LEBIH BANYAK RAHSIA JAKEL MUNGKIN TERDEDAH SELEPAS INI

Tidak ramai yang ambil peduli mengenai Jakel, sebuah gedung menjual kain dan pakaian ternama yang berpusat di Jalan Masjid India sehinggalah The Wall Street Journal mendedahkan bahawa Najib Razak telah melakukan pembayaran kepada syarikat itu sebanyak AS$14 juta atau kira-kira RM55 juta antara tahun 2011 hingga 2014.

Persepi umum lantas memuncak dengan persoalan paling mudah, apa yang sebenarnya dibeli Najib daripada Jakel dengan bayaran sedemikian banyak itu?
Kalau ia semata-mata untuk pakaian Najib, Rosmah dan ahli keluarganya, tidakkah jumlah itu terlalu besar hanya untuk tempoh empat?
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap Najib berhubung bayaran yang dibuatnya kepada Jakel Trading itu sebagaimana didedahkan oleh WSJ, juga mengepilkan dengan pertanyaan yang antaranya, apakah pakaian yang dibeli itu untuk Rosmah dan jika sehelai berharga RM10 ribu, apakah ia bermakna sebanyak 5,500 helai telah dibeli sepanjang tempoh  empat tahun atau empat helai dalam sehari?
Selain itu, Lim Lip Eng juga meminta polis menyiasat daripada mana Najib memperolehi wang sebanyak itu yang diangggap jauh berpadanan dengan gajinya sebagai Perdana Menteri yang dianggarkan kira-kira RM273,912 setahun serta kemungkinan  ia berkaitan dengan unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan penggubahan wang haram.
Baik Najib mahu pun Jakel, kedua-duanya masih berdiam diri sehingga ke hari ini. Yang ada bersuara hanyalah sebuah portal pro Najib yang mengatakan bayaran puluhan juta itu adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan yang disampaikan kepada pertubuhan bukan kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian anak-anak yatim dan sayap-sayap politik.
“Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.
“Jika benar ia kegunaan peribadi, berdasarkan harga pakaian di Jakel yang dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib mungkin terpaksa menyewa gedung untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut,” kata portal itu lagi.
Ternampak bahawa portal itu sama ada sengaja melindungkan fakta atau pun tidak pernah sama sekali berkunjung ke gedung Jakel. 
Perlu diberitahu bahawa harga pakaian di Jakel bermacam-macam peringkat, ada yang dalam kemampuan rakyat biasa membelinya, tetapi ada juga yang mencecah puluhan ribu ringgit sehelai di mana rakyat biasa hanya mampu menengoknya saja.
Selain itu, jika portal yang diketahui ada “tuan besarnya”  itu mengatakan “belum ada orang gila membeli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri”,  mereka seharusnya tidak lupa bahawa Ahmad Maslan juga pernah berkata, “tiada Perdana Menteri yang begitu bodoh mahu  memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun peribadinya” ketika isu wang RM2,600 juta mula-mula didedahkan dahulu.
Jika akhirnya terbukti bahawa Najib tidaklah begitu cerdik dengan membenarkan wang beribu-ribu juta dimasukkan ke akaun peribadinya, maka janganlah hairan jika kegilaan membeli pakaian berpuluh-puluh juta ringgit juga boleh menjadi amalan beliau dan keluarganya.
Lagi  pula, bukankah kos bercuti, membeli barang kemas dan bermewah Najib dan Rosmah, sebagaimana yang didedahkan oleh media-media antarabangsa juga turut mencecah puluhan juta ringgit jumlahnya?
Bagi mereka yang tahu, hubungan Jakel dengan keluarga Najib bukanlah asing sebenarnya,  walaupun ia boleh dikatakan hubungan yang agak baru saja terjalin.
Jakel bukan saja dilaporkan biasa menghantar kain-kain baru dan terpilih ke rumah Najib untuk kegunaan keluarga Perdana Menteri itu, malah dalam tahun-tahun terakhir ini dikatakan syarikat itu turut mendapat manfaat lain daripada hubungan tersebut.
Mereka yang rapat dengan Jakel ada memberitahu, syarikat itu yang hanya dikenali sebagai peruncit dan pemborong kain serta pakaian turut memiliki  berpuluh-puluh keping tanah di sekitar Kuala Lumpur sekarang ini.
Antara tanah yang dipercayai milik Jakel itu ialah terletak di kawasan Setapak, Cheras dan Bandar Tun Razak dengan sebahagiannya sudah mula dibangunkan dengan pembinaan kondominium mewah dan separuh mewah.
Dengan mulanya terdedah sejumlah wang yang besar dibayar oleh Najib kepada Jakel dan hubungan itu terus menjadi bualan ramai, adalah dijangkakan lebih banyak perkara lagi mengenai syarikat itu akan terbongkar selepas ini.
Sama ada Najib dan Jakel berdiam diri atau cuba memberi apa-apa respon mengenainya, sorotan umum kini lebih menarik perhatian lagi, bukan saja mengenai  apa yang diperolehinya daripada kerajaan tetapi juga siapakah personaliti di belakang syarikat itu yang mempunyai hubungan rapat dengan Seri Perdana.
Yang perlu dipersiapkan juga ialah kemungkinan Jakel akan terus berdepan dengan banyak persoalan dan keraguan,  meskipun setelah Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti. (SH 05/04/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

56
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
PAK HAJI RIDWANAnonymousOrang Kampongsham zamNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Kita pakat boikot ramai2 Jakel nie

Anonymous
Guest
Anonymous

Kesan tak langsung dari pendedahan ini ialah.nampak Jakel sahaja…ingat Rosmah Najib. Bustlah laporan ke mana2 agensi berkaitan dalam negara termasuk SPRM… sudah tentu akan berakhir dengan tanpa sebarang tindakan. Bukan menyalahkan agensi2 ini…kita faham mereks bimbang akan keselamatan diri dan keluarga. Tapi hendak biarkan begitu sahaja juga tidak memadai tanpa sebarang tindakan. Jadi ada bsik kita boikot semua outlet Jakel seluruh negara sehingga ada laporan tentang siasatan samada wujud sebarang yang menyalahi undang2. Tindakan: Boikot Jakel.War warkan kepada ahli keluarga..sahabat handai…jiran. Sebarkan berita ini melalui rangkaian cyber…facebook..whatssaap …dsb ealaupun telah didedahkan oleh media sedunia. Mesti ada tindakan dari kita semua… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

1. Suatu yang sangat menghairankan saya ialah bila pemimpin yang tidak berkuasa seperti Tun Mahathir dikecam dan diserang oleh penjilat dan pencium tangannya satu ketika dahulu yang terdiri daripada pemimpin Umno Bn. Tun M bersalah, Tun M pengkhinat, Tun M hendak jatuhkan Kerajaan Melayu pakat dengan Cina dan macam-macam lagi kesalahan Tun disebut Umno Bn. Politik hari ini seolah-olahnya Umno Bn Pembangkang dan Tun M Masih Perdana Menteri.MENYALAHKAN TUN M : UMNO MENDEDAH KEBODOHAN SENDIRI.2. Kini kenyataan terbaru Tan Seri Anuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang menyalah Tun Mahathir atas kegagalan… Read more »

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Suruh mereka tempah kain kapan lagi baik utk persediaan pru14 nanti bila bn n umno terkubur jika takut tak cukup kain utk ditanam itu lebih baik

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Suruh mereka tempah kain kapan lagi baik utk persediaan pru14 nanti bila bn n umno terkubur jika takut tak cukup kain utk ditanam itu lebih baik

Anonymous
Guest
Anonymous

Nazri kata apa yang dia buat sekarang adalah apa yang di ajar oleh Tun Mahathir dahulu.

Tun Mahathir tak gila masa itu nak ajar pertahankan orang yang guna duit rakyat beli kain berjuta-juta.

Dan jika Nazri kata dia belajar dari Tun, Nazri adalah murid yang gagal dan bodoh piak.

Orang kalau berguru, selagi ada guru dia akan ikut apa yang guru ajar. Sekarang guru Nazri ajar lawan pemimpin yang jahat seperti Najib kerana membelanja berjuta-juta untuk beli kain tapi Nazri tidak ikut.

Nazri juga murid yang menderhaka pada guru.

Anonymous
Guest
Anonymous

Look, you can't take the blurps of a clown seriously can you? Especially those performing in the ring of the Bogeysman Circus…

Anonymous
Guest
Anonymous

Depa tengah prepare tu. Itu yang senyap dalam seminggu. Minggu depan kita nampak la dekat berita tv kroni rumah mangsa banjir dalam 2, 3 rumah disaluti kain silk dari bumbung sampai lantai. Acik acik dalam rumah pun pakai kain silk. Kain lap dapur pun silk nanti. Cash is king kan. Apa saja buleh jadi kenyataan.
Lagipun orang pendek, gemuk, cerewet & huduh kena la beli berpapan kain. Semua bagai tak kena kalau dijadikan baju pun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Satu dunia kecoh duit bilion-bilion rm masok akaun sendiri lepas tu satu dunia heboh duit juta-juta dari akaun sendiri masok ke akaun lain.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hai Jib & Ros,

Hang tak nak jawab kah ?, hang tak malu kah ? memalukan negara Malaysia aje apa yang hang buat ni. Letaklah jawatan, sampai bila hang nak berdegil sangat ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

cuba habag mai anak yatim mana yg dpt baju kain jakel sumbangan najib ni?
byk betoi duit dia beli kain baju juta2.
ini misti transaksi lain ni bukannya jual beli kain baju.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tunggulah sedikit masa lagi maka anjing2 belaannya akan menyalak utk menegakan benang basah harap rakyat yg menderita ini marilah tengok beramai2 atau mjungkin Ybhg Tun ada jawapannya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tunggulah sedikit masa lagi maka anjing2 belaannya akan menyalak utk menegakan benang basah harap rakyat yg menderita ini marilah tengok beramai2 atau mjungkin Ybhg Tun ada jawapannya

Anonymous
Guest
Anonymous

Mungkin jakel buatkan untuk majlis tunang atau majlis kahwin anak najib n rosmah ni.. belanja sakan

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau ada alasan kenapa dikatakan pada penghuni neraka wanita melebehi lelaki, inilah suatu contoh jenisnya … dirangkumi 15000 bomoh macai diorang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku baru nak jual batik jawa…agak2 rosmah suka tak?

Orang Kampong
Guest
Orang Kampong

Tk muat bro…bkn sb mah besar tp kain kecik

Orang Kampong
Guest
Orang Kampong

Tk muat bro…bkn sb mah besar tp kain kecik

Anonymous
Guest
Anonymous

Alamak !!! Dah tak berkerja ni baru ingat nak meniaga kain. Harap2 dapat jadi macam Jakel. Ingatkan jual kain boleh kaya raya. Adik beradik aku pun bolehlah tumpang sekaki. Dapatlah gelaran Dato. Rupanya kena ada org pump duit juta2 USD. Terpaksalah cancel plan aku. Najib tak kenal aku dan aku pun tak kenal mana2 Arab. Kena tukarlah bisnes plan nampaknya

Anonymous
Guest
Anonymous

Awat le bodoh sangat, tak pernah dengar perkataan hawala ke.u bayar kepada jakel disini esok u bolih ambil di amerika,tak payah melalui sistem perbankan.u

Anonymous
Guest
Anonymous

Jikalau pembelian tu ialah sumbangan kebajikan najib, dari mana dia dapat duit berjuta-juta US$ untuk buat sumbangan?

Anonymous
Guest
Anonymous

minta tolong siapa yang berkemampuan tolonglah jual najib ngan rosmah kat kedai besi buruk mana2 sekalipun….dah tak tertanggung sangat kesakitan ni!!!

Orang Kampong
Guest
Orang Kampong

Jual kat kedai besi buruk….sapa,nk beli sb nk jual balik tak laku bro..sial 44 kurun…nk bg kat zoo ..harimau pun tk tertelan..busuk yg amat..babi mkn bangksi…tp depa dua ekoq ni..usahkan babi..babi gila pun mengelakk bila tersondol…yg nk terima depa ni…puak umno je..dari mkt hinggalah ketua bahagian yg ada title yb je..

Orang Kampong
Guest
Orang Kampong

Jual kat kedai besi buruk….sapa,nk beli sb nk jual balik tak laku bro..sial 44 kurun…nk bg kat zoo ..harimau pun tk tertelan..busuk yg amat..babi mkn bangksi…tp depa dua ekoq ni..usahkan babi..babi gila pun mengelakk bila tersondol…yg nk terima depa ni…puak umno je..dari mkt hinggalah ketua bahagian yg ada title yb je..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau potongan badan kecik ketot dan gempal, pakai lah mahal macamana pun, nampak tak cantik jugak.

Susah dengan orang tak sedar diri ini…..

Orang Kampong
Guest
Orang Kampong

Bukan ketot..KEMETOT

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana salleh s keruak….minta dia ulas dulu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Woiii keruak kau punya karabau pun pakai baju jakel juga ka?

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahaha…..komen paling kelakar hr ni….

Anonymous
Guest
Anonymous

Karuak si karabau tu orang mana?Orang sabah orang semenanjung ?Bikin apa kau sibuk sibuk mau jaga najib di kl?Sedangkan keselamatan negeri dan rakyat kau sendiri pun tidak terurus.Karuak kau masih mau urus kehidupan najib ka di kl?Orang kl ka yg undi kau?Orang sabah hidup dalam ketakutan dan mau turun laut cari makan pun susahKau siok siok tinggal di kl jaga najib.Kau tidak tau malu ka karuak?Apa guna kau pergi kl mau jadi hero? Pulang sini bah tunjuk kau punya hero sama mundu. Kasi tunjuk kau punya kepadaian sama orang orang sabah dulu bah kalau kau betul betul ada kepandaian.Monyet dihutan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Rosmah beli Kain kapan untuk semua rakyat Malaysia….lu orang apa tahu!!!

JinKerjaKacauKampong@J3K
Guest
JinKerjaKacauKampong@J3K

…haaah…haahh…yg ni sah…tutup khairat kematian kg lagu ni…barua sngguh betina tubuh tembun jubuk tonggek kaki pendek ni…

sham zam
Guest
sham zam

aku pun xtrfikir lgsung psl ni. mgkin jgk kak mah bt mcmtu, ptut dia beli sianida sja kt hup huat chem utk kita suma

Anonymous
Guest
Anonymous

Jakel je ke tempat nak beli kain baju untuk sumbangan? Tempat lain takde? Pasti ke jakel tak mark up harga?

Lagipun bukan semua kain di jakel tu harga murah sampai perlu gedung…ada yg berharga puluh2 ribu. Takkan blogger umno bangang tak tahu?

Anonymous
Guest
Anonymous

Masyallah. Dulu Deepak, kini Jakel.
Esok entah apa lagi. Jangan-jangan Mydin.
Bongkar Shahbudin jangan tak bongkar.
Nasiblah rakyat Malaysia ada PM macam ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini macam cerita Dr. Jakel and Mr. Hyde …. Ooooohh

Anonymous
Guest
Anonymous

Kain untuk buat kenduri kahwin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku kwn anak jakel n pernh ke tingkat plg atas bgnan jakel n nmpk kain yg jd pakaian rosmah dgn harga rm8000 semeter. Perkara ni mmg tk tipu. Jd mmg tk pelik kalo jutaan ringgit utk shopping jakel

Anonymous
Guest
Anonymous

Sprm mana ada teloq…….semua makan gaji buta…ITU pun pakai duit rakyat …

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapakah agaknya Lembaga Pengarah Jakel?

Anonymous
Guest
Anonymous

kepelbagaian cara nak menyorokkan duit – kenalah bijak bro.

Anonymous
Guest
Anonymous

Payah nak reda dengan sedikit saja; tapi tak mungkin seorang dapat reda dengan banyak. Nafsu amarah yang tak terkawal akan makan diri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ingat mat maselang ingat pendapat tuang amanat 2×5 sependapat.tapi ikut ilmu jinkoloji derma masok akaun sendiri memang x lojik.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pi repot polis, Khalid tweet buat diam lah spt report Khairuddin keatas 1MDB.
Buat lah report Sprm sekali.

Anonymous
Guest
Anonymous

Protal umngok tu tolong angkat najis, lama kelamaan ia juga akan berbau najis.Akhirnya rakyat marhaen akan percaya tebiat menabung sejak dari kecil lagi akan membolehkan mampu memakai gelang emas sampai pangkal ketiak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau betul ros najib menderma kpd fakir miskin melalui jakel mesti dah gah keluar skhabar dan tv3suku tiap2 hari.

Lagipun bukan susah nk siasat menderma melalui jakel. Kalau sprm ada telur nk siasat lah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau betul derma pada org miskin dari dulu lagi dah meletop cerita ni. Masuk TV, masuk suratkhabar. Dah lama bedegar-degar macam petir bunyi sana sini derma pada org miskin. Inilah time nak tarik perhatian pengundi.

Hadoiii……banyak kali betul kita ni tipah tertipu. Malangnya jadi rakyat Malaysia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Berapa kali Rosmah pakai baju yang sama?

Habis banyak 3 kali, mungkin. Sebab dalam sehari, Rosmah hadir 3 majlis (purata)…

Berapa harga pakaian merah jambu pula berserta jubah ?

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,
Kalau ya pun kain dibeli utk kasi sumbangan kpd org susah apa ni hanya jekel saja ka yg sesuai dihabiskan berjuta juta ringgit utk beli kain apa ditempat lain tak leh ka,kain di jekel ini selalu mak datin dan puan sri yg byk suka order.

Takpa la itu Rosmah najib punya hal la,tapi si cover line yg dok buat cover Rosmah Najib punya kotor lu orang punya muka dan maruah lu org letak dekat lubang najis ka,Arul kanda pun dah pandai nak resign dari 1MDB lu org masih kebulur itu dedak tak cukup ka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mintak SPRM masuk check gedung pakaian tersebut..

Anonymous
Guest
Anonymous

Mcm biasa.. xkan xpaham pulak.. SOP SPRM bila skandal kene kat pemimpin parti pemerintah dan pegawai2 atasan kerajaan, semua pegawai2 SPRM diam terkedu memanjang. Malah seperti garuda menyerang bumi lagaknya.. semuanya menikus!!!.

Rahsia umum gelagat SPRM dan jabatan2 kerajaan…jika terkena pemimpin pembangkang.. mahupun rakyat biasa.. kemain laju pergi serbu.. siap naik buraa lagi dowh..

Semua undang2 dan akta dicipta untuk menghalang dan mengawal rakyat bawahan. Manakala pegawai2 gomen dan orang atasan parti pemerintah akan dikowtim selamat, dijaga, disorok senyap2 dan dipadam sesegera mungkin.

Anonymous
Guest
Anonymous

SPRM pun dah termakan dedak kot.

Anonymous
Guest
Anonymous

Buang masa je nak suruh sprm check. Dah tahu jawapan. Tiada kes

Anonymous
Guest
Anonymous

Takpa. Najib, buatlah selagi kau ada kuasa.
Biar-biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Tapi kau dan Rosmah harus ingat.
Sepandai-pandai Tupai melompat jatuh ke tanah juga.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau betul tak ada gudang, mungkin kontena… yang di simpan ikut warna pakaian.

PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »