SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR UJIAN "CINTA TIGA SEGI" PAS

Siapakah sebenarnya yang paling “susah hati”  untuk menghadapi pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang besar kemungkinan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru kali ini?
UMNO dan BN? 
Mungkin tidak kerana kedua-dua kerusi itu memang milik mereka sebelum ini. Kalah atau menang tidak menjejaskan apa-apa kepada kedudukan kerajaan, meskipun kekalahan barangkali lebih mencalarkan sedikit imej Najib Razak serta boleh digambarkan sebagai penolakan rakyat yang makin ketara terhadap kepimpinannya.
Kemenangan BN dalam kedua-dua pilihanraya kecil tidaklah juga boleh dibanggakan sangat berikutan kuasa wang dan kelebihan jentera kerajaan memang memihak kepadanya.
Pakatan Harapan?
Juga tidak mungkin susah hati kerana kalah atau menang tidak memberi banyak kesan kepada kedudukan gabungan pembangkang itu, walaupun kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh mereka. 
Cuma jika Amanah bertanding di kedua-dua kerusi itu dan menang, ia mampu menyuluhkan cahaya lebih terang kepada perjalanan masa depannya yang lebih meyakinkan.
Sebagai parti baru, jika kalah pula, tentu saja ia dianggap biasa dan dapat diterima oleh sesiapa jua, malah merupakan pengalaman berharga buat Amanah.
Pas?
Dalam kedudukan sekarang, Pas pada hakikatnya sedang terperangkap dalam “cinta tiga segi” antara UMNO dengan PKR yang kedua-dua parti itu ingin “dilayan dan dikasihinya” sebagai teman pembawa bahagia.
Setelah keluar daripada Pakatan Rakyat kerana beberapa pertembungan dengan DAP dan perpecahan dalamannya sehingga tertubuhnya Amanah, Pas sebaliknya masih bertahalul siyasi dengan PKR di Selangor.
Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali masih dianggotai oleh Pas dan tiga wakil rakyatnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. Banyak jawatan lain dalam kerajaan negeri juga diserahkan kepada ahli Pas.
Tetapi di peringkat pusat, Pas enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah dan parti itu mahu bergerak sendirian. Hanya beberapa bulan kebelakangan, ia bergabung dengan sebuah parti kecil, Ikatan yang dipimpin oleh Kadir Sheikh Fadzir.
Dalam masa yang sama, khususnya melalui Hadi Awang dan Dr. Haron Din, Pas lebih cenderung ingin berbaik-baik dengan UMNO dan BN, meskipun Najib diperkatakan di seluruh dunia berhubung skandal 1MDB dan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya.
Beberapa kenyataan Presiden Pas seperti mengatakan partinya tak kemaruk kuasa untuk perintah negara, hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan dan sedia berpakaian sedondon merah jambu dengan Najib dalam satu majlis, jelas memberi bayangan mengenai hala tujunya, sekurang-kurangnya selagi ada Hadi Awang sebagai penaraju dan Dr Haron Din selaku Mursyidul Amnya.
Sementara Pas dilihat masih “sayang”  kepada PKR di Selangor, walaupun enggan menyertai Pakatan Harapan, ia sebaliknya turut “saling memikat” dan sesekali juga berani “keluar dating”  dengan UMNO.
Jadi, dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, apa yang patut dilakukannya?
Jika Pas turut bertanding di Sungai Besar dan katalah Amanah yang bertanding di situ, ia dianggap seperti  mengkhianati hubungan cintanya dengan PKR yang menjadi salah satu komponen dalam Pakatan Harapan?
Sanggupkah dalam kempen-kempen nanti, pemimpin Pas mencela dan menghentam Pakatan Harapan sedangkan melalui tahalul siyasinya, wakil parti itu masih memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri, termasuk Exco dan lain-lainnya?
Jika ingin menguji kesetiaan Pas, adalah lebih baik jika PKR yang dipilih bertanding di Sungai Besar. Apa pilihan Pas ketika itu agaknya?
Dalam masa yang sama, sanggupkan juga pemimpin Pas menghentam dan membalun Najib berkaitan beberapa isu yang terpalit dengannya sedangkan kedua-duanya “saling memikat”  dan Najib pula sedia bersusah payah meluangkan masa setiap kali Hadi Awang dan Dr. Haron Din dimasukkan ke hospital?
Di Kuala Kangsar, jika Pas bertanding, ia mungkin tidak begitu dikaitkan dengan Pakatan Harapan kerana di Perak, ia memang tidak bertahalul siyasi dengan mana-mana parti.
Namun, ia memberi kesan yang sama juga dalam hubungan “saling memikatnya” dengan UMNO.
Bagaimana kempen dan gerak kerja Pas di Kuala Kangsar? 
Oleh kerana Pas adalah parti yang biasa membalun dan menyalahkan pihak lain, khususnya kerajaan, dalam kempen dan ceramahnya, siapakah yang akan disasarkannya dalam kempen itu nanti?
Jika UMNO dan Najib dijadikan bahan kempen oleh Pas, sudah tentu tersinggung sampai ke tulang hitam Pahlawan Bugis dibuatnya.
Menghentam Pakatan Harapan juga tidak masuk akal dalam kempen Pas di Kuala Kangsar kerana gabungan itu bukan kerajaan di peringkat negeri. Rakyat juga akan pelik jika pembangkang menghentam sesama pembangkang.
Maka, apa pilihan Pas yang sebaik-baiknya?
Dalam hal ini, terbukti bahawa bermain “kayu tiga”  atau mengamalkan “cinta tiga segi”, tetap menyusahkan bukan saja dalam hubungan manusia, bahkan juga dalam politik dan kuasa.
Pilihan terbaik bagi  Pas ialah tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kali ini dan meneruskan “cinta tiga seginya”  seperti sedia ada kerana parti itu nampaknya lebih ingin berbahagia dengan cara begitu daripada kemungkinan putus hubungan dengan salah seorang “kekasihnya” itu.
Sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya 2018, nikmat hubungan “cinta tiga segi”  itu masih banyak dapat diraih, dikutip dan dinikmati sepuas-puasnya sebelum membuat keputusan muktamad sama ada “berkahwin”  dengan salah satunya atau meninggalkan kedua-duanya untuk benar-benar hidup sendirian.
Jika bertanding juga, kemungkinan salah seorang “kekasihnya” merajuk dan  jauh hati lalu meninggalkannya adalah besar sekali. (SH 11/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

57
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Hasnal TamjehiMiss VeeAnonymousQalamQabutCiLi PaDi Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Hasnal Tamjehi
Guest
Hasnal Tamjehi

Kata penasehat, nak berdakwah, bla bla bla.. Tapi bertanding. Pening dgn parti agama ni.

Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous
Guest
Anonymous

Semoga kekasihku Dapig berbahgia selalu….

Anonymous
Guest
Anonymous

…anon 2032, pig biasanya makan dedak. Dedak cop badak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan dedak tapi air jampi tok tok lebai

giorgio
Guest
giorgio

Takpe le, Kan kita semua selalu lupa dan saling memaafkan antara satu sama lain… Da lah pakai baju berwarna cinta… Ok la tu…. Melayu Islam bersatu padu…

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Benar shah,
Siapa kalah atau menang tidak memberi impak yang besar samada kepada pembangkang atau kerajaan.
Kesan langsung hanyalah keatas najib. Jika menang besar, bererti rakyat masih sokong najib. Jika kalah teruk bererti rakyat suruh najib berambus.
"Keras kepala" dikalangan pembangkang tidak dapat dielakkan. Masing-masing nak tunjuk jagoh sesama sendiri tetapi layu depan lawan(bn).
Kalau pembangkang boleh berlapang dada dan berjiwa besar, bolehlah lantik tun untuk menjadi penasihat bagaimana nak menang dan memalukan najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Brado joe..deklarasi rakyat gabungan tun dgn lim kitsiang pon dah dipandang serong apatah lagi nak minta tun jdi penasihat pembangkang..sekiranya tun menjadi penasihat pembangkang,alamat tergurislah perasaan rata2 umat melayu..yang selalu tun sebutkan,matlamat tun hanyalah menjatuhkan najib..selebih nya terpulang kepada rakyat..kalau dari segi logik,daripada tun mewujudkan deklarasi rakyat,adalah lebih baik beliau menyertai parti pembangkang,tetapi tun tidak berbuat demikian..hatinya masih lagi umno..

