LAGI DUA MINGGU, MUDAH-MUDAHAN MATLAMAT 1 JUTA JADI KENYATAAN

Demi memastikan Deklarasi Rakyat benar-benar mendapat sokongan sekurang-kurangnya 1 juta tandatangan sebelum di serahkan kepada Majlis Raja-Raja pertengahan Mei ini, semua pihak yang terlibat nampaknya sedang bekerja keras ke arah itu.
Di pasar malam, di majlis forum, di kompleks membeli-belah, membuka meja di kaki lima, bahkan di mana-mana usaha mengumpulkan tandatangan itu menggambarkan rakyat pelbagai lapisan sedang berganding mahu dan bersatu hati mengenainya.
Tun Mahathir sendiri, selepas 28 April lalu di Jitra dan 29 April di Johor Bahru, pada malam 1 Mei ini kembali semula ke ibu negeri Kedah untuk program Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di Bandar Stargate, Alor Setar.
Pada 4 Mei, Tun Mahathir akan ke Kota Bharu dan pada 6 Mei pula ke Ipoh, kedua-duanya untuk program Selamatkan Malaysia dan mempromosi Deklarasi Rakyat yang matlamat awalnya ialah mengumpul 1 juta tandatangan daripada rakyat.
Dalam usia 91 tahun, kesediaan dan kegigihan Tun Mahathir ke sana ke mari, aduhai….amat mengkagumkan!!
Kepada yang belum tandatangan, boleh lakukannya di sini –  bit.ly/deklarasirakyat  dan kepada yang ingin menurunkan tandatangan di program-program Selamatkan Malaysia, boleh juga berbuat demikian di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai.
Yang penting, dalam tempoh dua minggu ini, matlamat mendapatkan 1 juta tandatangan itu jangan sesekali gagal. Sekurang-kurangnya hargailah kegigihan Tun Mahathir.
Bak kata Tun Mahathir, kalau 1 juta yang tandatangan ini nak ditangkap, di lokap mana nak diletakkan mereka yang seramai itu!! (SH 01/05/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

24
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Asa LoanAnonymousSalwah AbdatMuhammad adam AbdullahShahbudin Husin Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Asa Loan
Guest
Asa Loan

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan – daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam… Read more »

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Wajib kita beramai-ramai support deklarasi rakyat jika kita ingin lihat dan rasa semula zaman gemilang Negara pada waktu dulu yakni sebelum pemerintahan Najib,,kita mewah berniaga dan bekerja tanpa stress.!!
Saya seru ayuk kita sama -sama kembalikan suasana indah dan permai Negara kita ini seperti sedia kala ….!!!!

Muhammad adam Abdullah
Guest
Muhammad adam Abdullah

Jgn lupa anda bole tlg daftar untuk teman atau saudara secara online menggunakan iphone anda.key in nombor ic,nama,nombor telepon cuma email address milik pendaftar mobil sukarela.hari ini 3 nama sya daftar.selamat berjaya

Anonymous
Guest
Anonymous

Cukup2lah undi Umno wahai Bangsa Melayu.. org2 Islam.

Dah lebih 58 tahun duk pangkah.. cubalah tukar kpd yg lain, ASALKAN BUKAN UMNO

Anonymous
Guest
Anonymous

en din, di jb tak ada booth deklarasi rakyat ke?

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg penting marolah kita berganding bahu menyokong usaha yg sedang dilakukan oleh Ybhg Tun ini juga untuk masa depan kita dan anak cucu kita agar tidak teru dianiaya dan menderita oleh penyamun dan penyangak semoga allah permudahkan usaha Tun aaammmiiiinnnn

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg penting marolah kita berganding bahu menyokong usaha yg sedang dilakukan oleh Ybhg Tun ini juga untuk masa depan kita dan anak cucu kita agar tidak teru dianiaya dan menderita oleh penyamun dan penyangak semoga allah permudahkan usaha Tun aaammmiiiinnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Lepas tu apa tindakan seterusnya dari Raja-Raja?

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan masih ragu ragu? Maka tuan duduklah dibelakang.

Anonymous
Guest
Anonymous

18.54
ko ni sekadar follower aje.. tak perlu le ambik tahu sang at.. ko bukannya ada turun signature pun..

Anonymous
Guest
Anonymous

1- Majlis Raja-Raja akan bersidang
2- Wallahu a'lam

Anonymous
Guest
Anonymous

Tugas kita baca faham tujuan dekelarasi….pastu sain kalu setuju…yg lain2 kita serahkan pada mereka yg pakar…

Anonymous
Guest
Anonymous

Jika dpt 29 juta signature pun, Raja-raja tetap mcm biasa ja, sumer pakat-pakat buat pekak saja.

Najib ada ka, Najib jatuh ka.. pendapatan Sultan2, Raja2 serta anak beranaknya tetap dijamin perlembagaan.

Satu kerja bodoh berlapis2 memohon bantuan Majlis Raja2 yg langsung x berguna ini. Hanya tahu berak cangkung makan tanggung. Kerja mengepow duit rakyat hingga kiamat. Bila la rakyat nak sedar??? Bodoh berlapais2 pun, tak sedar diri lagi.

Anonymous
Guest
Anonymous

Insyaallah lebih dari 1juta bang din. Banyak yg nak sugn tapi taktau kat mana. Budak2 mukriz ni tido kot. Buatlah keje sikit. Semua tunggu nak ambik untung je kalau jadi. Semua macam dulu jugak. Nanti tumpang glamour.

Anonymous
Guest
Anonymous

tahniah tuan2 semua..kita sama2 kerja kuat bantu Tun gasak sampai turun silahabau pemusnah negara INI dan macai2nya yg tak dpt bezakan buruk baik nya bos besar nya tu..hidup Tun, hidup deklarasi rakyat!!

Ada satu deklarasi rakyat, muncul sebab semua disekat, oleh pemimpin amanah khianat, Tun inginkan negara selamat..

Kita sokong deklarasi rakyat, Tun dihina teramat dahsyat, namun Tun disambut hebat, pihak disana bertambah pucat..

HIDUP TUN, HIDUP DEKLARASI RAKYAT!!

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

MULUT RAKYAT macam mana nak ditutup?
Sorang dua bolehlah dihalang.
Tiga empat org bolehlah diugut.
Lima enam org bolehlah disekat.
Tapi kalau berjuta bagaimana nak dihalang?
KEBANGKITAN RAKYAT tentunya TAK BOLEH DISEKAT.

Anonymous
Guest
Anonymous

Walau pun saya sekeluarga ahli dna pendokong PAS tapi kami satu keluarga anak beranak telah tandatangan menyokong peteisyen Deklarasi Rakyat. Sejujurnya kami tidak sanggup membiarkan penipuan dan perompakan harta negara secara terang terangan ini terus belaku oleh Najib dan regim korupsinya. Saya berpandangan putar belit dan penipuan mega dalam isu 1MDB ini tidak wajar sama sekali berlaku dan mereka yang bertanggungjawab perlu segera diheret segera ke muka pengadilan tanpa bertangguh hanya kerana mengharapkan sesuatu yang tidak pasti dan tanpa ketentuan lagi. Alangkah zalimnya kita biarkan penguasa zalim ini terus memegang kuasa tanpa mahu bersama menjatuhkan mereka ini semata mata kerana… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tuan dan kekuarga Tuan telah mengambil tindakan yg bijak dan wajar. Memang patut sokkong apa yg TDM perjuanggkan sekarang walaupun ditangannya ada kesan darah syuhada' Memali. Biarlah yg itu dia dgn Allah untuk selesaikannya.

Kalau tak silap saya, pendirian PAS akan bertolongan dlm perkara kebaikan dan akan tentang habis2an dalam perkara mungkar.

Wallahualam dan ini pendapat saya secara peribadi.

Anonymous
Guest
Anonymous

PAS patut lihat diri sendiri,dan jadikan Al-Quran sebagai panduan,bukan tok guru dan mazhab sebagai panduan.Baca dan fahami apa yang diperingatkan Allah dalam Al-Quran.Apakah benar agama orang yang tidak berakal?

CiLi PaDi
Guest
CiLi PaDi

Deklarasi Rakyat TIDAK mewakili mana2 individu, parti, pertubuhan atau kumpulan.
Deklarasi Rakyat mewakili RAKYAT….semata-mata utk RAKYAT saja.
Memperjuangkan HAK RAKYAT, KEHENDAK RAKYAT, SUARA RAKYAT.
TUJUANNYA untuk RAKYAT yang CELIK.
Bukakan mata kita lihat dan FOKUS kpd TUJUAN Deklarasi Rakyat.
Jangan dengar tohmahan org, teliti, pertimbangkan dan fikirlah secara RASIONAL.
Renungkan segala FAKTA, DETAIL, BUKTI, LOGIK dan RELEVAN satu2 perkara.
Pertimbangkan dgn AKAL kita di mana LOGIKnya.
AKAL tidak menipu tapi NAFSU lah yg BERDUSTA.
Fikir-fikirkanlah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Din, aku dah pastikan semua family aku dah tandangan and aku jugak habaq kat adik beradik yg lain and suruh depa semua tandangan deklarasi rakyat utk hapuskan Najib harami and pencacai and pemakan dedaknya secepat yg mungkin.
aku harap hampa yg lain pun tolong usahakan jugak, yg penting harami najib turun and rakyat kembali tenang.
Semalam aku kat Yan, semua dok kutuk Jamil khir and depa akan kalih sekali nie coz tak nak pemimpin makan duit anak yatim.
kita keja kuat demi utk tolong Tun and rakyat malaysia utk hapuskan Najib harami yg banyak susahkan kita semua.
Esok Isnin and Lusa Selasa…

Ali
Guest
Ali

Najib khinzir punya pasal,rakyat terpaksa kerja extra..siut lu najib..

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Deklarasi Denyut Nadi Rakyat..hargailah penat jerih rakyat yg amat mencekam hidup rakyat marhaen.