SERANGAN MAKIN BERTALU-TALU, TAKKAN PANGLIMA PERANG ISLAM DAN PAHLAWAN BUGIS DIAM LAGI?

Rasanya sudah ramai yang membaca kenyataan Muhyiddin Yassin berhubung Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen. Tidak disangkal lagi bahawa kenyataan Muhyiddin itu penuh fakta, menyeluruh dan lebih penting, apa yang pernah disebutnya sebelum ini, bak ungkapan kata sebuah lirik lagu – semuanya benar belaka.
Bermakna, sebelum pun PAC menyiapkan laporannya, perkara-perkara yang diputuskan itu telah lama disebut dan diperingatkan oleh Muhyiddin.
Isu kehilangan wang, peranan Lembaga Penasihat, kedudukan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat, perletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah dan beberapa perkara lain yang disebut oleh PAC adalah senada dengan pendirian Muhyiddin yang menyebabkan Najib kurang senang terhadapnya dan kemudian memecatnya daripada kerajaan.
Muhyiddin bukan saja membangkitkan soal kecurian wang dalam 1MDB, tetapi juga melihat syarikat itu sebagai skim untuk menipu.
Selepas kenyataan Muhyiddin itu, Tun Mahathir Mohamad pula menulis dalam blognya dengan memberi tumpuan kepada kehilangan wang yang dibayar oleh 1MDB kepada sebuah syarikat yang dipercayai palsu, Aabar Investment PJS Ltd yang didaftarkan di British Virgin Island.
Tun Mahathir juga menyenaraikan beberapa jawapan 1MDB sebelum ini yang disifatkannya tidak boleh dipercayai dan tidak disokong oleh dokumen apa-apa.
Secara khususnya, kemelut 1MDB ini bukan saja tentang hutangnya yang berjumlah RM50 bilion tetapi juga berkaitan beberapa siri kehilangan wang yang jika dikumpulkan berjumlah RM7 bilion atau RM7,000 juta semuanya.
Benar juga seperti yang disebut Muhyiddin, pencuri ayam kena dakwa, inikan pula bilion-bilion ringgit.
Akhirnya, Bung Mokhtar Radin, Timbalan Pengerusi BNBBC yang dikenali sebagai pro Najib juga tidak dapat menahan dirinya daripada turut mahukan isu kehilangan wang, khasnya yang melibatkan Aabar Investment PJS Ltd itu disiasat dan dikenalpasti.
Nampaknya semakin ramai yang tampil bersuara, manakala yang sudah sedia bersuara pula semakin lantang nadanya. 1MDB sudah mula menjadi “bangkai yang baunya mula memenuhi serata alam.”
Di mana suara Najib sebagai Pahlawan Bugis dan panglima perang Islam yang dibangga-banggakan itu?
Kenapa masih diam dan semakin tidak kedengaran bercakap mengenai kemelut 1MDB serta tidak berani menjawab hujah-hujah yang ditampilkan oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin? (SH 13/04/2016).
0 0 votes
Article Rating
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm
Subscribe
Notify of
guest

74 Comments
Newest
Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Heri Budiman
Heri Budiman
11 August 2016 8:31 am

Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah… Read more »

Anonymous
Anonymous
14 April 2016 7:46 am

tok menteri semua senyap bila IPIC keluar statement kat LSE.
Keruak, Rahman, Aza dah makan kapor ke….kalau tak dah melalak depa ni

Anonymous
Anonymous
14 April 2016 9:20 am
Reply to  Anonymous

Dah terkantoiiii……

Anonymous
Anonymous
14 April 2016 5:26 am

Pahlawan bugis berkeris pen saja.tanda
tangan dengan 1mdb untuk doglap duit
brribu juta.betpuluh ribu juta wang lesap.
harta negara juga pupus.energy katuh
kenegara ading rakyat yang tanggung
hutang.yang untung beberapa kerat saja.
bangkitlah rakyat untuk jatuhkan pemimpin
korup dan pengikutlyang dokong buta
tuli

pirit
pirit
13 April 2016 11:49 pm

apandir sdh putuskan Perompak Malaysia x bersalah…jgn pertikaikan!!!

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 3:29 pm

Wowww…Drama semakin menarik…..kita tunggu sape yg kena….

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 3:03 pm

USD3.51B atau RM14 Billion hilang !!!!! Bayar kepada syarikat yang sudah ditutup, dan penerima patut IPIC kata belum terima. Apa punya jenayah ni. Huuiiii jahanam wang rakyat Malaysia.

Mohd Sani
Mohd Sani
13 April 2016 2:44 pm

Skrg ni dia laki bini da sampai turki pun Din..
Agaknya sdg brkira2 dn berunding utk dptkan suaka politik jika perlu..putih tapak kaki kedua laki bini tu nak cabut lari nanti.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:52 pm

Berkerut muka Najib nak menjawabnya sebab dia pun confuse … dia pun dah tak ingat apa yang dia tipu sebab banyak sangat menipu.

Kalau Najib Pahlawan Bugis sekarang macam Pendekar Bugis Lapok.

Kalau Najib Panglima Perang Islam sekarang Najib Pelayar Tersesat.

NordinabilaH
NordinabilaH
13 April 2016 1:39 pm

Biar pecah fiperut jangan pecah di mulut itulah dia panglima perang islam moden macam cerita pak pandir je mana dia pahlawan anjing2 belaan dan pemakan dedak tu tak diam je he he

NordinabilaH
NordinabilaH
13 April 2016 1:38 pm

Biar pecah fiperut jangan pecah di mulut itulah dia panglima perang islam moden macam cerita pak pandir je mana dia pahlawan anjing2 belaan dan pemakan dedak tu tak diam je he he

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 12:28 pm

Kebanyakan menteri sekarang sudah kena sakit pasang surut itu tulur sudah dalam masuk.apa macam mau cakap sekarang satu,satu itu busuk punya tulur sudah pecah Ayoo!, tara boleh tahan.tarak sembayang punya orang banyak cakap tipu.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 12:28 pm

Didi kota belud..IBU mertua Ku ye..! Heh..heh..baek punya! Mmg dia laki Bini akan menangis juga, DOA rakyat insyallah..

DIDI KOTA BELUD
DIDI KOTA BELUD
13 April 2016 12:12 pm

Sambil menitik air hidung..air mata dan teresak esak dia confes ….apa kita nak buat mah…what should i do….rosmah jawap…buat apa ko menangis disini…jantan tak guna…pigii ko menangis disana…sambil rosmah menunjuk almari yang ada baju kesukaan athanthuya….kakkakakakakakakaka…tabiraklah kau sorang 2 jib…karma sudah mariiiiiiiii…

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 5:48 pm

Bro,

Ini cerita Ibu Mertua Ku, Mak Tiri Ku, Mak Janda Ku kerrrrr…….Mak Nyah Ku????

Mana satu dahhhhh…..tapi kan…, asal si Lanun tuh singgah kapal-batu pun sudah memadai lerrr!

Bagi yang belum tahu kapal-batu, sila tanya abang abang dilokap K!

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 11:03 am

Panglima Bugis ni jangan buat main. Dia ni main jurus ni. Pakai silat ghaib. Duit hilang pun boleh tetiba ada. Sebenarnya duit 1mdb tak hilang ..cuma panglima bugis je yang boleh nampak. Rakyat macam kita ni manalah nak nampak. Jangan underestimate bro. Najib ni hebat bebenor …..

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 10:19 am

Agong belum bangkit tidur ke?????

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 11:17 am
Reply to  Anonymous

Agong tengah sibukkkkk sangatttt, banyak kerja2 yang perlu dilakukan maklumlah nak kena jln2 kat istana besar, jln2 nengok stable kuda, maintain kereta2 mewah, nak gi tempah baju melayu bling2… banyak sangat kerja tau…

Unknown
Unknown
13 April 2016 11:29 am
Reply to  Anonymous

😂😂😂

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 12:17 pm
Reply to  Anonymous

Kuat lagi bunyi gong bila dipalu drp Agong. Agong tak berbunyi langsung.
lantak pi kat hangpalah

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 8:53 am

Tangkap Hassan Ariffin terlebih kerana sanggup menipu seluruh rakyat Malaysia.
Kasi dia tidur dalam jail…

Anonymous
Anonymous
14 April 2016 7:42 am
Reply to  Anonymous

hasan boleh dapat makan free dlm jail…dia tak payah cari makan lagi dengan najib

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 8:30 am

Pencuri ayam didakwa tetapi penyamun Najib tdk didakwa walaupun diperakukan olih Sprm supaya didakwa. Salah siapa??? Semestinya Apandi dobi. Olih itu Mahdir atau Muhyideen Yssin patut hantar memo kpd Majlis Raja2 & Agong supaya Agong memecat Apandi dbawah kuasanya Artikel 145(5) Perlembagaan Persekutuan. Agong selepas tu patut mengarahkan Sprm supaya meneruskan tindakan pendakwaan terhadap Najib spt yg Sprm ambil terhadap pegwai KBS mengenai RM100juta dan pegawai SPrm yg mintak RM20k dari pegawai polis dan lain2 kes. Tidak perlu pun kertas2 siasatan utk kes2 ni dihantar kpd AG. Mengapa dlm kes Najib, Apandi perlu terlibat utk buat keputusan.Ni cerita bahawa AG… Read more »

Hitam Putih
Hitam Putih
13 April 2016 11:21 am
Reply to  Anonymous

Agong dalam dunia dia sendiri bro… itu yang sedih sangat.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 8:15 am

Najib tidak tahu apa-apa tentang operasi 1MDB.

Jadi sebaik-baiknya Lembaga Pengarah di benarkan menjawab tetapi jangan pulak tuduh mereka dan tahan mereka terus untuk siasatan.

Mereka menjawab setakat mana penglibatan mereka dan bidang kuasa mereka.

Selebihnya serahkan pada Najib.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 7:58 am

Bangkai sudah mula berbau busuk !!! Najib dan macai-macainya masih lagi tidak bermaruah. najib kalau ada maruah, letaklah jawatan segera sebelum nama Malaysia, nama bangsa Melayu, nama agama Islam bertambah buruk. Kalau setakat nama pahlawan bugis sahaja yang busuk, semua orang tak kisah, tetapi ini wang rakyat dicuri dan pencuri-pencurinya satu dunia kenal.

Salwah Abdat
Salwah Abdat
13 April 2016 6:57 am

Tak ada sejarah Pahlawan Islam atau khalifah Islam yang betul betul ikut syariat Nabi Muhammad Saw yang makan rasuah,, jangan pandai-pandai kasi title Pahlawan Islam pada Najib itu adalah sangat bertentangan…..!!!!!

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 7:28 am
Reply to  Salwah Abdat

Balasan para pengkhianat digambarkan dalam sebuah hadith dari Usamah bin Zaid bin Harith r.a., ia berkata:

Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Suatu orang akan dihadapkan pada Hari Kiamat, kemudian ia dilemparkan ke dalam api neraka, maka keluar usus perutnya, lalu ia berputar-putar di dalam neraka bagaikan se ekor keldai yang berputar di sekitar sekeliling. Maka berkerumun ahli neraka padanya sambil bertanya, 'Hai Fulan, mengapakah engkau? Tidakkah dahulu engkau menganjurkan kebaikan dan mencegah kemungkaran?'
Si Fulan pun menjawab, 'Benar, aku dahulu menganjur kebaikan, tetapi aku tidak kerjakan begitu, dan saya telah mencegah kemungkaran, tetapi itu saya kerjakan."
(H.R. Bukhari & Muslim).

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:55 am

Din, taktik masa peperangan:

1. jangan jenguk kepala bila musuh sedang menembak,
2. tak kira samada ada telur ke tidak, jantan ke bapok. Yang penting nyawa selamat hingga tamat peperangan.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:36 am

Anak-anak muda dirasuahkan dengan membenarkan acara merempit berlangsung dekat Dataran Merdeka menghala ke Jalan Raja Laut pada malam ahad 10/4/2016. Polis peronda ada tapi buat tatau jer.Rosak Malaysia..rosak anak Melayu!

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:25 am

Jap2..panglima perang?? Gaiiss tlg bg cdgn skit nak gelak ke nak muntah..?

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 4:00 pm
Reply to  Anonymous

Pahlawan Islam ialah manusia yg zuhud. Baju pun boleh dikira dgn sebelah tangan. Contoh Saidina Ali ra, Saidina Hamzah ra, Khalid Al Walid, Saidina Umar, Saidina Usman baju pun compang-camping. Mereka manusia yg dijanjikan syurga tapi tak pernah ambik kesempatan tadah tangan doa pada Allah minta derma atau kekayaan. Walhal kalau mereka minta insya-Allah besar kemungkinan Allah izinkan doa mereka yg level Islamnya sangat tinggi sehingga malaikat pun segan dgn mereka. Khalifah Umar Al Khattab, Khalifah Abu Bakar, Khalifah Usman bin Affan, Khalid Al Walid, makan minum, pakaian, rumah, wang, harta benda mereka sama macam org biasa, malah lebih susah… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:23 am

Walaupun terdapat berbagai serangan bertalu berkaitan dgn laporan PAC dan IMBD serta Najib tapi itu tidak boleh menjatuhkan NAJIB di sebabkan ramai lagi SAHABAT SAHABAT NAJIB TERUTAMA ORANG VETERAN UMNO MENGIKAT KATA PUTIS SEBAGAI SETIA KAWANNYA…Najib tahu orang TUA UMNO mudah di ajak bincang asalkan DUIT DI PUPUK DI BAHU DAN SALAM TANGAN YG KETAT PENUH CENGKAMAN BERNILAI yg boleh di hanggokkan kawan kawan lama ni walaupun dia sendiri dalam ketakutan ….HANYA ALLAH saja yg tahu…anak anak Muda dan Puteri puteri bila lagi nak pupuk baru mereka..kesian mereka kebelakangan ni seperti di pinggirkan tidak seperti semua JKKK..IMAM…DAN KETUA KETUA CAWANGAN… Read more »

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:30 pm
Reply to  Anonymous

Saya tak tuding jari pada sesiapa tapi bagi sesiapa yg menggunakan agama sebagai satu jalan kesempatan utk menjaga kepentingan dan kebajikan dirinya maka 2 kali laknat yg dia dapat.

Pertama berpura-pura baik dan kedua dgn berbuat demikian, dia telah memperlekehkan Islam yg menuntut nawaitu yg lurus dan bersih atas satu-satu tindakan.

Tapi apa sekali pun Allah maha mengetahui akan nawaitu setiap hambaNya. Dgn manusia bolehlah berpura-pura tapi dgn Allah dah tentu tak boleh nak tipu.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:21 am

Sayang, nama saja Islam tapi apa yang diamal sebagai seorang Muslim indah khabar dari rupa. Ada yang 'hitam'dahi tanda amalan kuat, tapi hmmm, bab halal haram tolak tepi. Yang mungkar mereka sokong tapi yang makrof dijadikan musuh.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:19 am

Ni ambe nok kabor sikek..bagi pehok DS Najik, denge bangge ambe inging memaklomkang semue ghakyak sekeliang..hok yang jadi DS Najik diang membisu tu adelah hasey tarbiah dang nasihak ambe supaye iye lebeh molek banyokkang diang daghi bechakap..tu kang bedasorkang hadih..semenjok iye ghapat denge PAS ler neh..makeng koho napok tande-tande zuhod..dok sesia sape-sape yang memuliyekang ulamak..tu belong lagi latik ambe gati Jamil Khir..ni ambe nok baghi amarang..baghang sape hok yang beghahi cerce ulamak..tunggu je la balasang..nok molek ambe akan samang di mahakamoh. Sekiang, terime kaseh.

Tuang Presideng

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:13 am

Haha, Bung ?? Mimpilah. Dulu pun sama. Pas tu tukar cerita.

Othman Ahmad
Othman Ahmad
13 April 2016 6:08 am

The Legacy how they have gone down in history & will be remembered at all times.
Legasi tercatat dalam sejarah yg akan dikenang sepanjang zaman.

Lee Kuan Yew:
Made Spore from 3rd World Country to 1st Word Class Nation.

Tun Mahathir
Progressed forward & Transformed Malaysia from 3rd Word Country to be on par with Spore.

Rosmah & Najib:
Their bullshittings leaped backward to Deform Malaysia into the Worst 3rd World Country.

Malaysia is now 3rd World Country with Third World Institutions, such as the police, anti corruption agency, attorney general chambers, parliament, universities & local govts.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:18 pm
Reply to  Othman Ahmad

Well said sir.
I agree.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:00 am

Tunggu la Sallah S Keruak bagi penjelasan

E AH
E AH
13 April 2016 5:46 am

Jangan mudah bersuka ria. Umum sedia maklum bagaimana pelawak-pelawak BN menghiburkan Tuan mereka. Bung tiada beda dengan Zahid, Nazri, Annuar, anak Mazlan ataupon Shahidan. Mereka hanya akan serious berpaling tadah dari Najib (baca Rosmah) bila kantung negara kering kontang dan hasil negara tidak mampu lagi dimonopoli mereka. Ada sebab Tuhan menjadikan El Nino lebih kerap dari kitaran sepatutnya. KemurkaanNya terhadap munafiq -munafiq ini sudah tiba. Bencana Allah mengena yang taat dan yang ingkar. Mohon kita bertabah dan redha (dalam berjuang)

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 9:55 am
Reply to  E AH

Teringat kata-kata aruah abah saya.

Bila panas melampau berpanjangan.

Bila bala bencana datang menimpa-nimpa.

Itu antara petanda bala yang dibawa oleh pemimpin yang membuat angkara murka.

Anonymous
Anonymous
14 April 2016 1:00 am
Reply to  E AH

Kesan panas didunia dirasai semua rakyat jelata yg memilih pemimpin bukan sahaja pemimpin. Diakhirat nanti penyokong akan datang kpd pemimpin yg mrk pilih menuntut bantuan tetapi dijawab secara spontan oleh pemimpin mrk " kenapa kamu pilih aku, kamu tanggung sendiri lah "

FZL Resources
FZL Resources
13 April 2016 5:43 am

Xda sorang pun nak perlekehkan kenyataan dari IPIC …..Mana KuNan, Nazri, Rahman, Salleh, dan menteri2 yg sokong sgt Jibby tu…..Bersuara ler…Kami nak dengar statement bodoh dari kamu semua….

Xyz
Xyz
13 April 2016 6:23 am
Reply to  FZL Resources

Sama SAMA mengiringi ka tirai besi …. Syabas…..

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:45 am
Reply to  FZL Resources

Jangan lupa makcik Azalina & jemaah menteri cap mangkok jamban. Kuburkan mereka sekali dengan Panglima perang BUGIS tu. MALAYSIA BOLEH

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:14 pm
Reply to  FZL Resources

Bro 14.45, teman tergelak sorang baca komen kamu di atas. Terbaekkk bro….

najibnazak
najibnazak
13 April 2016 5:35 am

Pahlawan Bugis suda bisu maaa… telinga suda pekak.. otak suda blurrr

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 6:41 am
Reply to  najibnazak

Keluhan ke Si Mappadulung

Padi tugal di tanam bahang
Runcit sedikit berjumpa dapur
Pucat kasih badan sengsara
Hidup segan mati tak mahu

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 8:24 am
Reply to  najibnazak

Penasihat(pembodek) keliling pinggang dah buntu pemikiran apabila berdepan dengan kebenaran.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 5:17 am

SIAKAP SENOHONG, PARI JENAHAK, suka CAKAP BOHONG, dulu MENCURI sekarang MENYANGAK.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 5:15 am

Ada seorang perdana menteri, ingat hebat buat emdibi, rupa rupanya kaut untung sendiri, kini terbongkar negara yang rugi..

Ada seorang perdana menteri, dolak dalik tidak terperi,di mohon sokong semua menteri,namun dah ada menteri berbunyi..

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:32 pm
Reply to  Anonymous

Terrrbaekk bro.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 5:05 am

7 Mei..pesta makan dedak perdana di PWTC

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 4:49 am

Penjara Kajang atau Sungai Buluh sedang tersenyum bangga untuk menanti tetamu paling istimewa dalam sejarah negara Malaysia. Allah adalah sebaik2 perancang. Hukum karma akan menjadi realiti dan sedang dilalui oleh 2 tokoh utama yang telah menganiayai Dato Seri Anwar Ibrahim setelah beberapa yang lain telah menerima akibahnya. Keadilan Allah adalah segala2nya.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 7:35 am
Reply to  Anonymous

Saya Cadangkan semua pesalah2 nanti di letakkan dalam kandang khas di zoo negara… biar semua orang tengok… Menteri Pelancongan pun dok dlm tu nanti sure bangga.. Pelancong ramai ooo…..

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 11:01 am
Reply to  Anonymous

Jangan lupa kasi najib makan kangkong dalam kandang khas tuh.. kahkahkah

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:47 pm
Reply to  Anonymous

Bagi makan dedak.

Rugi bagi dia kangkong.

rina idzhar
rina idzhar
14 April 2016 3:37 am
Reply to  Anonymous

Mana pi tak tau menteri jln2 cari mkn. Senyap ja. Klu tak dok buat hero depan wartawan. Harap wartawan sj la yg dok dengaq pn..

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 4:45 am

Ini semuanya fitnah..
Hari selasa nanti saya akan saman.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 5:36 am
Reply to  Anonymous

Mcm pernah dengar je..

Selasa bila agaknya… tahun 2090 kot

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:11 pm
Reply to  Anonymous

Tunggu ajelah Selasa yg sesuai dia samanlah tuuuu…..

rina idzhar
rina idzhar
14 April 2016 3:33 am
Reply to  Anonymous

Cari ilham nk cabut..

Anonymous
Anonymous
15 April 2016 3:25 am
Reply to  Anonymous

kalau budak2 ptptn yg cabut lari x bayor utang di black list pasport depa.., x kan yg nie x leh di black list mcm tu kot..??

.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 4:42 am

Siratol MUSTAQIM… Jalan Yg LURUS
Menjadi RAHMAT… Ke Seluruh ALAM
Mem-BERI Khidmat… Pem-BERIan Yg "TELUS"
Bukan Sang Pen CURI… Siputar-ALAM
Bukan Pem FITNAH… Pe Rasuah Yg RAKUS
Bukan Pe NYONGLAP… Di "GELAP" dan Kelam

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 4:39 am

Pahlawan Bugis dah mula jalan kaki sorang2…kuda2 tunggangan dah nak cabut lari…alahai nasib…

QalamQabut
QalamQabut
13 April 2016 6:58 am
Reply to  Anonymous

Ai takkan kot…
Kalau 3 juta umat UMNO tu boleh dikata 10,000 batelion (minimum 300 orang).
Takkan semua dah kembali jadi Islam sejati, dah sedar diri dan tak mau lagi bersekongkol dgn pengkhianat negara yg agung ni?
Takkan habis segala lembu, babi dan anjing yg dibelanya pun lari jugak?

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 7:31 am
Reply to  Anonymous

Qalamqabut,
Memang betul takkan semua 3juta umat umno lari tinggal Najib yg melakukan mungkar,kalau dah sah pemimpin ini mungkar dunia akhirat dgn menyaleweng sebagai orang islam kita wajib tinggalkan pemimpin seperti ini,kalau tidak rakyat wajib menghapuskan umno sama sekali dari bumi ini kerana kita tak mahu bersekongkol dengan pemimpin mungkar menyeleweng harta awam dan kepentingan rakyat . Penghapusan ini diwajib lakukan dlm PRU 14 kerana amalan AMANAH di tuntut oleh islam pada penguasa dan pemimpin.

JoeJB
JoeJB
13 April 2016 10:57 am
Reply to  Anonymous

Ish… tak sabar aku nak nengok si najib ni kena gari.

Anonymous
Anonymous
13 April 2016 1:08 pm
Reply to  Anonymous

Setuju dgn Anon 15.31.

tebing tinggi
tebing tinggi
13 April 2016 1:12 pm
Reply to  Anonymous

JoeJB,

Tak mungkin begitu kot , kubu Najib begitu kebal.

rina idzhar
rina idzhar
14 April 2016 3:32 am
Reply to  Anonymous

Kaki ampu senyap la xle jwb, xle kona sana sini. Klu jwb pn musti jwpn bodo piang punya.. Hahaha.. Rasional lah sikit wahai kaki ampu@balaci

Dapatgajibukanpengorbanan
Dapatgajibukanpengorbanan
14 April 2016 4:03 pm
Reply to  Anonymous

Cuba tanya seorang lagi PAHLAWAN BUGIS, Idris Haron, KM Melaka tu yg sokong kuat Najibod.

PAK HAJI RIDWAN
PAK HAJI RIDWAN
9 November 2016 1:41 am
Reply to  Anonymous

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »