TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH….

Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.
Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.
Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.
Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.
Bagi tujuan tersebut, pengganti yang dipilihnya mestilah tokoh berwibawa yang mampu memenangi pilihanraya, memastikan UMNO terus berkuasa dan setuju untuk menyimpan terus fail-fail berkaitan dirinya.
Meskipun Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, kebimbangan Najib terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu merangkami dua perkara:-
– karektor Zahid yang tidak cukup kuat untuk memimpin parti dan negara, tidak diterima oleh pengundi bukan Melayu dan lemah dalam kelompok golongan pertengahan Melayu yang semua itu lebih memungkinkan UMNO dan BN kecundang juga dalam pilihanraya akan datang.
Jika kalah dan Pakatan Harapan yang berkuasa, sudah tentu mereka akhirnya akan mengheret Najib ke muka pengadilan dan ia menjadikan penyerahan kuasanya kepada Zahid tidak memberi apa-apa makna kepada diri dan keluarganya.
– berikutan karektornya yang lemah juga, yang lebih membimbangkan Najib ialah jika setelah menjadi Perdana Menteri, Zahid akan segera mengambil jalan mudah dengan mendakwanya di mahkamah bagi mendapatkan sokongan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Tun Abdullah Badawi dahulu yang membawa Kasitah Gadam ke muka pengadilan bagi menghantar isyarat pentadbirannya benar-benar serius dalam memerangi rasuah yang melibatkan jerung-jerung besar.
Dalam bahasa yang mudah, Najib sebenarnya tidak percaya kepada Zahid Hamidi. Oleh itu, untuk menyelamatkan dirinya, Najib mesti memilih orang lain untuk mengambil alih tempatnya.
Pilihan terbaik Najib ketika ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah.  Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok. 
Orang bandar, penduduk kampung, golongan pertengahan, elit Melayu dan semuanya boleh menerima Tengku Razaleigh.
Disebabkan kemampuan dan karektornya yang kukuh berbanding Zahid, Tengku Razaleigh tidak memerlukan sama sekali elemen Najib dibawa ke mahkamah untuk membantunya menarik sokongan rakyat.
Dengan itu, dari segi menyediakan laluan selamat, sama ada sebelum atau selepas pilihanraya, Tengku Razaleigh jauh lebih diyakini oleh Najib.
Selain itu, dengan menyerahkan kuasa kepada Tengku Razaleigh yang sudah berusia 78 tahun, bukan saja laluan selamat lebih terjamin untuk Najib, bahkan untuk mencaturkan Hishammuddin sebagai calon Perdana Menteri seterusnya turut menjadi lebih mudah.
Dengan itu juga, melalui Tengku Razaleigh dan kemudian Hishammuddin mewarisi kerusi Perdana Menteri, selamatlah Najib untuk selama-lamanya.
Masa yang paling sesuai untuk Najib menyerahkan kuasanya kepada Tengku Razaleigh ialah selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Ini bermakna Najib dan keluarganya akan meraikan Hari Raya nanti untuk kali terakhir sebagai Perdana Menteri.
Selepas itu, Najib sendiri akan membawa Tengku Razaleigh ke Istana Negara bagi memohon perkenan Yang Dipertuan Agong bagi pertukaran Perdana Menteri.
Oleh kerana semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO, menteri kabinet dan Ketua-Ketua UMNO bahagian sudah sedia berdiri teguh bersama Najib, apa saja yang dilakukannya tidak akan mendapat bantahan apa-apa daripada mereka. 
Semuanya setuju belaka untuk menerima Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri yang baru dan Zahid  Hamidi akhirnya menjadi seorang lagi Timbalan Perdana Menteri yang kecundang di tengah jalan.
Allahu Akbar…Allahu Akbar…tiba-tiba sayup kedengaran azan Asar dari masjid berdekatan.
Ohhh….hari ini hari Ahad, saya tertidur dan bermimpi di siang hari rupanya…..(SH 03/04/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

83
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Faiz AdamPAK HAJI RIDWANAsma jafitepenAnonymous Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Faiz Adam
Guest
Faiz Adam

hati ku berkata .. tolong lah kembalikan ke amanan malaysia kita. kita jgn silap memilih dan renungkan zuriat kita yg di kenali sebagai warga Malaysia.

