NAJIB, PEMIMPIN YANG SUDAH TIADA RASA MALU DALAM DIRINYA

Seorang pemimpin UMNO yang baru kembali dari menunaikan umrah memberitahu, antara doanya di Multazam, satu tempat berhampiran Kaabah yang dianggap paling makbul untuk memohon sesuatu hajat ialah meminta kepada Tuhan supaya negara kita segera diberikan pemimpin yang baik dan bebas daripada segala skandal.
Katanya, selain meminta beberapa doa lain, tindakannya memohon doa sedemikian ialah kerana merasakan sudah tiada jalan lagi untuk mengharapkan Najib berundur daripada jawatannya.
Najib, katanya, seolah-olah tidak mahu mendengar suara dari dalam dan luar negara yang menolak dan mengutuknya berkaitan skandal 1MDB serta dana yang masuk ke akaun peribadinya, meskipun secara lumrahnya, jika di negara lain, mereka sudah pasti mengundurkan diri kerana tidak mahu terus-terusan mengorbankan rakyat dan negara.
Hanya dengan berdoa kepada Tuhan, ia merupakan usaha terakhir yang saya mampu lakukan untuk kepentingan negara sambil berharap doa saya akan dimakbulkan, kata pemimpin tersebut yang kemudian menunjukkan bulu roma di tangannya yang sedang tegak berdiri.
Sememangnya, Najib boleh dianggap mencipta sejarah yang tersendiri buat negara dan dirinya. Sepanjang masa, di seluruh dunia ada saja berita-berita buruk disiarkan mengenai dirinya melalui pelbagai saluran media.
Kadang-kadang, sepertimana yang dilakukan oleh Chanel 4, sebuah saluran TV di United Kingdom, berita mengenai dakwaan rasuah melibatkan Najib itu sengaja disiarkan ketika kunjungan rasmi Perdana Menteri ke London baru-baru ini.
Ia disiarkan seolah-olah sebagai bantahan atau protes terhadap lawatan rasmi Najib, pemimpin yang dianggap paling tercemar di dunia ketika ini.
Tidak ada mana-mana pemimpin lain, sama ada di dunia sebelah Asia, Afrika, Amerika Latin dan sebagainya yang paling menjadi fokus media antarabangsa sekarang ini melainkan Najib. 
Tetapi, di sebalik berita silih berganti dan pelbagai pendedahan baru mengenai dirinya, Najib masih lagi selamba saja menghadapi semua itu seolah-olah sedikit pun tiada perasaan malu dalam dirinya.
Beliau tetap mempamerkan wajah tidak bersalahnya, walaupun dalam masa yang sama semua orang juga tahu bahawa banyak media antarabangsa tidak dilayannya, malah diusir keluar hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya.
Sesungguhnya, ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Berbeza dengan Tun Mahathir yang tidak pernah lari daripada menjawab soalan, bahkan tidak pernah menolak sesiapa untuk bertanyakan soalan kepadanya.
Sebab itu, bagaimana sekali pun orang marah dan menolak Tun Mahathir, tetapi kerana sumbangan dan jasanya juga tak ternilai, tidak pernah kedengaran ada sesiapa sampai sanggup berdoa di depan Kaabah di sebalik dalam masa yang sama terus memberikan kepada UMNO dan pemimpin-pemimpin yang lain.
Hanya di bawah Najib, sementara secara berdepan ada yang tidak mampu melakukan penolakan secara terbuka sebagaimana banyak pihak lain yang sudah berbuat demikian, ada juga yang dalam diam menganggap beliaulah pemimpin paling menyusahkan rakyat dan negara. (SH 21/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm
Subscribe
Notify of
guest

56 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Anonymous
Anonymous
22 May 2016 1:39 pm

ostad Zahir Kain:Walau pun pemimpin buat banyak dosa di dunia, keistimewaan diberi jua kepada mereka untuk mempertahankan diri masing-masing semasa pengadilan di Padang Masyar nanti. Mat Dahi Wangi & Mat Jabin:Kalau begitu tolong nyatakan keistimewaan-keistimewaan yang kami, sebagai pemimpin, boleh kecapi untuk menebusi dosa-dosa kami. Ostad Zahir Kain:Keistimewaan anda ialah melalui macai-macai anda. Jika anda telah berjasa bermakna macai-macai anda dapat manfaat dari jasa-jasa anda. Maka keistimewaan anda ialah macai-macai anda lah yang akan membela anda dalam pengadilan nanti. Lagi banyak macai, lagi kuat lah kes untuk menebusi dosa-dosa anda. Ada kah kau berdua mempunyai banyak macai supaya keistimewaan untuk… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 11:53 am

