JANGAN MARAH NETIZEN, MARAHLAH KEPADA NAJIB!!

Marah benar para penyokong, pengampu dan pembodek Najib Razak terhadap segelintir warga internet atau netizen yang cuba mengaitkan tragedi kemalangan helikopter di Sarawak itu dengan Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor.
Bukan saja netizan itu dikecam dan dilabel dengan macam-macam gelaran oleh penyokong, pengampu dan pembodek tersebut, malah sebuah portal dedak juga melabelkan mereka sebagai golongan “otak rosak”.
Di bawah ini ialah antara luahan netizen itu:-
Teliti betul-betul sama ada ia luahan “otak rosak” atau terlibat percubaan menghina dan mempersenda mangsa kejadian helikopter malang yang tidak berdosa itu?
Jika tidak, relakslah bro…jangan marah-marah tak tentu pasal!!
Mempersenda Najib? 
Bukankah perkara biasa bagi rakyat meluahkan perasaan kerana terlalu kecewa kepada Najib, lebih-lebih lagi jika terlalu banyak perkara yang tak betul daripada betul yang begitu ketara yang dilakukannya?
Adakah meluahkan perasaan marah dan kecewa itu suatu kesalahan, terutama atas kapasiti sebagai pembayar cukai dan pembayar gaji kepada pemimpin?
Yang tidak boleh marah-marah ialah pemimpin sebab kedudukan mereka lebih bergantung kepada sokongan rakyat. Sebab itu, Najib dilihat tidak beretika apabila pernah melabelkan peneroka Felda yang menentang kerajaan sebagai “haram jadah” tidak berapa lama dahulu.
Tetapi, kenapa warga internet ternampak begitu berleluasa cuba mempersenda dan mengaitkan tragedi itu dengan Najib dan Rosmah? 
Mengapa ia tidak dikaji dan diteliti secara mendalam?
Adakah jika Najib tidak terlibat dalam isu 1MDB dan skandal kewangan ribu-ribu juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya, luahan begitu masih wujud di media sosial?
Apakah jika Najib dan isterinya tidak dikaitkan dengan begitu banyak pembaziran, kemewahan, pembelian barang mewah, percutian mahal, pakaian gemerlapan, kenduri hebat dan sebagainya, maka sampai hati netizen mempersenda mereka sebegitu rupa?
Apakah jika Perdana Menteri kita seorang yang baik, tidak boros, tidak bermewah, tidak suka barangan mewah, hidup sederhana, cakap serupa bikin dan tidak terpalit dengan apa-apa skandal, mereka tetap akan dipersenda juga?
Atau apakah jika bukan Najib yang menjadi Perdana Menteri, luahan yang sama masih tetap apa di media-media sosial?
Pokoknya, sama ada mahu mengakui atau tidak, luahan netizen itu adalah curahan rasa semasa dan kecewa rakyat jelata yang jelas menggambarkan mereka sudah begitu menolak kepimpinan Najib, cuma ada yang berani menulisnya secara terbuka dan ada yang hanya menyimpannya dalam hati.
Oleh itu, sebelum marah “macam-macam” terhadap netizen yang berani dan terbuka itu, Najiblah yang selayaknya dan patut dimarahi terlebih dahulu kerana berbuat terlalu banyak “macam-macam” sebagai pemimpin yang bukan saja tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin negara sebelumnya, malah jarang juga dilakukan oleh pemimpin lain di dunia ini. (SH 07/05/2016).
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

63 Comments

Add a Comment
  1. Najib ni payahlah sikit. Tuhan masih bagi dia peluang untuk taubat. Harap2 terbukalah hati dia yg kecik tu.

  2. Bala mnimpa malaysia lg.. hurmm

    1. anon 20:06, bala ada lagi ka? bkn dah mati ka?

    2. 20.17 bahasa jaga sikit. Kalau ko org Islam jaga sikit cakap ko. Org nak cari rezeki halal biala dia tumpang seciput. Dia tak ambik banyak ruang pun.

      Kalu ko org Islam jaga balasan Allah pada ko…takut kang tekena kat anak pempuan ko jual #@€+@+ atau kalu ko bukan Islam esok kena karma.

      Tolong jaga sikap ko.

  3. jom jual produk anda di jual2u.com

    1. Jual pantat kau

    2. 20.17 bahasa jaga sikit. Kalau ko org Islam jaga sikit cakap ko. Org nak cari rezeki halal biala dia tumpang seciput. Dia tak ambik banyak ruang pun.

      Kalu ko org Islam jaga balasan Allah pada ko…takut kang tekena kat anak pempuan ko jual #@€+@+ atau kalu ko bukan Islam esok kena karma.

  4. Ironinya pemimpin PAS pula yang marah-marah dalam hal ini.Siapa yang jaguh dalam mengkafirkan UMNO?Siapa yang gelar orang dengan MAHAFIRAUN dan macam-macam lagi?Kini Hadi bersahabat baik dengan 'MAHASUCI' Najib.Jelas,iblis dan syaitan saling lengkap melengkapi,dan sempurnalah ia.

  5. Harap-harap yang dok mengampu itu buka mata sikit,tak nampakah malapetaka demi malapetaka dok menimpa kita rakyaat malaysia.1 hari lepas heli jatuh/kemalangan dan hari ini tak pernah jadi train sama train berlanggar,tak bala kah itu.Orang nak berubat kita marah,kata orang sabotage.Habis macam mana nak biarkan hantu-hantu berkeliaran,nak tunggu gosthbuster mengambil alih bagi melokapkan/pasong hantu-hantu ini.Terlalu malu dengan bangsa sendiri yang bersifat SELFISH.

  6. Saya lebih suka kalau Najib ni kita serah pada Allah yang menentukan… sekiranya dia buat baik semoga Allah melindungi beliau TETAPI sekiranya dia membuat kerosakan dan penipu, semoga Allah letakkan beliau di tempat yang paling keji dan ditunjukkan di atas mukabumi ini sebagai pengajaran pada yang lain…. Aamiin.

    1. Awat najib sorang saja? Tok guru eddie ah wang lagu mana?

  7. Ajar lah perkara yg betul sebagaimana yg Nabi Muhammad s.a.w ajar.

    janganlah kerana terlalu ingin dunia sampai bersedia menempah neraka. Penulis blog yg terpesong dari jalan kebenaran akan disokong oleh org yg sama fikrah.

  8. Masuk ini sdah 4 kejadian malang terjadi d era pimpinan Najib.
    Mungkin Allah nak beri kesedaran tapi kalau hati sdah hitam, nothing can change the situation.

    1. Paling malang ialah bila di abad ke 21, kedah dapat MB tahap form 3!!!!

    2. Ada yang kata bukan Form 3 tapi Form 5.
      Kahkahkah…..

    3. biak p la kat dia. dia nak jadi mb. hg pa susah ni pasai apa..terok ls lu

    4. kurang2 1malaysia kenai mb kedah mat Bashah. siapa tau nama mb Perlis?

    5. Heh heh heh… Betoi sangat2… femessssss…

      kurang2 1malaysia kenai mb kedah mat Bashah. siapa tau nama mb Perlis?

      Aku suka komen2 hangpa di entry ni… Santai sambe bantai… BEST2Every1!!!

  9. Masuk ini sdah 4 kejadian malang terjadi d era pimpinan Najib.
    Mungkin Allah nak beri kesedaran tapi kalau hati sdah hitam, nothing can change the situation.

  10. Najib tak layak mati dlm accident udara atau apa saja accident. Nanti akan ada penghormatan negara dan siap dikebumikan di makam pahlawan. Najib hanya layak mati di penjara.

    Saya ingin melihat Najib diseret ke mahkamah sebagaimana dia buat kat Rafizi dulu. Bergari, kaki ayam dan pakai baju lokap polis.

    1. Saya pun tak setuju orang mendoakan Najib mati dalam kemalangan helikopter. Saya lebih suka dia dibawa ke muka pengadilan dan disumbat ke dalam penjara kerana kesalahan songlap duit rakyat.

    2. Kerat tangan dia

  11. Musibah lgi keretapi bertembung apa nak jadi malaysia ku

  12. Betoi tu.. Ramai yg simpan dlm hati. Xckp terus terang. Kalau buat baik, rakyat minta mcm tu walau bkn penyokong sekalipun. Tp ni dh teruk sgt, rakyat marah. Luahan mcm tu lah yg dpt ditunjukkan.

  13. Kudos Bro… memang betul pun mereka2 itu mentedarah duit gaji dari pembayar cukai… tiada syak wasangka lagi benar sebenar-benarnya

  14. Masa karpal singh dulu, siapa yang sorak?

  15. Kalau itulah luahan dan pandangan rakyat awam maka eloklah seseorang pemimpin itu menilai maruah dan harga diri justuru itu nilailah diri sendiri dan adalah lebih baik kita undur daripada kita diundurkan fikir fikirkanlah

  16. Hajat melalui hujah-hujah dan tulisan-tulisan agar sipulan-sipulan ditimpa musibah atau kecelakaan adalah doa. Mendoakan kecelakaan ke atas saudara Muslimin amat ditegah agama.

    Pesuruh Allah Muhammmad s.a.w pernah mendoakan kecelakaan. Baginda Rasul berhajat kepada Allah ke atas kabilah kufur lagi zolim yang membunuh para qurra. Dari peristiwa itulah anjuran sunnah Qunut Nazilah.

    Di zaman moden kejahatan kabilah Quraish dijelmakan dalam pelbagai amalan. Hukuman mati dari pengadilan yang salah; hukuman penjara dari bukti-bukti fitnah; penindasan fizikal dan mental ke atas pembayar zakat, golongan fakir dan miskin, para wali, ulama dan ilmuan, wanita dan kanak-kanak; bersubahah dan menipu daya ke atas amanah-amanah rakyat dan negara; adalah antara contoh kezaliman amalan Quraish. Sekiranya perkara ini berlaku di negara kita, daripada kita mencemuh dengan kata nista, adalah baik kita mengamalkan Qunut Nazilah. Doa sunnah ini lebih dekat kepada Allah. Dan lebih penting kita terlepas dari dosa umpat, fitnah dan dusta.

    1. dlm ramai2 ni. hg aku tengok ada akai cikit…yg lain merapu….

    2. Woit 1424 kmu hakim emdebe kakaka

    3. Woit 1424 kmu hakim emdebe kakaka

    4. 15:41…jgn lah marah bro…steady..aku darah bugis

    5. Najib telah melanggar perintah Rabbil alameen…

      ”Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat. Dan Allah melarang perbuatan2 keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
      (surah An-Nahl :90)

    6. …anon 1610, lanun bugis kot.

    7. bugis darah pahlawan yg baik. hangpa tak tau

    8. Anom 17:23….

      Pooooooooorah! Pahlawan penakut yang tak ada teloq…. asyik suruh pemakan dedak yg bersuara, sendiri diam menikus….

  17. Kebanyakkan rakyat malaysia, secara jujur la, tak hirau sgt hal derma 2.6 billion & 1mdb. Hal-hal tersebut bagi mereka..complicated. Malas nk fikir panjang..kecuali yang bagi mereka yg benar2 prihatin. Rakyat marah apa yg memberikan kesan terus pada mereka.. lebih tepat…GST. No 2..kenaikan harga barang. No 3..ekonomi agak lembab, otak najib mcm tak jalan sedangkan sepatutnya malaysia bergelar negara maju menjelang 2020…Kroni najib dan pak menteri sekarang ni harapkan urusan kerajaan diserahkan kpd mereka (diswastakan). Dah takde apa yang tinggal..projek pun tak banyak nak direbutkan. Hasilnya…hari2 rakyat menyumpah najib. Silap haribulan, tuhan kabulkan…pendek umur dia. Tolong jgn tanam kat makam pahlawan. Tak layak.

    1. awat la hg marsh dgn najib..kesian kat dia..bagi la dia chan….
      jgn dok marah sgt…tak elok

    2. Anon 14.05
      Kalau mati tanam kat makam pahlawan pun belum tentu masuk syurga. Syurga ni bergantung pada amalan seseorang. Misal kata, kalau perompak ditanam kat makam pahlawan tak menjanjikan dia terlepas dari azab. Jadi apalah sangat simbolik di dunia ni? Mana pun di tanam duduk dalam tanah juga walaupun atas dunia nampak cantik.

      Jadi eloklah muhasabah diri jangan buat kemungkaran, jangan mencuri merompak, jangan nayakan oramg, jangan jadi munafik, menipu, berpura2, jadilah orang yg amanah dan ikhlas. Kalau di dunia boleh terlepas tapi akhirat tentu tak boleh lepas.

    3. Pasti ada ramai yg nak kencing kat kubur najib nanti.

  18. Kerajaan Gampang Najib Razak perkenalkan dasar2 menekan rakyat..hapus subsidi, kenakan gst, harga brg naik & hutang negara meningkat. Tu punca utama luahan hati rakyat membenci najib secara semulajadi masa bg komen di media sosial. Marah dipendam mendalam & hampir setiap hari. Bila dilanda masalah, automatik teringat muka najib. Bukan sbb diorang ahli pembangkang pun..diorang rakyat biasa je. 80% belanjawan digunakan sbg perbelanjaan mengurus, byr gaji & pencen etc. 20% je utk pembangunan. Tiap2 tahun najib tertekan nak ambik hati pekerja awam & bekas pekerja awam. Kalau tak, takut hilang undi masa pilihanraya. Dah tau duit takde, berjimat cermatlah. Bukan menekan rakyat. Aku tak salahkan sapa2..dah tau negara terlalu bergantung pd hasil minyak & gas, carilah alternatif lain…perkenalkan sumber ekonomi baru, kurangkan tariff & tarik pelabur asing. Ni tak..pg ikut cakap individu mcm ahmad maslan, irwan serigar nk bt apa..PM paling sial dlm sejarah malaysia!!

    1. steady la bro..marah nampak. bawa bertenang..
      .

    2. …bannyakkan istigfar.

  19. Ulasan yg bernas..harap deklarasi rakyat berjaya..hapuskan najib..mcm hapuskan denggi

    1. amboi…awat hg ckap lagu tu…berdosa hg tau…kesian kat najib..

    2. …bukan hapuskan denggi. Hapuskan WABAK denggi.
      …anon 1427, hapuskan WABAK mana ada dosa, pahala ada lah.

    3. amboi sampai hati hangpa cakap.najib mcm denggi..tak elok lagu tu

    4. Kalau cakap mcm toyol boleh dak??

    5. toyol mana bleh ckap

  20. Ulasan yg bernas..harap deklarasi rakyat berjaya..hapuskan najib..mcm hapuskan denggi

    1. Ahjibgor panggil kita bangang, ahjibgor panggil kita jemuan. Nah, pada masa kini agaknya siapa yg betui BANGANG dan JEMUAN?

    2. najib tak cakap pon..hg ni buat cerits. bawa bertenang…

    3. hg jgn la maki hamun najib lagu tu. tak elok. kesian kat najib..

    4. …kesian, kesian, kesian.

    5. Siapa sanggup menikah dgn anak najib????

  21. Budin, ayat perlu tukar 'bukan jarang dilakukan oleh pemimpin dunia yg lain', 'tidak pernah dilakukan oleh pemimpin dunia yg lain'

  22. Budin, ayat perlu tukar 'bukan jarang dilakukan oleh pemimpin dunia yg lain', 'tidak pernah dilakukan oleh pemimpin dunia yg lain'

  23. Tuan Shahbudin, ulasan terbaik!

    1. …kipiDAP

    2. betut betut betut , manyak betut maa aa .

  24. Takda pulak org minta tun.mahathir dan tun siti hasmah terlibat dlm kemalangan itu kenapa mapodolong dan mem badak juga di doakan?perbuatan dan amal jadi ukuran bkn perkayakan diri dgn segala mcm penipuan ini la ganjaran anda yg rakus.

    1. Tun Siti Hasmah hingga ke hari ini tak pernah dicaci-hina, dimaki-hamun, digelar dgn bermacam panggilan yg mengaibkan oleh org.

      Walaupun ada yg tak puas hati dgn Tun M tapi mereka tak pernah libatkan Tun Siti Hasmah sebab Tun Siti tau jaga sikap, tingkah lakunya sebagai isteri kpd seorang pemimpin. Beliau tak pernah brsikap "lebih sudu dari kuah"….tak bersikap "hidung tinggi" (snobbish)….tak besar diri, sombong malah sangat rendah diri…..dan beliau "tak lapar" tergedik-gedik menonjolkan diri macam org lain tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.