HASAN ARIFFIN DAN TAN SENG GIAW JUGA PATUT DITEMUKAN DALAM DEBAT

1. Debat antara Abdul Rahman Dahlan dengan Lim Guan Eng berhubung tanah Taman Manggis nampaknya sudah hampir menjadi kenyataan. Kedua-duanya bersetuju untuk berhujah secara terbuka.
Berdasarkan tarikh yang diberi oleh pegawai Abdul Rahman sendiri, Lim Guan bersetuju ia diadakan pada 19 April ini dan syarat tunggalnya ialah perbahasan itu disiarkan secara langsung.
RTM dan TV3 pun sudah menyatakan persetujuan sebelum ini, maka janganlah ada yang buat-buat “tergeliat” di saat-saat akhir dengan pelbagai alasan tidak mahu menyiarkannya secara langsung.
Semua rakyat tentunya turut bersetuju debat itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Tiada bantahan sama sekali.
2. Cabaran Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin untuk berdebat mengenai bola sepak negara juga sudah pun bersambut.
“Ya, ok, dia boleh menyuarakan pendapat dan semua orang juga boleh mengemukakan pendapat mereka. Selesai,” kata KJ berhubung kesediaannya itu.
Jelas sama-sama “gentleman”.
3. Berikutan Laporan PAC di mana Pengerusinya, Hasan Ariffin menyatakan persetujuan secara konsensus dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan sebarang kesalahan berkaitan 1MDB, bantahan telah dikemukakan oleh Timbalan Pengerusinya, Tan Seng Giaw.
Dalam kenyataan bersama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang lain yang menganggotai PAC, Tan Seng Giaw berkata, Hasan tidak seharusnya menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi jawatankuasa itu untuk kepentingan politik UMNO dan membela Najib.
“Jawatankuasa tidak pernah membuat keputusan Najib tidak bersalah. Kenyataan Hasan itu adalah pendirian tidak berasas, bersifat bohong dan menyeleweng daripada pandangan PAC.
“Kami menggesa Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara dan konsensus,” tegasnya lagi.
Buat apa cabar-mencabar dalam media, tidak menyelesaikan masalah. Lagi pun artis saja yang suka gaduh-gaduh dalam media.
Maka, kedua-duanya iaitu Hasan Ariffin dan Tan Seng Giaw juga wajar ditemukan dalam debat umum, terbuka dan secara langsung. Bak kata generasi Y, baru “gentle”.
Siapa yang takut dan cuba mengelak, sahlah telah berbohong. Selesai. (SH 13/04/2016)
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:39 pm

30
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
PAK HAJI RIDWANHeri BudimanAnonymousmuring.comAli Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »

Heri Budiman
Guest
Heri Budiman

Aslamu alaikum wr wb,,senang sekali saya bisa menulis dan berbagi kepada teman2 melalui room ini, sebelumnya dulu saya adalah seorang pengusaha dibidang data dan anak anaknya, ditengah tagihan utang yg menumpuk dan ditengah himpitan ekonomi seperti ini saya bertemu dengan seorang teman dan bercerita kepadanya, Alhamdulilah beliau memberikan saran kepada saya, dulu katanya dia juga seperti saya stelah bergabung dengan AKI ZYEH MAULANA hidupnya kembali sukses, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi setelah saya lihat pembuktian video AKI ZYEH MAULANA Di Website/situnya Saya pun langsu hubungi beliau dan Semua petunjuk AKI saya ikuti dan hanya 3 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

nak jadi negara debat ke Malaysia ni
kalau semua orang buat kerja betul2 dan se ikhlas nya, tak payah debat debat ni. buang karan aje

masalah depan kita tak akan boleh selesai dengan berdebat. MP MP ni semua dibayar gaji untuk buat kerja betul2. debat debat ni tak masuk dalam tugas MP

selesaikan masalah kita. itu tugas mereka

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu nama Hassan,kenyang dedak bos berikan, tolong cover Kiri dan kanan, digelar orang Hassan Cari Makan..

Ada satu nama Hassan, tanggungjawab siasat dia jalankan, tapi kerja sekerat jalan, kononnya bos takde peranan..

Anonymous
Guest
Anonymous

"Hassan budak jaga lembu…hari hari curi jambu..kalau emak engkau tahu..tentu engkau kena palu.."

muring.com
Guest
muring.com

Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “

( Qs Al -Baqarah : 42 )

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau duit saya pilih rm biliong-biliong tapi kalau debat saya pilih rm jota -juta.Masih tertunggu umngok nak debat isu amanat kapil mengkapil dengan tuang presideng.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kpd muring.com tak payahla susah2 nk tunjukkan firman Allah kpd org yg BERTUHANKAN WANG RINGGIT. Dah tentu dia akan tolak tepi dan dia keluarkan firman dia sendiri utk cover diri dia.

muring.com
Guest
muring.com

Janganlah kamu campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kamu sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya. “

( Qs Al -Baqarah : 42 )

Anonymous
Guest
Anonymous

Jangan lupa mufti-mufti, mereka harus ada, fatwa fatwi selepas debat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Debat AR Dahlan vs LGE
Baguslah tu, kurang2 dpt alih sikit isu 1MDB.. Billion2 vs Juta2..

Debat TMJ vs KJ
Bagus juga bersambut, kdg2 kerana kita kaya raya berkedudukan seronok mencabar org sana sini.. kan? KJ.. he's very good debater, banyak pengalaman berdebat mustahil dia takut menyahut cabaran.

Debat Asan Cari Makan vs Dr TSG..???????
I cari makan maaa.. lu apa kecoh2 mau debat2. Lu cabar wa kasi tarikh la, nanti senang I nak jumpa doktor minta MC… kihkihkih…

Debat paling best (kalau berlaku)
Tun M vs Mapudulung…
Aku Panglima Perang Islam Wasatiyah Glokal, berani cabar aku? Akan ku labuhkan sauh dan melayarkan kapalku…

Ali
Guest
Ali

Hassan cari mkn ni tahap budak darjah 1 je Otak dia,tak blh bercakap dan fikir pun,blh ke dia berdebat? Terberak dlm seluar..

Anonymous
Guest
Anonymous

Banyak lagi isu nak debat….lembu condo, esscom sabah, 1mdb, derma, bauxite kuantan, pencerobohan tanah cameron highlands, PATI, projek IC sabah, kekayaan keluarga taib, tanah Perda, TH, GGVH, Yapeim….semua isu bn/umno. Apasal tak debat? Kalu guan eng berani isu dia, bn/umno harus berani isu mereka, yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat juga

Anonymous
Guest
Anonymous

Yb Hassan…berbohong hukumnya Berdosa…nafikanlah Yg berbohong TSG…bukan saja maruah diri sendiri tp islam…fikir fikirkanlah… Jgn sampai dlm islam banyak syaitan bg pandangan penganut lain agama…

Anonymous
Guest
Anonymous

Cepat tunjukkann bukti yang semua dalam PAC bersteuju kalau tidak memang layaklah rakyat Malaysia panggil kamu "si Hassan Penipu" (macam cerita P Ramlee…Abu Hassan Penuri).

Nak bodekpun berpada-pada sikitlah bang! Ini bukan cara nak cari makan, ingatlah amanah sikit.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasulullah saw bersabda:
“Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.”
Lalu baginda ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?”
Baginda menjawab:
“Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum/awam.”
(Riwayat Ibnu Majah)

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa pandangan Tuan P.sihat kita?

Masih sibuk belek2 kitab fatwa biru ke tu. Ke guaner din….

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasib baek umngok tak ajak tuang jepung debat isu Amanat kapirkan umngok.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Nak tengok berani ke hassan pengerusi Pac berdebat secara terbuka tan seng giaw naib pengerusi Pac kalau anak jantan nah apa lagi buat saja jangan dok sebok bercakap one way trafik jln sehala je org pun meluat dengar alasan yg membodek je nak tengok Bn lwn Dap siapa ada telor

Anonymous
Guest
Anonymous

Hasan??????.ala semua orang tahu bila nama HASAN .otak di kepla lutut.nampak macam cerdik tapi cerdik menipu.tunggu bila masuk lubang kubur nanti.tahulah kau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Jgn buang masa dgn debat debut nasi da jadi bubur tangkaaap smua lanun dalam kabinet lpás tu kp,speaker kedua dewan dan ag bru dan lama.beku kan aset semua yg terlibat.buat gulag dan tahan swmpai mati.ini satu pengajaran untuk penjawat awam dinegara ini jgn pernah terjadi skandal mega atau kecik hukuman serupa.

Anonymous
Guest
Anonymous

sy org muda,..sy sokong sgt kalo perdebatan dpt disemaikn dlm dunia politik,..kerana dari debat,..kita para pemerhati dpt menilai tahap pendirian/pemikiran dan dari pendebat melalui isu y diajukan,…

PS – akal,lidah,mata pen,mesin taip,keyboard dan keberanian,…adalah lebih tajam dari mata pedang,…

Anonymous
Guest
Anonymous

Khairy dengan TMJ bukan berdebat tetapi berbahas atas isu mencari penyelesaian terbaik. Kerana tidak ada sesiapa yang memihak pada Khairy dan juga TMJ. Dua-dua mempunyai matlamat yang sama. Kalau di kira berdebat … apalah nak jadi dengan Malaysia. Hasan Ariffin dan Tan Seng Giaw mesti di pertemu kan berdepan satu sama satu. Isunya ialah mengenai kenyataan Hasan bahawa persetujuan secara konsensus telah dicapai untuk tidak menyabitkan Najib Razak dengan 1MDB. Cukup Hasan mengemukakan bukti melalui hansard bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara dan konsensus. Berdebat mengenai 1MDB banyak kali telah di war-warkan tetapi 1MDB mengambil jalan selamat. Jadi jangan… Read more »

kluangman
Guest
kluangman

Debat tak jadi atas faktor keseelamatan…

Jika debat ini tidak dihalang, diteruskan…ia akan jadi penyakit betjangkit yang sangat ditakuti…

Bagaimana kalau Mahathir ulang kali kedua ajak Najib berdebat….mana bugis tu nak letak muka!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Bertambahlah kerja Salleh S Keruak kali ni…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Ghenti la nak berdebat-debat ni..buang mase jer..kat Malaysia nih gemor bebenor kalo bab ngaleh-ngaleh topik..oghang yang buat saloh seghonok ler..dan la nyoghok-nyonghok kejap pasei ade tukang peghalik yang lain..pas ni timbol peghalik yang lain pulak..aleh-aleh..pesaloh terlepah.. ni kaedah yang same digunekan dalam keh antutuya..keh kapaei selam..banyok lagi lah keh yang leboh gitu jer..sapah pon tak peduli dah..kegha-kegha jalan jugak ler jaghum deme tuh! Awok teringhat kat satu teke-teki. Bunyinye gini – Hang Tuah tu sebenornye beghape besedaghe? Ghama yang njawab 5 besedaghe..salohh..sebenonye Hang Tuah tu 7 besedaghe..tak caye? Acu kegha! Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi..udah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang Islam jangan berbohong, kalau berbohong munafik namanya. Janganlah kita menjadi munafik semata-mata untuk menutup jenayah orang.

Anonymous
Guest
Anonymous

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkat yang paling bawah dalam neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka."
(Quran, 4:145)

Anonymous
Guest
Anonymous

IMPOSIBLE! Hassan Cari Makan tak akan sanggup debat dan menjadikan dirinya Hassan Tak Boleh Cari Makan. Boleh terlondeh seluar dia dan boss dia Najib kalau debat jadi

Anonymous
Guest
Anonymous

Betol,sekiranya debat terjadi dan hassan cari makan kantoi abess..akhirnya beliau meletak jawatan dan kemungkinan besar menukar portfolio dari pengerusi PAC kepada hos rancangan jalan jalan cari makan di slot tv3..