JinKerjaKacauKampong@J3K
Guest
JinKerjaKacauKampong@J3K

….huahhh…huaahhh….PAS kena kangkang bagi luas luas lah CikDin kali ni….Cinta berWaaalaaa….2-2 boleh tojoh sekali…rabak serban tarbuih kali ni..haah…haaa…haa…

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Jom kita pilih CALON BEBAS.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yes.
Undi Calon Bebas.
Kita sama-sama protes.
PR dan BN 2×5 saja.
Tak boleh harap.

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

Sokong QalamQabut.

Pangkah calon BEBAS.
Tapi JANGAN ROSAKKAN UNDI.
RUGI rosakkan undi sebab pihak lain tetap pangkah parti mereka.
Bila kita TAMBAHKAN UNDI pada calon kita…..satu undi akan BERKURANGAN pada pihak parti lain.

INGAT….JANGAN ROSAKKAN UNDI sebab undi yg rosak TAK DAPAT MENGURANGKAN bilangan undi di PIHAK LAWAN.
Cukup-cukupla kita diperbodohkan dgn pembohongan, kepincangan, pura2 dan munafik.
Buktikan kita TAK BODOH.

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

Sebenarnya 2 PRK ni tak dapat bagi kesan yg besar.
Lainlah PRU boleh tengok overall result.
Cuma yg takut kalau dedak $$$$ mempengaruhi undi.
Tu sebab 2 PRK tak dapat bagi alamat sama ada najib kena undur atau tidak.
Hanya PRU14 yg akan bagi PETANDA keseluruhan dari rakyat.
Tapi macam biasalah kita tahu mesti ada "permainan" di situ.

QalamQabut
Guest
QalamQabut

'PR dan BN 2×5 saja.'

Camne kalau Calon Bebas menang dan PR dan BN hilang deposit? Heh heh heh…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan president sudah pening tapi masih nak main cinta tiga segi, skrg dah dapat bala kerana menzalimi prinsip parti sendiri dgn bertindak berseorangan dan membelakangkan musyawarah parti sendiri

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya dan isteri undi Pas dalam PRU13
suruh bersama PR tumbangkan BN/UMNO.
Ini berkawan dan support Najib pulak.
Sikit punya khianat dan laknak Pas ni.
Pergi mampuslah Hadi@PilKuda@UTurn@FlipFlop
dan konco-konconya fanatiknya.
Jual agama untuk kepentingan diri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 1609…Tuan Presiden tu bukan pening tspi 'gatai'. Bab hukum dia berani kata ana boleh nikah empat sekali (kalau dapat jawatan kabinet). Nampak gaya dia ddah jadi Lebai Malang…kena kencing dek UMNO.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita sama sama anak Melayu ni cakap biarlah berlapik mat supian oiiii..

Sebelum nazri nak sentuh Tun Mahathir mai lah sudi dulu dgn anak kedah.
Tengok makan cekak ker tidak.

Kalau anak jantan buatlah cara anak jantan. Setakat cakap kosong nak buat apa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pulau pinang pun nak tomoi nazris byk cakap dahh..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mamat kurang ajar tu hanya berani bercakap melalui media saja. Kalau dia berani mai lah ke bumi kedah tunjuk muka ulang apa yg dia kata kpd Tun Mahathir tengok apa yg akan jadi.Macamlah orang hairan sgt kat dia

Anonymous
Guest
Anonymous

Hehh..heh..seorang terkentut, sorang pengsan..terperanjat beruk agaknya! Mudah2an jadi!

Mohd Sufian
Guest
Mohd Sufian

PAS PAN x payahlah bertanding p.93 sungai besar. Cadang Tun Dr Mahathir tanding calun bebas lawan meno. Sini melayu 70% China 25% India 5%. Pentas terbaik untuk Tun belasah apai besaq.3,5 M keahlian + +- 3,5 M gang meno rakyat nak suka tengok sape depa calunkan sebagai lawan Tun. Kemungkinan besar Tun boleh hilang deposit. Namun Tun boleh belasah kaw kaw pm. Jika menang boleh sambung belasah di parlimen sampai apai besaq terlondeh.Isu hot pasti 1 MDB. Cadang BN calunkan Kekanda Arul (pemidato terhebat dunia) lawan Tun. Skandal kewangan terbesar merentasi benua pasti debat mereka sepanjang masa berkempen mendapat liputan… Read more »

Mohd Sufian
Guest
Mohd Sufian

PAS PAN x payahlah bertanding p.93 sungai besar. Cadang Tun Dr Mahathir tanding calun bebas lawan meno. Sini melayu 70% China 25% India 5%. Pentas terbaik untuk Tun belasah apai besaq.3,5 M keahlian + +- 3,5 M gang meno rakyat nak suka tengok sape depa calunkan sebagai lawan Tun. Kemungkinan besar Tun boleh hilang deposit. Namun Tun boleh belasah kaw kaw pm. Jika menang boleh sambung belasah di parlimen sampai apai besaq terlondeh.Isu hot pasti 1 MDB. Cadang BN calunkan Kekanda Arul (pemidato terhebat dunia) lawan Tun. Skandal kewangan terbesar merentasi benua pasti debat mereka sepanjang masa berkempen mendapat liputan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

100% peratus sokong Tn Budin bukan sebab dedak, tapi penyelewengan rakyat nampak! Teruskan menulis demi kebenaran Tn Budin..ramai penyokong mu!

Anonymous
Guest
Anonymous

1) Batik songket si batik lepas dihari raya pakaian wajib sungguh rumit penyokong PAS bos bercinta dengan si Najib.. 2) dulu fatwa umno tu haram sembelih daging tak boleh makan kini sedondon dia melaram adalah sudah satu pasukan? 3) selamatkan negara telah menggamit ayuh semua bersingsing lengan jangan kerana dedak sekelumit perosak negara dipimpin tangan 4) Sungai Besar Kuala Kangsar jadi tumpuan segenap lapisan menteri dedak bercakap besar agak agak lah jangan perasan.. 5) Riang ria Sarawak menang penat tak hilang PRK pula satu dunia buruk dicanang tidak kah bos pening kepala? 6) terkedek kedek ibu mengikut di dalam dewan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Mai kita tukaq sikit anon 14.31

Terkedek kedek ibu mengikut
di dalam dewan tunggu keputusan
BN kalah bapak terkentut
Badak disebelah lerlentuk pengsan

Anonymous
Guest
Anonymous

Sungguh rumit penyokong PAS
bos bercinta dengan si Najib
fatwa kafir senang gemilang
tindak balas kepala malang

Kalau daging hati dah rosak
ikut mana sihat lembaga?
jangan kerana dedak sekelumit
perosak negara dipimpin tangan

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS takkan mengalah, PH pun takkan mengalah.
PH jika diwakili PAN mmg tipis harapan.
Jika diwakili PKR mungkin lebih baik harapannya.
UMNO pulak, jika kalah bakal memalukan presiden. Mudahnya beri ajer laluan pd PAS, pakat pakat minta penyokong BN sokong PAS, PRU nanti boleh la jemput PAS kerjasama dgn UMNO/BN.

paparock
Guest
paparock

Tulisan yang mengulangi isu basi. Dikitar semula untuk memburukkan PAS. Walaupun semuanya telah dijelaskan tapi penulis tetap tidak faham atau sememangnya bebal untuk memahami pendirian PAS. Untuk makluman penulis, PAS tidak gentar untuk berhadapan walau dengan sesiapapun. Silalah masuk. Gelanggang sudah dibuka. Mengapa perlu risau tentang PAS mengambil pendekatan yang berbeza dengan pembangkang yang lain? PAS mengambil pendekatan menerang bukan menyerang. PAS mengambil pendekatan untuk menasihati bukan memusuhi kerana tidak semua yang UMNO buat itu salah. Sekurang-kurangnya mereka yang selama ini menjauhi akan mula mendekati. Ada orang bertanya tentang mana hudud yang PAS perjuangkan akan tetapi dalam masa yang yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Isu tak basi….dia menulis mengikut pandangan…nak wujud blok ke 3??? Hmmm ado orang nak undi ker??? Di Kelantan pun belum tentu PAS akan jadi kerajaan lepas PRU nanti…

hanya yang walaunta kpd tuang presideng saja yg masih dalam PAS…yang sokong PAS Chai pun dari golongan yang walaunta dan fanatik….

Ramai yang dah menjauhi PAS terutamanya golongan muda selepas tuang presideng melabel dengan macam2 gelaran….jebon….serigala…komunisme….anwarisma…

Anonymous
Guest
Anonymous

Ya lah cakap tak gentar tapi bila tiba masa tahulah tanah tinggi-rendah!

Nak tengok di KK dan Sg Besar nanti mahu ke UMNO/BN bagi laluan pada PAS untuk membuktikan diri?

Masih tak reti bahasa ahli PAS ni yang Hadi/Haron sudah kelentong mereka.

Ke Syurga ke gamaknya mentaati ketua macam ni?

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau tak suka shahbudindotcom pergilah baca tukartiub

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku ulang dan ulang sekali lagi.
Pas, satu kerusi pun tarak.
Silap-silap gaya di Sungai Besar dan
Kuala Kangsar, deposit pun hilang.

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Assalam Tuan shah,teruskan penulisan yg tidak memihak/membongkar kebenaran & berani berkata benar,kita tidak perlukan sokongan dari penyokong yg taat membuta Tuli,Allah beri kita akal untuk berfikir mana yang Hak dan Batil bukan menyokong tak tentu Pasal.

Anonymous
Guest
Anonymous

woiii paparock
Apa yang pas dapat dalam PRN ke 11 di sarawak?
Hilang deposit bukan.
Nasib baiklah balik ke sini tak jalan kaki.

Anonymous
Guest
Anonymous

Paparock apa yg ditulis tuan shah adalah isu masakini dan beliau tulis pun bkn berbelit2 klu ko tak suka tak perlu baca atau komen.hari ni ko menjelma dan serang tuan admin bru dpat dedak mat maslang?klu ko sokong parti pasta busuk bawa sepanduk i love tuang pesideng eddie ahwang dan nik aduh jgn mari kacau blog ni bodoh bengong bangang.phuiiiiiiitu

E AH
Guest
E AH

Tepat jawapan Tuan Shah. Buat Paparock, saudara boleh guna Harakah untuk memperjuang 'manusia suci lagi mulia'. Tiada sesiapa di sini yang merendahkan martabat diri selain saudara. Katanya PAS tidak kemaruk kuasa sebaliknya senang sekadar menjadi penasihat, tetapi pemimpin ahli syurga dokongan saudara yang mewujudkan pertandingan 3 penjuru di 7 kerusi menentang PKR pada PRU13 dan 3 kerusi pada PRN11 Sarawak lalu yang memenangkan calon BN; yang bersubahat memecat EXCO PKR dan DAP dari kerajaan Selangor di bawah MB Khalid dan menjadi punca Dr Wan Azizah terlepas kerusi MB Selangor; yang tidak mahu melepaskan kerusi Ahli Majlis dan JKKK yang dilantik… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Undi PAS..?? Rakyat dalm dilema samaada undi PAS lebih bermanfaat atau undi rosak lebih berfaedah..

Anonymous
Guest
Anonymous

Nada-nada macam Paparock tu lah
yang akan menghancurkan Pas
sebelum tiba masa PRU14.
Jangan pedulikan si BANGSAT
tu Encik Shahbudin.
Jalankan tugas anda dengan
tulisan-tulisan yang bertanggungjawab.
Kalau Pas bertanding di Sungai Besar
dan Kuala Kangsar, deposit pasti hangus.
Walaupun calonnya Jamal Ikan Tongkol
di Sungai Besar, Ali Tinju di Kuala Kangsar.
Saya yakin ramai rakyat Malaysia
dah menyampah dan meluat dengan Pas.
Biarkan Pas/Hadi@PilKuda@UTurn terjun
ke dalam sungai dengan Labu Labinya.
Biarkan… biarkan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah Sdr Shahbudin, teruskan perjuangan membongkar penipuan presden pas dan kroni kroni.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS PIS PUS..di sana melepas..di sini silap-silap teruih al-mamfus.

Anonymous
Guest
Anonymous

Taktik politik…sje cari isu..

Anonymous
Guest
Anonymous

Bagi kami yg keciwa dg UMNO, kami harap PAS membuat pendirian yg muktamad sama ada nak sekongkol dg UMNO atau tidak.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS 50-50. Org yg tak tetap pendirian macam LALANG ni tak boleh nak harapkan sangat. Tu sebab perompak guna kesempatan jadikan PAS benteng utk kukuhkan kedudukan kuasa dia.

Undi PAS samalah dgn undi umno.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Bole jd parti haram sbb bermukah dgn PKR n UMno skli.

Razali Mohamed
Guest
Razali Mohamed

Pas telah terperangkap dalam permainan Hj Hadi dan Najib…kesia ahli bawahan yang mengikut membuta tuli

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari Abdullah bin Umar r.a. ia berkata : "Aku mendengar Rasulullah (sallallahu alaihi wasallam) bersabda: 'Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu sekalian akan diminta bertanggungjawab tentang apa yang kamu pimpin'." (riwayat Al-Bukhari)

Razali Mohamed
Guest
Razali Mohamed

Pas terperangkap dalam permainan Hj Hadi dan Najib..ahli2 lain harus melakukan sesuatu sebelum PAS berkubur dalam election akan datang

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari Ibnu Abbas r.a. ia berkata: "Rasulullah (aallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Barangsiapa mengambil seseorang untuk bekerja di sebuah jabatan kerana ada hubungan kekeluargaan, padahal ada orang lain yang lebih disukai oleh Allah daripadanya, maka sesungguhnya ia telah berlaku khianat kepada Allah dan Rasulnya dan juga kepada orang mukmin'."
(riwayat Al-Hakim)

Anonymous
Guest
Anonymous

saudara shabudin…kalau betul deklarasi rakyat sudah mencapai 1juta.
bila tun dr mahadhir akan mengadap agong????

Anonymous
Guest
Anonymous

Tanya najib..kenapa 1mdb hurang berbillion, kerajaan terpaksa selesaikan guna wang rakyat?

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

12.34
Apa kata kamu pegi tanya Tun sendiri??

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS ni sudah jadi parti haramjadah! Msna pergi laungan hudud atau Islsm? Sekarang ni dah cenderung kepada berbaik dengan parti yang penjehanam.

Pilah mampuih!

Anonymous
Guest
Anonymous

Akhirnya rakyat juga yg terpaksa tangguh hutang 1mdb…zalimnya najib…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahalluf siasi dgn PKR,
Taawun dgn UMNO,
Masaalah rakyat masih terbiarrr
Pimpinan PAS cakap sembrono…

Tak payah lah PAS bertanding menghabiskan duit derma ahli ahlinya, elok lah jadi penasihat dapat gaji macam Nasarudin Mat Isa yg hidup selesa dgn dedak Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

umno vs PAS vs AMANAH

UMNO serang AMANAH…AMANAH serang UMNO balik = adil kan?

PAS serang dan maki hamun AMANAH dan juga DAP yang tak bertanding = lebih adil dan terbaek kan??!!! keh keh keh