Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

SALLEH, KALAU NAK TAHU SUMBERNYA, PAKSALAH NAJIB SAMAN WSJ!!

Dalam usaha mempertahankan Najib Razak dan anak tirinya, Riza Aziz berkaitan pendedahan terbaru WSJ yang mengatakan pembelian hartanah di London milik penerbit filem itu yang didakwa sedang disiasat FBI, Salleh Said Keruak membidas akhbar perniagaan itu kerana tidak berani mendedahkan sumber berita yang diperolehinya.
Katanya, tindakan WSJ tidak mendedahkan nama sumber itu bukan saja cara pengecut, malah bertujuan untuk mengelak daripada diambil tindakan saman.
Selain mendakwa laporan WSJ hanya ditulis berdasarkan khabar angin  dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang diterima tanpa mendapat pengesahan sewajarnya, Salleh turut berkata, “kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama sumbernya kerana mereka memang tidak dapat menyatakannya.”
Najib tak nafi, Riza berdiam diri, sebaliknya hanya Salleh yang kita dengar suaranya berbunyi.
Kenapalah Salleh bersusah payah membidas WSJ dengan andaian syok sendiri yang direka-reka semata-mata untuk membela dan mempertahankan Najib serta keluarraganya.
Jika benar-benar ingin mengetahui sumber berita WSJ itu, langkah pertama yang harus diambil Salleh ialah memujuk Najib atau Riza Aziz mengambil tindakan mahkamah terhadap akhbar tersebut.
Kiranya gagal dipujuk, Salleh seharusnya memaksa Najib serta Riza dengan sedaya upayanya untuk menyaman juga WSJ, walau dengan apa cara sekali pun.
Dalam dunia kewartawanan, memang ada ketikanya sumber pemberitaan tidak dapat didedahkan atas sebab-sebab tertentu seperti kerahsiaan, keselamatan dan sebagainya.
Tetapi, sebagai akhbar berprestij di dunia dan sudah lama bertapak di dunia dengan pelbagai anugerah kewartawanan yang dimenangi, kebarangkalian untuk WSJ menulis sesuatu berita semata-mata berdasarkan sumber palsu atau tidak sahih adalah tipis sekali.
Biasanya, hanya setelah yakin dengan sumber berita atau sekurang-kurangnya diberikan salinan atau melihat fakta sesuatu itu, barulah mereka menulis dan melaporkannya.
Bagaimanapun, jika sesuatu kes dibawa ke mahkamah, Najib dan Riza antara lain boleh mendapatkan perintah agar WSj memberitahu sumber maklumat yang diperolehinya jika benar-benar yakin dakwaan yang dibuat terhadapnya itu adalah palsu, tidak benar dan rekaan.
Soalnya, apakah dakwaan WSJ terhadap anak tiri Najib itu sesuatu yang tidak benar dan palsu?
Nafikan perkara itu dahulu, kemudian saman WSJ dan dengan pasukan peguambela terhebat yang mampu membelanya berikutan mempunyai dana berupa derma RM2,600 juta yang pernah ada dalam akaun peribadinya dan penderma juga dikatakan menulis dalam suratnya bahawa wang itu boleh digunakan untuk apa saja, Najib sebenarnya tidak masalah untuk membersihkan namanya jika beliau dan keluarganya sepenuhnya yakin mereka tidak bersalah dan hanya difitnah.
Kalau empunya badan bukan saja tidak berani menyaman, malah membuka mulut menafikannya tidak kedengaran, maka siapa mahu mempercayai kata-kata syok sendiri Salleh bahawa laporan WSJ adalah fitnah, bermotifkan politik dan hanya berdasarkan khabar angin?
Pokoknya, saman dululah Pak Salleh Said Keruak!! (SH 20/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

65 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
65
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x