ADAKAH JAMAL MENOLAK JADI CALON KERANA TAKUT KALAH?

Hari ini, Jamal Md Yunos dilaporkan akan menolak secara baik sekiranya dicalonkan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, beliau akan meyakinkan pucuk pimpinan bahawa dirinya selaku Ketua UMNO Bahagian dan Pengerusi BN Sungai Besar akan terus menyokong parti meskipun jika tidak terpilih sebagai calon.
Saya terbuka dan memberi laluan kepada muka baru mahupun pemimpin-pemimpin yang lebih berpengalaman, ujar beliau lagi.
Semalam pula, seorang pemimpin NGO, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju membuat jangkaan awal bahawa BN pasti akan kalah teruk di Sungai Besar sekiranya Jamal dipilih sebagai calon pilihanraya kecil itu.
Kalau BN angkat Jamal sebagai calon, kemungkinan kita hanya dapat tong ikan saja, ikan habis, tinggal tong saja. Maknanya parti habis duit, kekalahan yang dapat, kata Ali Tinju.
Adakah penolakan yang dibuat Jamal ini  ada kaitan dengan jangkaan yang dibuat oleh Ali Tinju itu?
Kalau begitu, benarkah Jamal menolak jadi calon kerana takut kalah?
Tetapi, mengapa Jamal begitu cepat mengaku kalah dan seolah-olah sudah mengibarkan bendera putih sebelum turun ke medan perjuangan?
Tidak yakinkah beliau dengan kemampuan, kelayakan dan kewibawaan dirinya selaku Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar?
Bukankah dengan awal-awal menolak sebagai calon seolah-olah Jamal sebenarnya bersetuju dengan pandangan Ali Tinju itu?
Bukankah ini juga menampakkan Ali Tinju sudah menang pusingan pertama, malah berjaya menggugat keyakinan Jamal?
Mengapa tidak Jamal menjadikan jangkaan Ali Tinju yang belum tentu benarnya itu  sebagai cabaran dan motivasi untuk lebih berusaha serta  melobi dengan lebih gigih sebagai calon dan kemudian membuktikan kemenangan benar-benar mampu dicapainya?  (SH 11/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

36
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
rina idzharAnonymousUsryCik MinahSalwah Abdat Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
rina idzhar
Guest
rina idzhar

Putaq dh jamal pak tongko ni.. Ari tu kata terpulanglah pd pucuk pemakan dedak. La ni kata kot len pulak.. Xkan lah le wat perhimpunan baju merah le kalah kot.. Kan sokongan ramai betoi x mal..

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal Pak Tonngkol ni jika bertanding pada pandangan hamba pasti boleh menang,ini kerana Sg Besar adalah ramai bangsa jawa indon yang menetap di situ,semetelah satu kapal dgn jamal pak tonkol asalnya pendatang asing.Maka sudah pastilah mereka menyokong sesama mereka,kebanyakan anak2 indon bersatu antara mereka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal Pak Tonngkol ni jika bertanding pada pandangan hamba pasti boleh menang,ini kerana Sg Besar adalah ramai bangsa jawa indon yang menetap di situ,semetelah satu kapal dgn jamal pak tonkol asalnya pendatang asing.Maka sudah pastilah mereka menyokong sesama mereka,kebanyakan anak2 indon bersatu antara mereka.

Usry
Guest
Usry

Masalah sekarang ialah adsnya pertandingan 3 penjuru. Ni yang tsk sedap didengar ni.
http//:usryabdullah.blogspot.com

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal mana ni….saya tak kenal langsung. Tapi kalau seekor binatang kat sg besar tu ada yg di beri nama jamal. Dia ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Alah jamal kenapa kau mau tolak ? Aku mau sangat ko bertanding. Aku ingatkan ko ni mmg anak jantan. Mana2 boleh lawan dan menang. Janganlah nak tukar drpd jadi anak jantan ….

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Memang Jamal tahu, dia akan kalah terok!
Gabenor BANK NEGARA baru LEDAKKAN BOM HIDROJEN…KIHKIHKIH
KERAJAAN AKAN BAYAR SEMUA HUTAN 1MDB yang
b erjumlah rm55 bilion++++++
Ini termasuk INTERESTNYA 1.5 BILLION SETIAP BULAN.
Dah pasti GST akan dinaikan 10%
Najib sedap berhutang dan enjoy anak beranak
dan J.H LOW di Holywood…..kita jadi pak sanggup.
JAMAL memang pintar.
Biarkan PAS saja b erentap dengan Amanah.
PAS kan sekarang proksi UMNO…..KIHKIHKIH

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal tak akan kalah. Cuma bagi lebih banyak dedak aje dah boleh kau tim pengundi-pengundi. Kalau itu pun tak boleh menang, tutuplah lampu masa undi-undi dikira ….

Anonymous
Guest
Anonymous

Pengundi bodoh shj akan mengundi Jamal dan calon Najib, kaki rasuah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal samseng umno.kaki ampu dan
bodek pemimpin.kepala demontrasi
umno dah kecut perut.tak berani tanding.
orang sungai bedar pun dah menyampah.
pasti kalah

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam Bro Din,

Ini namanya 2 kepala "gaduh" nak gabung. Sorang silat sorang tinju. Eloklah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Silat pe ke benda nya..menurun hantu ada la..

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kata mereka adakan perlawanan ikan belaga bertaraf siri dunia di Sg Besar.

Jamal boleh kemukakan ikan belaga beliau dan Ali boleh kemukakan ikan belaga beliau.

Ini mesti perlawanan kalah-mati!

Ikan siapa menang, layak dicalonkan bertanding sebagai wakil pada PR tu.

Amacam, setuju?

Anonymous
Guest
Anonymous

Nanti tah berapala "dedak cap badak" yg ditabur di Sg Besar dan KK agaknya???

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal sesuai jadi timbalan menteri sukan di bawah KJ.
nanti untung atlet sukan dapat makan burger free

Anonymous
Guest
Anonymous

Kekalahan yang pasti…

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Sesungguhnya Jamal adalah seorang pembodek ulung Umno dan PM penyapu

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Bukan ke Jamal ini Hero UMNO. Dia yang biasanya kepala demonstrasi dan repot sana sini
menentang pembangkang? Dialah antara yg paling
hebat dan ke depan menyokong PM Najib. Tidak mungkin PM tak pilih dia (Ketua Bahagian UMNO) sebagai calon BN di Sg Besar?

Jamal cakap tak mahu bertanding itu saja nak merendah diri

Anonymous
Guest
Anonymous

elok la dia ber demonstrasi menentang si kapir harbi yang kurang hajar menghina melayu dan pemimpinnya…cuba tuan dan keluarga tuan di hina dan di lanyak si kapir harbi, adakah tuan akan senyum saja atas alasan kita hidup di negara yg berbilang kaum…di mana MARUAH tuan bila anak bini di caci dan di maki hamun oleh si kapir harbi…??? teruskan perjuangan membela maruah bangsa JAMAL PAK TONGKOL….

Anonymous
Guest
Anonymous

Woi 0653 ko ni dayus anak bini ko dilanyak ko merapu dlm blog pembangkang juga nasib baik dsai takda.bkn melayu dihina tpi yg korupsi bahalol bangang

Anonymous
Guest
Anonymous

Tgk jamal hang pi demo sana sini sampai papan tanda dsai pun ko nak bakar nak jadi hero melayu konon sekarang siapa nak undi hang duduk di negara majmuk jadi pemimpin melayu islam kena adil dan saksama bkn buat kartun one gedebe.belajar kisah pemimpin islam seperti saladin atau umar khattab cukup lah malukan agama kita jamal insaf dan kembali ke jalan yg benar.

Anonymous
Guest
Anonymous

amno bertanding mesti menang punyo
banyak lagi yang totok

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Banyak lagi ke yang totok kat Sg Besar dan Kuala Kangsar?

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan Totok tahap totok bahlol , boleh lagi setengah orang Melayu kata biarlah orang melayu jadi penyamun dan perompak VIP, jgn terpaksa lepas kuasa kat cina,
Tepuk dahi dengar

Ramboo III
Guest
Ramboo III

Jika jamal xnak, dihrp umno dpt calon semula dr khir toyo..kompom kalah..di hrp pan tdk tanding prk sb & kk (takut2 hilang deposit lg)..tp xpa, abg bsr(dap)byk wang, xde hal nk payung

Anonymous
Guest
Anonymous

…tuan penasihat lagi banyak wang. Politik natang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan Budin,
Pak Jamal tu beradab, kita orang Melayu penuh adab. Tak kan dia nak masuk bakul kut? Pasal tu merendah diri. Kena ada strategi, perancangan yang sempurna baru boleh dapat lebih. Habuan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak nak jadi YB buat apa jadi ketua bahagian

Anonymous
Guest
Anonymous

…kalau jamal tak nak bertanding, nanti ayahanda rani kulup buat repot.

Anonymous
Guest
Anonymous

kipidap don gibap

Anonymous
Guest
Anonymous

Jilakke

Anonymous
Guest
Anonymous

Dedak dah kurang, tak boleh bawak balik dari pulau cayman, yg boleh bagi hanya janji2 bibir merah shj, itu pun masih ada yg percaya , harap yg pergi mengundi pasti duit dari pulau cayman dan lain tempat dibawa balik sebelum tarikh prk nanti

Anonymous
Guest
Anonymous

Resepi kejayaan yang terbukti amat mujarab: kalau aku buat bising gerenti kampit dedak baru akan tiba.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Malu2 kambing, malu tp mahu

Anonymous
Guest
Anonymous

Jamal ni cerdik.

Dapat kontrol projek2 UMNO bahagian pun, tak sangga dah punya merembat. Kalo masuk PRK dan kalah, lebih banyak rugi dari untung. Silap2 jawatan ketua bahagian pun kene kebas..

Lebih baik jgn bertanding. Dapat merembat mcm biasa. Kurang2 2 tahun lagi dpt idup senang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul2, saya setuju
Pastikan bekalan dedak tak putus
"Kita niaga, bukan welfare rakyat"