DAKWAAN DALANG, KU LI MESTI TAMPIL DENGAN PENJELASAN

Berikutan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menandatangani Deklarasi Kelantan untuk  menyokong kepimpinan Najib Razak, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa, Ahli Parlimen Gua Musang itulah dalang sebenar di sebalik usaha menyingkirkan Perdana Menteri sebelum ini melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.
Katanya, disebabkan usaha itu kini tidak menjadi kenyataan, Tengku Razaleigh lalu mengubah pendiriannya.
Akhirnya dia yang cadang jatuhkan Najib, dia sokong Najib, kata Tun Mahathir.
Tentunya semua orang tertanya-tanya, benarkah dakwaan Tun Mahathir itu? 
Benarkan idea mengusulkan undi tidak percaya yang heboh diperkatakan tidak berapa lama dulu adalah merupakan cetusan daripada Tengku Razaleigh yang disampaikannya kepada Tun Mahathir?
Benarkah juga Tengku Razaleigh ada meminta Tun Mahathir pergi ke Sarawak untuk mendapatkan sokongan?
Sekiranya dakwaan ini tidak benar, adalah perlu bagi Tengku Razaleigh membuat penafian dengan segera mengenainya.
Jawapan sebenar mesti keluar daripada mulut Tengku Razaleigh sendiri, bukan daripada orang lain seperti Annuar Musa yang menyatakan dakwaan Tun Mahathir itu sebagai pembohongan.
Annuar Musa bukanlah dikenali sebagai orang Tengku Razaleigh dan hubungan mereka berdua juga tidaklah serapat mana, mungkin sekadar sesama Ahli Parlimen saja.
Semua orang masih ingat Annuar Musa juga tidak menyokong Tengku Razaleigh ketika pemilihan Presiden UMNO 1987 di mana bekas Menteri Kewangan itu tewas 43 undi di tangan Tun Mahathir.
Dalam beberapa percubaan Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden UMNO kemudiannya, Annuar juga tidak pernah memberikan sokongan mengenainya.
Jadi, jawapan Annuar untuk mewakili Tengku Razaleigh tidak relevan sama sekali.
Andainya benar pula dakwaan Tun Mahathir itu, bermakna Tengku Razaleigh tetap  mengidamkan kerusi Perdana Menteri itu sebelum ini.
Jika bukan untuk menjadi Perdana Menteri, untuk apa usul undi tidak percaya dilakukan?
Tetapi, dengan menyatakan sokongan terbuka kepada Najib, tidakkah ia bermakna harapan untuk menjadi Perdana Menteri sudah terkubur buat Tengku Razaleigh?
Tambahan pula, Tengku Razaleigh juga sudah pun menyatakan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya umum ke 14 ini.
Lalu, apa sebenarnya yang diharapkan oleh Tengku Razaleigh dengan menandatangani deklarasi menyokong Najib itu? (SH 26/03/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

34
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousNordinabilaHNick BaganAlikluangman Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Si Annuar Musa memang hamba abdi Ku Li sebelum 1987. Masa Mahathir lwn KuLi utk Presiden, Annuar adalah orang kuat Kuli.

Apabila Ku Li kalah,dn Annuar dpt berucap diPUA malam tu, dia belasah Ku Li cukup2. Semenjak tu Ku Li ni tak mahu apa2 hubongan dgn Annuar ni.
Jadi Annuar ni tak layak bercakap bgpihak Ku Li.

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang hanya bolih menyelamatkan Najib dari didakwa atas tuduhan rasuah ialah Ku Li.

Dengar Java dan geng sedang merancang nak guling Najib. Umno telah ditolak olih rakyat sbb rasuah Najib. Geng Java tahu. Java dpt jadi PM, Najib akan didakwa utk mendapat balik sokongan & kepercayaan rakyat terhadap Umno. Tu yg Najib gelabah.

KuLi sokong Najib dgn kemunkinan ditawar jawatan PM asalkan Najib selamat dan tidak didakwa.
Tanah dibawah tapak kaki Najib dh bergoyang. Najib bersedia letak jawatan asalkan dia dan Roasmah tidak didakwa dimahkamah.

Anonymous
Guest
Anonymous

DAP setuju Ku Li jadi Gabenor Pulau Pinang?Orang Tanjung patut menolak idea ini.Orang Melaka jadi Ketua Menteri,…dan kalau orang Kelantan pula dibenarkan jadi Gabenor,maka ternyatalah yang orang Pulau Pinang memang tak ada teloq.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Dlm pru13 dia pun telah ditentang oleh org umno sendiri ini bermakna org gua musang pun dah tak suka dgnnya jadi utk selamatkan diri maka sokonglah pemimpin yg boleh selamatkan dia jadi jelas semua ni nak cari makan yg sokong dia seorang kita rakyat tolak pemimpin yg rasuah penyamun penyangak penipu itu yg penting biarkan siluncai terjun dgn labu2nya biarkan2 kita harus melihat pebghujung terowonng yg masih cerah maka marilah kita berdoa dan sokong tun dan tsmy insyaallah lambat laun akan berjaya aaammmiiinnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam politik cabar mencabar perkara biasa,tak kan itu pun kau tak tahu.Mahahtir pun pernah di cabar.Insyaallah kerja jahat Mahahtir dan geng nya akan berakhir nanti-ini doa saya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tindakan yang di buat oleh Ku Li bukan nya mencabar tetapi sekadar mengikut kehendak Najib. Yang buat deklarasi bukan Ku Li.

Kalau tak di bodohkan, Ku Li mungkin di ugut. Ini jenis orang yang suka buang masa di Parlimen dan di panggil Yang Berhormat.

Ahli Parlimen sendiri tidak yakin bila Ku Li cadangkan undi tidak percaya. Sejarah Ku Li tidak ada yang membanggakan pun.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak sangak rupanya Mahahtir soerang yg tidak cerdik,boleh tertipu oleh Ku Li.Nanti Mahahtir akan di tipu pula oleh Anwar,LKS,Mat Sabu ,Zaib Ibrahim,Azmin……apa akan jadi dgn penyokong beliau?.Turut tertipu sama.Padan Muka.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setiap individu ada karektor dan keyakinan. Sejarah Ku Li membuktikan dia mempunyai karektor dan keyakinan yang lemah.

Ku Li tidak ada tujuan menipu atau balas dendam. Dan Ku Li tidak ada tujuan untuk selamatkan UMNO. Tindakan Ku Li di buat tanpa berfikir dan untuk keseronokan ketika itu. Ku Li boleh berubah-ubah.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ku Li bukan veteran. Ku Li Orang Tua. Dah tua. Pak Lah Orang Tua. Tun Mahathir Orang Tua juga. Semua dalam UMNO orang Tua. Yang buat perangai sial ialah Orang-Orang Tua dalam UMNO kecuali se Orang Tua bernama Mahathir. Dia (Tun Mahathir) buat sial masa muda. Dah Tua, Mahathir yang zalim dulu tak buat kerja sial macam Orang Tua lain dalam UMNO. Bila dah Tua buat kerja sial, Orang Tua apakah jenis Ku Li ini? Ku Li dah Tua. Sepatutnya pengalaman politiknya tidak menjadikan dia Orang Tua begini. Yang buat sial macam ini, orang-orang macam Zahid, Hishamuddin, Ismail Saberi sebab… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

tiap kali aku melihat gambar punggung ds rosmah dengan beg tangan berkinnya aku rasa mahu terpancut. inzal pak!

Anonymous
Guest
Anonymous

Agak2lah bro komen kat sini macam tu.. Akal bro ni pendek sangat ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

kote kau yang pendek kot! hidp ds rosmah kemut kuat, cayalah.

Nick Bagan
Guest
Nick Bagan

Halo Mr Shahbudin…Cerita pasal Ku Li ni tak ada apa yang patut buat org jadi heran pun. Bagi yang kenal Ku Li sejak dulu mesti tau punyalah dia ni dok dalam kategori mana. Seorang opportunist yang kekal bercita cita tinggi dalam diam tapi sayang tak sebijak mana pun dalam berpolitik. Mungkin dia pemegang rekod ahli parlimen yang paling lama berkhidmat tapi nak kata berjasa besar, hutan balak yang dah tergondol besar adalah kot. Survival politik pun atas pengaruh darah Cik Siti Wan Kembang jer. Cukup2lah tu, disarankan Ku Li dgn Shahrir Samad sebelum org bertambah benci dgn kamu berdua, bersaralah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

ada aku heran? anyway kauorang jangan jealous, walaupun ds rosmah dah lebih 60 tapi masuk kuat mengemut, kau orang jangan dengki, suruh lah bini2 hang pa rajin2 amalkan makan jamu rapat gunung! WAKAKAKAKA

Anonymous
Guest
Anonymous

Haaaah…baru sekarang nak beritahu…kalau tengok cerita Korea Endless Love …dalang politik memang suka bermuka muka…BAGUS LE TU NAJIB MASUK JERAT DALANG TIKUS…TUN PULAK KENA CIUM BAU TAHI…ESOK RAMAI UMAT UMNO DAN UMAT PAS TERMENUNG BERUK….

Anonymous
Guest
Anonymous

Hok aloh..nok heghe bakponyo.baso oghe klate meme sohor sejak jame dulu kalo lagi bab jadi tok dale neh..buke sekodar di malasiya jah..seghato dunio sohornyo..dulu tok dale main woye kulit sekodar kapong jah..abih tinggi kat istano..lor ni..demo jange wat maing..biso tak bisonyo.. standat tok dale koho tinggi lagi..dok cayo ko ambo ghoyak neh? Suk dale jabak peguwe negagho, mahakamoh, jabate keghajae, kementeriye..hoh..sebuk jah dimano pong..hok yeng jadi tok ketuwo, pegawa-pegawa kane tuh.. buke ko oghe klate belako-lako..hok yeng sapa buleh jadi ketuwo tuh jaso panda maing woye kulit la nok ghoyak gi awe weh..dok kiro jate tino..abih anok cucu panda jadi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Kuli lu balik gua musang dok diam2 ko ta malu ka jadi ahli umno baru yg diasaskan tun lepas ko saman ko pakat dgn org yg sakit hati kat tun untuk menjatuhkan beliau apa jadi ah?musang hitwm ,pak lalat dan ko pakat lgi ka?jgn mimpi tun master korang novice je dulu kini dan selamanya…legend of tun will live for eternity..

Anonymous
Guest
Anonymous

Rakyat faham … Kepada siapa lagi yg boleh dia menadah tangan.
Kerabat sultan?.. Hmmm..
Tun … Hmmm…

Najib… Mungkin boleh sebab "cash is king". Dia lupa politik belut Dan "tikam orang Dari belakang" tak akan kemana2. Sampai masanya nanti pasti kebakul sampah lah kau..

Anonymous
Guest
Anonymous

Aritu Musa Hitam…Kali Ku Li pulak…dua2 musuh Tun M yg dah nak tunjuk taring balik dan balas dendam sebab kalah 1987…really a sore loser…

Anonymous
Guest
Anonymous

Penjelasan?
KuLi batak ni mesti diam, tak berani jawab.
Contohnya.
Bila Khairuddin minta surat beranak original KuNan.
Dia terus diam seperti tikus jatuh ke beras.
Tak berani nak bukak mulut pun.
KuLi ni kalau ada pendirian dah lama jadi PM.
Dia patut bertanggungjawab kerana UMNO diharamkan.
Kemudian tubuh parti baru Semangat 46 yang gagal.
Lepas itu boleh jilat balik UMNO tu pulak.
Punyalah besar Laknat@Maknat KuLi ni.

Anonymous
Guest
Anonymous

Haiyaaa ku li lu bikin malu sama patik saja. Lu pun ikut pintu belakang juga ker? Raja kapoor lah lu. Binawe …lu betul2 orang gua. Lu siang jadi orang malam jadi musang king

Ali
Guest
Ali

Tu la bila buat kerja kena jujur ku li.

Anonymous
Guest
Anonymous

What credibilty coolie has even when he come out to deny or simply stay silence….he's action already spoke louder than his words!

Anonymous
Guest
Anonymous

He's lost my respect that overaged politikus…

kluangman
Guest
kluangman

Tidak mungkin jawapan Ku Li "yes" tentang dakwaan Tun Dr Mahathir. Kenapa?

Kalau diimbas, Pandikar juga pernah buat u_turn, kenapa?

Sebelum inipun Tun kata ada yg ramai datang kepadanya mengadu tentang NR dan minta beliau do something..tetapi akhirnya orang yg mengadu kembali sokong Najib? Kenapa..

Adalah sukar untuk mengatakan Tun mereka-reka cerita dan deklarasi Ku Li sebenarnya tidaklah begitu berpengaruh kerana dia dari awal tolak Deklarasi rakyat.

Aiming sesuatu bukanlah mustahil untuk seorang spt Ku Li yang opportunist, sikap malasnya berusaha melainkan mengharap bola bergolek ke kaki.

Ku li umpama mengantuk di surong bantal…kekecewaan politik masa lampaunya terubat.

Next, kenapa tidak Musa Hitam tumpang sekaki.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju sangat kluangman..anak raja ni semua nak benda datang depan mata dia. Usaha takde langsung

Anonymous
Guest
Anonymous

Rasanya kalau Ku Li mahu sesuatu lebih baik dari awal dia terus berbaik dgn Najib,dia ada nama ,ada pengaruh dan ada pengalaman.Mudah kalau PM Najib nak beri sesuatu pada beliau,tak ada siapa yg boleh komplen.Nama Ku Li sentisa 'di jual',dalam kemelut politik negara utk meraih sokongan.LKS,Zai Ibrahim,Ibrahim Ali,Anwar Ibrahim ,semuanya pernah meuar-uarkan Ku Li bersimpati pada mereka atau mereka rapat dgn Ku Li,demi menampakan mereka mendapat sokongan 'tokoh'.Akhir sekali Geng ANC yg didalangi Mahahtir pun berbuat perkara yg sama,,mengabil Ku Li berada di pihak mereka sehingga perkara sebenar berkaitan pendirian Ku Li terdedah.Sejak saya mengenali orang yg bernama Mahahtir ,beliau… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Bakal gabenor bank negara Ku Li tak perlu jawab apa2 pun. Yg penting dia dapat jadi gabenor. Kalau terpaksa kawan dengan musuh lama Nuar celak pun tak jadi kudis kat dia. Bab SD yg dia sendiri arah pun akan masuk tong sampah. Benda tak jadi pun. Yg penting pada dia jawatan yg bakal dipegang pasal dia dah tak nak jadi MP Gua Musang. Selama ni pun plan dia tak pernah nak jadi. Harap kali ni dia dapatlah apa yang dia nak.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dulu kata dia akan jadi Penasihat Petronas,sekarang Gov.BNM pulak.Yg pasti dosa tetap dosa,tuduh menuduh ,fitnah memfitnah itu semua adalah dosa yg tercatit dalam al Quraan supaya di8 jauhkan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan kau yg tentu dosa pahala bro. Apa yg fitnahnya. Kalau betul, betullah. Kalau salah, salahlah.

roslan othman
Guest
roslan othman

Nama pun KU LI jadi sampai bila pun dia ini dok jadi koooleee la.. nasib baik bukan kuli batak,dia ini mungkin akan padam terus dgn umno serta semua ketua bahagian pemakan dedak selepas PRU 14,umno kalau hidup balik mesti dengan pemimpin baru,perjuangan dan hala tuju baru ,real politic sudah berubah ,politik perjuangan lebih kepada " survival of fittest"bukan lagi perjuangan macam lengok KU LI ini orang dah meluat dan tak minat sebab tu Tun M berhempas pulas mau BN dan umno berubah dia dah dapat hidu dan kesan apa terjadi lepas PRU 14 ini dan apa kehendak naluri pengundi pengundi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Jawatan dan hidup senang.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kerana wang, pangkat, dendam orang lupa umur dah menjelang senja..

Anonymous
Guest
Anonymous

Terlalu murah nilai pelacur pelacur politik dalam negara Malaysia.

Ya Allah selamatkanlah dari kehancuran sebagaimana yg berlaku di Syria, Yemen, Lubnan akibat dari perbuatan pelacur pelacur politik.
aameen…