Asma jafi
Guest
Asma jafi
Anonymous
Guest
Anonymous

Shah, kebetulan masa tu aku mimpi ko makan dedak. Cuma aku menyesal mimpi aku kena potong separuh jalan sbb aku nak sangat tengok dedak siapa ko makan ….. !!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku li karektor kukuh ? Ni mimpi atau auta ?

Anonymous
Guest
Anonymous

Baik punya mimpi. Tapi mimpi itu boleh jadi kenyataan kan !

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari pemakan dedak kepada Pengerusi Petronas,kemudaiannya dikatakan utk menjadi Pengerusi PNB pula,sekarang utk menyedapkan hati semuanya di tukar menjadi Ku Li akan di serahkan jawatan PM pula oleh PM Najib.jauhnya berkelana dalam mimpi,puak ANC atau geng loceng ni.Janji ada harapan PM Najib utk melepas jawatan dalam mimpi berkaitan.Tidurlah nyenyak-nyenyak supaya mimpi tidak hilang,kalau terjaga nanti,semuanya lesap,entah-entah apa lagi mala petaka yg bakal meruntun Mahahtir yg menjadi realitinya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siapa yg tak kenal tajol rosli tengok muka pijak semut tak mati.
Kaki betina tu!!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa IDEA yg najib dan orang orangnya ada lagi selain daripada usaha mereka untuk menanam kebencian terhadap Tun M terhadap issue lama yg kit siang ini racist. Itu sajalah modal yg mereka ada.Apabila Ku Li berpaling tadah. Mubarak dan Veteran UMNO pun turut menyerang Tun M kononnya takut UMNO rebah.UMNO pasti akan rebah kerana najib dan isterinya.UMNO pasti akan rebah kerana najib menggunakannya sebagai perisai untuk menyelamatkan dirinya.UMNO pasti akan rebah kerana mubarak dan veteran2 ini buta hati perut dan membiarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan najib.UMNO akan tersungkur kali ini bukan kerana parti itu dimakan oleh anai anaiTetapi golongan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

'Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja mempunyai karektor yang kukuh untuk membawa UMNO memenangi pilihanraya, mampu mentadbir negara, memulihkan keyakinan pengundi bukan Melayu, mengembalikan kekukuhan ekonomi, malah juga diterima oleh semua kelompok'. Tak kelakar pun… Wekkkk!

Anonymous
Guest
Anonymous

Tu lah Zahid, buat kerja tak berkat. Pi sokong Najib yg kaki rasuah mcm nak rak semata2 nak jadi TPM dan PM.

Kalau dia ckp jd TPM adalah takdir dari Allah, tak dpt jadi PM adalah balasan dari Allah yg bersekongkol dgn pemimpin rasuah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib undur,Ku li naik. Dr Mahathir kembali kpd Umno. Bn dpt nafas baru,dpt kepercayaan rakyat.Jadi sama macam cerita Dollah Badawi menang luar biasa PRU11 dulu. yang PANDIRnya Pakatan.
sekadar pandangan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bodoh betul orang melayu macam kau ni!!!!!

E AH
Guest
E AH

Ada benar sindir Anon 02:16. Kerana percaya pada imej semata-mata BN menang 90% kerusi parlimen PRU12. Adakah imej bersih lagi Islamik Abdullah Ahmad Badawi menjadikan Malaysia lebih baik? Islam Hadhari Pak Lah yang mewujudkan Pekida, Perkasa, kuasa Tingkat 4, pemusatan kuasa JPM etc.

