Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

HAKIKATNYA, NAJIB SEMAKIN DITOLAK…

Mungkin ada yang kata jumlah ini terlalu kecil, berbanding lebih 20 ribu cawangan yang UMNO ada. Tetapi jumlah 53 ini hanya di Kedah saja, belum termasuk lagi di Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan negeri-negeri yang lain.
Jika dicampur semuanya, sekurang-kurangnya ia merupakan satu lagi episod atau perjalanan politik yang memalukan bagi Najib.
Selain itu, jumlah ini juga tentunya tidak termasuk mereka yang diugut, digertak, dihalang dengan pelbagai cara atau mungkin juga ada yang dibayar agar tidak meneruskan membawa usul menolak Najib itu.
Oleh itu, berapa pun jumlahnya, yang penting ialah Najib semakin ditolak oleh ahli-ahli UMNO sendiri.
Ini hanyalah permulaan dan berdasarkan jangkaan bahawa lebih banyak pendedahan buruk mengenai Najib setiap hari, mereka yang menolak dalam hati dan akan membuktikannya melalui kertas undi, pasti akan turut bertambah sama.
Yang nyata juga, dengan penolakan secara terang-terangan dan terbuka di Kedah ini, hayat UMNO dan Ahmad Bashah Md Hanipah di negeri jelapang itu semakin pendek jadinya. (SH 22/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

23 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
23
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x