JIKA BENAR NAJIB YANG MAHU DISINGKIRKAN, BERSATULAH MAHATHIR DAN ANWAR!!

Warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim, walaupun menyentuh banyak perkara, tetapi hanya satu aspek yang dilihat paling menjadi asas kebimbangan bekas Ketua Pembangkang itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.
Lantaran itu, beliau cuba mengingatkan pimpinan PKR agar tidak terpesong daripada perjuangan sebenar untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah di sebalik ghairah dengan gerakan bekas Perdana Menteri yang sedang bermusuh “tahap  empat”  dengan Najib ketika ini.
Anwar juga mahukan mereka berhati-hati dengan gerakan licik Tun Mahathir dengan mengungkap perkataan “pahlawan jadi-jadian”  serta memetik kata-kata penyair Willian Shakespeare “ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota” untuk direnungkan.
Mengapakah Anwar masih melontarkan kecurigaaannya sedangkan di peringkat awal Deklarasi Rakyat dahulu beliau menyokongnya sambil mengatakan sudah melupakan segala dendam peribadinya dengan Tun Mahathir demi kepentingan negara?
Mengapa dalam mereka, Tun Mahathir dan Anwar, sama-sama mahu menjatuhkan Najib, tetapi tetap saling bermusuh dan mencurigai antara satu sama lain?
Di mana salah dan silapnya?
Dalam hal ini, kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar ada salah dan silap masing-masing?
Tun Mahathir, di sebalik sedang menggunakan Pakatan Harapan, PKR, DAP,  Amanah dan pelbagai  NGO lainnya sebagai “kenderaannya” untuk menggasak dan memaksa pengunduran Najib, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu beliau masih lagi tidak dapat menerima Anwar.
Ia terlihat dalam beberapa temubual dengan media asing di mana Tun Mahathir masih lagi bercakap soal moral Anwar serta pernah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.
Kenapa perkara itu masih disebut lagi sedangkan di ketika yang sama Tun Mahathir mengharapkan Pakatan Harapan, PKR, DAP, Amanah serta orang-orang kepercayaan Anwar untuk membantunya menyingkirkan Najib?
Tidakkah perbuatan Tun Mahathir itu amat menyinggung dan menikam hulu hati Anwar yang sedang mendekap keseorangan dalam penjara?
Seharusnya banyak perkara sensitif yang melibatkan Anwar, bukan saja dielakkan daripada diutarakan secara terbuka oleh Tun Mahathir, malah juga ketika bercakap dengan media-media asing.
Perasaan Anwar yang berjaya mewujudkan pakatan pembangkang yang kukuh, memikat sokongan golongan muda dan membangkitkan kesedaran massa terhadap ketidakadilan dan sebagainya selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, setidak-tidaknya haruslah juga diambil kira oleh Tun Mahathir.
Sekiranya selepas dipecat pada 1998, Anwar tidak menubuhkan PKR dah tidak menggerakkan kesatuan di kalangan parti-parti pembangkang sebagaimana yang wujud hari ini, Tun Mahathir pasti tidak dapat berbuat apa-apa melihat pelbagai karenah serta onar Najib yang menyakitkan hatinya sekarang ini.
Dalam masa yang sama, Anwar juga, meskipun berada dalam penjara dan pernah dipenjara serta oleh dipecat oleh Tun Mahathir, beliau juga sepatutnya tidak lagi mengungkit-ungkit kesalahan masa lalu bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.
Ungkapan-ungkapan tidak enak yang dikaitkan ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, kehilangan wang berbilion-bilion dan pelbagai lagi seharusnya juga diketepikan buat sementara untuk diutarakan oleh Anwar kerana yang paling utama untuk dihadapi ketika ini ialah Najib.
Meskipun banyak orang bercakap soal kehilangan wang, bail-out dan kerugian berbilion-bilion ringgit sewaktu Tun Mahathir berkuasa, tetapi yang harus dilihat juga ialah tidak ada dakwaan wang itu masuk ke poket peribadinya.
Lagi pun, semua yang berlaku ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, Anwar juga adalah sebahagian daripada kerajaan. Menyebut, apatah lagi mengulang-ulangnya  hanyalah ibarat menepuk air dalam dulang semata-mata.
Baik Tun Mahathir, mahu pun Anwar, kedua-duanya harus kembali bermuhasabah dan merenung matlamat masing-masing. Jika Najib yang benar-benar disasar mahu diundurkan, berjauhan dan saling kata-mengata bukanlah pilihan yang harus dibanggakan.
Tun Mahathir dan Anwar mesti sedia berlapang dada, melupakan sengketa lama dan kembali bersatu untuk menyingkirkan Najib. Sebagaimana ketika kedua-dua pemimpin itu berganding dalam kerajaan dahulu mengundang banyak kecemerlangan dan pujian, bersatunya kembali mereka pasti membuatkan Najib tidak mampu bertahan lebih lama lagi.
Oleh itu, bersatulah Tun Mahathir dan Anwar, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi dengan tujuan yang benar-benar menyelamatkan Malaysia. (SH 17/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm
Subscribe
Notify of
guest

77 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
replicas relogios
replicas relogios
9 August 2016 6:14 pm

telasmosquiteira-sp.com.br telas mosquiteiratelas mosquiteiro As telas mosquiteira sp , telas mosquiteiro sp garantem ar puro por toda casa livrando-a completamente dos mosquitos e insetos indesejáveis. As telas mosquiteira garantem um sono tranquilo a toda família, livrando e protegendo-nas dos mais diversos insetos. Muitos destes insetos são transmissores de doenças e a tela mosquiteira é indispensável no combate a mosquitos transmissores de doenças. A dengue, por exemplo, já matou centenas de pessoas só na capital de São Paulo e um pequeno investimento em nossas telas mosquiteiras podem salvar vidas. As telas mosquiteiras também impedem a entrada de insetos peçonhentos como as… Read more »

Anonymous
Anonymous
20 May 2016 3:26 am

http://allahridho.blogspot.my/p/larangan-bagi-orang-islam-untuk-memilih.html?m=1

tenung2 kan lah… Alla SWT lagi mengetahui… lantas turun lah ayat tersebut…

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 3:09 am

Kita masuk ke blog ni untuk bersama sama berjuang dgn Tuan Shah. Marilah kita sama2 jaga ketertipan berbahasa.
Walaupun pendapat kita tak sama tapi elaklah maki hamun.

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 2:48 am

AMANAH ADALAH PILIHAN RAKYAT MALAYSIA
GO AMANAH GO PRK NI KITA CUBA 3 PENJURU
BN PAS AMANAH KALAU ADA BEBAS LAGI BAIK

E AH
E AH
18 May 2016 2:18 am

"Fakta juga membuktikan segalanya. Kalau kita guna AKAL yang waras, satu fakta yang mesti kita tanya diri kita adalah kehadiran air mani yang bukti DNAnya tidak dapat disangkal" kurang tepat. Tiada bukti ada air mani Anwar dalam rektum Saiful. Mahkamah hanya dibuktikan terdapat DNA dalam anus Saiful, dan bukan hanya DNA Anwar seorang. Mahkamah dibuktikan terdapat beberapa DNA lain. Bukti ini, jika kita menggunakan AKAL yang waras, tertolak.

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 5:21 am
Reply to  E AH

Macamana DNAnya boleh ada disitu? Kalau bukan "air" dari mana DNA tu, air liuk Nuar sampai kedalam tu ke? Sape mai masuk?

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 6:04 am
Reply to  E AH

E AH Hang ada baca ke tidak? atau cakap ikut apa yang mulut mau cakap langsung menidakkan fakta. Ini dari Utusan:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm MAHKAMAH ARKIB : 25/08/2011Pendakwa bangkit isu air mani Oleh SUWARNI MOKHTARdan AMIRUDDIN [email protected] KUALA LUMPUR 24 Ogos – ‘‘Untuk meletakkan air mani seseorang pada sesuatu sampel atau rektum, orang yang hendak meletakkannya perlu ada air mani orang tersebut bukan?’’ Pertanyaan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden itu menyebabkan saksi pembela ketiga dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. David Wells terdiam seketika dan pada mulanya enggan memberikan sebarang jawapan kerana baginya soalan itu lebih… Read more »

E AH
E AH
18 May 2016 7:47 am
Reply to  E AH

Anon 14:04

Jika rujukan saudara/i dari Utusan dan The Star, saya tidak terkejut saudara/i sanggup bermatian mempertahankannya. Sudahkah saudara baca hujah pemerhati Komenwel?

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 10:15 am
Reply to  E AH

Hi all You can argue till the cows come home. The fact of the matter is Anwar has been convicted by the court of law based on the evidences presented to the court despite having the best defense legal team available to him. He has had his case appealed to the highest court in the country. Who are you all to deliberate on the matter which has gone through the process of the law? BTW it was a lengthy process of almost 2 years. You believe what you want to believe and it is best to keep it to yourself.… Read more »

Jason koji
Jason koji
19 May 2016 6:21 am
Reply to  E AH

So we should believe utusan and tv3 that TDM intention is just to put his son as pm..

PutraKraken
PutraKraken
18 May 2016 2:02 am

Salam semua Dendam kesumat. Dendam peribadi, dendam politik, dendam bisnes mahupun dendam cinta. Kita semua manusia dan menjadi naluri semulajadi untuk berdendam dihati walau pun ditegah oleh agama. Semua manusia ada dendam. Tapi kita dianugerahi AKAL untuk menimbang yang mana baik yang mana tidak baik. Begitu juga AKAL dapat membezakan Fakta dan Auta. Kes kerugian wang semasa pentadbiran Tun M semua kita tahu ia adalah KERUGIAN semata mata. Ini lumrah dan yang pentingnya kehilangan wang tersebut tidak masuk poket peribadi.Bukan semua yang Tun M lakukan mengalami kerugian. Kalau kita lihat sekeliling kita hari ini begitu banyak pembangunan dan prasarana legasi… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 1:22 am

Melayu mudah mencuci dosa pemimpin munafik seperti Anwar.Di mana letaknya Islam orang Melayu?Kalau dirujuk kepada Al-Quran,ternyata majoriti orang Melayu menolak Al-Quran,walaupun mereka kelihatan bertudung litup dan yang lelaki pula berjubah,berjanggut serta berdahi hitam.

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 12:26 am

Siapa yang bakal naik 'takhta' PM setelah najib ditendang keluar ya? Zahid yang masih bercita-cita nak mem'Bangla'kan negara?

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 6:02 pm

last2 nanti KU LI jugak yg naik jadi PM apa nak gaduh? musang king gred A baik punya.

Tajul
Tajul
17 May 2016 5:24 pm

Dah makin melalut perbincangan ni. Gelak besor mat najip dan juak2nya..

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 4:13 pm

Bagusla ada org suruh berhati2. Pada aku x der la big deal sgt. Aku tgk bila anwar bg statement berderu2 komen2 dari haters anwar. Sudah la woi! Negara nak lingkup
Dah.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 4:02 pm

Anon 23:47 kau ni dah lari dari tajuk.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:47 pm

nampak snagt mahde gunakan najib sebagi umpan dalam masa yang sama merobek pr
jelas amat jelas kalau setakat najib nak diturunkan tapi amno tetap berkuasa denagn sistem yang dah makin lapok
yang kecil selalu kena yang besar selalu terlepas
pastikan amno diketepikan bial ada peluang
mahde bila dipanggel kemahkamah masa kes anwar bole pulak minta soalan dulu
curi darah kat hospital calit kat tilam usung tilam.sanggup buat macam tu punay nak bunuh maruah anwar
memang filag mahde ni

Faqqir
Faqqir
17 May 2016 3:16 pm

En Shahbudin,Apa yg tuan Syorkan Ada betulnya, iaitu para penting gabungan tenaga puak2 Anwar dgn Mahathir. Seperti yg tuan tulis, dua2 pesonaliti ini mungkin Ada kesilapan masing2. Mahathir memang cetuskan berbagai kebobrokkan namun gejala itu tidak timbul dalam sesuatu kelopongan ("vacuum"), mungkin juga dapat dilihat sebagai hasil kebobrokkan yg Wujud dlm satu masyarakat yg "nascent", yg baru celik Dan merabaraba, satu hasilan sejarah, satu produk 'historical process'….mungkin dgn hubungan tuan dgn elit politik tempatan Dan tulisan tuan dapat menyampaikan sorotan ini kpd kumpulan Anwar. Mahathir juga harus menguraikan kebencian Dan sangkaburuk beliau terhadap Anwar lantaran sikapnya mungkin lebih hamper kepada… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 4:05 pm
Reply to  Faqqir

Bila anwar buat jenayah fakta saintifik tolak tepi….guna agama. Apa adahal ?

Relax la. Ini untuk undurkan najib saja. Bukan mengenai anwar.

Jason koji
Jason koji
17 May 2016 8:11 pm
Reply to  Faqqir

Anon 00.05..fakta saintifik 4sm hang sebut..tapi pasal pereira simpan bukti dna 90 jam yang diambil dlm bontot saifool yg semestinya penuh bermacam2 bakteria dan disimpan dalam locker saja(pasal chain of evidence mngkn hang tak tau kut..jadi xpayah ckplaa.)Dan pakar dna yg persoalkan dna bontot yg penuh bakteria yg nampak fresh dan dpt bg 99% results(csi pun tak boleh dapat result lagu tu melainkan malaysia boleh)..apa ada hal..Hang tak saintifik bro.. Ini bukan pasal undurkan Najib saja..Inilah peluang menyingkirkan pak turut dan kaki ampu dan opurtunis dan rent seekers dan lintah darat yang tanpa segan segok akan sokong mana2 diktator yg… Read more »

Jason koji
Jason koji
17 May 2016 8:13 pm
Reply to  Faqqir

Anon 00.05..fakta saintifik 4sm hang sebut..tapi pasal pereira simpan bukti dna 90 jam yang diambil dlm bontot saifool yg semestinya penuh bermacam2 bakteria dan disimpan dalam locker saja(pasal chain of evidence mngkn hang tak tau kut..jadi xpayah ckplaa.)Dan pakar dna yg persoalkan dna bontot yg penuh bakteria yg nampak fresh dan dpt bg 99% results(csi pun tak boleh dapat result lagu tu melainkan malaysia boleh)..apa ada hal..Hang tak saintifik bro.. Ini bukan pasal undurkan Najib saja..Inilah peluang menyingkirkan pak turut dan kaki ampu dan opurtunis dan rent seekers dan lintah darat yang tanpa segan segok akan sokong mana2 diktator yg… Read more »

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 12:56 am
Reply to  Faqqir

Jason koji kau pergi main jauh jauhlah. Teori kau ni sesuai dgn orang bukit saja.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:45 pm

Deklarasi rakyat sebenarnya deklarasi menyelamatkan UMNO Baru dari disingkirkan oleh rakyat Malaysia berbangsa melayu. Pada peringkat ini memang tidak beberapa jelas, tapi jika diamati ucapan Tun….. Fokasnya jatuhkan Najib selamatkan UMNO Baru. Kalau nak menyingkirkan Najib dari jawatan perdana menteri semestinya ahli UMNO Baru yang lakukan bukannya rakyat Malaysia. Persoalannya kenapa ahli parti itu tidak melakukan pekara yang sama dilakukan oleh Tun Mahathir sedangkan penerangan demi penerangan telah diberikan berasas hujah yang lojik ? Itu memberi petunjuk bahawa semua ahli parti itu terlibat dengan rasuah….terima rasuah, beri rasuah… Makan rasuah. Orang yang terlibat dengan rasuah tidak ada kesetian pada janji,… Read more »

E AH
E AH
17 May 2016 3:07 pm
Reply to  Anonymous

Tepat. Tidak dinafikan peranan Dr Mahathir Mohammad dalam membina semula Malaysia selepas kegagalan demi kegagalan diciptakan Mohd Najib Abd Razak. Tetapi perlu diingat, menyingkirkan Najib hanya sebahagian dari kehendak majoriti rakyat yakni 52% pengundi berdaftar yang menentang BN. Kumpulan majoriti ini menolak BN bukan kerana Najib dan Rosmah semata-mata sebaliknya kerana seluruh sistem yang ada di negara ini, dari Badan Eksekutif ke Badan Kehakiman, Badan Penguatkuasa, Keselamatan dan Pertahanan telah pincang. Jika pemimpin pembangkang berstatus Wakil Rakyat boleh diperlaku seperti pendatang tanpa izin tiada jaminan kita pembayar cukai terlepas dari layanan sehina itu. Itulah asas perjuangan Pakatan Rakyat/Harapan, mengembalikan hak-hak… Read more »

Joe Harry
Joe Harry
17 May 2016 2:35 pm

Sekiranya tun menwar-warkan jika pembangkang menang dan membebaskan anwar seterusnya melantik anwar sebagai pm, maka pembangkang TIDAK boleh menang. Memang anwar ada penyokongnya yang tersendiri tetapi bukan semua yang menyokong.
Semua orang tahu siapa anwar.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:35 pm

Isu pertembungan peribadi Tun M Anwar sudah lama.Kegusaran Anwar ketika ini setelah melihat Tun M berupaya memimpin pejuang berhaluan kiri yang sekata menyokong aspirasi Tun M.Adakah Anwar semakin terpinggir? Rasionalnya adalah PKR ,parti yg diasaskan anwar jika mahu bangun dari terpelosok sudah tentu berkehendakkan momentun penyertaan dan sokongan jitu. PKR adalah serpihan UMNO juga dan Anwar Ibrahim pernah menjadi timbalan presiden UMNO. Cuma apakah Tun M sekarang dilihat mahu ada kepentingan dalam PKR atau tidak…..mungkin ini yg dibimbangkan oleh Anwar. Benda ini juga menjadi kegusaran kepada DSN sekiranya tsunami sokongan ADUN mahupun Parlimen UMNO boleh beralih kepada Tun M bersama… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 8:10 pm
Reply to  Anonymous

Yang nak sangat Najib jadi PM dulu, TDM juga… Memang TDM harus pikul tanggungjawab dan salah kan diri sendiri…

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 1:34 am
Reply to  Anonymous

04.10

Sebagai negarawan, memang TDM berasa bertanggungjawab.

Sebab itulah beliau bergerak aktif sekarang.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:26 pm

Lagi dulu aku tak dan kurang yakin dgn ANUAR ni…masa tahun REFOMASI dulu lagi aku dah agak dah ni semua lakonan demi menjaga maruah umno sebab masa tu orang kurang yakin dgn MAHATIR tapi mengarah ke PAS…so today ANUAR dah pulak nak buat KERAJAAN GABUNGAN DGN UMNO lepas langkah KAJANG..dalam diam dia bersengkokol dgn PAS… sebabnya dia tahu ramai anak anak muda melayu dah tertarik dgn DAP setelah orang muda generasi anaknya terasa tertipu dgn muslihat ANAK BERANAK dia…nak tanya sikit ANUAR ni betul ke dia dalam PENJARA atau dia berihat dalam penjara supaya TUTUP MULUT …lakonan perlu ada TAKE… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:16 pm

Seorang diluar menikmati kehidupan yang cukup selesa dan seorang lagi duduk merengkuk siksa di penjara. Siapa yang paling tinggi pengorbanannya.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:26 pm
Reply to  Anonymous

dlm penjara pengorban tak tinggi. mkn d tangung..hya berehat aja dlm cell. relax habis

Jason koji
Jason koji
17 May 2016 7:49 pm
Reply to  Anonymous

So didik laa anak beranak hang anon 22.26 untuk pergi sana supaya senang hidup dorng.Hang pun tak duduk dlm penjara pun mesti relax habis mentedarah hak melayu lain..

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 1:29 am
Reply to  Anonymous

You are a very sick person, Jason Koji.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:11 pm

Ia terlihat dalam beberapa temubual dengan media asing di mana Tun Mahathir masih lagi bercakap soal moral Anwar serta pernah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.
BAGI PENDAPAT SAYA TUN MAHATHIR ORANG YANG SUKA BERTERUS-TERANG DAN IKHLAS, INI ADALAH UNTUK MEMBERITAHU DAN PERINGATAN KEPADA PARTI PKR, DEKLARASI RAKYAT ADALAH TUJUANNYA ADALAH UNTUK MENJATUKAN NAJIB SAJA, TIDAK LEBIH DARIPADA ITU, TETAPI NAMPAK SANGAT SEKIAN LAMA BARU TIMBUL.

Joe Harry
Joe Harry
17 May 2016 2:39 pm
Reply to  Anonymous

Setuju

QalamQabut
QalamQabut
18 May 2016 2:59 am
Reply to  Anonymous

Ada orang kata 'kena save Anwar' dulu, baru 'save Malaysia'.

Tahniahlah, tahu mana keutamaan yg perlu diambil tindakan. Camtu le orang Melayu…

Salwah Abdat
Salwah Abdat
17 May 2016 1:47 pm

Jika berbalah terus menerus begini pada akhirnya Najib akan tetap Berkuasa hingga PRU 14 nanti….!!!

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:22 pm
Reply to  Salwah Abdat

ni la bodoh nye org melayu. sebab surat dari penjara ..semua melatah..
kita kena fokus how to kick najib from office

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:55 pm
Reply to  Salwah Abdat

Saya setuju! Bodohlah siapa2 yang masih hendak dengar nasihat daripada seorang BANDUAN atau PENJENAYAH LIWAT.

Ini adalah fakta. Orang gila mana yang hendak biarkan air maninya disumbat sedalam 4sm ke dalam dubur orang lain melainkan dia sendiri yang lakukan ?

Biarlah Dr Mahathir lakukan magis dalam gerakan selamatkan Malaysia kerana beliau dah lakukannya selama 22 tahun yang lepas di mana rakyat dapat hidup dengan aman dan makmur.

Kita semua hendak Najib berundur. Bukan sedikit kesusahan yang Najib dah buat kepada negara dan rakyat. Ini yang paling utama!

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:35 pm

Tun M amat berprinsip…ini adalah bukti keyakinan beliau terhadap salahlaku seks Anwar bukan sengaja dibuat dan Anwar sememangnya peliwat tegar yang terbukti kesalahannya di mahkamah. Anwar sebenarnya mengambil langkah merancang menikam Tun dari awal. Hasilnya? Kita akan lihat Najib membebaskan Anwar lebih awal dari penjara…

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:11 pm
Reply to  Anonymous

Sedap betul kamu memfitnah!! Apa kamu nampak sendiri Anwar meliwat?? Emak kamu pernah kena liwat dgn Anwar ke??

Mungkin kamu ni anak yg keluar dari jubo emak kamu…hasil diliwat oleh mat bangla!!!

Sakit tak hati???!! Apa ko ingat Anwar dan ahli keluarga dia batu ke takde hati dan perasaan serta harga diri??!

Kamu ni mmg manusia haram jadah sampai ke anak cucu…puiii!! Harap je umur dah tua bangka…tinggal nak masuk kubur tp tk jemu2 tabur fitnah…puiii puiii dan haktuiii…

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:19 pm
Reply to  Anonymous

alo tuan 22:11
klu org nampak anuar pun tak buat
kerja terkutuk tu. dia akan rasa malu
yg nampak allah sahaja

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:20 pm
Reply to  Anonymous

Jgn pedulikan non 2211 ni. Dia sakit jiwa sebab tu dia asyik maki hamun orang tak tentu pasal. Agaknya anuwar dah ceraikan dia kot dgn talak 3.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:37 pm
Reply to  Anonymous

Hahaha gila talak rupanya

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 11:48 pm
Reply to  Anonymous

Anon 22:11
Bukti saintifik telah mengesahkan Anwar peliwat tapi awak kata fitnah.Teruskanlah hidup dalam dunia fantasi awak.

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 12:49 am
Reply to  Anonymous

Anon 22:11 tu bukannya tahu saintifik tu apa. DNA tu apa sebab dia tak pi sekolah.

sham zam
sham zam
19 May 2016 5:00 am
Reply to  Anonymous

anon 22:11 mmg kuno, hidup dlm dunia istijak gn tukul batu utk kpuasan maksima

roslan othman
roslan othman
17 May 2016 1:32 pm

Budin,Jauh dilubok hati Tun M saya rasa sukar bagi Tun M nak menerima Anuar bukan kerana beliau ini peliwat atau geng Neo- kon Anglo saxon tapi fitnah yang dibuat oleh Anuar dan kuncu kuncu nya sejak zaman reformasi keatas Tun M cukup menyedihkan Tun M ,sehingga fitnah bersama dengan geng geng agama yang menyokong anuar mengatakan Tun M menyeleweng akidah kerana bela jin dan sebagainya,tapi banyak manusia bernama melayu ketika itu lupa dan alpa serta bahalol yang Anuar ini adalah TPM merangkap menteri kewangan dari tahun 1993 hingga 1998 dan polisi pengswastaan kerajaan untuk mengurangkan beban belanja kerajaan dalam melaksanakan… Read more »

Jason koji
Jason koji
17 May 2016 2:11 pm
Reply to  roslan othman

Awak tak cukup cerdik nak bagi nasihat kat Anwar kerana species mcm awak yang dok memerintah sekarang hasil dari ternakan TDM.Awat hang tak cerita pasal 1988 dimana bermulanya proses menapis mereka yg rebel dan menyuburkan kaki bodek dan ampu yg lansung takde kebolehan dan tak reti mrntafsir suasana dan terpisah dengan realiti masyarakat sebenar.Mmg TDM 70% punca semua ini manakala org2 mcm hang 30% memudahkan dia dengan krbodohan dan kesangupan hampa diprrkudakan.Tolonglaa..hang tak layak nak nasihat rosmah pun hang lagi teruk sebenarnya dan syukurlah hang tak prnh sampai kedudukan mcm anwar pun.Hang takkan layak

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:30 pm
Reply to  roslan othman

jason..anwar kenal u ke? bila dia jadi tpm. dia ada call u? so dont talk abt anwar.

E AH
E AH
17 May 2016 2:50 pm
Reply to  roslan othman

Roslan, penswastaan kerajaan atau lebih tepat Malaysia Incorporated bermula sebelum Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dr Mahathir Mohamad dan geng mamak beliau yang memulakan. Yang mendapat laba besar dari projek penswastaan adalan Daim Zainuddin. Apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan Daim lah ahli perniagaan yang paling terkesan. Anwar boleh memaafkan Dr Mahathir tapi tidak Daim kerana dialah dalang. Perbetulkan fakta anda. Rujuk benda sahih jangan sampai terbit dosa fitnah.

Jason koji
Jason koji
17 May 2016 7:43 pm
Reply to  roslan othman

Anon 22.30..So kena Amwar call wa dulu laa masa dia TPM baru boleh cakap pasal dia.
If the past and current regime had or can dig any dirt about Anwar,don't you think everything have been thrown or publish to discredit him more.
And who the ..fu..toot..ck..(excuse my langguage abg din but not you anon 22.30)
Are you and who the ..fu..toot..ck..(pun intended)gave you the authority to talk abt Anwar when you don't even dare too publish a pseudonym…cowards die a thousand death..

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 1:11 am
Reply to  roslan othman

Jason kau pergi berhujah kes anwar di mahkamahlah bukan di sini.
Tengok tajuklah kalau nak bercakap pun.
Kat sini orang sedang bercakap hal najib jadi tolong berlaku adil lah dengan pembaca2 di blog cik din ni.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:00 pm

Pak Shah, Hamba mohon maaf terdahulu, tetapi pendirian politik dan peribadi moral Anwar tidak dapat diterima rakyat jelata lagipun sebagai seorang pembimbing negarawan. Beliau adalah seorang yang berkerabat dengan puak Zionis mahupun Saudi-Wahhabi dan ia juga cenderung kepada mengesahkan perkahwinan songsang dalam masyarakat Malaysia.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:07 pm
Reply to  Anonymous

ini sorang lg bangang ntah mna maklumat dy dpt xth cuba tabur fitnah.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:27 pm
Reply to  Anonymous

Negarawan bercakap secara negarawan apabila di asak oleh media asing.
Zaman TDM pun anwar masuk penjara zaman najib pun anwar masuk penjara.
Yg penting rakyat bersatu tolak najib.
Yg lebih penting rakyat kena tunjuk exit door kepada najib di Sg. Besar dan Kuala Kangsar.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:30 pm
Reply to  Anonymous

ni mesti shaifool bukari

abrarmujahideen
abrarmujahideen
17 May 2016 1:31 pm
Reply to  Anonymous

Ceh…najib kata Rm2,600,000,000 dari Saudi-Wahabi…

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:00 pm
Reply to  Anonymous

Woi…saipul bukari. Aku tau le jubo ko tu dh lunyai ditala abg2 bangla.

Lg mau ckp pasal moral!!! Moral pale tahik kamu… Atas dunia ni kamu syok le makan hasil cerita jubo kamu. Dah mampos nanti kamu tuai le azab fitnah kamu tu.

Teringin sangat aku nak ludah kahak kt muka kamu tu saipul bukari…haktuihhh puiiii

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:09 pm
Reply to  Anonymous

Sedap betul kamu memfitnah!! Apa kamu nampak sendiri Anwar meliwat?? Emak kamu pernah kena liwat dgn Anwar ke??

Mungkin kamu ni anak yg keluar dari jubo emak kamu…hasil diliwat oleh mat bangla!!!

Sakit tak hati???!! Apa ko ingat Anwar dan ahli keluarga dia batu ke takde hati dan perasaan serta harga diri??!

Kamu ni mmg manusia haram jadah sampai ke anak cucu…puiii!! Harap je umur dah tua bangka…tinggal nak masuk kubur tp tk jemu2 tabur fitnah…puiii puiii dan haktuiii…

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 2:15 pm
Reply to  Anonymous

sabar sabar sabar..jgn bergaduh sebab sekoq tu dlm penjara. kita fokus jatuh kan najib

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:10 pm
Reply to  Anonymous

Betul FOKUS singkirkan najib.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:14 pm
Reply to  Anonymous

anon 2209 yg kena liwat oleh bapa dia sendiri sebab tu dia jadi gila babi tak tentu pasal.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 3:30 pm
Reply to  Anonymous

Ohhh mcm tu ker. Sebab tu lah dia marah sakan. Kita jgn sebut nama anuwar lagi lah takut nanti dengar saja nama anuwar gatal punggong merenyam renyam anon 22:09 datang balik.Dia bukanya boleh dengar nama anuwar sebab dia cepat horny.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 11:39 pm
Reply to  Anonymous

Setuju jatuhkan Najib. Tapi apa-apa pun yang melibatkan Anwar, saya tak akan sokong kerana saya yakin dia seorang peliwat.Seorang peliwat tidak boleh diangkat jadi pemimpin negara.

Anonymous
Anonymous
18 May 2016 1:14 am
Reply to  Anonymous

Seorang peliwat hanya layak jadi laki kpd anon 22:09

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 12:59 pm

yes u are right bro. ini bukan masa nyabutk berbalah..our objective n target is to najib ass out fr the ofis. byk2 buat amalan.
yg dlm penjara tu dok sengap2 dulu jgn dok buat gelabah berok.
tun mahadhir in on the move now n we are on track.
we malaysian support tun mahadhir

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:20 pm
Reply to  Anonymous

I follow.

abrarmujahideen
abrarmujahideen
17 May 2016 12:59 pm

Bukankah Tun Masih mencerca DSAI.

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 9:48 pm

Tun bercakap mengenai fakta yang tak mungkin berubah. Yang mana kesalahan itu telah pun dihakimi di Mahkamah. 2 Kali dan hanya menjawab bila ditanya mengenainya. Tun M akan cakap fakta itu berkali kali sama seperti yang dia kata kat Najib sekarang. Itulah Tun M yang aku kenal Teringat pulak masa satu forum selamatkan malaysia anjuran. Tun M disuruh mintak maaf kat Anwar, kena hentam dengan orang pakatan, Tun tahan hati dari bercakap mengenainya untuk jaga hati audien jadi kat sini terpulang pada diri masing masing sama ada nak terus berdendam atau nak selamatkan Malaysia Kalau dendam lama menjadi pilihan macam… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 12:56 pm

sy menyokong pendirian dsa yg mahu reformasi perubahan kerajaan yg korup dan diktator..kita nk perubahan segalany dlm membendung ketirisan dan sistem perlembagaan sedia ada untuk kesejahteraan rakyat bukan idealisme semata mata nk menjatuhkn najib tp umno itu sendiri.sy tidak bersetuju dgn idealisme mahathir yg ingin menjatuhkn najib kerana dendam peribadi.that why tiada kebaikan dlm deklarasi rakyat.bg yg bijak berfikir pakatan harus mencari fokus awal mereka untuk bt reformasi n rombakan dlm peralihan kerajaan.tujuan utama pakatan bukan semata2 kerana najib serta jatuhkn keseluruhanny.sy menyokong tindakan pas yg akhir2 ini tersebar mcm2 fitnah terhadap mereka tetapi mereka tetap pertahan untuk memperjuangkn islam… Read more »

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 1:38 pm
Reply to  Anonymous

Kamu sebelum nak komen tolong baca dulu isi deklerasi rakyat tersebut jangan main cakap saja nanti memalukan cuba baca perengan demi perengan dan teliti ada ka hanya disebut bukan hanya menjatuhkan najib .Sebenarnya najib dah apa apa… dengan Hadi kamu tak sedar kena main belakang.pasal itu hadi baik benor dengan Najib hihihi…

Anonymous
Anonymous
17 May 2016 11:43 pm
Reply to  Anonymous

Sejarah melayu menunjukkan kita dijajah 446 tahun. Mmg ada penentangan demi penentangan, namun secara kecil kecilan saja. Hinggalah datangnya Jepun pd tahun 1940an, baru penjajah Inggeris ada rasa goyah. Entah camana, tetiba Inggeris yg telah lama menjajah, menjadi bosan tinggal di Tanah Melayu lalu bercadang nak tinggalkan TM. Itupun jika dipikirkan, penentangan org Melayu TM, xder la kuat mana sgt nak halau British. Mujur British nak blah. Kalo x, haha.. pikirkan sendiri la. Lihat video aman di KL tahun 1880-1957 di Youtube. Mmg la x nampak penentangannya. Siap British boleh buat perbarisan dan melayu jalan berlenggang2 ja..haha.. Jadi dgn teliti… Read more »

Usry
Usry
18 May 2016 12:22 am
Reply to  Anonymous

Keras komen tuan ni..

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
18 May 2016 2:06 am
Reply to  Anonymous

Apakah skrg ada tawaran ampun oleh Penipu Mega, Najiblion kpd Anwar?

QalamQabut
QalamQabut
18 May 2016 2:49 am
Reply to  Anonymous

Walau apa jenis perjuangan pun, Anwar kena dilepaskan dari jendela besi dulu. Lantaklah Malaysia nak hancur atau tidak, anugerah tuhan itu adalah agenda utama.

Mampos Melayu. Musnah Malaysia.