Hantu gigi jarang daripada kota belud tu saja yg bermati matian mempertahankan najib tapi dia pun dah kehabisan modal dah

Benbrahem
Benbrahem
22 May 2016 10:17 am

Tidakkah RM2.6b itu duit songlap untuk PRU13 dulu, BR1M, dedak untuk penjilat dan pembodek di sekelilng pinggang termasuk juga ahli2 agama.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 10:02 am

A leader is around because there are followers. That person praying in Mekah should not only pray that that person will go away, but also that his followers too will go away! In Malaysia today, what is going on no more the fault of that one person or that one person and his consort. In short, what umno and the nation are now facing is due to the fault of many. InsyaAllah, some years from now that would exactly be what historians shall say. May you Shah, dear Tun, the insignificant me and the rest be steadfast on the path… Read more »

Mr Nak Tahu
Mr Nak Tahu
22 May 2016 10:01 am

USTAD USTAD UMNO KUAT SOKONG DIA. Skandal demi scandal didedahkan dengan bukti.
RAMAI hilang nilai DIRI Dan hilang TAKWA pada Allah.
Harts Dan pangKAT JADI KEBANGAAN.
ADA USTAD KATA KALAU DENGAR BERITA SISAT DULU….
tapi DUNIA masih siasat dengan bukti, tapi Malaysia dah tutup kes.
Apa Hal NI USTAD.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 9:49 am

Betullah budin dia x tau malu. Allah tutup sifat malunya. Saya cadangkan supaya kita ramai2 membaca yasin memohon pengundurannya

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 8:23 am

Tuan Budin,

Syukurlah berkat nasihat tuang presideng parti Goblok 3 telah memungkin tebalanya kulit muka pok jib.Tak sia-sia past (Parti Amanat Sedondon kalah pilihanraya dan kekal di PUTARjaya…aaaamiiiiinn..

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 6:50 am

Ada sesiapa dari kalagan 'Ulama' dalam atau luar ke
ajaan sanggup mempertahankan sipulan ni 'bersih'?

Porak Den
Porak Den
22 May 2016 5:44 am

Mindset pemimpin umnongok ni mcm tu…..pegang jawatan sampai mati….kehendak rakyat tlk ketepi. Tk cayo….Cuba perhatikan perangai pemimpin2 kecil mereka di tempat tuan2.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 5:28 am

Sedara Admin, iklan kat bahagian bawah ruangan komen tu agak mengerikan. Memang sengaja di adakan atau disengajakan oleh orang lain.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 5:23 am

I sumpah tk pernah entot altantuya. Siang mlm i entot semah jer. No choice. Tp selera i yg muda slim mcm ziana. Kahkahkah. Apalah nasib diri i. Huhuhu

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 7:43 am
Reply to  Anonymous

Semah the cowgirl

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:24 am

Aamiin… semoga Allah selamatkan Malaysia dari pemimpin yang membuat mungkar. Kita juga berdoa semoga letak pemimpin tersebut dan yg bersubahat diletakkan di tempatkan yang paling keji dan dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia…aamiin semoga Allah makbulkan doa kami.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:02 am

I sumpah tk pernah entot altantuya. Siang mlm i entot semah jer. No choice. Tp selera i yg muda slim mcm ziana. Kahkahkah. Apalah nasib diri i. Huhuhu

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 2:15 am

Anon 09:36 oii..sinajis tua kutok tu bukan kaki penyabor…dia kaki gelojoh..yang penyabornye..rakyat malaysia..kene tindas ker..kene zalim ker..saaaaaabor je le..maki pon seatakat dalam fb..dalam blog..bile dia gi majlis..sume pakat kerumun..pakat cium tangan..pakat dengor temberang dia..dàpat makan free..tu la rakyat malaysia.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 1:50 am

