ANTARA PROTON DAN 1MDB

Dalam tulisan di blognya untuk menghuraikan sebab-sebab beliau berundur sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad turut mengambil kesempatan menjawab tuduhan pengkritik sebelum ini yang seolah-olah mengatakan syarikat kereta nasional itu hanya tahu meminta bantuan untuk memberinya nafas kehidupan dan tidak menyumbang apa-apa kepada kerajaan.
Beliau lantas menyenaraikan pemberian kerajaan kepada Proton iaitu:-
– RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.
– RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.
– RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif
– secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah RM14,631.4 juta.
Sumbangan Proton kepada kerajaan yang disenaraikan oleh Tun Mahathitr pula:-
– duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.
– cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.
– cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.
– duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.
– cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.
– secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah RM24,095 juta.
Selain itu, menurut Tun Mahathir, suntikan dana sebanyak RM400 juta oleh kerajaan kepada Proton juga sudah pun dibayar serta dalam masa yang sama telah membiayai sepenuhnya kilang di Tanjung Malim bernilai RM1,800 juta dengan menggunakan tabungannya sendiri.
Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 secara tidak langsung kepada rakyat.
Kepada pengkritik Proton dan pemuja 1MDB, cuba bandingkan antara kedua-duanya?
Berapakah  sumbangan 1MDB kepada kerajaan sejak ia ditubuhkan, meskipun kerajaan menyediakan modal awal sebanyak RM1 juta dan menyerahkan tanah TRX dan Bandar Malaysia dengan harga paling murah kepadanya?
Apa jadi kepada tanah-tanah itu sekarang?
Berapa sumbangan cukai dan jumlah pekerja yang telah mendapat nikmat daripada 1MDB?
Siapa yang kaya kerana Proton dan siapa pula yang mendapat laba daripada 1MDB?
Jika ada perbandingan lain selain “antara langit dengan bumi”, apa agaknya yang sesuai untuk membezakan Proton dengan 1MDB? 
Kalau ada rakyat Malaysia ingin berbangga kerana 1MDB hanyalah barangkali popularitinya telah “melonjakkan” nama Malaysia dan Najib menjadi semakin “fofular”  di seluruh dunia. (SH 06/04/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

43
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
PAK HAJI RIDWANAnonymouseriMohd SaniNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Anak keruak dan anak dahlan yg bingai tu tak komen apa2 ke lagi. Lagi dua bahlol anak musa dan gayat kat bera tu pun sangap je takde nak komen. Proton ni masa zaman anak badawi memang dah kena palam. Semuanya pasal proton ni idea tun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingatkan Najib aje yang kena buang… rupa2nya ramai lagi pemimpin UMNO yg jenis lembu cucuk hidung. Aku aje apa tuan nya buat.

Umno dah teramat tenat sekali…dah nazak gamaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu nama Tok Pa, dulu mengangguk sekarang terpa, jasa Tun dianya lupa, banyak kah dedak sudah terima?..

Ada satu nama Tok Pa, rasuah Najib dia terima, sebab jawatan nak dok lama, sekongkol Najib peduli apa…

Anonymous
Guest
Anonymous

Teruk-teruk Proton, saya sebagai rakyat biasa telah 'dapat' mengunakan 4 buah kereta Proton.

Sehebat-hebat 1MDB,sejengkal kain Jackel pun saya tak 'dapat' pakai. Nak masuk kedai pun tak pernah. Takut.

Ya memang harga Proton mahal dibandingkan kereta lain dan di luar negara. Tetapi kerana Proton lah, syarikat pembuatan kereta yang besar membuka kilang-kilang pamasangan di sini untuk menjual nya dengan harga murah.

Kerana Proton lah, ujud nya Produa.

Jika benar Proton seburuk yang di katakan, ada lah silap meletakkan Pak Lah sebagai penganti Mahathir.

Anonymous
Guest
Anonymous

Proton secara tak langsung telah membantu memertabatkan ketamadunan rakyat Malaysia dalam industri pembuatan otomobil. Bukan senang untuk mendapat teknologi tersebut daripada negara-negara yang telah established.Jepun telah bangkit dari negara pengimpot besi buruk dunia selepas perang dunia ke 2 dan kini telah berjaya dalam industri tersebut dan kereta Jepun telah berada di seluruh pelusuk dunia. Itu pentingnya R & D dan selayaknya Kerajaan membantu tanpa sebarang syarat.Menteri MITI kena berusaha untuk membantu dalam idea untuk meningkatkan pasaran kereta Proton dan bukannya menanam sifat-sifat nagatif.Sekarang sudahpun lebih dari 4 juta unit kereta Proton di jalanraya Malaysia.Manafaatnya amat membanggakan berbanding dengan 1MDB yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Proton dan 1mdb , 2-2 saya x mau.saya mau tun saja.undur najib undur

Anonymous
Guest
Anonymous

To top it all, sumbangan paling besar proton kepada negara adalah kini rakyat Malaysia know how to built a car from scratch. Know what is like to manufacture a car and sell it. This little known third world country bold and foolish enough to dream of building their own cars. And we did. This know-how car technology is not easy to get for any country UNLESS the country itself becomes making and producing cars. Even Singapore don't have this kind of unique experience. The unique feeling on how to manufacture a car from the bottom of the chain right to… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

terima kasih admin,…posting y menarik dan berfakta,..terima kasih saudara anon 15:49,…komen y bernas,..mesti baca,…

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 13:17…Apa benda yang merapuni. Soalan pun lintang pukang.Fakta tah kemana. Belum makan ubat dedak lagi gamaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah dia kata rakyat biasa dan bukan pakar economy….tuh yang otak dia lari alignment!

Jangan kata ubat dedak, disumbat taik pun dia bedal hanya kerana malas mencari kebenaran!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini soalan dari rakyat biasa ,bukan dari pakar ekonomi ,nak minta Mahahtir jawab. Bila Proton di keluarkan harga kerta keseluruhannya di naikan hitong panjang RM 30,000 sebuah ,kerana mahu memberi perlindungan kepada Proton.Jadi berapakah jumlah tambahan tersebut yg telah terpaksa di keluarkan oleh rakyat utk membeli kereta.Betulkan kiraan ini 33 tahun X 200,000 buah kereta se tahun X Rm 30,000 = 198 billion. Berapa pula jumlah faedah tambahan yg kena di bayar oleh rakyat kerana membeli kereta dgn tempuh pinjaman yg lebih panjang 7-9 tahun kerana harga kereta yg terlalu mahal?.Sebelum kereta Proton di keluarkan rrakyat boleh beli kereta dgn… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Wang 1mdb…digunakan untuk siapa? Shopping?

Mohd Sani
Guest
Mohd Sani

Ko tak abis mkn dedak lg ke anon 13:17? Soalan ilmu isab apa ko guna lintang pukang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahatir tu degil, dialah yg Nalaysia mcm ni skg ni, Aku setuju byk perkara kita terpaksa bayar disebab polisi Mahatir, Apa nak nak dibanggakan

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hanya anjing2 yg buta mata dan buta hati saja mengatakan proton tak sumbang apa2 pd rayat Tun kata 12000 rakyat menyara hidup melalui proton cuma anjing2 saja kata 1Mdb untungkan barua2 yg kayaraya jual tanah pd cina dari negeri cina itu yg anjing2 ini sokong kerana mereka juga dpt dedaknya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Hanya anjing2 yg buta mata dan buta hati saja mengatakan proton tak sumbang apa2 pd rayat Tun kata 12000 rakyat menyara hidup melalui proton cuma anjing2 saja kata 1Mdb untungkan barua2 yg kayaraya jual tanah pd cina dari negeri cina itu yg anjing2 ini sokong kerana mereka juga dpt dedaknya

Anonymous
Guest
Anonymous

Sejak proton diujudkan berapa banyak proton di jalanraya? Berapa banyak kerajaan mendapat duit dari cukai jalan? Dll

Anonymous
Guest
Anonymous

Proton di bandingkan 1MDB? Ia seumpama perwiraan Melayu di bandingkan kekhianatan Bogeys (bukan Bugis kita).

Anonymous
Guest
Anonymous

Sumbangan Proton (idea Tun M) kepada kerajaan, kepada rakyat, lepas di tolak dari sumbangan kerajaan ada lebih RM9,463.6 million berbanding sumbangan kerajaan kpd Proton.

'Sumbang'an 1MDB RM42 billion hanyalah untuk Biawak, Badak dan pemakan2 Dedak serta kakitangannya yg entah berapa ekor.

Yg nyata, 1MDB pusing2 hanyalah kepada Dedak, Badak dan Biawak…. Satu sen pun tak berguna kepada rakyat dan negara.. Tergadai harta negara adalah… Semoga penyamun2 ini dipanah petir.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pusing2….

Dedak, Badak, Biawak.
Biawak, Badak, Dedak.

Dedak, Badak, Biawak.
Biawak, Badak, Dedak.

Yang tengah lah yang untung.

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Itu la tempoh hari saya baca dato Mustapa kelantan(dia ini pun jenis tak guna)jawap pasal Proton ,rasa macam tak berapa nak kena , point yang paling tak kena pasal GLC ,ini proton satahunya bukan GLC sebab sudah milik swasta penuh kemudian pasal sumbangan kerajaan dan vendor pun tak kena kerana proton pun kena bayar cukai dari keuntungan juga dan vendor pula 90% lokal jadi kena rebate la,itu saja. Sebenarnya budin saya lihat apa saja jawapan dan penjelasan diberi oleh menteri kerajaan dan kuncu kuncu najib ini tak ubah standard pakar fitnah No 1 negara iaitu Raja Petra Kamaruddin ingatan dan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tok Pa yang saya hormati selama ini, hancur berkecai, akhirnya menjadi pencacai najib yang bergelumang dengan jenayah rasuah. Hilanglah hormat saya kepada Tok Pa. Selamat Tinggal Tok Pa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Me tooooo…. Tok Pa kita ingatkan bolehlah disandarkan harapan utk mnghentikan tohmahan berlandaskan fakta….tapi kelabu asap jugak nampaknya sama spt rakan se kampong kuli dan nuar muse. Tiada apa nampaknya yg boleh rakyat harapkan dlm masa terdekat….kita tpksa menahan sabar utk mnunggu pru14 utk menyatakan kekecewaan kita…..BE END!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

mana bis, tok pa kat ahli parlimen UMNO yang warak dan masih lagi sembahyang tak tinggal diparlimen, penganut agama terbenar sekali didunia! LOL

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak tanya aje…Ada Tun bawa duit Proton shopping kat Hawaii atau beli kain million-million?

Anonymous
Guest
Anonymous

Kelemahan Tun ialah Tun tak buat GST dulu….hehe.

KJ
Guest
KJ

Bukankah yang sepatut memberi maklumat sebegini jelas ialah dari MITI, iaitu Tokpa sendiri? Bukankah dia yang mempunyai semua maklumat terperinci? Mungkin Tokpa juga ter…saya ulang ter..termakan dedak? Mungkin sebab dia dah announce nak pencen dari politik, maka tak nak ganggu pencen gomen dia? Baik diam diri sahaja bukan? Nanti kena buang macam yang lain, miss syoru pulak.

Anonymous
Guest
Anonymous

tok pa tppa ni dari dulu x nmpk tokoh pun
mungkin sbb kuota menteri dari kelantan dan dia berada di tmpt yg tepat pd masa yg tepat sbb tu ble jd menteri
sesungguhnya x ada karisma pun

Anonymous
Guest
Anonymous

Kemelut 1mdb membongkar KEBODOHAN menteri2 yg dilantik. Perlukah kita mengekalkan mereka2 yg ternyata kaya raya hanya kerana menjadi menteri?
MENTERI2 KABINET BEGITU DUNGU BILA MENGUPAS ISU2 PENTING….sila baca komen2 mereka tahap darjah 3 sekolah kebangsaan tetapi tetap perasan diri seorang yg amat bijak! Ptuii…

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya bukan fan Proton. Tapi saya lebih rela ada Proton daripada 1MDB. Apa fungsi 1MDB? Mana duit yang dipinjam dari Bank-Bank? Dah dicuci bersih dah kan? Beli handbag, kain berjela-jela dll.

Anonymous
Guest
Anonymous

Takyah dengarlah cakap bodoh rahman 'positioning' dahlan ni. Asal dia ni bangang dan sampai bila2 pun dia akan jadi bangang. Annuar samun duit org miskin pun same je. Suruh dia taubat jelah …

Sentiasa Panas
Guest
Sentiasa Panas

Terbaik dari seorang pemimpin berkasrisma yang hanya petik jari kaki menjawab soalan bodoh menteri-menteri dedak yang mempersoalkan kegagalan proton kononnya.

#Salwah Abdat, 1MDB merapu? Ko pun makan dedak jugak ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu wanemdibi, hasil kepala perdana menteri, berniaga besar jadi rugi,berbiliun masuk poket sendiri..

Proton dibuat untuk negara, jadi lambang kekuatan bangsa, Mahathir contoh pemimpin dunia,memang Tun permata berharga..

Anonymous
Guest
Anonymous

Pantun Terrrbaekk Bro.

eri
Guest
eri

mintak kebenaran copy pantun tuan…terima kasih…..

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Inilah seorang insan yang hebat iaitu Tun Dr Mahathir menjawab segala tomahan secara spontan dan ada fakta fakta yang benar kecuali 1MBD yang merapu dari hari ke hari,Syabas dan Tahniah Kepada Tun Mahathir

Anonymous
Guest
Anonymous

1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunggulah bila najib tiada kuasa nanti…kita tengok penjilat2 pun akan kutuk dia jugak

Anonymous
Guest
Anonymous

Hebat Tun….. krn segera menjawab segala persoalan@fitnah ttg Proton yg seolah2 menyalahkan beliau atas kemelut yg berlaku. Moga jwpan Tun dpt kita sharekan di fb agar jgn sedap2 jea puak2 macai menyalahkan Tun tanpa menimbang fakta yg sebenar….

Anonymous
Guest
Anonymous

Jelas sekali, orang yang jujur akan pantas menjawab tohmahan yang dilontarkan. Ada jawapan pada setiap persoalan. Rakyat pun puashati. Tidak perlu tipu rakyat, tidak perlu bohong rakyat, tidak perlu ampu bodek. Kenyataan yang mencerminkan kebijaksanaan. Berbeza dgn kaki ampu bodek, setiap kali buka mulut "hampas" yang keluar.

Rakyat pun dah bosan Dan jelik dengan kabinet umno pemakan dedak..

Anonymous
Guest
Anonymous

…arul kata tugasnya dah nak habis, dia pun dah nak berhenti.

PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »

PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »