KENAPA NAZRI BEGITU PANTAS MAHU MENAMAKAN CALON PILIHANNYA DI KUALA KANGSAR?

Agak sedikit pelik apabila Nazri Aziz secara tiba-tiba memberi cadangan agar UMNO dan BN memilih bekas Adun Manong selama empat penggal, Ramly Zahari sebagai calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya, Wan Khairil Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sarawak, minggu lalu.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, Ramly menjadi pilihannya kerana bekas Exco Perak itu seorang yang berjiwa rakyat, tidak pernah merajuk, masih muda iaitu berusia 57 tahun dan tetap mendampingi masyarakat melalui Yayasan Anak Kuala Kangsar yang diasaskannya meskipun setelah tidak lagi bergelar wakil rakyat.
Jika dia dipilih, mudahlah kerja kita, kata Nazri lagi.
Persoalannya, mengapa Nazri begitu pantas memberi cadangan terbuka seolah-olah mahu campurtangan dengan meletakkan rakan baiknya itu sebagai calon pilihanraya?
Pernahkah kita dengar sebelum ini ada mana-mana pemimpin cuba mencadangkan nama calon pilihanraya di bahagian yang bukan diterajuinya?
Tidak bolehkah beliau menyerahkan kepada UMNO Bahagian Kuala Kangsar menyenaraikan nama calon tersebut yang kemudian akan dibawa ke peringkat UMNO negeri dan pusat untuk diputuskan secara muktamad?
Jika mahu juga mencadangkan nama pilihannya, kenapa tidak melakukannya dalam Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dipengerusikan oleh Zambry Abdul Kadir di mana Nazri selaku Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas adalah salah seorang ahli jawatankuasanya?
Sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO pula, mengapa beliau tidak menunggu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO untuk melontarkan cadangannya kepada Najib jika pilihannya tidak diterima di peringkat negeri?
Mengapa sebagai pemimpin yang ada banyak ruang untuk bersuara dalam mesyuarat tertutup, tetapi masih memilih untuk bercakap secara terbuka dan melalui media?
Lebih dari itu, mengapa Nazri mahu sibuk-sibuk dan membuat cadangan terbuka untuk menonjolkan pilihannya sedangkan Kuala Kangsar hanyalah bahagian lama yang pernah disertainya sebelum berpindah ke Lenggong dan kini mengetuai UMNO Padang Rengas?
Tidakkah soal calon pilihanraya ini lebih merupakan bidang kuasa Najib, Zambry dan UMNO Kuala Kangsar untuk memutuskannya dan jika ada cadangan lain, Nazri seharusnya melakukannya melalui saluran yang betul?
Kalau sebelum ini Nazri begitu marah dengan Muhyiddin yang bercakap secara terbuka soal parti sedangkan katanya ada saluran dalam mesyuarat untuk memberi pandangan, kenapa sekarang beliau berperangai lebih kurang sama saja?
Adakah beliau rasa dirinya seorang yang hebat dan kerana itu bukan sekadar cadangannya dianggap sentiasa betul, malah boleh juga “main langgar” saja ketika melakukannya? (SH 10/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm
Subscribe
Notify of
guest

47 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Tajul
Tajul
12 May 2016 5:48 pm

Nazri ni patut blah je. Betaun padang rengas ghope itu juge – pekan koboi xada kemajuan. Kedai paling besor pun kedai chinnagani tu je le. Mengkalu mike xcye cenengok sendiri.

Miss Vee
Miss Vee
12 May 2016 4:05 pm

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:10 pm

Sosial media la rakyat tau najib ni seleweng

abrarmujahideen
abrarmujahideen
11 May 2016 8:40 am

Oii Nazri..ko betempik suruh ikot saluran tp ko langgar semua demi kepentingan sendiri.Puiii

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 1:46 am

Hai nazri. Laju kau terjah. Ada apa2 ke ? Bagaimana pula dengan sg besar ? Kau tak nak buat yang sama ke ? Hai, tak berani lerr tu !

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 1:32 am

Cepat pecat najib dan kroni
Makin serabut tadbir negara
Ulasan kroni makin cincai

Kritik pembangkang tapi pembangkang kritik marah

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:43 am

Nak setia ape umno?
Kes seleweng bersepah

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:42 am

Rahman dahan yg semakin bengong
Tanya kos pulau pinang
Kes najib ape cerita?

NordinabilaH
NordinabilaH
10 May 2016 11:39 pm

Dah tak ada org ke nak jadi calon org umno memang begitu biar aku hidup kaya raya peduli apa dgn org lain bukan ke ahli umno tu bodoh macam kerbau cucuk hidung ikut je janji ada dedak yg lain nak tunjuk aku ini hebat mana Mb tak kan diam saja takkan tak ada calon dihati nasib lah belalang

NordinabilaH
NordinabilaH
10 May 2016 11:38 pm

Dah tak ada org ke nak jadi calon org umno memang begitu biar aku hidup kaya raya peduli apa dgn org lain bukan ke ahli umno tu bodoh macam kerbau cucuk hidung ikut je janji ada dedak yg lain nak tunjuk aku ini hebat mana Mb tak kan diam saja takkan tak ada calon dihati nasib lah belalang

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:46 am
Reply to  NordinabilaH

Setuju UMNO bodoh macam kerbau,tetapi jangan dilupa yang PAS dan PKR juga sama sahaja.Politik ini merugikan Islam,bangsa Melayu dan tanahair.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 10:48 pm

Dari bising2, apa kata doa sahaja supaya berlaku PRK Padang Rengas. Aku tak suruh hangpa doa keburukan atau malapetaka utk si botak tu, aku cuma minta hangpa doa PRK Padang Rengas boleh berlaku? 🙂

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 5:56 pm

1) kalau ada jarum yang patah jangan disimpan didalam peti beliau sengaja acah melatah manalah tahu hajat menjadi 2) Singapura diserang ribuan todak buat benteng si pokok pisang minta orang mengikut kehendak perangai tak ubah seperti musang 3) kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi Memaki merapu cepat meradang lama lama orang tak undi 4) pisang emas dibawa belayar masak sebiji diatas peti pernah dia berkurang ajar Tun Mahathir diajak bergusti.. 5) awal pagi pergi ke pasar orang tak ramai beli pun senang calon si nazri di Kuala Kangsar dia meletak confident menang ? 6) selepas selesai negeri Sarawak,… Read more »

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 10:02 pm
Reply to  Anonymous

Terrbaekk bro

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 2:27 am
Reply to  Anonymous

Saya suka pantun2 tuan. Tiap2 hari mesti jenguk blog ni untuk baca pantun tuan. Memang terbaik!
Nazri ni menteri paling teruk! Menteri gangster!

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 4:16 pm

Najib patut letak anak dia sebagai calon di Sungai Besar,dan Nazri juga letak anak dia sebagai calon di Kuala Kangsar.Tidak ada ahli UMNO yang berani menentang.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 3:34 pm

tarak orang lain lagi ke ? asyik dok pakai produk recycle

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 3:04 pm

You help me i help u maa klu la zahid p.m siapa tpm???kena bawa masuk olang2 dia satu hari nanti siapa tau nazri pun mcm jamal burger malu2 tpi mau juga.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 3:02 pm

Natzri najis…

Ali
Ali
10 May 2016 2:53 pm

Nazri mulut longkang tu nak tunjuk hero kut,ingat dia lebih hebat dari org lain.tuui.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 2:43 pm

WHAAAATT? Ramly Zahariii? THAK PAYAH!! Baik letak Ramly Burger..dah tentu kenyang berbandingkan burger cap Jamal Ikan Tongkol. Orang Manong pon tak sior kat Ramly..inikan pulak orang Kuale..siiimpaaang!! Woi Nazri penyamun! Kalo udah kamu ndak bebenor si Ramly jelebor tuh..kamu naik je mane-mane heli boghok yang agak-agak buleh terempah..sebelum tu tuleh wasiat bagi kat Najib Haghamjadoh supaya calonkan Ramly kat Padang Rengah..kume orang Kuale tak sior kalu si Ramly tuh!

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 10:00 pm
Reply to  Anonymous

Kawan….nape dgn ramly tu cer citer sikit. Teman nok juge tau. Pase ape tak sior dgn die?? Rame yg nok tau ni….suspen le juge ni…

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 2:59 am
Reply to  Anonymous

Hahahhakk… setuju bebenor la weh kalo Menteri Nazri cap mangkok jamban ter yang terhempas heli lepas ni yek. Kalo liyat benor hempaskan je pala botok die ter ngan mangkok jamban.. buat nyemak Malaysia je mangkok ter… Wasalam

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 6:41 am
Reply to  Anonymous

Amiiin kepada kata mike nyuroh orang tua ni naik heli bughok. Teman harap terempah. Udah banyok bebenor kemungkaran si tua ni membuat selama idup dia nyer pun. Idokler sanggup teman nengok anok baghal dia lagi kekonon udoh tobat kehulu kehilior dengan janda jendoi.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 2:43 pm

Nazri dah mula takut kpd pengaruh rafidah aziz.
Selama ni dia caci dia hina rafidah habis2an semata2 nak ambil hati najib.
Tuhan nak tunjuk
Skrng kerusi kuala kangsar dalam bahaya
Bila2 saja akan jatuh ke tangan pembangkang.
Kalau jatuh saja kerusi kuala kangsar akan menjadi petunjuk yg cukup jelas masa depan umno di bawah pimpinan big brother nazri si madpudullong tu.
Kalah saja umno/bn panas berasaplah punggong nazri yg selama ni hidup cukup mewah mcm najib juga.
Tunggulah. Masa akan menentukan kenyataan.
Setiap perbuatan pasti akan menerima pembalasan drp rakyat juga.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 9:54 pm
Reply to  Anonymous

Harap semua PEMBANGKANG akan BERSATU HATI utk 2 PRK kosong.

JANGAN BERPECAH LAGI.

Bersama BENTERAS RASUAH sebelum jadi tabiat dan amalan generasi muda dan seterusnya.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 11:23 pm
Reply to  Anonymous

PAS bukan pembangkang.
PAS adalah punasihat umno/bn demi mempertahankan ketuanan melayu.

Ke guanerr din???

Usry
Usry
10 May 2016 2:37 pm

Saya masih lagi mengatakan peluang untuk BN menang adalah tinggi. Letak lah siapa pun calon, jika Pakatan masih haru-biru seperti sekarang. Peluang BN masih ada.
http//:usryabdullah.blogspot.com

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 2:48 pm
Reply to  Usry

Mati hidup balik pun aku tak akan undi umno/bn dah selagi najib jadi presiden.
Aku tetap bersama Tun Mahathir sekali pun Tun Mahathir tidak pernah mengenali aku.

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 10:54 am
Reply to  Usry

Sokong,selagi najib jd PM,tak guna memangkah BN..perot boleh senak ketawa sbb hari2 ada saja lawak jenaka bodoh yang ditayangkan di media terutama tv3..blom yg lain2 lagi..

Tetap bersama tun mahathir!!!

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 2:11 pm

Nazri nikan selalu cuba buat pandai tapi sebenarnya bangang melantun. Kalau dia pilih tu mestilah calon kalah. Dia ni pandai pilih perempuan je.

Salwah Abdat
Salwah Abdat
10 May 2016 1:56 pm

Nazri Umno Pekat,,menyampah pulak apabila dia bersuara lagu ni……!!!

roslan othman
roslan othman
10 May 2016 1:44 pm

Standard UMNO dan orang politik semuanya diri dan puak didahulukan rakyat dikemudiankan , nanti bila jumpa orang melayu akan guna standard biasa ,melayu akan hilang kuasa kalau umno kalah ,melayu akan merempat kalau umno tewas ,samapi bila la orang melayu nak jadi barua dan bangang pada pemimpin dan orang politik macam ini . Wahai orang melayu buka hati perut dan mula belajar bijak menentu nasib sendiri bukan pilih orang politik mengkayakan diri dan puak puaknya.

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 1:36 pm

Kalau dah samseng tu samsenglah juga tak akan jadi manusia

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:35 am
Reply to  Anonymous

Samseng kat media je…marilah turun fight kalau dia berani

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 1:04 pm

Nazri ini berikutan dengan cara wenang bosnya Ahjibgor telah melampaui protocol pentadbiran awam negara … cash is king bermakna diorang yang pegang wang dan emas itu sekarang sudah betakhta RAJA BARU!

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 12:54 pm

jangan macam-macam nanti "Bugis" dia keluar kang
Kah kah kah

wak raden
wak raden
10 May 2016 12:47 pm

57 tahun tu kalau dlm umno masih muda remaja….
Hmmmmm…..

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 12:40 pm

Org tua bodoh mcm tu la…..darah daging rasuah apa yg dia tahu selain bodek ampu membabi buta? Paling penting bila dia bijak?

lufang
lufang
10 May 2016 12:40 pm

Sikalang UMNO memang itu macam cala maa aa ,satu olang suala semua sokong maa aa ,tatak payah undi lagi maa aa .

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 12:19 pm

Bila nazri bersuara..

Salmah Din
Salmah Din
11 May 2016 5:17 am
Reply to  Anonymous

Tanda nazri akan berkubur dipadang rengas masa pru14 nanti. Aku suka kalo bekas adun ni buat pesta dorian MAnong….the best durian at Perak

Salmah Din
Salmah Din
11 May 2016 5:18 am
Reply to  Anonymous

Tanda nazri akan berkubur dipadang rengas masa pru14 nanti. Aku suka kalo bekas adun ni buat pesta dorian MAnong….the best durian at Perak

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 12:19 pm

Pecat nazri

Anonymous
Anonymous
10 May 2016 11:25 pm
Reply to  Anonymous

Lebai kata haram pecat pemimpin yg dipilih melalui pilihanraya

Anonymous
Anonymous
11 May 2016 12:33 am
Reply to  Anonymous

Duduk dalam kementerian bodoh pun dia boleh sakau duit kaw2. Kenapa nazri peluk cium lge? Projek billion penang dpt kat dia. Menteri kaki @&%£*÷#

sham zam
sham zam
11 May 2016 3:45 am
Reply to  Anonymous

tak kan tau itu kan menteri kurang ajar dlm sejarah kabinet msia. cakap dia semua betul2 kurang ajar. kaki toron