POLIS PENGIRING TUN M – MENGAPA ZAHID TAK MAHU JAWAB SENDIRI?

Kelihatan agak janggal bila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar untuk mengeluarkan kenyataan berhubung penarikan khidmat polis pengiring ke atas  bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.
Zahid mewajarkan tindakannya dengan berkata, “ini kerana berkaitan pihak polis, saya lazimnya tidak terlibat dalam soal operasi, saya hanya terlibat dalam soal dasar saja.”
Bolehkah diterima soal menarik khidmat polis pengiring itu semata-mata soal operasi dan tiada kaitan dengan dasar?
Kalau ia pun berkaitan operasi, ia tentulah tidak seperti operasi polis tangkap pencuri, cegah jenayah atau operasi mengesan kecuaian pemandu di jalanraya yang menyebabkan Menteri Dalam Negeri tidak boleh bersuara sama sekali?
Bukankah dalam soal penarikan khidmat polis pengiring itu, Menteri Dalam Negeri lebih sesuai bercakap mengenainya berbanding Ketua Polis Negara, lebih-lebih lagi yang menjadi subjek ialah seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri?
Mengapa Zahid perlu mengelak? Mengapa seolah-olah takut untuk berterus terang membela Najib dan kerajaan dalam keputusan menarik polis pengiring itu?
Kenapa beliau tidak seberani Nazri Aziz yang secara terbuka mengatakan penarikan polis pengiring itu merupakan tindakan yang tepat berikutan Tun Mahathir sekarang tidak sehaluan lagi dengan kerajaan yang dipimpin oleh Najib.
Main selamat ke? Atau dah letih membela Najib?
Yang rakyat ingin tahu juga ialah siapakah memberi arahan berkenaan penarikan khidmat polis pengiring itu?
Apakah ianya datangnya daripada Najib, Zahid atau “pandai-pandai” Khalid melakukannya berdasarkan operasi polis?
Oleh kerana ramai yang menyalahkan Najib berhubung penarikan khidmat polis pengiring itu, terutamanya kerana Zahid dan Khalid tidak bermusuh secara langsung dengan Tun Mahathir, apakah dengan menyerahkan kepada Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya, bermakna Zahid tidak mahu terpalit apa-apa dengannya?
Apakah jauh di sudut hatinya, Zahid turut simpati dengan Tun Mahathir sebagai negarawan yang sudah berusia 91 tahun diperlakukan sedemikian rupa, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa selain menyenyapkan diri sahaja? (SH 04/05/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

57
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousQalamQabutCiLi PaDiSalwah AbdatJoe Harry Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Memang ada arahan tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Group zahid tau sangat, najib ni tak lama. Play safelah bro. Kalau tergolek nanti takdelah dia kena tinggal bas. Zahid ni dari dulu politik dia politik nak hidup. IGP tak lama dah pencen. Suruhlah dia komen. Zahid selamatlah.

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

Isu penarikan pengiring Tun M ni hanya mengundang KEMARAHAN RAKYAT je.
Lagi ramai yg narah lagi ramai yg bangkit.
Memang satu langkah yg tak bijak langsung.
Takkanlah tak ada satu pun jasa Tun M pada rakyat dan negara??

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak kalih perhatian dari isu 1MDB tu….,duit masok Aabar BSI tak terjawab, 1MDB dah default tak terjawab….sekarang nak jadikan Tun sebagai isu….taktik kutu kampong lulus tahap SRP

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Salah tu CiLi PaDi4 May 2016 at 14:36,

Bukan 'satu langkah yg tak bijak langsung' tapi langkah yg bongok dan bangang bagi pihak Najib, tapi bagi kekuatan bagi pihak kita. Semakin ramai lagi yg dapat lihat bagaimana niat jahat Najib nak kukuhkan kuasa kuku besinya. Ada saja tindakan tak senonohnya yg buat rakyat semakin marah padanya dan dalam masa yg sama bertambah kasih dan kasihan kepada TDM.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau Zahid naik jadi PM , tugas pertama dia kasi buang menteri2 dedak & Mp dedak.kalau dia buat,aku mmg tabik hormat sama dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau badut naik jadi PM dah tentu si bapuk tu pula terkinja kinja nak jadi TPM.
Si badut kata dia hanya pembuat dasar dan tak terlibat dalam operasi.
Si bapok tu dulu masa jadi menteri kdn kerja operasi pun dia buat sehinggakan kerja kerja IGP masa tu Datuk seri Musa Hassan pun dia nak buat.
Dia rasa dia lebih pandai dan lebih berkuasa drp Datuk seri Musa Hassan

RD.
Guest
RD.

Pada saya tokoh yang mampu kembalikan kewarasan dalam kalangan Kabinet Najib adalah Dato Ahmad Said, bekas MB Trengganu. Beliau nampaknya sangat 'kebal', maklumlah kesinambungan pemerintahan BN di Trengganu terletak ditangannya, bersama seorang-dua rakan ADUN yang baik dengan beliau. Misalnya, Dato Ahmad Said sudah tentu mampu 'mengugut' supaya jangan dipecat Muhyiddin atau Mukhriz. Jika haramjadah-Nazri-gangster masih bertegas mahu memecat mereka berdua, Dato Ahmad juga akan keluar UMNO bersama 'kawan-kawannya'.Tapi sayang, Dato Ahmad Said masih berdiam apabila haramjadah tu ajak bertumbuk denga seorang tua 91 tahun.Ramai kawan saya di FB yang selama ini berada diatas-pagar sudah mula menyuarakan kemarahan mereka terhadap haramjadah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tinggi sunggguh cita cita nazri aziz tu ya
Sebelum nazri aziz nak cabar Tun Mahathir bertumbuk dgn dia aku nak cabar nazri aziz dulu.
Mai lah cuba main selangkah dua dengan anak kedah dulu.
Aku nak cakap byk byk aku tak mau.
Tetapi kalau nazri aziz masih berminat silakan

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju sesangat anon 1221..anak selangor pon teringin juga nk tgk gaya persembahan nazri aziz ni..sumbang ke tak..kalau sumbang boleh diPERBETULKAN bg igt..

Anonymous
Guest
Anonymous

Masa Tun M jadi PM dulu nazri aziz tu terketar ketar mcm tikus.
Ini wajah manusia yg langsung tak mengenangkan jasa orang yg telah memberikan dia peluang dulu
Dasar melepaskan anjing yg tersepit si nazri ni
Dulu dia juga yg kata Tun Mahathir kalau baling kaca pun tak pecah. La ni dia nak tumbuk Tun pula.
Cubalah tumbuk Tun kalau kau betul2 anak jantan kami nak tengok!!!
Cakap besar sungguh haram jadah ni macamlah dia makan besi.
Belum tentu lagi Tun makan cekak kau lah nazri.
Aku nak tengok sgt kejantanan kau nazri
Air pun ada pasang surut inikan lagi kau nazri.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya tak hairan dia tak komen kenapa pengiring Tun ditarik kerana ada orang yg lebih besar pun tak tahu siapa yg masukan duit dlm akaun dia yg boleh cakap hanyalah anjing2 belaan saja tugasnya merapu dan menyalak dia pun iupa nak tengok dirinya fikir2kanlah

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Saya tak hairan dia tak komen kenapa pengiring Tun ditarik kerana ada orang yg lebih besar pun tak tahu siapa yg masukan duit dlm akaun dia yg boleh cakap hanyalah anjing2 belaan saja tugasnya merapu dan menyalak dia pun iupa nak tengok dirinya fikir2kanlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Masa tiada highway, org nak menuju hospital sebab bonda dan ayahnda sakit …payah…
Antara jasa Tun adalah highway yang dibina….Banyak pahala dia yang ko panggil Orang Tua tak Berguna.

Ingatlah…..Nabi x ajar kita memanggil orang lain dengan gelaran gelaran yang tidak baik. Adakah saudara Khalid mampu memohon maaf sebelum ajal Tun? Jika belum memohon maaf….segeralah berjumpa Tun.

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Sebenarnya aku kena puji Najib kerana aku rasa dia yg ilhamkan isu ‘polis pengiring Mahathir’ ni, kasi slo sikit TDM nak jelajah Malaysia dgn Deklarasi Rakyatnya. Nak harapkan ilham dari menteri2nya memang tak boleh, bodoh macam lembu. Dan aku rasa dia yg suruh Zahid explain pada rakyat. Zahid pula pass kepada Khalid, dan tak hairan jika akhirnya prebet yg dok terima aduan di pondok polis Simpang Rungkup yg kena jawab. Bila Zahid cakap “…saya lazimnya tidak terlibat dalam soal operasi, saya hanya terlibat dalam soal dasar saja” bermakna itulah dasar ‘jaga periuk nasi sendiri’ demi masa depan kariernya. Dulu dia… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ramai lagi yg layak selain nazri.. Carilah org yg ada akhlak yg terbaik.. Agama yg diutamakan.. Ini hal memimpin org ramai.. Kenapa setuju angkat pemimpin dari kalangan org2 sedia buat kerosakan.. Pilih org yg layak memimpin.. Bukan berani cakap semata2..

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Tak ada ke puak Najib nak sokong Nazri jadi PM? Kan dia yg paling berani! Aku percaya bukan saja dia berani bertumbuk dgn TDM, tapi wartawan asing pun disergahnya. Maam tu le kalau nak jadi PM. Bukan setakat berani kelentong rakyat saja macam boss dia sekarang ni.

Pasal akhlak tu pandai2 le dia kontrol bila dah jadi PM nanti. Kita pun pakat2lah berdoa supaya dia jadi PM yg soleh dan berakhlak mulia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bwtul En Khalid samad. Setuju sangat kalu kos escort tu digunakan untuk kebajikan. Tapi kenapa pak lah yang tua tu pun perlu escort. Kan dia pun kaya raya. Pak lah boleh bayar duit sendiri apa. Dak gitu En Khalid….ker guaner.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa Mahathir takut sangat sampai kena ada eskort? Tak ke lagi baik jika kos untuk escort orang tua tak berguna ni di gunakan untuk kegunaan kebajikan. Baik lagi tolong rakyat dari tolong orang tua yang sangat kaya dan mampu sewa pengawal peribadi sendiri tanpa membebankan kerajaan dengan menggunakan duit rakyat. Apa pendapat kau Budin?

Anonymous
Guest
Anonymous

TDM tak takut apa pon…pemimpin kau yang takut, takut jawab 1MDB, takut saman WSJ, takut dikritik lantas blacklist blog dan portal berita.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Kenapa pulak Tun Mahathir harus takut sedangkan yang buat taik si Najib justru itu najib lah yg harus rasa takut dengan perkara-perkara mungkar yang beliau lakukan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku rs tun m xde pon keluarkan kenyataan bahawasa ny tun m kesal dgn tindakan ny mengkritik najib sehinggakan segala jawatan,keistimewaan ditarik balik..yg aku tau tun m sedia ke penjara walau bersebelahan sel anwar..jd ko ade ape2 ulasan ttg ini ke cai..?

Joe Harry
Guest
Joe Harry

Anon 11.02,
Sampai saat ini tun tak pernah sebut dan pertikai penarikan polis pengiring terhadapnya. Yang mula buka cerita ialah DAKJ.
tetapi sebagai rakyat melihat perbuatan ini adalah sesuatu yang dayus. Memang la tun masih ada pengawal peribadi, kerana itu penting bukan untuk keselamatan dirinya saja tetapi untuk keselamatan negara sebab seorang mantan pm memgetahui semua tentang negara.
Polis pengiring hanya untuk mempermudahkan perjalanan diatas jalanraya.
Walaupun tun tidak sehaluan dengan pm najib tetapi tun ada juga jasanya semasa menjadi pm. Tun bukan telah disabit kesalahan jenayah.

Anonymous
Guest
Anonymous

En Khalid anda duduk dlm hutan ke?…komen mcm org takda akal…luaskanlah pengetahuan Jgn asik tengok tv tigasuku n utusan je.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Hidup Tun Mahathir…..!!!!
Khalid Samad Pencacai BN

Anonymous
Guest
Anonymous

Jgn kata tdm "org tua yg berguna".. Byk perkara kebaikan yg tun buat seperti yg semua maklum.. Sudah tentu tun juga ada kesalahan sbb sebagai manusia yg biasa.. Tapi yg ketara tun tak buat hutang negara berbilion2 dan dibayar oleh gst yg dikenakan pada rakyat.. Saya belum tahu adakah En khalid org yg berguna atau tidak.. Jadilah org yg berguna utk kebaikan bukan berguna utk kejahatan..

Anonymous
Guest
Anonymous

BUKTI ZAHID TAK LAYAK JADI PEMIMPIN, HATTA KETUA KAMPUNG.

POLITIK NAJIB POLITIK HAMPAS

Anonymous
Guest
Anonymous

Maka baik dan buruk di izinkan Allah berlaku supaya manusia dapat ambil perhatian, dan berikhtiar kepada amalan saleh dan membezakan kebenaran dari kebathilan… terus sabar memperjuangkan prinsip mulia sesama manusia.