Sudah makan kenyang harta rakyat. Negara menanggung hutang. Perut pun dah buncit duduk diam2 la..raya tahun ni anon 0936 pergilah rumah najib mana nak tahu kot2 dapat angpow

sahabat malaysia
sahabat malaysia
22 May 2016 1:44 am

A'Kom,
Sya baru pulang dari Hanoi Vietnam, ternyata Najib memang cukop Popular.Tour guide di halong bay turut persendakan dengan kata kalau di Vietmnam ambil wang adalah corruption tapi di Malaysia itu di panggil donation. Ish Ish

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 1:36 am

Budin, mcm mane kamu tahu takde orang berdoa didepan kaabah meminta mahathir ditamatkan penindasan nya. Kalu ade pun orang tu tak lah pegi jumpa kamu dan bgtahu tentang doanya. Lagi 1perkara yg agak merunsingkan aku ialah tentang sifat penyabar. Adakah najib nie seorang yg sabar? Sebabnya mcm2 serangan yg menimpa dia, tp di buat dek je. Adakah najib mempamirkan sifat seorang penyabar? Heran jugak.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 3:51 am
Reply to  Anonymous

…penyabar kau kata, apa kau dah nak mampus. Muka ini macam kau cakap penyabar. Ini bukan penyabar, ini penyamun.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:09 am
Reply to  Anonymous

Sikap penyabar juga sangat diperlukan jika seseorang itu ingin menjadi perompak,pencuri,perogol,peliwat,dan juga penulis.

roslan othman
roslan othman
22 May 2016 4:16 am
Reply to  Anonymous

Ya memang ada pada tahun 1999 oleh puak reformasi dan puak pas ,buakan doa depan kaabah tapi berdoa semasa sembangyang antara pemimpin dan penyokong menta Tun M mati dan pacah perut tapi nampak Tun masih kuat pemimpin yang jadi imam tu dah meninggal dalam keuzuran,itu dinamakan kuasa allah swt.Jadi sentiasa bersangka baik akan lebih barakah.

roslan othman
roslan othman
22 May 2016 4:38 am
Reply to  Anonymous

Ya memang ada pada tahun 1999 oleh puak reformasi dan puak pas ,buakan doa depan kaabah tapi berdoa semasa sembangyang antara pemimpin dan penyokong menta Tun M mati dan pacah perut tapi nampak Tun masih kuat pemimpin yang jadi imam tu dah meninggal dalam keuzuran,itu dinamakan kuasa allah swt.Jadi sentiasa bersangka baik akan lebih barakah.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 1:27 am

Mana ada kwsn tradisi pas. Semua parti berhak tanding walau 7penjuru. Biar rakyat pilih parti mana. Demokrasi kann??

abrarmujahideen
abrarmujahideen
22 May 2016 1:12 am

Xde maruah pun…xperlu respect pun. Memalukan yang di pertuan Agong shj.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 12:32 am

Itu area tradisi PAS. Biarlah PAS yang bertanding dan PAN, PKR & DAP X LAH PAS. BARULAH BN BOLEH DITUMBANGKAN.

Macam ini punya formula pun takkan susah nak faham.

DENGAN CARA INI SIAPA SEBENARNYA YANG MAHUKAN BN MENANG?.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 3:37 am
Reply to  Anonymous

…tempat tradisi kalah. Tak gitu.

rosli aziz
rosli aziz
22 May 2016 5:44 am
Reply to  Anonymous

Yakin ka menang..najib penaik br1m ..habih tersungkoq..mmm

Anonymous
Anonymous
23 May 2016 2:58 am
Reply to  Anonymous

Area tradisi…..area tradisi…tu Lah saja ayat yg masih ADA yang depa dok buat ratib. Apala punya bangang,area tradisi pa kalau asyik kalah saja.kalu biasa menang kut la…PH jgn dok layan hujah Bodo puak2 ni. Istiharkan saja nama calon Dan mulakan gerakerja Insyaallah kita menang. Hanya kemenangan saja boleh tutup mulut puak suka maki hamun. Go PH go. Muhid alyahya kubur panjang kedah

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 12:08 am

Mungkin juga PM kita ni dikawal oleh makhluk asing siapa yang tahu.Sahingga seluruh kabinet pun sama nada.Harap-harap doa rakyaat Malaysia dapat melepaskan cengkaman makluk asing keatas Najib dan beliau pula rela melepaskan jawatan.Inilah harapan kita Shah.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 11:54 pm
Reply to  Anonymous

Bukan makhluk asing la tapi syaitan yaang prgang tu.

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 11:35 pm

Malangnya hj hadi dan haron din sangat
percaya najib.malang pas dspat pemimpin
yang sokong penyeleweng.

NordinabilaH
NordinabilaH
21 May 2016 10:59 pm

Manusia yg tidak beriman dan bertopengkan haiwan mana tahu malu semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya aaaammmmiiiijnnnnn

NordinabilaH
NordinabilaH
21 May 2016 10:58 pm

Manusia yg tidak beriman dan bertopengkan haiwan mana tahu malu semoga allah makbulkan doa rakyat yg teraniaya aaaammmmiiiijnnnnn

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:50 am
Reply to  NordinabilaH

Mana kita tahu Najib doa (kat Mekah) pada Tuhan supaya kejahatan nya Tuhan selamatkan di-dunia?
…dan sekarang Tuhan kabulkan doa nya?

Akhirat lah tempat yang dia akan bayar balik semua perbuatan mungkar dan zalim nya….Insya Allah!

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 9:18 pm

Bagaimana lah kehidupan anak cucu kita dengan hutang yang terpaksa ditanggung oleh mereka… yang bukan mereka lakukan?

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 10:45 pm
Reply to  Anonymous

sudah terbayang di fikiran masa depan anak cucu kita nanti rasuah bmaharajalela korupsi dari atas hingga ke bawah jenayah kolar biru kolar putih berleluasa rakyat hidup mementingkan diri sendiri tiada muhibah antara kaum dan pendatang jadi majikan mereka.

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 10:51 pm
Reply to  Anonymous

anak2 tidak berminat mlanjutkan pelajaran lagi kerana buat apa tanggung hutang ptptn (itu pun kalau masih ada ptptn) kalau tiada peluang pekerjaan maka senanglah lagi mereka diperbodohkan oleh so called pemimpin

DIdi kota belud
DIdi kota belud
21 May 2016 7:49 pm

Dia malu tuuu… Apanak buat dia terpaksa… Kalau mengandung.. Maka mudahlah kerjanya…. Kakakakaa…

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 7:20 pm

Buang najib

Najib golongan bangsawan kononnya kebal undang 2

Rakyat perlu bangkit serentak seluruh negara

Skandal peribadi

Skandal kewangan

GST

undang2 najib pegang

Sedar dari lena rakyat

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 7:16 pm

Buang najib

Ulama juga boneka

Tunggu pru

Bukan guling lagi berdangdut la najis
Kuasa undi pada dia

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 7:14 pm

Rakyat perlu bangkit seluruh negara tumbangkan najib dan sekutunya

Majlis raja dan agung boneka saja

Lebih lama lebih derita rakyat

Ayung rakyat seluruh negara yang betul berani dan menegakan kebebasan rakyat

Terlalu banyak beban

Buang najib

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 11:06 pm
Reply to  Anonymous

Meluat tengok kepura-puraan dia. Macam tak ada salah apa.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:03 am
Reply to  Anonymous

Najib sudah layak digulingkan.Kenapa Melayu takut berkata benar?Orang PAS sanggup mati,sanggup terbalikkan kereta polis dalam Bersih,sanggup menghadang kereta Raja,sanggup berguling-guling atas jalan,dan sanggup mengkafirkan sesama saudara.Tetapi,apabila benar ada PM yang curi duit dan mengenepikan undang-undang,…masa ini lah PAS 'bercium molot' dengan PM yang bernama Najib itu.Memang benarlah,orang yang memanggil orang lain kafir,dia lebih lagi kafir.PAS berpolitik secara bodoh.Setiap kali Allah bagi peluang,PAS akan lepaskan peluang itu atas kesesatan sendiri.Anwar berjaya memecah belahkan PAS,kini datang pula giliran Pahlawan/Pahlanun Bugis merasuah PAS.Tidak malukah berselindung atas nama Islam???

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 4:37 am
Reply to  Anonymous

PAS….Parti Agama Shaitan kut….sebab tu memilh atas kepentingan bukan atas yang haq.

Salwah Abdat
Salwah Abdat
21 May 2016 6:40 pm

Najib serba salah jika dia undur maka akan di bacarakan kemudian ke sungai buluh, oleh kerana itu beliau akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk tidak undur,segala hal terdahulu akan di bongkar itu yang beliau dok bimbangkan….!!!

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 12:03 am
Reply to  Salwah Abdat

Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.
Tanda orang yang amat celaka,
Aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
Itulah perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
Janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
Mulutnya itu umpama ketor.
Di mana tahu salah diri,
Jika tidak orang lain yang berperi.
(gurindam 12 Raja Ali Haji)

Barangsiapa tak erti malu
bimbing rakyat sampai mana?
Laku salah tidak pilu
umpama lanun bersuka ria

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 5:40 pm

Nabi s.a.w. bersabda, “Ihsan adalah beribadah kepada Allah seakan-akan memandang Allah. Jika tidak dapat memandang-Nya maka dengan meyakini bahwa Allah melihatnya.” (HR Bukhari).

Nabi s.a.w. bersabda, “Di antara pesanan para2 Nabi terdahulu yang masih diketahui orang pada masa sekarang adalah: jika engkau tidak lagi memiliki rasa malu maka berbuatlah sesuka hatimu.” (HR. Bukhari)

Tanpa perasaan segan dan malu kepada Tuhan, Najib seringkali bertunduk kepada hawa nafsu amarahnya.

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 5:25 pm

Tuhan sayang Najib Razak….. Dan hak tuhan untuk membiar Najib membentuk kumpulan Mafia 117 yang berselindung atas nama 1MDB. Oleh kerana tuhan berpihak pada Najib… Diberikan bomoh yang handal melindungi dari segala ancaman. Diberikan tubuh yang sehat, diberi akal cara menipu duit rakyat ditukar atas namanya dan dikumpulkan segala jenis pencacai mengelilingi diri dan keluarga bagi menjawab segala soalan, permasaalahan berbangkit dan membersihkan dirinya dari dituduh bersalah. Najib tak perlu risau kerana tiada siapa yang boleh sentuh dia….jauh sekali boleh dijentik. Itu sebabnya Najib selamba saja kehulu kehilir tanpa mempedulikan segala makin hamun rakyat. Selagi tuhan Najib tidak mati……Najib akan… Read more »

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 1:35 am
Reply to  Anonymous

Segala kenikmatan ini hanya istidraj. Tunggu pembalasan Allah. Allah Maha Adil

rosli aziz
rosli aziz
21 May 2016 4:59 pm

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:" (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

(Al-Baqarah 2:126)

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 4:18 pm

…bukan berita buruk, tapi berita busuk. Tak gitu. Apa pun AMIN terhadap doa tersebut.

Anonymous
Anonymous
21 May 2016 10:29 pm
Reply to  Anonymous

Syaitan sedang berpesta,
Si Jahil menipu dan berdusta,
Si Alim aminkan bermuka muka,
Demi dedak, nafsu dan kuasa,
Halal haram, sudah tidak dikira,
Kehendak kroni bermaharaja lela.

Ya Allah selamatkanlah lah kami dari bala yg melanda.

Anonymous
Anonymous
22 May 2016 12:55 am
Reply to  Anonymous

Takan Tuan Hj Gundu tk bg nasihot pd Najib!??

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
22 May 2016 2:37 pm
Reply to  Anonymous

Apa lagi nak dibincang pasal Penipu Mega, Najibilion ni. Yg lebih hina ialah mereka yg gagal bertindak dan sanggup menipu Untuk Najibilion tu.

timor
timor
23 May 2016 3:17 am
Reply to  Anonymous

Anon 8:55, tuan hj gundu kenyang dapat dedak!

timor
timor
23 May 2016 3:21 am
Reply to  Anonymous

Anon 8:55, tuan hj gundu kenyang dapat dedak!