BILA SALLEH DAH TAK MAMPU BERHUJAH…

Berikutan pendedahan yang semakin rancak mengenai Najib Razak berkaitan wang yang masuk ke akaun peribadinya, di seluruh dunia dan juga di Malaysia, berhujahlah Salleh Said Keruak atau panggilan glamornya SSK dengan berkata, “Perdana Menteri telah menjadi mangsa ketidakadilan melampau di media dan disabitkan di mahkamah pendapat umum semata-mata berasaskan dakwaan.”
Justeru, kata Salleh lagi, pihak yang memfitnah itu harus memohon maaf kepada Najib.
Hahaha….fitnah dan minta maaf konon????
Siapa yang fitnah?
Adakah laporan WSJ dan ABC News Australia berupa fitnah?
Apakah laporan mereka tentang wang RM2,600 juta dan yang terbaru jumlahnya dikatakan sudah meningkat kepada RM4,200 juta yang didakwa berada dalam akaun peribadi Najib, suatu fitnah?
Apakah perbelanjaan mewah, membeli barang kemas dan percutian mahal yang didakwa dilakukan Najib untuk keluarganya, berupa fitnah juga?
Selain itu, adakah semua laporan media ini turut berupa fitnah, fitnah dan fitnah juga?
Kalau fitnah, mengapa masih terhegeh-hegeh untuk melakukan saman? 
Berapa banyak Selasa lagi mahu ditunggu sebelum surat saman mahu dilayangkan?
Kenapa kali ini Salleh tidak menggunakan kepakarannya untuk menjawab segala apa yang didedahkan oleh media antarabangsa itu?
Kalau benar ia berupa fitnah dan tiada kebenaran dalam semua laporan itu, ia sepatutnya dijawab dengan hujah serta fakta dan bukan dengan menggesa meminta maaf.
Meminta maaf pun mestilah dibuktikan ia benar-benar fitnah terlebih dahulu. Jika fitnah tidak dapat dibuktikan, bagaimana mahu meminta orang lain meminta maaf?
Di ketika yang sama, tidakkah dengan hanya mampu mengatakan serangan terhadap Najib berupa fitnah dan pemfitnahnya perlu meminta maaf,  itulah tanda-tanda awal Salleh sudah kehabisan hujah untuk mempertahankan bossnya, tetapi dalam masa yang sama perlu dilihat “tidak makan gaji buta”  kerana asas beliau dilantik sebagai menteri pun tidak lain ialah kerana kegigihannya mengampu dan membodek Najib semata-mata?
Maka, tentunya beliau perlu dilihat terus bekerja mempertahankan Najib, walaupun tiada lagi kata-kata bermakna yang mampu diluahkannya.
Fitnah lagi???
Opppps…sebelum terlupa dan sekadar mengingatkan,  apakah media-media kerajaan seperti TV3, Utusan, blog dan portal yang diberi dedak bulanan serta lain-lainnya begitu suci dan tidak pernah sama sekali terpalit  dengan unsur-unsur fitnah dalam laporan mereka mengenai musuh-musuh Najib? (SH 02/04/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

29
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
PAK HAJI RIDWANAnak Kuching JantanAnonymousTara ku cha chaNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anak Kuching Jantan
Guest
Anak Kuching Jantan

Rakyat makin sengsara. Najib wajib minta maaf. Dia hanya berani berhujah dalam kalangan penduduk pendalaman Sarawak sahaja. Mereka tak tahu benda lantaran saluran komunikasi yang terhad. Media arus perdana ambil peluang keadaan di Sarawak untuk meng'hero'kan Najib. Salleh keruak, bertaubatlah dan hentikan membuat dosa dan Kamu yang juga patut minta maaf kepada rakyat. Bagi malu je!

Anonymous
Guest
Anonymous

Susah-payah Tun M menaikkan nama dan imej Malaysia di mata dunia, senang-senang Najib dan pembodek-pembodeknya macam SSK, menjatuhkan dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tidak ada apa apa kepandaian bah si salleh ini selain daripada mengamput.

Anonymous
Guest
Anonymous

Hahaha…siapa yang dia amput?

Tara ku cha cha
Guest
Tara ku cha cha

Alo ssk, husseiny kat uae dah masuk lokap dan arul kat sini cakap pun macam nak letak jawatan je, tapi hang masih nak berhujah? Hari hang nak berhujah pun pada April Fools day la SSK! FBI dah datang ni, dan soalan pertama mereka ialah kenapa uae dah tangkap husseiny tapi di malaysia kenapa depa belum buat apa-apa tapi masih lagi bermesyuarat kat sungai? It's a sinking ship la ssk. Run while you can like what intelligent arul is going to do.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ssk must prove his worth to Najib. Tapi sayang ilmu Ssk tak kemana. Cetek dan bodoh. Kita tunngu waktu Najib terajang beliau.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak sempat! KITA TERAJANG SEMUA TU DULU….Dimulakan dgn najib

Anonymous
Guest
Anonymous

Najib mangsa FITNAH?…tapi tahu tak mengapa NAJIB jadi mangsa FITNAH sebab dia orang melayu Islam yg bercakap Dan bersikap seperti orang yg KURANG AKAL Dari orang bukan Islam…mulut di BAU LONGKANG DAN KULIT BADANNYA SETEBAL LEMAK BABI…aku day kurang hormat dengan PM Ni bila apa yg selama Ni Kita di sumbat berita dia di fitnah tapi bola keluar berita yg sama dengan penjelasan yg tapi mengikut fakta isi Selasa Dan dahulu nampaknya Ada KEBENARANYA…peliknya mengapa SUSAH SANGAT NAK SAMAN PERFITNAH LUAR NEGARA NI…paling ketara BINI BERGAYA MEWAH; KELUARGA BERMAJLIS MEWAH…HIDUP TIDAK BERSENADA DGN PENDAPAT ..ITU PUN SUSAH NAK MENAFIKAN..kalau ada… Read more »

Anak Kuching Jantan
Guest
Anak Kuching Jantan

Rakyat makin sengsara. Najib wajib minta maaf. Dia hanya berani berhujah dalam kalangan penduduk pendalaman Sarawak sahaja. Mereka tak tahu benda lantaran saluran komunikasi yang terhad. Media arus perdana ambil peluang keadaan di Sarawak untuk meng'hero'kan Najib. Salleh keruak, bertaubatlah dan hentikan membuat dosa dan Kamu yang juga patut minta maaf kepada rakyat. Bagi malu je!

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu Saleh keruak, dulu sekejap ketua menteri, modal habis cakap banyak,nampak bodoh diri sendiri.

Ada satu Saleh keruak, dapat dedak gila sokong, bukak mulut jadi lawak, nampak sangat otak kosong..

Anonymous
Guest
Anonymous

SALLEH KRUAK NI PUN ..BUKAN PEMIMPIN PUJAAN ORANG SABAH..
KAKI LOMPAT NI ..DAH BERAPA PARTI DIA MASUK ..LEPAS NI KALAU LAH UMNO TUMBANG ..SAH DIA MASUK PKR PULAK..

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg patut minta maaf ialah pemimpin yg mentekedarah duit rakyat menyamun duit rakyat minta maaf kpd 30juta penduduk negara jni pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin cuma anjing2 belaan saja tak percaya kerana dah di beri dedak begitulah ceritanya

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Yg patut minta maaf ialah pemimpin yg mentekedarah duit rakyat menyamun duit rakyat minta maaf kpd 30juta penduduk negara jni pokok tak akan bergoyang kalau tidak ditiup angin cuma anjing2 belaan saja tak percaya kerana dah di beri dedak begitulah ceritanya

Anonymous
Guest
Anonymous

Sebenarnya pemakan2 dedak ni tahu tuannya tu bersalah. Tapi tetap dibela untuk kemewahan duniawi.

Sebab tu kalau depa mempertahankn tuannya macam budak tonggong. Sebab tak sepenuh hati. Depa tahu tuannya memang rasuah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dedak kesialan ni apabila si tamak haloba menelannya benak jadi cecair nenas.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nama PM Najib akan di sanjungi tinggi suatu hari nanti dengan kesabaran beliau yang amat luar biasa,beliau redha dengan tuduhan media asing WSJ dan FORTUNE terutamanya tanpa bangun membela diri dari tuduhan tersebut walaupun beratus kali hari selasa yang keramat bagi beliau untuk menyaman fitnah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Said Kerak, tuduh org fitnah jibby itu akan sendirinya menjadi fitnah apabila terbukti org yg dikatakan memfitnah itu sebenarnya berkata benar. Ko kena duruh jibby minta maaf kt Tun M jugak sebab banyak sangat dia duk fitnah Tun

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Org Sabah kenal sangat la dgn DSk ni.
Satu acuan dgn NR. Born with silver spoon. A politician whose attitude is play safe.
Ini bukan fitnah ya. Arwahnabg saya pernah jadi staff dia ketika dia jadi KM Sabah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salleh ni bongok atau apa?. Dia membabi buta dan hentam keromo menafikan pengembala aka tuan besar pembekal dedaknya Najib Razak tidak melakukan kesalahan walhal dia sendiri tak pun pernah melihat transaksi akaun 1MDB, akaun bank Najib Razak mau pun aliran debit kredit akaun Credit Card Najib Razak. Dengan kata lain anak Kruak ini hanyalah memukul tong kosong, bingit dengan bising saja tapi "hampas". Sebagai panglima perang Najib bersama Rahman Dahlan, mereka ni tak ubah bagai pesilat pulut depan pengantin saja, sekadar menjadi tontonan hiburan tetamu dan pasangan Najib Rosmah. Hakikatnya mereka sendiri tak yakin apa yang mereka silatkan. Kalau Salleh… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

ssk try tnya bos dedak ko tu ada bran ka nk saman…buktikan sume tu fitnah jgn bran kt donia maya je

Cash Is King
Guest
Cash Is King

Senang aje memanda menteri……org kampong pun tahu….kalau dah fitnah….saman lah..menang kes….boss u dpt bnyk duit.
Tengok pemimpin singapore….beberapa bnyk pembangkang dah bankrap akibat saman fitnah.
Ape tungu lagi….biar mahkamah tentukan sama ada fitnah atau fakta betul.

Anonymous
Guest
Anonymous

Samanlah kalau semua itu FITNAH….!!! Itu sahaja cara terbaik Najib nak bersihkan namanya yang sedang berbau Hanyir dan Pekong di seantero Malaya dan juga Dunia. Kalau dah takut nak saman…, jalan terbaik BerUndur. Biar Rakyat pulak saman dia. Buat malu orang Melayu ajer perangai buruk Najib dan Isterinya. Puihhh…!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro kalau ye pun janganla nak bising2. Tunggula Selasa depan. Ni baru hari Sabtu. Hari Selasa je boleh saman. Hari lain tak boleh…haram.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salleh Keruak sudah bermula bercakap macam tikam lidah di kedai kopi. Kemungkaran tahap global tidak boleh di nafikan secara bangang dan jemuan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kruak, hujah tahap kota belud tak applicable di kalangan rakyat yang berpendidikan tinggi dan berpengetahuan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bro., boleh kita buat kesimpulan bahwa kalau si anu tidak lulus universiti dengan cemerlang si anu tak layak jadi PM Malaysia. Negara bukan milik bapaknya.

Anonymous
Guest
Anonymous

11:06, setuju. Tak lulus U, layak jadi MB Kedah jerrr

Anonymous
Guest
Anonymous

SSK must work harder to prove Pok Jib is innocent.
Sebelum tu biarlah Pok Jib mintak maaf dng rakyat Malaysia dulu sbb harga barang dan perkhidmatan melambung tinggi, rakyat makin susah.

PAK HAJI RIDWAN
Guest
PAK HAJI RIDWAN

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.ALHAMDULILLAH..!!saya bersyukur kpd Allah SWT.atas keberhasilan PENARIKAN UANGGHAIB.setelah melalui proses panjang &sangat sangat beresiko,dgn izin Allahalhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsilkami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,dengan catatan:1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)2.tidak untuk memperkaya diri-PELET PUTIH/PENGASIHAN JARAK JAUH-MENAKLUKKAN LAWAN JENIS-PENGLARISAN/JIMAT GOIB BISNIS DLLAPAKAH ANDA TERMASUK KATEGORI DI BAWAH INI.???4.BUTUH MODAL DALAM BUKA USAHA5.SELALU KALAH DALAM BERMAIN TOGEL6.DILILIT HUTANG7.BARANG BERHARGA ANDA SUDAH HABIS8.DILILIT HUTANG————————————————–bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini…..silahkan menghubungi PAK HAJI… Read more »