Shahbudin…

Berbicara Tentang Hitam Putih Malaysia

"BESAR KEMALUAN" DENGAN BERITA INI

Sekali lagi, angkara Najib Razak, rakyat Malaysia yang tinggal di London tentunya berasa malu dengan jiran tetangga, kenalan atau rakan-rakan mereka di sana.
Setelah banyak media antarabangsa seperti WSJ, ABC News, New York Times, Whashington Post, Sarawak Report dan sebagainya membuat laporan ke seluruh dunia mengenai dakwaan rasuah melihatkan Najib, kini Chanel 4, sebuah stesen penyiar di UK pula berbuat demikian.
Lebih memalukan lagi kerana penyiaran itu dilakukan ketika Najib sendiri sedang melakukan lawatan rasminya ke London dan berucap dalam sebuah majlis berkenaan pelaburan di sana.
Kecuali golongan pemakan dedak yang “kemaluannya tetap kecil” dengan penyiaran-penyiaran berita seumpama itu, mereka yang lain tentu saja terasa seperti diaibkan maruah dan harga diri sebagai rakyat Malaysia yang selama ini dihormati, disanjung dan dinilai tinggi intergritinya.
Hanya di zaman  Najib “kemaluan demi kemaluan”  rakyat Malaysia di dalam dan luar negara “dibesarkan”  silih berganti dan bagaikan tiada titik hentinya.
Oleh itu, segeralah BERUNDUR WAHAI NAJIB daripada terus menyusahkan rakyat  sendiri. (SH 18/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Subscribe
Notify of
guest

54 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
54
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x