SIAPA PATUT BERTANDING DI KUALA KANGSAR DAN SUNGAI BESAR?

Pas nampaknya awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat akan bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian wakilnya Wan Khairil Wan Ahmad dan Noriah Kasnon dalam tragedi helikopter terhempas di Sarawak, baru-baru ini.
Berdasarkan pilihanraya 2013, memang Pas yang bertanding di kedua-dua kawasan itu. Di Kuala Kangsar, Pas tewas dengan 1,082 undi manakala di Sungai Besar hanya dengan 399 undi.
Itu keputusan 2013 di mana DAP dan PKR masih bersama mereka serta pengundi bukan Melayu juga memberikan undi kepada calon-calon Pas tersebut.
Tetapi sekarang Pas sudah berpisah daripada Pakatan Rakyat dan Amanah pula sudah lahir sebagai parti parti baru dalam Pakatan Harapan?
Pengundi bukan Melayu tentunya tidak lagi memberi undi kepada Pas sebagaimana pilihanraya 2013 dahulu.
Dalam hal ini, apakah Amanah yang akan bertanding di kedua-dua kawasan itu mewakili Pakatan Harapan?
Jika SPR menetapkan pilihanraya diadakan serentak, wajarkah Amanah bertanding di kedua-duanya sekali atau perlu menyerahkan salah satu kerusi itu kepada PKR untuk menandinginya?
Dengan Pas sudah mengesahkan mahu bertanding, kebarangkaliannya ialah pertandingan tiga penjuru akan berlaku di Kuala Kangsar mahu pun Sungai Besar, kecuali jika Pakatan Harapan mengambil keputusan tidak meletakkan calon bagi memberi laluan pertandingan satu lawan satu antara Pas dengan BN.
Namun, perkara itu rasanya mustahil terjadi kerana dalam situasi sekarang, tidak bertandingnya Pakatan Harapan dan memberi laluan kepada Pas hanya seolah-olah memberi kemenangan percuma kepada BN berikutan parti Islam itu sendiri lebih condong untuk bersama dengan Najib Razak dan kerajaan.
Tidak bertandingnya Pakatan Harapan juga bagaikan mereka awal-awal lagi sudah mengalah daripada masuk gelanggang.
Maka, ada baiknya Pakatan Harapan tetap meletakkan calon dan membiarkan sahaja pertandingan tiga penjuru berlaku. Dua pilihanraya kecil ini adalah ujian penting kepada gabungan baru PKR, DAP dan Amanah untuk berhadapan dengan BN dan Pas yang mungkin terpaksa mereka hadapi di banyak kawasan dalam pilihanraya umum akan datang.
Jika ia berjaya, Pakatan Harapan sudah boleh membayangkan kejayaannya dalam pilihanraya 2018 nanti dan jika gagal pula, masih ada masa untuk melihat di mana kesilapannya serta memperbaikinya. (SH 09/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

45
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Miss VeeBenbrahemmustapa m saidAnonymousSalwah Abdat Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Miss Vee
Guest
Miss Vee

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Benbrahem
Guest
Benbrahem

Pas sudah jadi parti HA. Tak ada kena mengena dengan PH. Pilihanraya kecil di dua parlimen itu terbuka kepada mana2 parti/individu bertanding. Pas tak boleh dakwa kedua2nya parlmen tradisinya bertandng. Keluar dari PR dan enggan menyertai PH tdak mengikat parti itu dengan sebarang keputusan PH.

mustapa m said
Guest
mustapa m said

AMANAH (mewakili PH) sewajarnya bertanding melawan BN(umno) dan PAS di kedua-dua PRK.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Andaikata kedua-dua kawasan kuala kangsar dan Sungai Besar BN memang pasti ada unsur-unsur penipuan ini tidak dapat kita nafikan sama sekali,,BN will take every possibility to win this election but they will utilize all their power to cheat in the by-election……!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS dah ambik alih tugas calon bebas..PH kalo nak menang kene la nampak steady sikit..PAN tak perlu bertanding kalo PKR atau DAP bertanding..boleh bertanding kalo yang mati tu MP atau ADUN Pas. Kalo PAN letak calon di tempat BN..dah tentu kalah punye..jgn test power tak tentu pasal..tengok PSM ape dah jadi..setakat pemecah undi boleh ler.

Anonymous
Guest
Anonymous

pas jangan betanding sebab kan dah bersekutu denagn amno buangmasa saja
jadi penahsehat udahlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang nyata akan berlaku kemerosotan jumlah pengundi keluar mengundi. Yang menarik apakah PAS bakal menghentam DSN mengenai isu panas semasa,semasa kempen politik pilihanraya kecil tsb ?
Maka PRK ini akan menjelaskan pendirian sebenar PAS terhadap kepimpinan DSN. Orangramai sememangnya menanti kelibat PAS kali ini.

Anonymous
Guest
Anonymous

…akan terus menasihati, demi sesuap dedak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya jangkakan pru14 nt umno-bn kalah teruk.. Bn mula bergantung pada deposit tetap mereka (sabah serawak).. Bn akan lebih byk bagi perhatian pada sabah dan serawak… Bygkan sabah serawak buat hal dikala bn-umno lemah disemenanjung.. Bygkan parti komponen bn dari sabah serawak buat hal keluar bn.. Lingkup bn.. Rakyat dikala ini sedang mananti harap beralih dari umno kepada lain khususnya org melayu.. Nak harap pakatan harapan.. Kecewa.. Pada saya alangkah bagusnya pkr singkirkan dap.. Dan gabung semula dgn pas.. Dan amanah disisi.. Pasti akn dpt gabung pengundi melayu.. Dap biar kayuh sendiri. Kalu lg baik gabung dgn parti2 dari sabah… Read more »

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Jika nak selalu dapat makan 'free burgers' di Sg Besar khasnya, undilah BN(Umno).

Anonymous
Guest
Anonymous

kalau UMNO vs PAS menarik jugak,dulu UMNO boleh bahan PAS kuda tunggangan DAP skrg siapa kuda siapa..hehehe
UMNO kempen dia memartabakkan nasib bangsa Melayu
PAS pulak memperjuangkan ugama Islam
poning org Melayu nak pilih

Anonymous
Guest
Anonymous

…pas kini kuda yang makan dedak.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAN akan tetap meletakkan calon. Sedangkan ketika mereka dlam PAS, mereka menentang kepimpinan, mana mungkin selepas tubuh parti baru, mereka akan akur dgn PAS. Khianat tetap khianat.

Anonymous
Guest
Anonymous

…pan bukan pengkhinat. Yang khianat ialah tuan gundu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Zahirkan hasrat Deklarasi Rakyat semasa PRK di dua kawasan ini. Tak guna duduk sepentas sebagai Citizens of Malaysia semasa program Deklarasi Rakyat sedangkan parti masing-masing berebut untuk bertanding. Rakyat pula akan menilai hala tuju sebenar Deklarasi Rakyat.Mesti ada tolak ansur sesama parti yang berhasrat untuk bertanding. Dengan cara ini matlamat permulaan Deklarasi Rakyat akan membuahkan hasil…

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika pakatan harapan sudah yakin dapat menguasai PRK ini,teruskan lah.Lupakan sahaja parti PAS yg lebih condong pada BN biar pun ia berhajat meletakkan calon di dua tempat.
Takut nanti PAS tarik diri,pakatan kena main.
Pada PH pula,jadi pilihan raya di Sarawak menjadi iktibar,jangan ada lagi perebutan kerusi yang akhir nya kedua-dua parti gigit jari.Jadikan sebagai pengajaran.
PKR dan Amanah patut diberikan peluang pada PRK kali ni.Tunjukkan kerjasama yang ada supaya rakyat dapat menilai kekuatan PH.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau boleh pimpinan PR isytiharkan kepada umum, PAS bukan lagi dalam pakatan ini memandangkan PAS seolah-olah sudah bersekongkol secara tidak langsung dengan UMNO. Jangan khawatir dengan penyokong PAS. Lambat laun mereka akan sedar betapa lemahnya pimpinan mereka dalam pelukan UMNO.

Pakatan sekarang ialah PKR, DAP dan Amanah.

Jangan lagi buat kerja bodoh bertindih antara 3 parti tersebut.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pergeseran antara parti pembangkang amat meresahkan rakyat.. Jangan diulangi lagi kesilapan di Sarawak.. Memang bungkuslah PH..

Anonymous
Guest
Anonymous

Pembangkang….tolong bijak sikit…..just because of GREEDINESS u all became the LOSERS.

Dua PRK yg kosong tu is a TEST to opposition. Be WELL-COOPERATED.

Opposition parties open your eyes….2 prk kosong tu peluang bagi kamu. DON'T REPEAT the same mistake in Sarawak again.

PAS tak boleh harap….mereka dah terikutkan UMNO. Kerjasama dari PAS hanya akan mengukuhkan benteng dan kedudukan perompak rakyat je.

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Hikmah Allah jadikan PRK di 2 kawasan Parlimen semenanjung Malaysia Kemungkinan untuk menguji sejauh mana Bangsa Melayu Beragama Islam(khususnya) akan menggunakan akal/fikiran untuk memilih pemimpin/Parti mana yg WAJIB disokong? Dan Parti mana pula yg harus di Tolak?,Dalam serba-serbi kegawatan yg berlaku di Malaysia hari ini,adakah Bangsa Melayu masih lagi mempunyai JATI DIRI sebagai Bangsa yang Bermaruah?Rakyat Malaysia ingin melihat pertembungan di antara Yang HAK DAN Yang BATIL.."sesungguhnya Allah jadikan sesuatu peristiwa itu tidak SIA-SIA..

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Hikmah Allah jadikan PRK di 2 kawasan Parlimen semenanjung Malaysia Kemungkinan untuk menguji sejauh mana Bangsa Melayu Beragama Islam(khususnya) akan menggunakan akal/fikiran untuk memilih pemimpin/Parti mana yg WAJIB disokong? Dan Parti mana pula yg harus di Tolak?,Dalam serba-serbi kegawatan yg berlaku di Malaysia hari ini,adakah Bangsa Melayu masih lagi mempunyai JATI DIRI sebagai Bangsa yang Bermaruah?Rakyat Malaysia ingin melihat pertembungan di antara Yang HAK DAN Yang BATIL.."sesungguhnya Allah jadikan sesuatu peristiwa itu tidak SIA-SIA..

Anonymous
Guest
Anonymous

Tepat sekali Tuan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju dgn pandangan anda, Budin. Mengundi PAS sama spt Mengundi BN. PH perlu bertanding di dua kwsn parliament ini.

Terjah
Guest
Terjah

Logikanya, PAS sudah taiada dalam Pakatan harapan. PH pula mestilah tegas dan jelas. Adalah tidak logik menyerahkan bulat-bulat kepada PAS. Memang dua kerusi ini dulu diberi kepada PAS, masa itu ia dalam PR. Tapi sekarang sudah berbeza. PAS adalah musuh dalam selimut, baik kepada PKR dan juga DAP. Kerusi ini patut diberi kepada Amanah atau satu untuk PKR. Maka semua anggota PH senang berkempen. Biar PAS sendirian. PH disokong oleh Amanah, DAP dan PKR. Kita pasti dapat lihat PAS akan kalah teruk. Ppertandingan sebenar ketika itu adalah PH (PKR, DAP, Amanah) lawan PAS dan BN. Lepas itu mesti ambil keputusan… Read more »

Terjah
Guest
Terjah

Logikanya, PAS sudah taiada dalam Pakatan harapan. PH pula mestilah tegas dan jelas. Adalah tidak logik menyerahkan bulat-bulat kepada PAS. Memang dua kerusi ini dulu diberi kepada PAS, masa itu ia dalam PR. Tapi sekarang sudah berbeza. PAS adalah musuh dalam selimut, baik kepada PKR dan juga DAP. Kerusi ini patut diberi kepada Amanah atau satu untuk PKR. Maka semua anggota PH senang berkempen. Biar PAS sendirian. PH disokong oleh Amanah, DAP dan PKR. Kita pasti dapat lihat PAS akan kalah teruk. Ppertandingan sebenar ketika itu adalah PH (PKR, DAP, Amanah) lawan PAS dan BN. Lepas itu mesti ambil keputusan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita sudah diperkudakan. BN buat orang ramai (terutama Melayu) susah dengan bebanan kos hidup. Keadaan ini akan digunakan untuk memancing undi apabila berlaku sesuatu pengundian. Orang macam ini akan 'disuap' seringgit-dua dan dengan 'terpaksa' terus memangkah BN. Neegara sudah tergadai dan Melayu lah yang ramai 'bodoh'.

Anonymous
Guest
Anonymous

kali ini kita sokong AMANAH

Anonymous
Guest
Anonymous

…mat sabu vs jamal pak tongkol

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin tak rugi kerana boleh uji kekuatan. Tapi ada la yg perasan kuat dan akn terus menghasut utk terus pecah dan tidak bersatu

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Apa yg terjadi ada hikmah,kita nak lihat samaada pengundi kali ini terutama org melayu faham dgn penyelewengan najib dan beban yg diletakkan kpd rakyat.Kemudian disatu pihak lagi kita nak lihat samada org melayu masih buta dgn parti yg guna agama demi kuasa dunia dan presiden nya berpeluk dgn PM tak beramanah dan penyeleweng serta penipu. Sekiranya BN masih kekal dipilih maka tak salah bahawa sebahagian orang melayu lebih selesa dgn pemimpin tak beramanah dan rela menempah malapetaka beban penylewengan najib sehingga keanak cucu,dan sekiranya pas jadi pilihan sama la memilh pembantu najib yg hanya guna agama utk hidup. Dalam hal… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

………yang tak guna agama utk. hidup tu binatang…….

Anonymous
Guest
Anonymous

…anon1835, maksud roslan ialah golongan yang memperalatkan agama untuk kepentingan dunia semata mata.

Hadi Abdullah
Guest
Hadi Abdullah

peluang terbaik melihat pertandingan 3 penjuru.mungkin ianya satu bayangan gabungan PAS dan UMNO belakang tabir melawan gabungan alternatf baru.kita boleh lihat siapa yg terbaik dan sapa yg terbalik.i like..

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Apa yg terjadi ada hikmah,kita nak lihat samaada pengundi kali ini terutama org melayu faham dgn penyelewengan najib dan beban yg diletakkan kpd rakyat.Kemudian disatu pihak lagi kita nak lihat samada org melayu masih buta dgn parti yg guna agama demi kuasa dunia dan presiden nya berpeluk dgn PM tak beramanah dan penyeleweng serta penipu. Sekiranya BN masih kekal dipilih maka tak salah bahawa sebahagian orang melayu lebih selesa dgn pemimpin tak beramanah dan rela menempah malapetaka beban penylewengan najib sehingga keanak cucu,dan sekiranya pas jadi pilihan sama la memilh pembantu najib yg hanya guna agama utk hidup. Dalam hal… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahaha…ayat tuan "bn akan turunkan semua jentera dan dedak ke kawasan ini" tu memang tepat dan memang WIN hehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Yes, indeed. Your suggestions, dear Shah, are most agreeable. Now, there is another thing that Pakatan Harapan need to seriously consider sooner rather than later: considering that just before the sarawak state election, what could be considered by many to be an unfortunate incident ("bala"?) had taken place leading to a couple of by elections to take place soon, members of Pakatan Harapan could perhaps look forward to the great possibility of the same happening in some places in sarawak within the next few years (prior to the next sarawak state election in about five years from now). Why? Simply… Read more »

E AH
Guest
E AH

Dua PRK ini adalah medan PH menguji sokongan dan mood pengundi Semenanjung ke atas mereka. Sebarang pilihanraya baik Umum atau Negeri dilihat sebagai pertembungan antara dua gabungan iaitu BN dan PH. Jikapon berlaku pertandingan 3 atau lebih penjuru tumpuan dan keputusan hanya menfokus dua gabungan ini. Parti atau calon manapon yang PH pertaruhkan akan menjadi ujian kepada kerukunan mereka dan penilaian kepada pengaruh dan kekuatan mereka. PAS bukan sebahagian dari PH mahupon BN maka mereka layak bertanding atas kapasiti penyuburan demokrasi. Biar rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang menentukan gabungan atau parti manakah di antara BN, PH dan PAS… Read more »

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Belum cuba, belom tahu, jadi tak guna curah air
di tempayan sebab mendengar bunyi guruh.
Tidak mustahil, pengundi BN dan PAS berpecah dua.
Terutama kalau calon BN di Sg.Besar,
JAMAL PAK TONGKOL!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Oleh sebab sebelum ini PAS yang bertanding, sebaiknya biarlah PAS juga yg bertanding. Tetapi jika yg lain pun galak nak bertanding, silakan.

Kita akan jadikan 2 PRK ini sebagai tempat menguji kekuatan pengaruh masing-masing.

Usry
Guest
Usry

Seperti yang saya utarakan semalam. Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hei,hei,hei Spender Ali mahu laksanakan hukuman keras atas "Zina" dan lain2…

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS mahu tolong UMNO untuk mengekalkan kerusi di dua-dua parlimen tersebut.

lufang
Guest
lufang

ABU ,lain tatak apa punya maa aa !.

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang ramai dah silap baca…jamal ibarat musang, bijak atur langkah. Dia sbg ketua umno bahagian sg besar kalau tak dipilih jd calon, akan deal perkara lain yg mendatangkan duit. Lg pun, majoriti menang tak besar. Kalau jamal kalah, jamal akan jd liabiliti, pemilihan umno akan dtg mungkin kalah. Baik dia play safe.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS PISS PUSS tak perlu bertanding kerana telah diberi jawatan Tuan Punasihat umno/bn.
Kalau lantik Geng ostad Pas sebagai MP, bukan buat kerja pun. Tengok je lah yg ada kat Parlimen sekarang ni apa yg mereka buat??? Bersekongkol dgn Ahjib taukey dedakkk dalam gelap…..