MESEJ DARIPADA TUHAN

Semalam, 5 Mei adalah hari terakhir kebanyakan pemimpin pembangkang boleh berada di bumi Sarawak. Adenan Satem dengan keras dan angkuh menggunakan peruntukan autonomi Imigresen bagi menghalang pertandingan sama rata dan sama adil dengan seolah-olah hanya pemimpin BN saja boleh mendekati rakyat menjelang dua hari terakhir sebelum pembuangan undi.
Tetapi dengan berlakunya tragedi helikopter hilang yang melibatkan seorang timbalan menteri, seorang ahli parlimen, seorang ketua setiausaha kementerian dan tiga yang lain, semua pemimpin BN sebaliknya lebih sibuk bercakap mengenai kejadian itu di hari-hari terakhir di mana mereka sepatutnya lebih menggunakan segala usaha untuk meraih undi.
Bagi pemimpin peringkat negeri, mungkin gerak kerja kempen mereka tetap seperti biasa, tetapi bagi pemimpin Semenanjung, terutamanya Najib Razak dan Zahid Hamidi, menteri-menteri dan yang lain-lain, tumpuan tentu saja lebih kepada tragedi malang itu, tambahan pula ia melibatkan nyawa orang-orang penting dalam kerajaan.
Dengan itu, agenda mendekati pengundi di saat-saat akhir sebelum pembuangan undi secara tidak langsung telah hilang fokusnya.
Berdasarkan penemuan awal satu jasad wanita sehingga tengahari tadi dan beberapa bahagian helikopter yang bertaburan setakat ini, adalah dipercayai kesemua penumpang telah terbunuh dalam kejadian malang itu.
Melalui tragedi yang tidak disangka-sangka itu, Tuhan sebenarnya cuba menghantar mesej untuk sebuah keangkuhan dan kesombongan yang selalu menjadi amalan manusia yang berkuasa sehingga merasakan mereka boleh berbuat apa saja di dunia ini.
Sama seperti pemimpin pembangkang yang dihalau dan dinafikan hak bertemu rakyat, majoriti pemimpin BN juga akhirnya sama-sama tidak dapat menjalankan kerja-kerja kempen pilihanraya di saat-saat akhir.
Lantaran  itu, bagi yang mahu berfikir, berpada-padalah menggunakan kuasa dan jangan sampai lupa bahawa Tuhan sentiasa ada memerhati kita. Tuhan pasti adil kepada kita semua.
Kepada pengundi Sarawak, fahamilah mesej Tuhan itu dalam menunaikan tanggungjawab pada 7 Mei nanti untuk sekurang-kurangnya membuang keegoan dan keangkuhan mereka yang berkuasa itu, kalau pun tidak mampu melakukan perubahan yang lebih menyeluruh.
Lebih penting daripada itu, jika pun BN menang dengan bergaya dalam pilihanraya ini, kesedihannya tetap dirasai oleh ramai orang berbanding mahu bergembira meraikannya.
Tragedi helikopter terhempas yang berlaku di Sarawak ini juga mengingatkan kepada kejadian yang sama kira-kira setahun lalu di Semenyih yang melibatkan kematian Ahli Parlimen, Jamaluddin Jarjis, seorang pegawai kanan di pejabat Perdana Menteri dan beberapa yang lain.
Dijumlahkan dengan tragedi kehilangan MH370 yang masih misteri dan MH17 yang ditembak jatuh Ukraine, bermakna dalam tempoh singkat 7 tahun pemerintahan Najib sudah berlaku empat kejadian berdarah serta menghibakan rakyat yang melibatkan kapalterbang dan helikopter.
Jika helikopter yang terhempas di Selangor itu mengorbankan seorang Ahli Parlimen iaitu Jamaluddin Jarjis, kali ini ia melibatkan dua orang iaitu Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar juga seorang timbalan menteri dan Wan Khairil Anuar Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
Kenapakah tragedi demi tragedi ini begitu kerap berlaku di zaman Najib dan tidak di era Tun Mahathir atau Pak Lah?
Apakah ia turut ada kaitan dengan keangkuhan dan keegoan terhadap kuasa yang begitu berleluasa yang dilakukan semata-mata untuk melindungi kesalahan demi kesalahan yang hakikatnya sudah pun menjadi perbualan seluruh dunia?
Sementara kita bersedih dan bersimpati dengan mangsa tragedi dan anggota keluarganya, yakinlah juga bahawa kejadian-kejadian buruk yang terlalu kerap dan tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini pasti ada mesej tertentu daripada Tuhan untuk kita semua. (SH 06/05/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm
Subscribe
Notify of
guest

