Month: May 2016

PERDANA MENTERI YANG SUKA MENYAKITKAN HATI….

Berkatalah Najib Razak kononnya perlaksanaan cukai GST sudah mula diterima baik oleh rakyat kerana menyedari ia adalah penyelamat ekonomi negara. Hello Pahlawan Bugis…bila pulak rakyat menerima GST dengan baik? Bukankah seluruh rakyat, tidak kira kaya miskin, orang tua atau budak tadika,  sebenarnya dipaksa membayar GST? Cuba rakyat diberi pilihan antara bayar GST dengan tidak bayar […]

HIDUP MELAYU PAS UMNO

Selama ini, Pas selalu berbangga dengan perjuangan Islam yang dibawanya dan menolak sama sekali sebarang bentuk pengagungan terhadap bangsa. Bagi Pas, perjuangan mengenai bangsa adalah assabiyah dan tidak termasuk dalam senarai yang dibenarkan oleh Islam. Malah, kerap juga kita mendengar, di akhirat nanti yang ditanya malaikat ialah keIslaman seseorang dan bukan sama ada seseorang itu […]

PILIHAN PALING SESUAI – PKR DI SUNGAI BESAR, AMANAH DI KUALA KANGSAR

Di Sungai Besar, UMNO terlebih dahulu mengumumkan nama calonnya dengan menamakan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 18 Jun depan. Kemudian Pas mengumumkan  Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai ayam tambatannya untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut. UMNO letak Adun, Pas pun ikut letak Adun. Di Kuala Kangsar […]

KALAU PUN MENANG, MASTURA HANYA BOLEH BERFUNGSI SEBAGAI WAKIL RAKYAT SELEPAS PERTENGAHAN SEPT.

Sekarang ini semua orang sudah mengakui calon BN di Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid terikat dengan pantang larang edah selama 4 bulan 10 hari. Mastura sendiri mengatakan beliau akur dengan hukum Islam itu dan tidak akan sesekali turun berkempen.  Harussani Zakaria, Mufti Perak turut memberitahu, walaupun boleh bertanding tetapi Mastura tetap tidak boleh keluar rumah […]

BELUM TERLAMBAT UNTUK MASTURA TARIK DIRI BAGI ELAKKAN BN KALAH DAN NAJIB TERUS DILEMAHKAN

Berbanding pemilihan Budiman Mohd Zohdi sebagai calon BN di Sungai Besar yang tidak menimbulkan banyak isu, kecuali kedudukannya yang sudah menjadi Adun sedikit dipertikaikan, tetapi keputusan mencalonkan Mastura Mohd Yazid untuk bertanding di Kuala Kangsar dilihat sebagai pemilihan terburuk sepanjang sejarah UMNO sejak ia ditubuhkan. Bukan saja kedudukannya sebagai balu Wan Khairil Wan Ahmad yang […]

SEMUA INI HANYA WAYANG

Satu demi satu menteri kabinet daripada parti komponen BN mengugut mahu meletakkan jawatan daripada kerajaan sekiranya usul persendirian Hadi Awang yang bertujuan meningkatkan taraf Mahkamah Syariah diluluskan oleh Parlimen. Mula-mula ia dilontarkan oleh Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Mah Siew Keong. Kemudian Presiden MIC, S Subramanian menyertai Liow dan Mah untuk turut […]

TUMPOR YEOP, AHLI UMNO NEGERI SEMBILAN TANDING DI KUALE KANGSOR….

Maklumat yang diterima lewat malam tadi mengatakan calon BN pada pilihanraya kecil Kuala Kangsar iaitu Mastura Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad, adalah ahli dan AJK UMNO cawangan Chembong dalam bahagian Rembau, Negeri Sembilan. Ini bermakna, buat pertama kalinya, bukan saja ahli UMNO di luar Kuala Kangsar, bahkan daripada luar negeri Perak dipilih sebagai calon […]

MEMANG SAH-SAH GILA – ADA JALAN SENANG, PILIH JALAN SUSAH

UMNO akhirnya seperti mengakui kesilapannya dalam memilih Mastura Yazid, balu Allahyarham Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon dalam pilihanraya kecil Kuala Kangsar pada 18 Jun depan berikutan timbulnya isu edah yang hangat diperkatakan ramai sejak nama beliau diumumkan. Blog ini sendiri mengatakan tindakan memilih Mastura itu sebagai “keputusan gila” yang seolah-olah tiada calon lain yang boleh diketengahkan, […]

UMNO SEMAKIN GILA, BALU DALAM EDAH (HARAM KELUAR RUMAH) DIPILIH CALON PRK KUALA KANGSAR

Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja. Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya? Tidakkah wanita yang […]

ADUN JADI CALON PARLIMEN DI SUNGAI BESAR, APAKAH KEDUDUKAN KETUA BAHAGIAN TIDAK BERNILAI?

Bukanlah amalan biasa bagi UMNO memilih seseorang yang sudah menjadi Adun bertanding di kerusi Parlimen, apatah lagi jika Ketua Bahagiannya tidak pernah bertanding sebelum ini. Tetapi ia berlaku di Sungai Besar. UMNO meletakkan Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zuhdi untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun nanti, dalam masa yang sama mengenepikan Jamal […]

KEMENANGAN DI SUNGAI BESAR, KUALA KANGSAR AKAN DORONG NAJIB ADAKAN PILIHANRAYA SECARA MENGEJUT

Apakah pentingnya keputusan pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kepada masa depan Najib Razak? Di sebalik hakikat bahawa kedudukan kerajaan Pusat tidak tergugat dengan kekalahan BN di kedua-dua kerusi tersebut, namun pentingnya keputusan di dua pilihanraya itu kerana ia adalah gambaran mesej penolakan atau penerimaan terhadap kepimpinan Najib yang semakin terbelit dengan banyak […]

HABIS, APA YANG BOLEH?

Mula-mula soalan mengenai wang RM2,600 juta tak dibolehkan ditanya kepada Najib Razak kerana dikatakan ia subjudis. Kemudian soalan mengenai wang RM42 juta daripada SRC International yang diterima Najib turut tak boleh ditanya, juga atas alasan yang sama – subjudis. Rupa-rupa bertanya kenapa Jho Low tidak dipanggil mengadap PAC kepada Najib pun tak boleh kerana dikatakan […]

TEKA-TEKI HUDUD

Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini. Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun […]

MANA SATU YANG BETUL?

Betulkah tak beri kesan, bro? Benarkah juga sokongan kepada BN tak berubah, walau dengan kehadiran Tun Mahathir berkempen untuk calon Pakatan Harapan? Atau Nazri Aziz ini sekadar mahu menyedapkan hati sendiri? Bagaimana pula dengan pandangan Annuar Musa ini? Bimbang atau tak bimbang sebenarnya? (SH 26/05/2016). No tags for this post.

SIAPA YANG NAJIB NAK KELENTONG ATAU INI PETANDA TIADA SIAPA AKAN DIDAKWA BERKAITAN 1MDB?

Menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berhubung tindakan yang diambil kerajaan terhadap pengurusan 1MDB selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen, Najib Razak memberitahu, tidak berlaku sebarang penyelewengan dan kecelaruan dalam akaun dan urus tadbir syarikat pelaburan tersebut. Sebaliknya, hanya terdapat kelemahan dalam urus tadbir syarikat, kata Najib lagi. Biar betul jawapan Najib di […]

BALA 1MDB SEMAKIN DEKAT

Pada Januari lalu, Peguam Negara Switzerland mendedahkan bahawa satu siasatan mengenai 1MDB telah mendapati kira-kira AS$4 bilion atau RM16,000 juta telah diselewengkan daripada dana syarikat itu. Sehubungan itu, mereka secara rasmi meminta bantuan Peguam Negara Malaysia membantu siasatannya terhadap kemungkinan berlaku perlanggaran undang-undang negara itu yang berkaitan dengan sogokan wang kepada pegawai asing, salah laku […]

BILA PEMBOHONGAN CUBA DITUTUP DENGAN PEMBOHONGAN

Isu berkaitan wang sebanyak RM2,600 juta yang diterima Najib Razak melalui akaun peribadinya di Ambank terus mencetuskan versi yang berbeza-beza. Terbaru, Ketua Pengarah Jasa, Dr Fuad Zarkashi mengatakan bahawa Najib mendapat kebenaran daripada Bank Negara untuk membawa masuk wang tersebut melalui akaun peribadinya. Tetapi apabila Lim Kit Siang menggesa agar dokumen kebenaran Bank Negara itu […]

BAGAIMANA AGAKNYA NAJIB AKAN DIKENANG 20 TAHUN AKAN DATANG?

Pepatah ada mengingatkan – harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Pepatah lain pula mengingatkan – yang penting bukan bagaimana kita bermula, tetapi di mana pengakhiran kita. Kedua-dua pepatah ini adalah ingatan untuk kita agar sentiasa menjaga nama baik dalam kehidupan. Bila baik perbuatan kita, maka yang ditinggalkan pun tentulah nama yang baik juga. […]

TINDAKAN BETUL OLEH TUN M

Kesediaan Tun Mahathir Mohamad untuk turun berkempen membantu calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar harus dilihat sebagai berita gembira kepada rakyat yang inginkan perubahan dan pembaharuan. Ini juga merupakan tindakan yang betul yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam usaha berterusannya memberi tekanan kepada Najib. Bukankah selama ini pimpinan UMNO sendiri […]

TUAN GURU, NAK LETAK JAWATAN KE TIDAK NI?

Di ketika mengatakan Pas bersedia menghadapi kemungkinan hilang tiga jawatan Exco dalam kerajaan negeri Selangor berikutan tetap mahu meletakkan calon di Sungai Besar, Presiden Pas, Hadi Awang dalam masa yang sama seperti masih mengharapkan perkara itu tidak menjadi kenyataan akhirnya. Ini berikutan beliau  berkata, soal kedudukan Exco adalah urusan kerajaan negeri, malah perlantikan juga harus […]