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Nak lawan fakta mereka tak mampu jadi cara begini sajalah yang mereka boleh buat,, macam budak-budak belum masuk akal baligh…..!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib,Zahid dan semua Menteri Kabinet Kayu tak ada teloq.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pemimpin UMNO sekarang tengah "play safe" sebab Najib dijangka tak dapat bertahan lama.

Mereka tak mahu burn the bridge keterlaluan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha..betuiiii. Andaikata najib jatuh, nanti senang la yg bwh2 ni nak spin sana spin sini utk cover line.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tapi rakyat dah tahu belang mereka. Mereka sendiri yg mendedahkan belang masing2 kpd kita. Jadi kalau jatuh nanti tak payah jadi munafik main wayang kulit sebab semua rakyat dah tahu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah tahu.. tp masih sokong lg n undi lagi sbb takut sangat klu DAP memerintah. Dah tahu tp takut itu n ini. I dont have faith in mak cik pakcik di kg2x or pedalaman. Sorry.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamualaikum,,,,Terpegun seketika ketika membaca kisah Tuan Guru haji Mohd Zain seorang guru agama dan al quran di salah sebuah kampung di Pasir Mas.Beliau adalah ayahda kepada Ustaz Mohamaed Nawawi Mohd Zain, Ketua Urusan Dewan Uamak PAS, Kawasan Pasir Mas.Tuan guru Haji Mohd Zain adalah juga pengasas PAS bagi cawangan Kampung bechah Tendong, Pasir Mas dan seorang yang istiqamah kepada halaqah Islamiah sekalipun berbagai bagai goncangan yang melanda.Goncangan yang kalau dibandingkan dengan goncangan sekarang ini bukan apa apa. Tuan Guru Hj Mohd Zain hidup dan berjuang bersama PAS ketika Sebuah lagi parti Islam yang gagah dan mendapat sokongan kuat dari pemerintah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan bimbang broooo…. pas menang semua kerusi di Sarawak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari minyak panas kuali melompat ke dalam api…

Anonymous
Guest
Anonymous

tapi kenapa kat dalam parlimen malu2 kucing je…kat luar garang.
tengok MP Amanah lantang bersuara & berdebat.

paktam
Guest
paktam

Munkinkah tindakan ini sebagai balas dendam krn tidak terima sebagai bakal pengganti PM?

Anonymous
Guest
Anonymous

MIRI: Bekas Ahli DAP Perak dan ADUN Bercham, Sum Cheok Leng tiba di Miri hari ini bagi membantu kempen PAS yang merupakan kawasan majoriti Cina. Beliau berkata, hanya wakil rakyat PAS sahaja yang dapat membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri. “Saya datang dari Perak untuk sokong PAS bertanding di kawasan Cina. Selepas diwakili Roket (DAP) dan SUPP, (keadaan) ada berubah? “Kini hanya tinggal PAS yang mampu bawa isu rakyat. Saya gesa pengundi di sini sokong dua calon ini,” katanya dalam sidang media hari ini. Beliau merujuk kepada calon Pujut, Jofri Jaraeei dan calon Lambir, Arif Paijo yang turut hadir… Read more »

roslan othman
Guest
roslan othman

Tak habis habis lagi ka nak cerita pasal PRN Sarawak ,tolong la jgn ulas PRN Sarawak yang tiada faedah utk kami yang meluat dgn Najib dan Rosmah serta menteri menteri fasola tu.

roslan othman
Guest
roslan othman

Tak habis habis lagi ka nak cerita pasal PRN Sarawak ,tolong la jgn ulas PRN Sarawak yang tiada faedah utk kami yang meluat dgn Najib dan Rosmah serta menteri menteri fasola tu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mengong belake team najis ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul….inilah kabinet kayu. Jangan bagi lagi satu penggal kat dia orang. Naya kita nanti.

Anak Kuching Jantan
Guest
Anak Kuching Jantan

Ya Allah Kau berikan perlindungan kepada TDM sepanjang perjalanan yang Tun lalui. Sesungguhnya Kau lah yang maha berkuasa dan lebih mampu memberi segala perlindungan kepada hamba Mu. Biarlah pengiring polis dan pengawal peribadi menjaga mereka yang takut berhadapan dengan Mu, Ya Allah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Org yg menganiayakan org lain tapi dalam masa yg sama sibuk buat benteng kukuh utk jaga keselamatan dirinya sendiri, org spt inilah yg paling tak selamat.

Allah maha berkuasa, org begini pikir dia boleh selamatkan diri sendiri dgn usahanya. Bodohnya dia sebab Allah lah yg maha penentu.

Kalau Allah nak bagi penyakit yg bahaya menular dalam badannya pun boleh. Macam2 yg boleh jadi dgn kalimah Kun Fayakun. Bodohnya org begini bukan kepalang.

Perantau.
Guest
Perantau.

Tak apalah Tun,kalau di Tanahair hampir kesemua keistimewaan di tarik.Jika Tun datang lagi ke Jakarta,saya tetap akan lakukan saperti biasa,akan dapatkan Tun status 'Tamu Negara'yg punya keistimewaan polis pengiring dari PM(Polis Military)dan jalan yg Tun lalui akan di tutup saperti yg saya lakukan sewaktu Tun terima anugerah 'Star of Soekarno'.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terima Kasih byk2 Mas…Tersentuh hati bila dgr org Luar(Indonesia) sanggup Layan TunM seperti Mantan Presiden mereka…
Terima Kasih sekali lg Mas…

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Perantau ni orang kita yg dah lama mastautin di sana. Syukur ada dia di sana. Tapi Kerajaan Indonesia pun sanjung tinggi TDM walaupun hanya mantan PM saja.

Anonymous
Guest
Anonymous

macam boss dia jugak din ooi…mana ada teloq.
semoga lingkup semua umno, bn …in sya allah
berani kerana benar…
tak payah nak cover najib lah zahid ooi…bukan satu malaysia, satu dunia pun dak tau siapa najib harami nie…

Anonymous
Guest
Anonymous

Memang dasar munafik

Anonymous
Guest
Anonymous

Menghentikan kawalan keselamatan pengiring bekas perdana menteri adalah isu besar, isu nasional, bukan soal operasi biasa Zahid oi. You lah yang sepatutnya jawab isu ini bukan IGP.
Ini sesuatu isu yang besar yang melibatkan dasar semasa kerajaan. Hatta IGP tidak ada kuasa menghentikannya jika tiada hitam putih dari pihak yang lebih tinggi daripada beliau. Beliau sepatutnya menjawab adakah ianya diputuskan di peringkat kabinet. Mengelak daripada berhadapan dengan isu dengan mencampakkannya kepada pegawai kerajaan yang lain adalah sesuatu yang tidak bijak wahai Bang Zahid. You are HM. Kementerian yang kanan dalam kerajaan. Please stand up and be a man.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kita rakyat semua merasa MUSYKIL dengan tindakan pengiring Tun Mahathir ditamatkan. Kami rakyat sedang MEMANDANG senario seterusnya yg BAKAL TERJADI.

Anonymous
Guest
Anonymous

Biasalah,baling batu sembunyi tanggan.Dont worry be happy banyak cctv akan menunjukan kebenaran.Allah SWT yang mengiringi hambanya apa mau takut.Ketentuan TDM macam ini,tetapi ketentuen mereke2 yang menzalimi rakyaat pun akan terserlah.

Anonymous
Guest
Anonymous

keputusan menteri berdasarkan prinsip yang teras nilai penghargaan jasa besar seorang bekas Perdana Menteri!

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah perkhidmatan pengiring Tun ditarik kerana mempunyai "perancangna" lain yg "tersembunyi" dan yg "tersirat"? Atau saja ditarik balik utk melembabkan pergerakan Tun dgn kegiatan Deklarasi Rakyat? Atau utk tunjukkan kuasa mutlak yg dipegang?

Sekarang ni banyak kejadian yg "ganjil dan pelik" berlaku di Malaysia ni. Yg punca dan sebabnya masih menjadi "misteri" yg belum dapat dirungkaikan sehingga sekarang.

Jadi kita tunggu dan perhatikan apa "episod" seterusnya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Adakah perkhidmatan pengiring Tun ditarik kerana mempunyai "perancangan" lain yg "tersembunyi" dan yg "tersirat"? Atau saja ditarik balik utk melembabkan pergerakan Tun dgn kegiatan Deklarasi Rakyat? Atau utk tunjukkan kuasa mutlak yg dipegang?

Sekarang ni banyak kejadian yg "ganjil dan pelik" berlaku di Malaysia ni. Yg punca dan sebabnya masih menjadi "misteri" yg belum dapat dirungkaikan sehingga sekarang.

Jadi kita tunggu dan perhatikan apa "episod" seterusnya.