Month: April 2016

MANA NAK CEKAU AS$50.3 JUTA TU?

Berikutan IPIC telah menyelesaikan bayaran faedah bon 1MDB yang tertunggak berjumlah AS$50.3 juta atau kira-kira RM200 juta, syarikat itu akan menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia. Disebabkan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi bagi bayaran balik faedah itu daripada Menteri Kewangan dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian, […]

SELEPAS POLIS PENGIRING TUN M DITARIK BALIK, APAKAH JET KERAJAAN PULA DISEKAT SELEPAS INI?

Menurut tulisan yang dikemaskini dalam blog A Kadir Jasin, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Tun Mahathir Mohamad telah ditarik balik oleh kerajaan berkuat kuasa 28 April yang lalu. Namun, khidmat ADC dan Unit Tindakan Khas atau UTK masih dikekalkan. Walaupun tidak diketahui dengan jelas sebab-sebab tindakan itu diambil, ia dipercayai bagi menyukarkan lagi perjalanan Tun […]

NAJIB, PERDANA MENTERI TERHEBAT MALAYSIA YANG MUNGKIN TAK DITEMUI LAGI SELEPAS INI

Tun Mahathir Mohamad selalu dilihat sebagai pemimpin yang hebat kerana aspirasinya membawa pemodenan kepada negara selama 22 tahun berkuasa. Beliau kerapkali disebut sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Tun Razak Hussein pula dikenali sebagai peneraju pembangunan berikutan dasar-dasarnya yang praktikal untuk semua rakyat dan bermanfaat sehingga ke hari ini, khususnya untuk golongan miskin. Lantaran itu, beliau lebih […]

1.5 JUTA BANGLA MASUK SEMULA?

Apa pulak ni? Apa agaknya pengumuman penting mengenai pekerja asing yang bakal diumumkan oleh Zahid Hamidi tidak lagi? Tetapi perhatikan antara ayat-ayat Zahid sebagaimana disiarkan oleh Mstar – “Saya amat mengambil berat tentang isu pekerja asing dan saya sedar banyak sektor yang terjejas. Majikan menggesa kerajaan untuk membuka pintu kepada lebih ramai lagi pekerja asing. […]

SELURUH DUNIA AKHIRNYA TAHU 1MDB MEMANG BERMASALAH

Tahniah Bank Negara dan tahniah juga kepada Zeti Akhtar Aziz yang akan bersara hujung bulan ini atas kegigihan dan kecekalan mempertahankan kebenaran sehingga ke hujung kerjaya. Atas kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 kerana melanggar beberapa peraturan dan kaedah, 1MDB akhirnya dikenakan denda oleh bank pusat itu. Walaupun hanya denda yang tidak disebut jumlahnya, […]

RM14,000 JUTA HILANG, CUKUPKAH DENGAN MENGATAKAN IA MASALAH DALAMAN? LAPOR POLIS TIDAK, SAMAN JUGA TIDAK?

Jika ada anugerah, pasti 1MDB layak menerima penghormatan sebagai syarikat paling budiman di dunia ketika ini berikutan sikapnya yang dianggap paling lunak walaupun sudah disahkan wangnya berjumlah RM14,000 juta hilang entah ke mana. Kalau orang lain, jangankan RM14,000 juta, malah hilang RM14 pun bisingnya boleh riuh sekeliling kampung. Dalam laporannya kepada Bursa Saham London sebelum […]

"ORANG INI" YANG SEPATUTNYA JADI PRESIDEN PAS

Berikut ialah kenyataan media Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kemelut 1MDB yang semakin hari semakin menampakkan memang wujud “kong kali kong” dalam syarikat pelaburan tersebut. Pastinya Pas akan lebih dihormati dan disanjung tinggi jika “orang ini” yang menjadi Presiden parti Islam itu. 1MDB diisytiharkan ingkar selepas gagal membayar faedah AS$50.3 juta untuk […]

SELEPAS KEMELUT TERENGGANU, DEKLARASI RAKYAT SEMAKIN MENAKUTKAN NAJIB

Tidak dipastikan dengan tepat berapa ramai yang sudah menantangani Deklarasi Rakyat, mungkin hanya antara 300 ribu hingga 400 ribu sekarang ini. Dikhabarkan ia  belum lagi mencecah kepada angka 500 ribu dan masih jauh daripada matlamat 1 juta tandatangan yang disasarkan. Sama ada dapat mencapai sejumlah 1 juta tandatangan atau sebaliknya, yang pasti deklarasi itu tetap […]

MENGAPA UMNO JOHOR, KEDAH LEBIH TERBUKA BERBANDING KELANTAN?

Kenapa UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan Najib? Bukankah dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga? Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan […]

SEMASA MENGHADAP SULTAN TERENGGANU, SUDIKAH NAJIB MENCALONKAN AHMAD SAID SEMULA?

Hanya beberapa jam setelah Perdana Menteri, Najib Razak bercakap dengan media di Sarawak bahawa beliau akan menghadap Sultan Terengganu berhubung kemelut politik di negeri itu, pihak Istana Terengganu telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perlucutan semua gelaran yang telah dikurniakan kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, […]

PRINSIP SAYA TIDAK BERUBAH, KATA TAMRIN GHAFAR

Berdepan kritikan dan syak wasangka pelbagai pihak tentang kemungkinan sudah membuat pusingan U, berpaling tadah dan menerima dedak berikutan secara terbuka meminta maaf kepada Najib Razak di majlis memperingati 10 tahun pemergian Tun Ghafar Baba Ahad lalu, Tamrin berkata, prinsipnya bersama dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini tidak pernah berubah. “Itu prinsipnya, malah sebelum program […]

LETAK JAWATAN SEBAIK-BAIK PILIHAN BAGI MB TERENGGANU

Tanpa diduga dan tidak juga muncul apa-apa tanda sebelumnya, tiba-tiba saja politik Terengganu bergelora dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dilaporkan bermasalah besar dengan pihak istana sehingga gelaran “Datuk Seri” beliau ditarik serta merta. Apakah punca masalah itu semata-mata kerana sebaris ayat dalam ucapan Ahmad Razif yang menyentuh Yayasan Mizan yang dikatakan menyinggung Sultan […]

IGP KHALID, BERSUARALAH!!

Selepas pendedahan oleh Sarawak Report mengenai syarikat senjata api yang didakwa milik anak perempuan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar, banyak pihak sudah bersuara tentang perkara itu. Semalam NGO pemantau jenayah, MyWatch tampil menyuarakan agar SPRM menjalankan siasatan sama ada syarikat tersebut memperolehi sebarang kontrak dengan kerajaan atau sebaliknya. Jika ada, maka telah berlaku konflik […]

JIKA NAJIB TIDAK BERUNDUR, GANDINGAN MAHATHIR – ANWAR ADALAH LAWANNYA DALAM PRU 14 NANTI

Setelah sekian lama bermusuhan, secara semangatnya Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat yang bertujuan mendesak pengunduran Najib Razak telah mencantumkan semula Tun Mahathir Mohamad dengan Anwar Ibrahim yang bermusuhan sejak 1998 yang lalu. Bermula dengan Anwar menyatakan sokongan terbuka kepada usaha yang dilakukan oleh Tun Mahathir mewujudkan Deklarasi Rakyat, sambil mengatakan demi kepentingan negara, beliau […]

PEGAWAI NAJIB PUN TAK SABAR NAK DAPAT PM BARU?

Entah ke mana perginya para menteri, pemimpin dan hulubalang UMNO, alih-alih Setiausaha Akhbar Najib Razak sendiri yang ternampak paling ke depan mahukan Tun Mahathir Mohamad menamakan siapa calon PM dan TPM pilihannya bagi menamatkan spekulasi bahawa beliau sedang menyediakan laluan untuk anaknya, Mukhriz bagi jawatan tersebut. Sedarkah pegawai Najib itu bahawa Mukhriz tidak boleh dinamakan […]

SIAPA LEBIH TAK LAYAK?

Kenapa tiba-tiba Mohd Ali Rustam seolah-olah takut dan bimbang jika Muhyiddin Yassin, Mohd Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir terus bertanding atas tiket UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang? Mengapa wajar atau tidaknya mereka itu menjadi masalah kepada beliau? Apa yang merisaukan hatinya? Jika Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz dianggap tidak wajar, adakah Mohd Ali yang […]

KU LI BAKAL DILANTIK TPM KEDUA?

Selesai Jumaat tadi, selepas menikmati sepinggan nasi beriani, saya terlelap seketika dalam kereta. Walaupun tidur di siang hari, tapi saya tidak bermimpi apa-apa. Untuk itu, tulisan mengenai Tengku Razaleigh kali ini bukan berdasarkan mimpi sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini. Saya terjaga apabila seseorang menelefon dan pantas memberitahu bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu […]

KU LI TETAMU ISTIMEWA PROGRAM NAJIB DI MELAKA ESOK

Esok, 23 April akan berlangsung majlis memperingati Tun Ghafar Baba di Memorial Tun Ghafar Baba, di Bukit Peringgit, Melaka. Ia adalah sempena 10 tahun pemergian Allahyarham, salah seorang pejuang terbilang UMNO yang sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka. Perdana Menteri, Najib Razak akan hadir ke majlis tersebut. Difahamkan semua pemimpin tertinggi […]

SABOR JELAH….

Ekoran pelbagai isu yang melanda Najib Razak sejak kebelakangan ini, khususnya berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, isterinya Rosmah Mansor mengingatkan suaminya bahawa semua itu adalah dugaan Allah dan sentiasalah bersabar dengannya. “Nasihat saya supaya bersabar banyak-banyak kerana semua ini adalah dugaan Allah. Apa yang mustahak, Allah mengetahui dan memahami perkara yang sebenarnya. “Apa-apa pun […]

DEKLARASI RAKYAT MULA MENGGUGAT?

Apakah Deklarasi Rakyat sudah mula menggugat dan ada kesannya? Ini komen Najib Razak mengenai Deklarasi Rakyat…jangan pedulikannya kerana ia hanyalah Deklarasi Mahathir sahaja. Ahmad Zahid Hamidi percaya deklarasi itu tidak memberi kesan kepada UMNO, bahkan menyifatkan parti akan terus kukuh di bawah kepimpinan Najib. Annuar Musa merasakan deklarasi itu tidak akan ke mana kerana ia […]