Pakatan Harapan perlu berhati-hati dengan permainan ala Neo-Nazi pemain politik. Pencaturan kedudukan pemerintah dalam negara kini tidak lagi hanya melibatkan rakyat, istana dan kuasa asing mula agresif. Jika kita pandang dengan mata aqal kita mampu melihat dengan jelas

joetamchi
Guest
joetamchi

Hadhari… Ikut hari…?

Anonymous
Guest
Anonymous

Shah, are you a sleuth or what? Hebatnya mu tilik ciri2 peribadi2 si politikus kite. Eeeh, kotor sungguh nafsu amarah diorang! Jenis jemuan ini diwariskan kite Tun Perak?

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu ada gak aku letakkan harapan pada beberapa org pak menteri yg ada di kabinet dapur bn…..tapi skrg sorangpun X layak sbb semuanya telah terkena badi sumpahan menjadi patung cendana….. yg hanya mampu menggaru blkg masing2….. baik yg berkelulusan universiti al azhar sekalipun persis burung kakaktua….. yg meletakkan Islam hanya di mulut sahaja….

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Zahid mafia kampong,,don't play play yah

Anonymous
Guest
Anonymous

zahid tak layak jadi pm

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya bukan mimpi Ku Li jadi PM.

Tapi mimpi Zahid yang di tolak Najib untuk mengantikannya. Masalah Zahid ialah dia pernah angkat Anwar jadi Ketua. Tapi kemudian Zahid yang khianati Anwar. Orang macam Zahid siapa yang nak percaya.

Orang tak lupa kes Zahid yang telah menumbuk mata kawan lelaki anaknya walaupun di selesaikan di luar mahkamah.

Zahid no speak english well.

Hahaha.

XUMNO
Guest
XUMNO

Dalam situasi sekarang, rakyat teramai terutama orang Melayu mengharapkan seseorang boleh mengambil alih tempat Najib dan mencuba memperbaiki kecelaruan yg bermaharaja lela ini. Dilihat dari kualiti pemimpin2 yg ada di sekeliling Najib sekarang, jelas tidak ada seorang pun yang boleh diharap. Takkan Najib nak serahkan jawatan PM kepada Anwar, atau Lim Kit Siang. Itu kerja gila. Razali Hamzah merupakan pilihan terbaik yang ada dan yang boleh diharap oleh Najib untuk selamat dari dihukum. Ini perkara biasa dalam mana2 negara yang pemimpinnya sedang menghadapi krisis dan mahu keluar dengan selamat. Marcos, Idi Amin, Shah Iran dan ramai lagi pemimpin2 bermasaalah selamat… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

melayu bododh je nak UMNO terus memerintah. BAHLUL!

Anonymous
Guest
Anonymous

anon 6:14,

Tak payah nak perasan pandai sangatlah.PRU13 pun Melayu2 macam kau perasan boleh menang besar dengan pakatan rakyat pimpinan dap.Last2 majoriti Melayu tolak pakatan.Bukan sebab suka umno tapi sebab menyampah dengan barua2 cina.

Kali ini aku nampak majoriti Melayu akan tolak najib dan umno selagi najib ditampuk kuasa.Tapi tak bermakna Melayu akan sokong pakatan harapan.Melayu masih ada pilihan lain.Buatlah analisa jujur jangan syok sendiri tak abis2.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 8:59,

Selagi Melayu jerongos macam kamu masih lagi dibawah tempurung PERKAUMAN (samasekali menolak KEBENARAN), jerongos2 macam kamu tidak ada pilihan selain drp UMNO..

~ Pandekar Jub@h Merah

Anonymous
Guest
Anonymous

Sya sokong jubah merah kita semua makhluk allah jgn benci org kerana kulit atau bangsa.anon 859 dari jaman dulu2.mgkn pengikut ahli ahwang islam espresso tukar ikut selera .

Anonymous
Guest
Anonymous

Tn Presedeng Pis/pus pasti setuju ku li jadi PM, dulu pun pas beria2 nak bawa ku li dan bkn nya anwar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Boleh harapkah ahli takfir Pas itu? Tak cukupkah Nik dan Hadi duk pecahbelahkan masyarakat Melayu berpuluh tahun? Apa berkat diorang selain acat kali bermunajat hancurkan kerajaan yang sah? Akhirnya dia tahaluf dengan kafir juga!

Anonymous
Guest
Anonymous

Adalah lebih aula sekiranya hj hadi yg dilantik utk ganti najib sebab kepimpinan hadi diterima semua pihak…hatta para sotong dan ikang!

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau benarlah mimpi Tuan Shahbudin jadi kenyataan, maka sah lah parti UMNO BN ni tempat para haloba, perasuah, penyamun dan segala jenis pembelit dan toyol mencari rezki secara HARAM tetapi DIHALALKAN oleh pertubuhan UMNO BN melalui kuasa yang ada. Siapa saja jadi PM dan Menteri yang korup dan menyamun sebesar mana pun, kemudian boleh dibebaskan semata mata demi kelangsungan parti UMNO BN. Parti UMNO ni perjuang individu dan kelompok tertentu atau perjuangkan hak rakyat kebanyakan? Adakah kerana perasuah dan koruptor yang membaham berbillion duit rakyat boleh dibenarkan pergi begitu saja asalkan UMNO BN terus kekal memerintah?. Jika inilah jalan penyeselesaiannya,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tepat sekali

Anonymous
Guest
Anonymous

Sapa pun nak ganti Najib lantaklah..enough is enough..no more vote for Umno/BN…

Anonymous
Guest
Anonymous

Yes, ini yang WARAS.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku Li dijadikan PM serta Hishamuddin sebagai TPM…emhhh…2×5..5×2…. Enough is Enough…!!! Jikapun KuLi berjaya dengan agenda untuk mengantikan Najib, beliau dan BN tetap akan kalah PRU14. Rakyat sudah serik dengan kerajaan yg korup nih…!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Betul tu!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pakat kaleh…

jamil
Guest
jamil

Dato Kadir Jasin pon bermimpi cerita yang sama tetapi dalam mimpinya dia berjanji untuk merahsiakan mimpi nya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Mana boleh rakyat memaafkan penyamun penyangak kaki rasuah pemimpin yg menyeksa rakyat ia harus dibawa muka pengadilan jika sg buluh istananya maka disitulah tempatnya utk menghabiskan sisa sisa hidup
Jika pemimpin selepasnya nak melindungi dgn pemimpin itu sediri akan terkubur rakyat dah tak percaya dgn umno parti melayu yg menjahamkan org melayu dan mengkayakan kroni2 umno saja
Warga Cina akan tetap menolak bn khususnya yg diterajui umno dap akn menjadi parti yg kuat medapat 99% sokongan dari org cina
Itulah dia malaysia pru14 akan merubah segala galanya

Anonymous
Guest
Anonymous

makcik tolong jgn post komen yang sama dua kali boleh tak? dah lah komen tak berkualiti! 🙂

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Mana boleh rakyat memaafkan penyamun penyangak kaki rasuah pemimpin yg menyeksa rakyat ia harus dibawa muka pengadilan jika sg buluh istananya maka disitulah tempatnya utk menghabiskan sisa sisa hidup
Jika pemimpin selepasnya nak melindungi dgn pemimpin itu sediri akan terkubur rakyat dah tak percaya dgn umno parti melayu yg menjahamkan org melayu dan mengkayakan kroni2 umno saja
Warga Cina akan tetap menolak bn khususnya yg diterajui umno dap akn menjadi parti yg kuat medapat 99% sokongan dari org cina
Itulah dia malaysia pru14 akan merubah segala galanya

Sabihah Ghazali
Guest
Sabihah Ghazali

Memula nak nak juga ketawa..KuLi jadi PM! Alahai..
Tapi sebab dah cepat kata mimpi ok la! Cuma April Fool dah lepas 2 lalu.
Ambo lebih suka mimpi UMNO tiada lagi didunia Malaya!

Anonymous
Guest
Anonymous

Negara tetap lingkup sekiranya orang yang tidak berprinsip menjadi PM.Ku Li sudah berpuluh tahun gagal kuatkan UMNO di negerinya.Macamana orang yang siang bertahlil malam berparti boleh jayakan negara dan bangsanya?Satu kemenangan kepada musuh sekiranya UMNO palsu berkuasa.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun M dah letak jawatan sebagai pengerusi proton.
Sekarang najib lantiklah tan sri annuar musa sebagai penganti.
Annuar musa memang pandai berniaga. Proton boleh untung besar. Datuk Vida Q puteh boleh sponsor dan tutup semua hutang2 proton.

Anonymous
Guest
Anonymous

mimpi siang hari orang melayu UMNO! 🙂

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini sudah macam cerita lucu Mat Sentol dalam blog: (filemklasikmalaysia.blogspot.com). Apa pun tak kisahlah asalkan mesejnya sampai.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana ada orang ber'mimpi' boleh cerita secara terperinci, satu demi satu. Tuan punya sebab yang baik menyudahkan cerita tuan dengan ber'mimpi' di siang hari… tetapi bagi saya ianya bukan ber'mimpi' tetapi satu firasat yang sangat jelas. Tengku Razaleigh sepatutnya menjadi Perdana Menteri melalui usaha-usaha Mahathir bukan dengan menyokong pro Najib. Disebabkan menyokong pro Najib lah, pendekatan yang di ambil untuk menganti Najib mengikut syarat yang ditentukan oleh Najib sendiri. Ramai yang akan keciwa sekiranya Najib diberi laluan selamat sedang akibat perbuatannya merosakkan segala-galanya. Gerakan yang di buat oleh Mahathir ialah perubahan pada sistem. Cara Tengku Razaliegh menjadi Perdana Menteri tidak… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku li bujang lapok tu? Phoooooaaattt!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

1000% CORRECT…. TR sorry….

roslan othman
Guest
roslan othman

Budin,Memang nampak mudah pada Najib dan lain lain termasuk Ku Li membuat percaturan ,Tapi adakah kamu yakin kita atau rakyat umumnya akan mudah lupa apa yang dibuat Najib dan Rosmah begitu saja, sekiranya jalan cerita ini mudah dan pencatur strateji ini akan rasa selamat dengan kaedah ini bermakna ,mereka beranggapan rakyat malaysia ini mudah diperbodoh dan dikotak katik. Ya ,mungkin Ku Li dapat melakukan perubahan keatas beberapa perkara yang dikehendaki dalam deklarasi Rakyat tapi dengan barisan kepimpinan umno dan menteri yang ada yang mana imej rasuah dan tiada integriti sudah terlekat pada muka mereka ini perubahan ini bukan senang dan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kuli buat apa saja asal jadi PM…. tapi ini bukan tahun 80 an. Rakyat menuntut undang2 ditegakkan. Baik Najib lari saja supaya selamat di dunia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kalau PRU14 lebih awal.
Kalau PR menang.
Rafizi akan jadi PM.
Nurul Izah TPM.
Inilah pilihan anak muda.
Bukan Anwar.
Bukan Zahid.
Bukan Hishamuddin.
Bukan Khairy.
Bukan Ku Li.
Bukan…
Bukan…
Bukan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Gua setuju 200%. Mereka berdua diharap akan memimpin Malaysia ke arah lebih maju dan bermaruah. Harus ada juga, Wan Azizah, LGE, Mat Sabu, Tony Pua, Saifuddin Abdullah, Azmin Ali dan… dan… dan…

Anonymous
Guest
Anonymous

Hishamudin bapok tu nak jadi pemimpin orang2 Melayu dan PM? Phooooooooaass

Anonymous
Guest
Anonymous

Hisamudin…Phuiiiii

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sokong kalau PRU dibuat secepat mungkin.

Anonymous
Guest
Anonymous

Azmin ali pm tony pua tpm???,

Anonymous
Guest
Anonymous

Sorilah..rapiji dengan ijah nak jadi pm/tpm.Memang tak layaklah.Ini satu lagi mimpi.Kami(termasuk tun m)cuma mahu najib dan kuncu2nya berundur.Kalau bn kalah pun kerajaan campuran akan dibentuk.Masa tu pelbagai kemungkinan akan berlaku.Sesuatu yg sangat menarik akan kita saksikan.Tapi kami tetap menolak dap,pkr dan pan.

Satu2nya tujuan kita yang sama adalah menjatuhkan najib.Yg lain2 masih tak sama.

Anonymous
Guest
Anonymous

Habih tu nak hadi ah wang jd pm ke…saaama saja penipu dengan tuan punahsihat

FZL Resources
Guest
FZL Resources

Takda peralihan kuasa utk selamatkan najib dari pendakwaaan……..Yg pasti Rakyat mau najib n Rosmah didakwa dimahkamah…bukan setakat undur dari jawatan PM shj……SO sesiapa pengganti ..WAJIB bawa kes najib ke mahkamah….Jika tidak dia juga akan ditolak oleh rakyat…….

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat nak lihat najib dan rosmah tidur dalam jail.

mohd dasuki
Guest
mohd dasuki

tuan makan dedak mahathir kot

Anonymous
Guest
Anonymous

Mohd dasuki..phoooooooaaatttt!!

Syahidah Kasim
Guest
Syahidah Kasim

Mimpi seorang penulis , ada kemungkinan nya

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Mohd dasuki..phoooooooaaatttt!

Kah kah kah kah…

Bukan Ku Li yang ganti Mohd Najib, tapi phoooooooaaatttt! zakarshee…
Baru le betul dgn teori RAHMAN + P UTRA

phoooooooaaatttt!
phoooooooaaatttt!
phoooooooaaatttt!

Salwah Abdat
Guest
Salwah Abdat

Mohd dasuki mempunyai fikiran yang sangat bonggok….!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahathir mana ada duit billion nak bagi dedak

Anonymous
Guest
Anonymous

QalamQabut 21:47 maksud awak Poo Hard?

QalamQabut
Guest
QalamQabut

QalamQabut 21:47 maksud awak Poo Hard?

Heh heh heh… Boleh sangat tu… sebab makan dedak terlebih… jenuh meneran…
Heh heh heh…

Anonymous
Guest
Anonymous

najib dan semua yg bsekongkol dgn dia TAK BOLEH diber laluan selamat.
tak kiralah siapa ganti ke siapa menang pru14 ke
frankly speaking TR bukannnya diterima semua lapisan masyarakt spt saudara mimpikan
bg kami golongan muda TR ialah yesterdays news tidak relevan
malah TDM lebih relevan drpd TR

Anonymous
Guest
Anonymous

Enough is enough….. no more umno & bee end….. Harapkan pagar pagar makan padi…..Democracy is dead in Malaysia. …. FULLSTOP!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

PRU akan datang jangan lagi kita tersilap. Jangan bazirkan kertas undi. Undilah dgn bijak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana2 parti yg nak hapuskan gst atau minimumkan income tax pasti pasti akan menang..hehe

Anonymous
Guest
Anonymous

Buah yang busuk jatuh dari pokok yang rosak

Anonymous
Guest
Anonymous

PRU akan datang pakat BERINGATLAH kita. Cukuplah kita DITIPU penyamun, perompak dan penyangak. Jangan lagi akan datang kita ditipu utk sepenggal lagi. Takkan nak kena tipu dari sepenggal ke sepenggal? Berapa lama, berapa kali nak kena tipu??Zaman kita dah kena tipuTakkan zaman ANAK CUCU kita pun nak kena tipu jugak.Sudahlah sekarang kita kena galas HUTANG berbilion.Nampak KONON kita tak pikul apa-apa tapi pada hakikatnya kitalah yg membayar hutang.Kalau tak kita, duit tu datang dari mana?Takkan dari langit, takkan korek dari tanah.PRU akan datang tolong gunakan kesempatan dgn baik.Ingat…!!! Jangan esok alasan "DIBERI MANDAT" diulang lagi.Kerana "diberi mandat" maka boleh buat… Read more »

E AH
Guest
E AH

Dr Mahathir Mohamad sedar dari awal lagi. Sebab itu beliau cepat-cepat mendedahkan komplot Tengku Razaleigh Hamzah. Dr Mahathir bukan sahaja mahu Mohd Najib Abd Razak berundur malah mahu PM paling bermasalah itu dipertanggungjawabkan di atas segala kerosakan yang berlaku pada negara. Erti kata lain bawa Najib ke pengadilan. Marah Dr Mahathir kepada Najib bagai tiada maaf bagi mu. KuLi boleh berharap tetapi kemurkaan Dr Mahathir hanya akan melemah atau barangkali menghancurkan harapan KuLi. Saya percaya rakyat Malaysia mahu seluruh sistem sedia ada ditukar, bukannya hanya seorang individu. Jikapon KuLi berjaya dengan agenda mengantikan Najib, beliau dan BN tetapi akan kalah… Read more »

lufang
Guest
lufang

Bukankah ini Ku Li ,lulu kasi heret UMNO ka mahkamah ,telut kena batal , apa macam maa aa .

tepen
Guest
tepen

Tengku Razaleigh menunjukan yang beliau tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam isu negara dan tidak layak memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasib baik mimpi disiang hari. Takkanlah sudah rembat berbilion-bilion dolar (boleh dianggap Najib salah seorang terkaya didunia) boleh terlepas begitu saja. Dimana keadilan? Anwar yang dituduh meliwat (entahkan ya entahkan tidak) pun kena masuk penjara. Inikan pulak sebat duit 1MDB dan melibatkan intergriti negara, boleh bebas. Siasat. Didapati salah hukum.

lufang
Guest
lufang

Itu bilion dollar punya celita ,mimpi jugak maa aa .

Anonymous
Guest
Anonymous

Mimpi???….adakah cukup mudah untuk penjara lupakan najib??ini bolehland la curi tabung masjid 2 hinggit kena penjara dua tahun la!!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam Tuan. …rasanya ini bukan mimpi. Kalau takde angin tentu monyet goncang pokok.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini bukan mimpi. Ini bukan cobaan…ini betul betulllll.
Najib suruh adenan satim mansuhkan segala gala cukai di Sarawak untuk apa?
Untuk BN menang pilihanraya saja.
Kenapa najib tak mansuh cukai cukai yg sama di Semenanjung dan Sabah? Kenapa hanya Sarawak?
Kerana najib cukup terdesak nak sangat BN mesti menang pilihanraya di Sarawak.
Kalau BN Sarawak kalah najib dan bininya serta menteri2 1MDB nya dan juga ketua2 bahagian UMNO habis mampus.
KERUAK SI KARABAU pun mampus.
Ahmad Bashah dan Ku li si bujang lapok tu yg bercita cita nak jadi PM tinggal cawat sajalah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Cantiknya bahasa.
Memang sesuai pun untuk mereka.
Pemakan dedak.
A.Kadir Jasin kata:
Dedak dimakan oleh ayam,
itik dan BABI.

Anonymous
Guest
Anonymous

Pi mai pi mai tang tu jugaklah.
Makin tahun makin teruk.
Sekarang dan akan datang semuanya rasuah.
Semua sama je pentingkan temolok sendiri.
Bercakap atas tiket "rakyat"….kononnya…
Pasang umpan besar utk tarik ikan bilis.
Hmmm…..pi mai pi mai tang tu jugak.

PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »