ALAMAKK…KITA PULAK YANG TOLONG BAYAR!!

Hairan, kenapa masih tiada penafian?
Jauh sekali ada ancaman mahu mengambil tindakan saman, malah tiada langsung pemimpin UMNO yang tampil mempertahankannya.
Apakah semua orang sudah malas dan letih untuk mempertahankan Najib Razak dan keluarganya yang tidak henti-henti dikaitkan dengan kehilangan wang daripada 1MDB?
Selepas beberapa siri pendedahan sebelum ini, semalam The Wall Street Journal atau WSJ dalam artikel bertajuk “Malaysia Leader Najib’s Stepson Allegedly Funded US Property Deal With 1MDB Money” mendedahkan sejumlah AS$50 juta wang 1MDB dilencongkan ke akaun anak tiri Najib, Riza Aziz untuk kegunaannya membeli dua kediaman mewah di Amerika Syarikat.
Dua kediaman tersebut, satu kondominium mewah di Park Laurel,  New York berharga AS$33.5 juta dan sebuah rumah agam di Beverly Hill bernilai AS$17.5 juta.
Menurut dokumen yang didakwa dilihat oleh WSJ serta maklumat individu berkaitan hal tersebut, pembelian kedua-dua hartanah itu kini sedang disiasat oleh pihak FBI.
Apa risikonya jika terbukti pendedahan WSJ ini adalah benar dan penyiasatan oleh FBI pula mengesahkan wang membeli dua kediaman  Riza Aziz tersebut memang bersumberkan daripada 1MDB?
Seperti yang kita sedia maklum, 1MDB memperolehi semua wangnya dengan cara berhutang di sana sini dan jika dikaitkan dengan kenyataan Gabenor Bank Negara, Muhammad Ibrahim bahawa beliau yakin kerajaan akan menjelaskan semua hutangnya berkaitan 1MDB, bermakna pembelian rumah mewah anak tiri Najib itu adalah antara beban yang akhirnya turut dibayar daripada wang kita semua sebagai pembayar cukai.
Alamakkk…kita yang tolong bayar ini pula sesetengahnya rumah pun masih menyewa lagi!! (SH 13/05/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

69
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
tatang kaHuzaini SudinAnonymousDIDI KOTA BELUDDapatgajibukanpengorbanan Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
tatang ka
Guest
tatang ka

SPRM jenis apa ni. Buat siasatan tapi bila kena siasat menangis sembahyang hajat. Sepatutnya mesti teruskan siasatan. Kalau cuma sembayang hajat saja yang pandai anak Labu dan Labi pun boleh dahhhh.

Huzaini Sudin
Guest
Huzaini Sudin

Bersama kite memantau n terus ambil perkembangan semasa beliau…isteri ….anak2 n kroni mereka….supaya hujung 2017/2018 isu nie tidak dlupakan agar kite tidak tibohongi lagi dgn fakta yg akan dikeluarkan…..semoga kite berpegang pada kebenaran. Sesungguhnye ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG ORANG YG BENAR…..iaitu perkara yg benar…perhuatan yg benar dan bukan putar fakta jadi benar…..wassallam semua

Huzaini Sudin
Guest
Huzaini Sudin

Bersama kite memantau n terus ambil perkembangan semasa beliau…isteri ….anak2 n kroni mereka….supaya hujung 2017/2018 isu nie tidak dlupakan agar kite tidak tibohongi lagi dgn fakta yg akan dikeluarkan…..semoga kite berpegang pada kebenaran. Sesungguhnye ALLAH BERSAMA DENGAN ORANG ORANG YG BENAR…..iaitu perkara yg benar…perhuatan yg benar dan bukan putar fakta jadi benar…..wassallam semua

DIDI KOTA BELUD
Guest
DIDI KOTA BELUD

Menurut kajian… Binatang yang terakhir pupus adalah DUBUK atau HAYENA….. mcm tu lah perangi najib……… Hehhehehehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau bagi gred pada ahjibgor sebagai pm saya pikir dia dapat F, atau lagi teruk dia kena buang sekolah sebab menyeleweng…

wsc biolo wootekh
Guest
wsc biolo wootekh

nasib rakyat bawah

pelangsing wsc biolo
Guest
pelangsing wsc biolo

kebijakan selalu ada saja ujungnya

maderic obat reumatik
Guest
maderic obat reumatik

tetap rakyat pula yang nanggung biayanya

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan masalah nak jatuhkan UMNO atau President, ni masalah Pok Jibby däh tak sesuai/layak untuk dipertahan dari menjadi seorang PM. Ada ke main sign tak baca/atau lawyer tolong explain apa yg nak di sign. Jawapan PM yang paling bodoh didunia!!! Bila däh tak boleh bayar, suroh kerajaan bayar, banyak cantik? Ajk UMNO Bahagian yg mengong yg mewakili Bahagian dimesyuarat cawangan pula dok cakap ' Wan EmDiBi banyak tolong orng melayu hantar pergi haji, membaik puleh masjid 1 Malaysia lah kononnya, beli IPP dari China & Indialah, bagi percuma semula pada TNB lah konon, penipuan yg tiada penghujung??!?!?!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pok Jibby banyak sangat skandal, pastu bagi alasan tak masuk akal, macam manala rakyat yg graduate U nak terima alasan bodoh ni. Tandatangan pun tak baca…..Hadoooiii nak tipu sape ni??? Diri dia sendiri yg tertipu, bukan kita.

Tapi yg herannya org keliling dia tak sedar yg rakyat memang dah hilang kepercayaan.

Maskinah Damairah
Guest
Maskinah Damairah

Assalam, saya terbaca penulisan dalam sebuah blog mengenai 1MDB, diantara lain yang disebutkan ialah pada satu saat rakyat akan merasa terlalu letih untuk memikirkan atau mungkin tidak mahu lagi mengambil tahu mengenai 1MDB. Keadaan ekonomi sekarang memerlukan seseorang lebih memikirkan kos sara hidup yang semakin hari amat membebankan. Cuba fikir kes 1MDB & Najib serta bukti penyelewangan telah didedahkan hampir setahun yang lalu tapi apa tindakan yang diambil. Yelah masyarakat yang memiliki kemudahan internet melepaskan kemarahan kepada kerajaan dengan menulis dikolum komen manakala masyarakat yang tidak ada kemudahan internet biasanya diluar bandar akan baca surat khabar yang memuji kerajaan dan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana kau tahu jumlah surat khabar lebih banyak keluaran dari berita portal internet ,Utusan Malaysia pada tahun lepas keluaran dari 150,000 naskah dah tinggal 50,000 naskah dah muflis tapi nyawa di bantu kerajaan tahun ini news strait Times hampir terlingkup pun dibantu kerajaan untuk terus bernyawa cuma Sinar saja paper melayu yang hidup itu pun berita tak 100% puji kerajaan ,ya memang betul golongan tua masih menyokong kerajaan tapi mereka cuma akan terlibat cuma dalam saluran 1 mengundi . iaitu umur 60 keatas ,apa yang kamu boleh harap dengan satu saluran .saluran 2 golongan 50 keatas saluran ini berbelah bagi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Usry,
Aku dengar blog budin ini ramai orang umno yang confuss baca malah menteri pun baca untuk assessment depa ,yang pembangkang jangan kata la FMT boleh buat rujuk blog ini punya statement begitu juga malaysiakini , jadi tak rugi komen disini,kalau tak baca kata baca la jangan jadi macam said kruak ,saya tak baca tapi saya tengok je…..huhuhu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anak najib & rosmah mana ada keje tetap…kalau orang yg tak kenal tanya diorang, awk keje apa? Jawabnya senang…saya anak najib. Kahkahkah

Anonymous
Guest
Anonymous

Alhamdulillah, mujur ada GST, boleh buat bayar hutang 1MDB.
Betul tak Tuan Punasihat?

Anonymous
Guest
Anonymous

…dulu parti tuan penasihat kata gst haram. Tapi sekarang tak lagi kot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan punahsihat sekarang tak mahu kafirkan umno lagipun pemimpin munafik? Wahhabi memang biasa berlaku wenang dgn maqasid al-syariah.

nick
Guest
nick

Masih ada lagi ke Melayu yang menyembah UMNO ni? Masih ada lagi ke Melayu yang beriman dengan slogan "dulu, kini dan selamanya"? Masih ada lagi yang sanggup mempertahankan kemungkaran asalkan ianya dilakukan oleh pemimpin2 melayu UMNO? Sudahlah tu wahai Melayu! Sudah lebih 50 tahun melayu bergantung kepada UMNO tetapi keadaan orang2 melayu makin teruk dan menuju kepada perhambaan. Dibawah UMNO, orang2 melayu semakin susah dan semakin melarat tetapi pemimpin2 UMNO semakin kaya. Tak payahlah kita bergantung harap lagi kepada UMNO kerana sudah terbukti UMNO itu tidak amanah, tidak jujur, penipu dan yang paling teruk sudah tiada moral. Marilah kita kembali… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita perlu sprm bebas seperti kpk indonesia menteri dan penjawat awam pun takut.abraham samad,novel baswedan,johan budi sini kasim selamat byk.rakyat jdi korban.makan lah duit haram jawab la nanti.

Anonymous
Guest
Anonymous

Sapa kat SPRM tak bebas. Bebaslah tu. Cuba baca website SPRM sikit punya bagus ka.
Bila kita buat aduan diorang buat pekak saja.
Pergi siasat pun tidak lepas tu kata pengarah cakap tak cukup keterangan.
Kalau nak cukup keterangan kena pi siasatlah aduan tu dulu. Semua file ada kat pejabat. Kalau orang awam boleh akses semua file rahsia tu senanglah cerita.
Itu pun orang awam nak kena bagi tahu ker?

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Selagi Najib Berkuasa maka selagi itulah macam macam keladak dia buat,,lepas satu hal satu hal dia buat,,sampai aku naik fed up

Usry
Guest
Usry

Terpaksalah kita bayar pelan2. Savar wahai rakyat Malaysia. Tak boleh nak buat apa dah…

Anonymous
Guest
Anonymous

dah terang lagi bersuloh
tapi ada orang suka diperbodoh
maka selamat lah amno

Anonymous
Guest
Anonymous

saya dah tak tahu nak cakap apa lagi dah..
kalau betul wsj ni buat fitnah,saman je lah.buktikan yang ini bukan fitnah.kan nak tunggu hari selasa.dah berapa kali selasa dah!
yang geng2 dedak ni masih tak nampak lagi.masih terus kipas najib ni..hoi!berapa banyak najib kasi suap??
bila rakyat cakap dapat dedak marah.
UMNOBN….ko tunggu PRU18..

Usry
Guest
Usry

InsyaAllah. PRU 28 pun BN tetap akan menang. Jangan risau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Usry
Org macam ko memang akan undi perompak penyamon, kalau tak nanti takot kena hempap dengan badak.

Lagi pun engkorang memang tak boleh hidop kalo tak dapat dedak cap badak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Din, aku Berdoa Dan Akan berusaha supaya najib harami and umno serta pencacai mt serta kabinet1NDB akan dilaknat oleh Allah swt. Kami semua dok bayaq rumah sewa …tup tup kena bayaq utk celaka nie Pulak ? Awat najib ingat rakyat nie semua lembu ka ???
Dunia akhirat aku tak akan maafkan najib and umno….
Sedaqlah Wahai pengundi KK and SB….

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Semoga mereka dan ahli keluarganya yg menyleweng merompak menyamun duit 1mdb dilaknati allah dan diturunkan bala aaammmmiiiiinnnnnnnn kpd Ybhg Tun teruskan perjuangan demi membela rakyat yg teraniaya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Semoga mereka dan ahli keluarganya yg menyleweng merompak menyamun duit 1mdb dilaknati allah dan diturunkan bala aaammmmiiiiinnnnnnnn kpd Ybhg Tun teruskan perjuangan demi membela rakyat yg teraniaya

Nick Bagan
Guest
Nick Bagan

Kondominium yang berharga lebih dari 120 juta duit Malaysia tu tak nak SPRM pi siasat dan minta kenyataan. Kalau Lim Guan Eng beli yang harga 2.5 juta pn dah kecoh dan dengan lajunya SPRM buka kertas siasatan. Kalau kes Rafizi hanya selepas 5 jam saja laporan polis dibuat, dia terus ditahan di Parlimen kenapa si Riza ni walau dah bertahun tahun orang dok cakap pun takdak satu pihak berkuasa Malaysia pun nak tahan dan soalsiasat dia. Nampak tak pengaruh Najib Rosmah kat sini…

Anonymous
Guest
Anonymous

SPRM mana ada teloq.
Dulu kata cari sampai ke lubang cacing.
Bagi dedak selori habuk pun tarak.
Haramjadah betul mereka tu.
Kruak… kruak… kruak…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tan Sri Abu Kassim tu sembang saja deras.
Kononnya semua aduan yg SPRM terima akan disiasat.
Tak pernah tak siasat. Wajib hantar pegawai pi siasat.
Tak kira perkara kecil ker besar asalkan ada aduan rasuah dan penyalahan guna kuasa akan tetap disiasat.
Pi lah buat aduan kat SPRM bagilah bukti. Ada dia kesah..?
Pundek gedebik punya SPRM

Anonymous
Guest
Anonymous
Anonymous
Guest
Anonymous

WSJ cerita satu dunia baca ,macamana orng Malaysia tak mendidih meruap-ruap. Kalau berani gagah dah on air kat CNN… pi jawab tuduhan.
Ooooouuhh….. feniiiin2.

tok janggut
Guest
tok janggut

Tak da yang nak buat sembahyang hajat supaya ALLAH zahirkan kebenaran…

tok janggut
Guest
tok janggut

sembhyang hajat Perdana..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ha ha ha ha… Kena mohon fatwa dari Punasihat Lebai dulu, jgn memandai mandai nak buat solat hajat tu.

Ali
Guest
Ali

Najib sayang sungguh kat anak tiri dia ye?

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib or suami najib yg buat keputusan???

Anonymous
Guest
Anonymous

Cik Lan oii..aku rase ubat yg mujarab ngajor manusia jenih ni bukan dengan care ngundi..ubatnyer..kasi santau jer anak beranak tuh..kat Malaya ni kan ramai tok bomoh..tok pawang..tok cha siam.guruji..tokmoh 1Malaysia..mahaguru silat..ayahnda..bang long..bang ngah..mane diorang neh? Kasi langgar jer..TAKKAN SUMER KAKI MAKAN DEDAK KOT??

Anonymous
Guest
Anonymous

Awat hang tak pi langgaq sendiri buat santau sendiri?
Nak suruh suruh orang nak buat apa

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku bukan takleh buat Enon 21:27 oii..tapi..baru belajor isim dengan pendekar Wak Mustar juare Kilauan Emas..takot tak mujarab pulak. Diorang tuh pakai firewall India mari. Nak langgar..aku pakai kancil jer..lain la kalo aku ade kepale truck macam TMJ tuh..memang aku langgar daah. Tapi kalo engko nak suruh aku jugak..meh aku terai dulu ilmu santau aku kat engko. Ko bagi aku no.IC ko..alamat rumah..no.tepon..no akaun bank..ko pm jer kat aku..tapi aku tak gerenti la jadi ke tak. Kalo ko nak rase kene langgar ngan kancil aku..ko tunggu kat depan wad emergency hospital sungai buloh..kang senang ler pepehal jadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat apa minta ic anon 2127 kalau nak buat experiment.
Pi lah cari ic najib ka rosmah ka nazri ka keruak ka baru betul
Ic eddie ah wang ko tak minat ker? Sumbat serban dia dalam jubur dia tu

Matt Dann
Guest
Matt Dann

Biar lh ank dia nk gna KE tidak KE ni bukan masalah kta..tu urusan dia dgn Allah..dah Allah yg pilih & letak dia KT situ..INI boleh jadi ujian PDA kta juga..semua kita bekerja atau berniaga selama INI untuk kapitalis kita x sedar..negara ni negara tanduk EMA's tapi APA jadi ngan rakyat masih rmai x mampu walau membeli rumah atau premises berniaga terutama orang melayu Di kawasan bandar..

Anonymous
Guest
Anonymous

Awatlah hang ni Matt Dann bin Dann teruk sgt ni.
Bila masa tuhan pi undi najib pulakkkkk..
Hang nampak ka tuhan mai mengundi di Pekan tu?
Tuhan habaq kat hang ka dia pangkah najib?
Lok laq sungguh hang ni.

roslan othman
Guest
roslan othman

Sedar la wahai MELAYU undi kamu la yg membuat sesuatu parti itu dominan,bukan undi cina atau india,UMNO sekarang bukan lagi umno zaman Tengku sehingga zaman Tun M,UMNO sekarang adalah parti untuk puak dan golongan elit memimpin parti tersebut,tapi demi mempertahankan kuasa yg membolehkan golongan ini hidup mewah bersama keluarga mereka perlu undi melayu dan melayu wajib di hasut minda membenci bangsa dan agama lain supaya status quo kekal sampai bila bila,sekarang ALLAH swt dah tonjol banyak bukti yg pemimpin umno sekarang tidak amanah dan seluruh peringkat pemimpin dalam umno sudah rosak.Jadi sebagai rakyat yg memberi kuasa kepada mereka dan sebagai… Read more »

Usry
Guest
Usry

Agak2 ada orang sudi baca tak apa yang tuan tulis ni..? ��

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku baca.

Kau pun baca jugak Usry oooiiii.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

KIHKIHKIH……..Saya pun baca

Anonymous
Guest
Anonymous

Usry
Aku pun baca gak…..sebab ko tak baca jangan pulak ko ingat org lain pon tak baca…!!

Lagi satu perkara, aku saja nak ingatkan ko kalau nak sain apa2 make sure ko baca dulu hokayyy.

Anonymous
Guest
Anonymous

Usry,
Aku dengar blog budin ramai orang umno konfius baca ,menteri pun baca buat assesment,FMT petik atikal buat rujukan begitu juga kadang kala malaysiakini buat rujukan jadi tak rugi komen dalam blog budin jangan jadi macam menteri sabah tu dia boleh cakap saya lihat ja tapi tak baca …..huhuhuhu konfius.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak hairan apa dgn keruak dia tu karabau. Haram jadah punya karabau. Dok bagi susah hidup orang

roslan othman
Guest
roslan othman

Sedar la wahai MELAYU undi kamu la yg membuat sesuatu parti itu dominan,bukan undi cina atau india,UMNO sekarang bukan lagi umno zaman Tengku sehingga zaman Tun M,UMNO sekarang adalah parti untuk puak dan golongan elit memimpin parti tersebut,tapi demi mempertahankan kuasa yg membolehkan golongan ini hidup mewah bersama keluarga mereka perlu undi melayu dan melayu wajib di hasut minda membenci bangsa dan agama lain supaya status quo kekal sampai bila bila,sekarang ALLAH swt dah tonjol banyak bukti yg pemimpin umno sekarang tidak amanah dan seluruh peringkat pemimpin dalam umno sudah rosak.Jadi sebagai rakyat yg memberi kuasa kepada mereka dan sebagai… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

dh nama kerajaan penyamum.maka ank beranak pn terlibat.Sprm n ipac xsggup nk mik kes melebihi ratusan juta n apalagi berbilion.cuma yg nmpk ikan2 bilis yg seleweng puluhan n ratusan ribu.bravo!!! hatta sungguh bertuah negara yg punyai kepolisan yg terbaik.MALAYSIA negaraku tercinta telah dikhianati bangsaku sendiri..

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah kerajaan Msia tak boleh nak buat apa biaq pi lah FBI siasat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Masalahnya aku pun x mampu nak beli Rumah budin….tapi aku kena bayar untuk Rumah mewah anak najib!!!!kira aku ni terlampau baik ke bodoh??!!!

Usry
Guest
Usry

Tak apa. Nanti di akhirat tuan akan dapat rumah yang besar kerana bersedekah membeli rumah kepada orang yang memerlukan. Sabar ye tuan. Bukan tuan saja, saya pun sama spt tuan juga.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ishhh…Ishhhh seronok sungguh anak tiri dia dapat gunakan duit rakyat secara percuma pulak tu untuk membeli rumah agam mewah di US
Kita yg dulu dok undi dok sokong dia pun nak dapat rumah PPRT cukup punya susah.
Nak beli rumah mampu milik pun hanya jadi mampu lihat saja.
Bertuah sungguh lah riza aziz ni dapat pak tiri yg cukup cukup prihatin dan amat bertanggung jawap
Kami ahli UMNO pun tak dapat apa.
Yg kami dapat hanya seorang perdana menteri sial.

lufang
Guest
lufang

Siapa salah ?, siapa kasi pilih ?,siapa kasi sokong sikalang sama-sama tangong maa aa .

Anonymous
Guest
Anonymous

kepada bangsa melayu dalam umno. kita undi najib lagi. najib org yg amanah.
betul tak wahai org melayu.
hidup najib..hidup umno

Usry
Guest
Usry

Yes.. Hidup Umno. Saya sokong Umno dulu kini selamanya. Cuma saya tak sokong Najib je.. hihi

Anonymous
Guest
Anonymous

wahai org melayu umno. kita kena sokong president walaupun dia pencuri.
ini sikap melayu umno yg bodoh taat pada pencuri. tradisi melayu umno yg tak ada otak

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu benci Najib. Sekarang dah semakin benci UMNO sekali.

Anonymous
Guest
Anonymous

7.52 aku pun macam tu benci najib dgn umno sekali sebab aku tengok UMNO sanggup jual maruah kerana pertahankan najib. Perjuangan dah bertukar sekarang bukan utk rakyat lagi.

PRU nanti undi calon bebas.

Anonymous
Guest
Anonymous

bukan pejuangan berkorban tapi perjuangan nafsu tamak haloba

Anonymous
Guest
Anonymous

AMAR MUNGKAR NAHI MAAROF….tanya sama itu Had Had!

Anonymous
Guest
Anonymous

…ibarat membisik nasihat di telinga badak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kang kena hempap dgn badakkk baru tauuuu……..

Dapatgajibukanpengorbanan
Guest
Dapatgajibukanpengorbanan

Sekarang sudah tersebar dan mula digunakan perumpamaan nasihat baru ni, Jangan jadi Penipu Mega (PM) macam Najib.