepit antara memilih Syiah-Amanah dan Sunni-Umno. Walau perit tp itu shj pilihan yg ada bagi Muslim yg tahu sepak terajang Syiah..

Anonymous
Guest
Anonymous

…anon0113, kalau pan tak syiah, takut lak syiah tu balik kat kamu. Bukti gred A dah jumpa belum? Striker aswaja pun kantoi. Kesian

Anonymous
Guest
Anonymous

Hai machai PAS Chai tak habis2 nak tabur fitnah…kemukakan bukti dulu…jangan jadi macam tuang presideng kau yang suka menuduh tanpa bukti…mabuk pil kuda…

E AH
Guest
E AH

Anon 1:14 PAN Syiah? Ada bukti pemimpin dan ahli PAN sembah dan puja Murshidul Am dan Presiden parti bagai manusia mulia lagi suci? Ada bukti pemimpin dan ahli PAN mengkafirkan saudara Islam, solat jemaah dengan dua Imam, mengharamkan sembelihan Muslim lain? Itu ciri-ciri Syiah yang terdapat pada pemimpin PAS dan UMNO. Sunni yang sebenar tidak wujudkan puak-puak atau kabilah-kabilah, tidak angkat manusia selain Nabi, tidak menipu dan bersubahah dalam penipuan, tidak mencuri harta rakyat dan negara, tidak mencela kaum dan agama lain, tidak kejar harta dan kedudukan dunia. Biar bijak bila berhujah

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin2 dan ahli yg keluar PAS dan kini kuat kutuk PAS adalah org yg sama dulu sokong amanat Hadi awang, hudud ala pas, dua imam dan mcm2 lg. Sekarang kuat temberang la…

Anonymous
Guest
Anonymous

E AH..awak memang cukup sifat munafik. Awak duduk satu longkang dgn Syiah sbb dua parti sunni UMNO n PAS awak musuhi. Cerah parti Syiah sbgi pengganti. Boleh tumpu jatuhkan PKR plak lepas ni spy jln. semua clear utk Syiah..tahniah..

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Perbezaan di antara Haji Hadi dengan Tok Guru Nik Aziz seperti langit dengan bumi..!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kedua-duanya munafik.

E AH
Guest
E AH

Terbalik tu. Perbezaan di antara Tok Guru Nik Aziz dengan Haji Hadi seperti langit (Almarhum) dengan bumi (Hadi)

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari langit mahupun dari bumi diorang mengkafirkan orang mukmin – umat melayu terpecah-belah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Antara DSN dan Mat Sabu yg pro Syiah, Syiah lbh bahaya. Ini telah dibuktikan oleh sejarah. DSN perosak bangsa ttp Syiah perosak agama. Carilah alternatif yg lebih baik yg bukan pro Syiah..

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

cakap suka2….ada bukti dia syiah?

Arouse Mah
Guest
Arouse Mah

cakap suka2….ada bukti dia syiah?

Anonymous
Guest
Anonymous

…bukti gred A mana? Striker aswaja pun dah sentap. Tak gitu. Kesian

Anonymous
Guest
Anonymous

Otak tak pakai tak nmpklah bangkai gajah depan mata..msh cari bukti lg..mana ada Syiah mengaku Syiah..mrk kuat taqiyah, asas utama kejayaan Syiah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sekarang dah keluar PAS, PAN bolehlah ckp byk.. Sblum ni bukan main lg sokong Amanat Hadi Awang, terutama Mat Sabu n the gang termasuklah ahli-ahlinya yg kuat mengutuk PAS..PAS skrg tersepit angkara Syiah..pemecah belah ummat..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dasar DAP adalah pecah dan perintah.Dasar PAS pulak,pecah tapi tak perintah.Parti BEBAS wajib dijadikan calon di 2 PRK nanti,kerana PAS pasti akan tarik diri di saat akhir untuk beri kemenangan kepada Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS parti yang tak ada maruah. Di luar dia kutuk DAP, tapi di Selangor di berselingkuh dengan DAP demi jawatan dan kuasa. Menantu ada jawatan tukang baca doa makan di GLC la katakan… Kalau tak selingkuh dengan DAP nanti menantu hilang jawatan pulak. Wakakak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Hee… meluatnya aku dengan Hadi@Laknatullah ni.
Bagus, kalau semasa dia mencandat sotong dibaham jaw.
Biar dia mampus…

guamusang
Guest
guamusang

Marah marah jugak beb. Laknatullah tu makhluk/org yg di laknat dalam quran mcm setan, firaun, haman dll. Tak suka sgt kat org jgnla label pandai2. Kau tu dah janji syurga ke

guamusang
Guest
guamusang

Marah marah jugak beb. Laknatullah tu makhluk/org yg di laknat dalam quran mcm setan, firaun, haman dll. Tak suka sgt kat org jgnla label pandai2. Kau tu dah janji syurga ke

Ujangbagong
Guest
Ujangbagong

Anon 00:07
Apa yg TGHH dah buat hingga kamu gelar dia laknatullah???Maa Syaa Allah.harap kamu sempat taubat sblm malaikat maut sentap nyawa kamu.kalau tak siksa kamu nk mati nanti.

Hj Amri
Guest
Hj Amri

Hadi kata PAS cuma nak jadi penasihat kerajaan saja, so kenapa PAS sibuk nak masuk pihanraya ? Kes najib songlap 2.6billion satu dunia dah tahu , sikit pun dia tak nasihat najib? Janji kat ahli nak buat HUDUD…. mana hudud ? So apa kejadah guna nya PAS ni ? Bubarkan saja PAS ni dah takde makna lagi .

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuang presideng past sepenggal x kesah 3 exco past hilang jawatang.Tuang presideng masih kekal sebagai pemegang amanat 1981.Jawatang pelabel barua broker tak luak pong.la nie jawatang penasihat kerajaang bijan angkat bakui sendiri dalam gengaman.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dia lebih rela hilang exconya dari hilang kawan penyamun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada aku kesah…??

Ami k
Guest
Ami k

Persideng Pas ni pun dah dpt dedak najib sebab tu dah jadi macai najib.
Wallahualam

Anonymous
Guest
Anonymous

Sang Takfir Hadi yg telah mengkafirkan berjuta orang Melayu sekarang dia sedang terima bala tindak-tanduk buruknya sendiri. Hampir2 terjadi kafir sebab menyokong raja zalim mappadulung.

1Crony
Guest
1Crony

Bila pemimpin yang belajar agama tanpa segan silu menerima rasuah dari pemerintah, maka Allah rosakkan otak dan jatuhkan maruah beliau sehina-hinanya. Lihatlah hanya berapa titik maruah dan kehormatan yang tinggal kepada Hadi Awang sekarang..?

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa yang Hadi Awang faham sebenarnya apabila mengatakan, "soal perlantikan Exco ialah urusan kerajaan negeri manakala hal meletak calon dalam pilihanraya adalah urusan parti?"Soal nak jadi penasihat kepada kerajaan najib adalah urusan peribadi dia, bukan kehendak rakyat yang hendak menolak umngok be end.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon2328, itu k'jaan negeri ph bukan pr. Pr dah pas kuburkan. Eloknya pas letak lah calon guna tiket bn lawan ph, kan baik. Politik natang, tak gitu. Bab nasihat tu, ibarat bisik nasihat kat telinga badak. Kesian.

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

1. Bapa Rasuah
2. Penipu Mega
3. Penggalak Rasuah