60 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Asa Loan
Asa Loan
28 February 2017 5:44 am

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: [email protected], anda juga boleh menghubungi e-mel ini: [email protected], Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam… Read more »

Anonymous
Anonymous
24 May 2016 11:57 pm

sukar sangatkah menjadi pemimpin yang adil?..apa hati 2 kita perlu di bedah di buang yg hitam2
baik jadi anutan
jahat jgn jadi ikutan

Miss Vee
Miss Vee
12 May 2016 4:00 pm

AWAS !!
Budak Budak Dilarang Masuk !!
>>> KLIK HERE !! <<<

Salwah Abdat
Salwah Abdat
6 May 2016 2:45 pm

Najib dan kuncu-kuncunya adalah se jenis species yang tak makan saman dan jenis tak reti ambil iktibar…….!!!! Hukum karma

jual2u.com
jual2u.com
6 May 2016 2:41 pm

Askum… tuan tuan
jom jual produk terpakai atau baru di jual2u.com

terima kasih

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 2:08 pm

Insaf? Taubat? Perrrrghhh jauh ikan panggang dari bara

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 1:18 pm

Tanya si Najib, apa cerita dengan kotak hitam yang dia ambil daripada tangan pejuang militan Ukraine dengan cara memberi wang derma yang banyak kepada militan itu?

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 1:08 pm

Penguasa negara lupa bahawa alloh berkuasa untu segalanya.wlupun berlaku segala mcm penipuan wang rakyat malaysia masih bersabar bkn seperti negara2 lain dgn segala mcm rusuhan dan demonstrasi mereka tau kerajaan dari langit pasti balas semua kejahatan ini cepat atau lambat tpi pasti.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 12:48 pm

Ikan hangus….

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 12:09 pm

Ikan bakar n ahli tinju setuju dgn apa yg Tok Nan buat..jgn bagi masuk swak

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 11:42 am

Ngarut blog ni..hormat sikit keluarga mangsa kemalangan..mungkin famili kau org tak terlibat..nak dipolitikkan fikir2lah dulu..maka yg seronok komen2 yang tak beradap..

Mohd Sani
Mohd Sani
6 May 2016 1:23 pm
Reply to  Anonymous

Klu ngarut nape dok baca dn komen di sini..g cari blog aji adi ke atau blog aji harun din ke.
Ini blog politik..da ttu ianya berkisar politik

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 2:07 pm
Reply to  Anonymous

Anon 19.42 jangan dok buang masa kat sini. Sini hanya untuk orang yang boleh berfikir. Kau baik pi layan mykmu atau tv3

CiLi Padi
CiLi Padi
6 May 2016 2:27 pm
Reply to  Anonymous

19.42 apa yg tak beradab??
Baca dan paham betul2 maksud blogger dalam artikel di atas.
Jangan sikap taksub kau mengatasi minda LOGIK kau.
Dalam artikel ni ada PANDANGAN, PERINGATAN dan PENGAJARAN yg logik yg boleh diterima AKAL.
Tak ada apa pun yg menghina mangsa yg terkorban dalam nahas heli tu.
Kau pahamkan ISI ARTIKEL dan cara PENGOLAHAN BAHASA blogger ni betul2 dan tafsirkan dgn AKAL bukan dgn EMOSI.
Ada paham??

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 4:11 pm
Reply to  Anonymous

1942 ni ularmakk instant klu blog ni ngarut kmu memang goblok.takda sapa kutuk korban tpi memperingatkam geng lanun alloh yg maha kuasa dan maha adil memberikan tun mahathir kepada kita.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 11:25 am

mesej dari Tuhan yang tak mudah bagi manusia biasa terjemahkan kepada manusia di muka bumi.. kejadian yang berlaku memberi ikthibar kepada kita semua agar saling sayang menyayangi dan hentikan sifat fitnah-memfitnah antara satu sama lain.. walaupun kita berbeza, namun hakikatnya kita adalah sama di mata Tuhan.. Salam takziah kepada keluarga mangsa.

nur fatin
nur fatin
6 May 2016 11:03 am

Budin, sy admire komen u. Ayat tersusun, nyata dan telus. Tiada kompromi dan slambe

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 10:06 am

Kemungkinan sekiranya pilihan raya diadakan ditempat yang kosong maka ini satu ujian pada orang Melayu sama ada mereka sedar atau tidak apa yang telah berlaku semasa pemerintahan Najib,tunggu dan lihat apa tindakan pengundi akan ambil.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 9:58 am

Kita mintak Najib dan Adenan sedarlah dengan apa yg berlaku. Keangkuhan mereka ni semua yg buat negara ditimpa macam2 malapetaka.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 12:09 pm
Reply to  Anonymous

Kawan kita orang Sarawak kata bahwa pemerintahannya Adenan jauh lebih saksama dari CM dulu. Akan tetapi orang Sarawak memang sedar sangat terhadap kejelekan tindak-tanduk Najib cash-is-king.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 9:56 am

najib rosmah nazri kruak dahlan adenan aziz(tbg haji) zaid n others.
yr time will come. awak semua menipu rakyat. awak semua tak amanah. awak curi duit negara
the rate u guy doing. awak semua tak takut pada ALLAH.
duit haram semua awak telan.
saya SALUTE dua belah tgn pada awak semua. sebab awak tak takut dgn kuasa dan perintah ALLAH..
semua rakyat malaysia memaki hamun kamu semua setiap haribdan setiap saat.
SEDAR DIRI KAMU SEMUA.
ambil iktibar kemalangan heli yg berlaku.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 11:37 am
Reply to  Anonymous

Apa merepek2 ni..macam bagus sangat..bla la kau..

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 2:00 pm
Reply to  Anonymous

lancau lu 19:37..lu apa tau. itu org 17:56 ada cakap butul.
lu ingat najib sama dia punya org ada bagus ka..
lu bodoh la…mata ada buta ka baba punya org

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 9:44 am

Bagus Adenan.. Bagus..

Biar si Baghal dan Si Bangang dan sekaum dengannya sedor seket… dah lama bodoh nak mampuih tak sedar.. tak belajar… tak sama semenanjung dan sarawak dan sabah.

tak puas hati..menangis lah..

abrarmujahideen
abrarmujahideen
6 May 2016 9:39 am

Adakah nasib Najib seperti Firaun yg mati tenggelam di dasar laut merah?????? Bertaubat sebelum ajal menjelma..

Al-Ahmad Othman
Al-Ahmad Othman
6 May 2016 8:43 am

Manusia merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik..Alfatihah buat mereka yg terkorban,moga roh mereka diterima oleh Allah s.w.t.Mati itu pasti cuma kita tidak tahu cara bagaimana kita akan mati???Bergantung kepada amalan masing2 selama hidup di muka Bumi Malaysia ini.Harap ianya menjadi pedoman untuk membuka/mengetuk pintu2 hati pemimpin yang rasa hidup ingin menongkat Langit Dan Bertuhankan Nafsu.Rakyat sentiasa memohon DOA kehadrat Allah Taala agar memberi Pengajaran yg berguna kepada pemimpin yg sombong,Bongkak dan Angkuh ini,masa dan ketikanya PASTI AKAN TIBA!!!!.

Al-Ahmad Othman
Al-Ahmad Othman
6 May 2016 8:42 am

Manusia merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik..Alfatihah buat mereka yg terkorban,moga roh mereka diterima oleh Allah s.w.t.Mati itu pasti cuma kita tidak tahu cara bagaimana kita akan mati???Bergantung kepada amalan masing2 selama hidup di muka Bumi Malaysia ini.Harap ianya menjadi pedoman untuk membuka/mengetuk pintu2 hati pemimpin yang rasa hidup ingin menongkat Langit Dan Bertuhankan Nafsu.Rakyat sentiasa memohon DOA kehadrat Allah Taala agar memberi Pengajaran yg berguna kepada pemimpin yg sombong,Bongkak dan Angkuh ini,masa dan ketikanya PASTI AKAN TIBA!!!!.

nick
nick
6 May 2016 8:03 am

Apa yang saya mushkil, apakah kuasa Adenan untuk menghalang pemimpin2 pembangkang masuk ke Sarawak? Bukankah apabila DUN Sarawak dibubarkan, Adenan sudah tiada jawatan dan kuasa sebagai Ketua Menteri! Jadi, kenapa pula perlu merayu kepada dia untuk masuk sedangkan dia hanyalah rakyat biasa sahaja yang tidak mempunyai kuasa (selagi belum menang pilihanraya dan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri)? Sememangnya Malaysia ini negara yang mengamalkan demokrasi terbalik! Duit rasuah boleh di fatwakan sebagai derma. Ahli politik dianggap sebagai pemilik negeri atau negara sedangkan sepatutnya mereka itu tidak lebih dari orang gaji dan orang suruhan rakyat (bukan VVIP). Hanya di Malaysia sahaja, demokrasi… Read more »

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 8:41 am
Reply to  nick

itulah org byk cakap yg sarawak ini bapak adenan satem yg punya.. Dia masih guna undang2 rimba.. takder telur.. klau pemimpin pembangkang semua turun pun, tak mungkin sarawak jatuh ke tangan pembangkang..

Cahaya Al Majid
Cahaya Al Majid
6 May 2016 7:56 am

Salam dan takziah.
Bayangkan apabila mati dalam keadaan bersubahat dengan pemimpin yang pembohong dan penipu. Lupakah kita tentang peringatan Allah swt.?

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 8:44 am

Diaorg lupa, dengan Tuhan 'Cash is Not a King'

Cahaya Al Majid
Cahaya Al Majid
6 May 2016 7:56 am

Salam dan takziah.
Bayangkan apabila mati dalam keadaan bersubahat dengan pemimpin yang pembohong dan penipu. Lupakah kita tentang peringatan Allah swt.?

NordinabilaH
NordinabilaH
6 May 2016 7:19 am

Takziah diucapkan kepada waris mangsa semoga roh mereka ditempatkan bersama para suhada dan orang2 soleh ia juga mengingatkan kpd yg hidup mati itu pasti dan janganlah angkuh cepat2lah bertaubat dan berundurlah

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 7:14 am

Sah dedak Noh Omar
dan Jamal Ikan Tongkol
akan ditambah untuk
memastikan P93 Sungai Besar
terus jadi milik BN/UMNO.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 10:36 am
Reply to  Anonymous

Cukup Lumayan pendapatan jamal ikan tongkol kali ni

Mohd Sani
Mohd Sani
6 May 2016 1:14 pm
Reply to  Anonymous

Jgn lupa, kmenangan bn majoriti yg kcik skitar 300 je di kaw almarhum/allayarhamah .kita bg ingatan skit umno/bn dgn mmenangkan pkr/pas

Mohd Sufian
Mohd Sufian
6 May 2016 7:06 am

Salam. Zaman Tun highland tower Dan jeti feri runtuh di Penang. Zaman paklah tsunami juga di Penang. Zaman apai besaq 2 kapai 2 heli…
Maknanya apai ni memang masuk jel. Balasan Allah swt. Munafik.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 10:14 am
Reply to  Mohd Sufian

Gempa bumi.. banjir besar luar biasa.. kena serang lahad datu.. culik2 byk.. apa lagi la lps ni

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 10:43 am
Reply to  Mohd Sufian

Panaih el nino ni x kira ka?

AF Global
AF Global
6 May 2016 6:54 am

Salam takziah kepada seluruh keluarga kenamaan terlibat..Allah maha besar..ittaqullah semoga kita semua dilindungiNya..

AF Global
AF Global
6 May 2016 6:53 am

Salam takziah kepada seluruh keluarga kenamaan terlibat..Allah maha besar..ittaqullah semoga kita semua dilindungiNya..

NordinabilaH
NordinabilaH
6 May 2016 6:52 am

Takziah diucapkan kepada waris mangsa semoga roh mereka ditempatkan bersama para suhada dan orang2 soleh ia juga mengingatkan kpd yg hidup mati itu pasti dan janganlah angkuh cepat2lah bertaubat dan berundurlah

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 6:46 am

Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala semua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa buruk pada hari kiamat, setelah ternyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah sangkakan. (47)
Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan, dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah mengejek-ejek itu. (48)
[surah al-Zumar]

PutraKraken
PutraKraken
6 May 2016 6:40 am

InnalilahiWainaialihirojiun.
Allah menentu segalanya.

Ada kebenaran apa yang sdra sebutkan dalam tulisa sdra kali ini. Hanya kita selalunya tidak menginsafi disebalik tragedi atau memang tak mau ambil iktibar.

Masa untuk Najib pastinya akan sampai jua.

CiLi Padi
CiLi Padi
6 May 2016 12:25 pm
Reply to  PutraKraken

Bagi yg mahu ambik iktibar akan INSAF.Tapi malang bagi yg keras hati tak mau terima pengajaran yg ada.Lebih malang yg pikir wang ringgit, harta, pangkat dan kuasa boleh selamatkan dirinya.Duit berbilion tak ada makna dalam alam barzakh.Cash is NOT GOD. Dulu Khalifah Islam menangis apabila dilantik menjadi Khalifah kerana takut tak dapat laksanakan tanggungjawab sebagai yg dituntut Allah.Tapi akhir zaman hari ini manusia BEREBUT2, TAMAK dan menjadi JAHAT semata kerana KUASA, WANG RINGGIT dan PANGKAT.Sedangkan SEMUA itu akan DITINGGALKAN. Sedarlah kamu seorang pemimpin akan dipertanggungjawabkan atas semua kawajipannya oleh MAHKAMAH ALLAH swt.Satu MAHKAMAH yg tak mungkin sama sekali boleh LARIKAN… Read more »

CiLi Padi
CiLi Padi
6 May 2016 12:38 pm
Reply to  PutraKraken

Bagi yg masih bernyawa dan bagi mereka yg ANGKUH dan MEGAH dgn KUASANYA……menganiaya hamba Allah yg lain dgn KUASA yg dia ada……maka tunggulah anda, ALLAH akan tunjukkan kepada anda KUASA yg SEBENAR.

Wallahualam.

Takziah kpd mereka yg terkorban dlm nahas helikopter Sarawak, moga Allah ampunkan mereka dan tempatkan mereka di tempat yg baik di sisiNya….amin.

asri adnan
asri adnan
6 May 2016 6:38 am

setiap yang bernyawa pasti menemui mati, marilah kita sama-sama menginsafi diri tentang hakikat kehidupan di dunia ini

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 6:32 am

Jangan lupa, sepupunya nyaris hilang nyawa melibatkan helikopter pada petang hari pru13.

paktam
paktam
6 May 2016 6:20 am

Apa yang berlaku sebenarnya untuk orang semenanjung jangan kacau Serawak. Yg kena orang semenanjung bukan orang Serawak.

paktam
paktam
6 May 2016 6:20 am

Apa yang berlaku sebenarnya untuk orang semenanjung jangan kacau Serawak. Yg kena orang semenanjung bukan orang Serawak.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 5:44 am

PRK…nak tengok sejauh mana hebatnya BN.

Salahguna kuasa menghalau pemimpin lawan..akhirnya dapat balasan.

Allah nak tunjuk siapa lagi berkuasa.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 5:16 am

Yakin lah bahawa giliran bapa koruptor, pembelit, pembohong dan penyamun duit negara akan tiba jua dengan kehendak Allah. Manusia haloba dan kejam bertopeng "pemimpin no 1" ini akan terima akibat yang tidak sedikit dari maha Pencipta yang adil lagi mengasihani. Sejarah akan tercipta di Malaysia tidak lama lagi andai Allah kabulkan doa dan aduan rakyat jelata yang teraniaya oleh pemimpin yang rakus dan lupa tanggung jawab sebagai makhluk ciptaan Nya.

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 7:27 am
Reply to  Anonymous

Mappadulung ada 15,000 tok bomoh mendukungnya lah… musyrikin!

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 5:13 am

Takziah kpd waris…

damai
damai
6 May 2016 5:13 am

Komen yg menginsafkn org yg ego fgn kuasanya.

damai
damai
6 May 2016 5:13 am

Komen yg menginsafkn org yg ego fgn kuasanya.

lautmasin
lautmasin
6 May 2016 7:21 am
Reply to  damai

Boleh insaf ker depa ni?

Anonymous
Anonymous
6 May 2016 10:42 am
Reply to  damai

Hahaha.. reti insaf ke ha? Mlm ni togok arak lagi ada.. yahoo… bangun pagi besok, berkira2 lagi berapa banyak lagi nak merembat masuk poket?

Insaf? Tuhan? Agama? Hahaha.. pada UMNO dan BN, ini sumer boleh pergi mampos la.

Kita rakyat saja boleh dibodoh2kan dgn sebut-sebut ayat agama, nama2 tuhan ni je jadi kecut perut. Derang menteri anak beranak sumer, kalo boleh, nak lawan dan ambilalih tugas tuhan. Petunjuk ka.. mesej ka.. sumer UMNO bolayan ja..

CiLi Padi
CiLi Padi
6 May 2016 11:50 am
Reply to  damai

Sabda2 Rasulullah saw yg TERBUKTI sudah berlaku pada masa ini. Sabda2 Rasulullah saw:- “Kalian akan dipimpin oleh para pemimpin yang mengancam kehidupan kalian. Mereka berbicara (benjanji) kepada kalian, kemudian mereka mengingkari (janjinya). Mereka melakukan pekerjaan, lalu pekerjaan mereka itu sangat buruk. Mereka tidak senang dengan kalian hingga kalian menilai baik (memuji) keburukan mereka, dan kalian membenarkan kebohongan mereka, serta kalian memberi pada mereka hak yang mereka senangi.” (HR. Thabrani). Dari Abu Hurairah ra yang berkata bahwa Rasulullah bersabda: “Akan ada di akhir zaman para penguasa sewenang-wenang, para pembantu (pejabat pemerintah) fasik, para hakim pengkhianat, dan para ahli hukum Islam (fuqaha’)… Read more »

Anonymous
Anonymous
7 May 2016 6:12 am
Reply to  damai

Kena minta fatwa punasihat lebai musang berjanggut dulu…
ke guaner ding???