KEBERANIAN, KETERBUKAAN DAN KETELUSAN YANG PATUT DICONTOHI

Isu pembelian banglo sederhana mewah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi perbualan ramai sejak sehari dua ini.
Namun, sesuatu yang membanggakan ialah beliau kekal dengan keberanian, keterbukaan dan ketelusannya, sesuai dengan keyakinannya bahawa tiada ada yang hendak disembunyikan di sebalik pembelian rumah itu.
Lim Guan Eng bukan saja meminta SPRM menyegerakan siasatan terhadapnya agar beliau boleh memberikan segala maklumat mengenainya, malah tanpa ragu-ragu menjemput sekumpulan wartawan dan jurugambar melawat rumahnya untuk melihat sendiri keadaan rumahnya yang djadikan kontroversi itu.
Sekurang-kurangnya, sementara sedia untuk disiasat, beliau tidaklah seperti Pahlawan Bugis yang seorang itu, yang bukan saja sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar secara terbuka, malah nampaknya mula dilindungi daripada terjahan soalan-soalan oleh wartawan antarabangsa.
Lim Guan Eng bukan saja tidak takut dengan wartawan, malah tidak juga berdolak-dalik atau memberi pelbagai alasan remeh berkaitan pembelian rumah tersebut.

Keberanian, keterbukaan dan ketelusan yang wajar dicontohi oleh sesiapa saja yang bergelar pemimpin. (SH 20/03/2016).
Kongsikan artikel ini
No tags for this post.
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

63
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Cik MinahAnonymoussham zamUnknownNordinabilaH Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

banyakan beramal dan bezikir kepada allah moga kita dapat rahmat dan pertolongan dari allah. musuh islam sedang berusaha untuk pecahbelahkan umat islam malaysia. bangkitlah banyakkan amal hanya pada allah tempat kita memohon.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada telor. Mana telor Tasek Gelugor?

Unknown
Guest
Unknown

Mana ada teloq…tasik gelugoq pun pusing tak habis….

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Tahniah Lim berani kerana benar apa nak takut klu itu benar mana anjing2 yg banyak bercakap n pemimpin2 melayu ada ke yg berani bersumpah tak rasuah tak samum duit rakyat berapa banyak harta yg dia ada dunia boleh lepaslah kat akhirat nanti jawablah kadang2 org bukan islam lebih jujur renongkanlah

Anonymous
Guest
Anonymous

Tunggu jelah sprm… Knp kipas kipas pulak

Anonymous
Guest
Anonymous

Yang benar tetap benar.

Di jamin tidak ada mana-mana Pegawai SPRM akan di tukar dan di tahan.

Najib patut mencontohi LGE dengan mengajak wartawan WSJ dan Sarawak Reports minum pagi.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

….dan jangan lupa, bawak reporter melawat rumahnya, terutama bilik di mana Rosmah dan Najib mengumpul hanbag hermes berpuluh-puluh, kasut, intan berlian dan jam tangan mewah dan lain-lain barang mewah gtermasuk minyak wangi yang bernilai ratusan ribu.
Jangan lupa tunjukkan juga bank akaun dalam negara, pesisiran pantai dan juga di luar negara.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ini kes budi dan tergadai body…

Anonymous
Guest
Anonymous

Hai Budin kes GE ni sama lebih kurang dengan bekas MB Selangor. Kipas je kerja kau yee

Anonymous
Guest
Anonymous

Ye lah Budin ni. Kuat betul kipas nya. Kasi kipas lg Budin. Biar puak pemakan dedak tu terasa bahang nya. 🙂

Anonymous
Guest
Anonymous

Mana pulak sama. Toyo dah sah masuk penjara. Orang curi-curi ambik gambar pintu gerbang rumah dia yang berharga berjuta jugak.

sham zam
Guest
sham zam

kn faham jgk yg penjual tu ada dlm circle tanah manggis tu. tu yg kn ambik kira, jual2 jgk tp pasal apa xjual kt org lain 6juta. klu xada share dgn projek lain, mau jual tak kt bos besar?

Nick Bagan
Guest
Nick Bagan

Terbaiklah LGE. Tak payah nak bagi hujah kona baring banyak2 tak payah nak minta tunggu hasil siasatan yang entah bila akan selesai. Timbul je isu cepat2 beri penjelasan dengan berbukti dan bersaksi. Sebenarnya 'harga pasaran' bagi sebuah rumah itu hanyalah sebagai panduan bagi pihak bank dan agen hartanah sahaja. Jikalau kita berurus niaga secara terus dengan pemilik, gerenti kita boleh dapatkan harga tawar menawar yang kurang dari harga pasaran. Apalagi kalau pemilik rumah tersebut mahu cepat2 jual dan dapatkan duit tunai. ( Contoh : 1MDB sanggup bayar hampir 10% komisyen kepada Goldman Sach kerana mahukan duit cepat daripada hasil jualan… Read more »

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Ya, betol tu.Saya ada sebijik link house intermediate di USJ.Kalau ikut pasaran, harganya sekarang ialah antara RM850-950K – bergantung pada renovationnya. Buktinya, saya lihat papan iklan lelong rumah di USJ kebanyakannya atas Rm850K.Tetapi malangnya, sudah 6 bulan rumah saya masih tak laku. Bahkan amat sedikit orang membuat panggilan, bertanya harga. Ada yang menawarkan harga hanya takat RM750K sahaja.Jika Lim Eng Huat atau Zahid KrokToyo membeli rumah saya dengan harga RM750K adakah dianggap ini salah laku atau resuah sebab membeli di bawah harga pasaran, padahal memang tidak ada orang menawar nak beli rumah saya kecuali beliau.Begitu juga, seorang kawan saya menjual… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO sebuah parti politik chauvinist kerana untuk orang Melayu sahaja…MCA sebuah parti politik chauvinist kerana untuk orang China sahaja… MIC juga sebuah parti politik chauvinsit kerana untuk orang India sahaja…DAP bukan sebuah parti politik chauvinist kerana untuk semua bangsa..sudah tiba masanya orang Melayu, China dan India pilih DAP untuk memerintah untuk menjaga kepentingan rakyat jelata..

sham zam
Guest
sham zam

lancau lah dap

Anonymous
Guest
Anonymous

Moga-moga kes sebegini menjadi iktibar semua buat para pengundi. Be End, tak payahlah hipokrit. At least Mr Lim Guan Eng gentlemen. Kalau salah ngaku salah. Tak de nak pusing kona baring. Begitu juga Mr Chua Soi Lek, mengaku salah masa kes skandal. As Muslim politician, kita patut malu dengan sikap gentlemen Non muslim politician.

Anonymous
Guest
Anonymous

Akibat pengaruh poilitik PAS yang siang malam memainkan politik zahir dan mengabaikan bab ketelusan hati manusia

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO kena minta Hj Hadi bentang usul akta baru supaya pemimpin pembangkang tidak boleh memiliki rumah berharga lebih dari RM 1 juta. Jika hudud gagal sekurang-kurangnya akta baru ini pasti berjaya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa abang lambat sgt bg idea ni kt tuan presideng haah??! Asyik bkerut dahi tuan presideng fikir idea apa nk buat modal bg nasihat kt mr presideng hamno..!

Lain kali…klu ada idea bagus kena cepat2 bg tau tuang presideng kita. Jgn susahkan beliau bekerut dahi fikir apa buah fikiran nk nasihatkan kerajaan hamno.

Kalu nk harapkan tontowi…mcm2 idea karut dikemukakannya!! En. Amar kita lg le tk bleh pakai….kih kih kih.

Lagi2 kalu Tar Snake…mat maslan pun serender…keh keh keh

Anonymous
Guest
Anonymous

Aku orang Penang, kat Penang, rumah cam LGE ni kira cap ayam je. Nampak tak cantik dan outdate. Restoran McD pun lawa lagi. Di Bertam dan Permatang Pauh, rumah banglo kecik pun dah RM1j lebih. Semua pembeli Melayu plak tu. Boleh semak laman web Bertam Properties dan UDA Land. Semak juga rmh kontraktor2 melayu UMNO yg duduk kat kawasan tu..kah3.

Anonymous
Guest
Anonymous

Harap2 lepas ni LGE minta PM tunjuk bukti ttg 1MDB & SRC pulokkkk…Baru Menarik Drama Dalam Parlimen lepas ni nihhh….

Anonymous
Guest
Anonymous

Entah, saya tengok rumah lge biasa2 je. Tengok video the star lagi jelas rumah lge sama bentuk je dgn rumh jiran sebelah. takdak lah rumah self-design ke. Dalaman pun biasa2 je. Banyak lagi rumah2 datok datin yg lebat berat, kan?
Apa2 pun sprm dah buka fail. Saya tabik Lim Guan Eng dgn sifat keterbukaan nya.
Saya lebih percaya keterangan lge dlm menangani isu neh. Elok kan klu sorang itu buat mcm lge juga?

Anonymous
Guest
Anonymous

Indeed, the title of your blog piece says it all about the so called non moslem Lim Guan Eng! However, when it concerns the other person (who the rest of this comment is intended for) there is just one proclamation after another that people need to believe in – with no proof needed to be provided to show that these proclamations have any basis at all. (Hence, dear Shah, your recent piece on Saturday with the title Mana Satu Kita Nak Percaya is referred to.) Surely it is not so hard to understand that words mean nothing without proof. Lidah… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Istidraj. Precisely.
Lost on so many.

Anonymous
Guest
Anonymous

"Istidraj" means that Allah Most High allows a person to gain power and means but who unfortunately uses them for his selfish ends – and the retribution for his evil ways will be terrible.

MOHD YUNUS Yunus
Guest
MOHD YUNUS Yunus

Tell the truth and shame the devil. 2.6 masuk dalam akaun peribadi seorang. Seorang lain, itu pun Menteri wanita jawab jawab wang telah pulang balik. Mcm mana Azalina tau hal ini ada bukti ke? Apa kita orang bodoh ke? Boleh tunjuk bukti RESIT ATAU BANK SLIP yg wang itu di BAYAR BALIK?

MOHD YUNUS Yunus
Guest
MOHD YUNUS Yunus

Tell the truth and shame the devil. 2.6 masuk dalam akaun peribadi seorang. Seorang lain, itu pun Menteri wanita jawab jawab wang telah pulang balik. Mcm mana Azalina tau hal ini ada bukti ke? Apa kita orang bodoh ke? Boleh tunjuk bukti RESIT ATAU BANK SLIP yg wang itu di BAYAR BALIK?

Anonymous
Guest
Anonymous

Azalina Ada Telor (ovum) dah bocor maklumat. Tak kena OSA ke?
Ye tak ye. Menteri boleh terlepas undang – undang.

Fezreen Faizan
Guest
Fezreen Faizan

en shah, ternyata Tun M seorang genius politik..walau berbagai umpan ditabur oleh balaci2 Najib untuk mengalih sasaran Tun, ternyata mereka masih gagal kerana Tun tak pernah menghiraukan jerik pekik mereka tetapi tetap pada sasaran utama NAJIB!

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa le biol sangat guan eng ni. Cakap aje le rumah tu ada sedagar Mongolia yg kasi derma!

Bukannya kesalahan pun dpt derma! Apa motif dia derma pun bukan penting! Apa punya kacang punya masalah je ni…keh keh keh

Ali
Guest
Ali

Pasni ajak wartawan gi new York tengok rmh anak tiri najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Di mana pendekar2 Melayu yg terror sangat nak bela nasib Melayu. Yg saya tau paling atas dah declare asal Bugis. (Pahlawan x bole nak confirm sbb kaki lari pintu belakang). Yg satu awal dah kata Jawa mcm lalang sembang. (Sekejap sana sekejap sini). Yg terbaru dah ngaku Aceh pulak!! (Org Aceh pun x kenal dia..haaahaa)
Mana Melayunya.
Cuba pi kaji sikit sejarah.. Melayu x akan hilang di dunia sbb memang x de Melayu pun… semua rojak dan dari dulu lagi Ketuanan Mamak bukan Ketuanan Melayu..
haahaa….

Anonymous
Guest
Anonymous

Bugis, Jawa dan Aceh tu bukan rumpun melayu jugak ke?

Anonymous
Guest
Anonymous

Macam ni baru ada Telor….namanya. Tak macam sorang lagi tuh….asyik nak lari jer…!!! Telor diapun dah dipegang Mama…Ha..ha…ha…!!!#Nothingtohide#. Kipidap LGE…!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

Guan Eng dh tunjuk jalan macamana nak jawab tuduhan2 rasuah terhadap dia.

Sekarang pahlawan bugis kena tunjuk akaun2 bank dia pula pada pemberita mengenai kemasukan dan keluar RM2.6billion dan wang SCRI RM42million dan berdepan dgn orang2 yg menuduhnya spt Mahathir, Muhyideen, Tony Pua dan Rafizi depan massa media. Ada bernai????? Shahbudin MP tak de teloq. Jgn Najib pahlawn bugis pun tak de telor.

Anonymous
Guest
Anonymous

Siratol MUSTAQIM… Jalan Yg LURUS
Muhammad SAW Itu… LURUS Ber CAHAYA
Menerangi KEGELAPAN… TERANG dan TELUS
RAHMATAN-Lil-Alamiin… Keseluruh MAYA
Tak WUJUD Fitnah… Penyamun Yg RAKUS
Kaseh Mem-BERI Itu… Sifat Yg'ESA
Kaseh Mem-BERI Itu lah Juga… Sifat Hamba-NYA
Saling Mem-BERI Itu… Kan Dilimpah Gandakan-NYA
Yg Saling Men CURI pula… Kan PAPA Kedana

Anonymous
Guest
Anonymous

Curi curi dan songlap lah lagi
Pitnah rasuah berguni berlori
Pitnah liwat liwat dan pilkuda sedondon sejoli
Berbaloi berbillion billion di akaun peribadi
Musang berjanggut pun brkongsi melindungi
Samun songlap pun dah jd derma yg suci
Kesian pakcik mokcik felda melayu yg ditipu hari2
Oleh penyamun dan lebai2 yg bersorban 'suci'
Yg mnyamun mrompak dgn cukai saman tol2 dan gst
Semoga pakcik felda dan org2 melayu kmpung kini
Dah pun mula terhidu dan mnghidu bau tahi
Yg selama ini tidak pernah sikitpon mrk sedari

Anonymous
Guest
Anonymous

hihihi..dah fitnah samun bilion berlori2
rasuah lak lebai2 indon buat selawat perdana utk nabi

Anonymous
Guest
Anonymous

Harap semua pemimpin bn, pakatan dan pas ajak pemberita pi rumah2 mereka terutama kat kl, luar negara. Baru telus gitu. Kalu dapat, isi la borang istihar harta anak beranak, dapat juga rakyat lihat kekayaan pemimpin mereka. Bukan sembunyikan kekayaan tu. Kalu berani kerana benar.

Anonymous
Guest
Anonymous

Setuju.
Tapi mereka ni pandai mengelat.
Nanti mereka suruh JinFulus@Pas
angkat rumah mereka letak ke tempat lain.
Macam cerita Aladdin tu.
Keruak. keruak… keruak…

Daniel Adam
Guest
Daniel Adam

Nak buat macam mana. Mslang nasib rakyat Malaysia yg dpt PM darah lanun. Dulu Bugis kuat melanun di laut. Tapi sekarang di darat pun melanun. Tapi PM (Penyamun Malaysia₩ ni jenis dayus, bacul dan pengecut dengan reporter, forum terbuka atsu bersidang akhbar. Lelaki dayus tak layak jadi suami, apatah lagi kalau 0M jenis dayus, wajib diterajang turun dari puncak kuasa. Klu tak, sial dan malang rakyat Malaysia yg berketuakan manusia dayus dan bacul begini.

Anonymous
Guest
Anonymous

SPRM sila siasat rumah LGE tu.
Dia pun dah beri green light.
Tapi, janganlah rumah LGE saja,
siasat juga menteri-menteri yang
punya rumah-rumah bosar mengalahkan
istana macam rumah Jamil Khir…

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Apalagi Shahbudin, Lim Guan Eng dah cabar tu.
Dia mintak awak buat tuduh ni kat luar Parlimen.
Maknanya, dia nak saman awaklah.
Baru betul.
Biar semua ditentukan oleh mahkamah, bukan AG.

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Ayoooyooo……bukanb Tuan Shahbuddin dot.com, ye.
HEHEHEHE……..Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shahbudin Yahaya, buat tuduhan di luar Parlimen.

Anonymous
Guest
Anonymous

Shahbudin ni bukan ada teloq.
Aku sebagai Melayu malu mengaku Melayu
kerana tindakan penakutnya tu.
Ooii… Shahbudin, LGE tu pernah masuk
penjara kerana mempertahankan gadis Melayu.
Lu apa ada? Ada teloq pun kecut semacam.
Bagi pada anjing, anjing pun tak mahu makan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nasih baik Shabudin MP bukit Gelugor umno melayu. Tak berapa malu aku. guan Eng cabar dia ulangi tuduhan yg dia buat dlm parlimen, dia tak berani. Pengecut dan bacul.

Baik tuan admin, tulis artikel supaya orang tak keliru. Bukan Budin ni tapi Budin Bukit Gelugor yg penakut dan tak de telor.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dalam kes Guan Eng ni sekurang-kurangnya ia tidak melibatkan satu sen pun duit rakyat Pulau Pinang. Ianya lebih bersifat personal. Urusan peribadi dia. Dia nak duduk rumah besar ke, rumah kecil ke, nak duduk dalam reban ayam ke, buat khemah bawah jambatan Pulau Pinang ke, beli atas harga pasaran ke, bawah harga pasaran ke, tepi harga pasaran ke, beli rumah kat pasar malam ke, itu dia punya pasal la asalkan dia tak balun duit rakyat sudah. Asalkan dia tak menyusahkan hidup rakyat Pulau Pinang lantak dialah nak buat apa dengan urusan peribadi dia. Selagi ianya tidak melibatkan dana awam, wang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Orang kalau nak serang musuh jangan bila musuh dalam keadaan posisi terbuka. Silap-silap yang menyerang yang kena balik.

LGE tak buat perangkap. Kerana LGE dari mula sewa rumah sampai beli rumah adalah secara terbuka. Yang Najib punya, maklumat di bocorkan dan kemudian didedahkan oleh wartawan. Itu nasib baik kerajaan Najib halau dua orang wartawan Australia dan tidak membenarkan wartawan WSJ berada di sini. Jika tidak mereka pun sekali dengan wartawan tempatan melawat rumah LGE.

Tenguk gambar LGE memasuki rumah, jalan depan pintu gate tak bertar.!

Anonymous
Guest
Anonymous

Pak bugis mana berani tgk wartawan je lari sana sini mcm tgk teroris?penyangak #1

Anonymous
Guest
Anonymous

Bukan saja takut dgn wartawan, rakyat nak dpt info alternatif pun takut. Hr ni blog dinturtle & outsyedthebox dah tak bole di access lg. Blog hg ni Budin tunggu masa ja depa nak sekat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dari apa yg sy dengar, perkhidmatan bas dari port feri utk pergi dan balik kerja adalah percuma. Satu contoh kecil merakyatkan negeri. Berbanding dgn pahlawan bugis yg menekan rakyat dgn pelbagai kenaikan kos sampai rakyat dah xde buffer langsung

Anonymous
Guest
Anonymous

Islam hanya pada nama dan ibadat persendirian saja. Kebaikan Islam, umatnya tak pergunakan untuk kemaslahatan umum. Jadilah Islam nafsi2. Manakala org bukan Islam, lebih menampilkan nilai2 Islam dan nilai kemanusiaan sejagat untuk kemaslahatan bersama. Walaupun mereka tidak menyembah sebarang tuhan atau menyembah berhala. Jadi, di sini Islam nampak tiada kebaikan untuk umatnya atau menarik perhari bukan Islam mendekayi Islam. Islam dan umatnya diperlekeh2kan disebabkan perilaku umatnya sendiri cukup hodoh mempermainkan agama sendiri. Mmg layak manusia muslim begini dihina sebelum dihina dihadapan Allah sendiri kelak dan dihumban ke neraka Allah. Kebaikan bukan Islam, itu hal dia dgn Allah. Kita mana tahu,… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Harapkan pagar, pagar makan berbillion ringgit dan ratusan juta ringgit ! Rakyat hidup menderita kerana kenaikan harga barangan, perkhidmatan dan tol dan nilai ringgit merosot menyebabkan kenaikan harga susu dll. Pemakan dedak tetap sokong selagi bekalan tidak terputus!

28 kampung Melayu telah dirobohkan semasa pemerintahan regim roket tetapi kaum roket mendapat hak milik tanah 999 tahun dan sifu roket campurtangan dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah.

Terpulanglah mau jadi apa
Mau jadi hantu mau jadi buaya
Terpulanglah mau bikin apa
Mau bikin masalah serah teruskan saja

Anonymous
Guest
Anonymous

Ko ni bodo ke apa? Berpuluh tahun umno/ Gerakan menang mejoriti dan berpuluh tahun proses pemindahan Melayu dr Penang. Kenapa ko tak bising. Dasar pemakan dedak. Bila ko berkuasa dulu adakah nasib Melyu terbela..mmg dasar umno celaka..

Anonymous
Guest
Anonymous

Sepatutnya geng Jamal pasang banner di beberap tempat di Pulau Pinang macamana geng Jamal letak banner yang menerangkan maksud liwat.

500 orang termasuk Jamal sanggup berkumpul depan Yayasan Mahathir tetapi tidak ada sekor pun yang berani berdiri depan rumah LGE.

Sultan Perak titah dengan mengingat jangan tanah dipijak milik orang apabila tanah beberapa ekar telah di jual pada China.

UMNO pun nak ambil tanah orang melayu di tengah-tengah KL.

Anonymous
Guest
Anonymous

UMNO kalau jujur dan bersih macam LGE, orang cina pun tak marah kalau kampung cina kena halau.

LGE kalau ikut sama macam perangai orang UMNO, dan kemudian robohkan pulak Kampung Cina, orang Cina pun marah.

Jangan jadi macam Najib.
Jadi lah LGE. Kata Anwar Ibrahim jadi macam Anwar Ibrahim.

Anonymous
Guest
Anonymous

Apa kau merepek ni Labu, Mcm Shabudin MP Bkt Gelugor kau ni. Merepek dlm Parlimen shj berani. Luar apabila dicabar tak berani.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 16.58 dan sahabat sekepala. Tak perlu jadi hipokrit. Kenapa isu rasisme yang dimainkan DAP kamu baru bising? Atau kenapa isu2 yang DAP buat kamu bising? Sedangkan rakan2 kamu MCA dan GERAKAN juga turut sama sahaja macam DAP. Saya bukan pro DAP. Tetapi janganlah nampakkan sangat hipokrit.

Labu8455
Guest
Labu8455

Nak kelentong apa ? Pengusiran orang orang Melayu dari Pulau ke Tanah Besar (Seberang) sudah bermula dari era Tun Lim Chong Eu lagi dan diteruskan oleh Koh Tsu Koon. Sebelum nak merapu dan merepek yg bukan bukan kerana tak ada fakta tapi auta untuk memburukan kerajaan DAP P.Pinang hari ini. Semasa UMNO dan BN berkuasa, apa yg dia orang buat untuk orang orang Melayu didalam Pulau terutamanya ?yg dia orang tahu penuhkan temolok sendiri serta kroni masing masing, ambil tanah orang orang Melayu diBatu Kawan pada harga yg murah kemudian dijual dengan harga tinggi untuk buat untung atas angin (tanya… Read more »

Unknown
Guest
Unknown

Statement Bodo..macam la hg dok Penang..

roslan othman
Guest
roslan othman

Anon 16.58 ,tolong betul fakta dan tanya orang yang betul betul penduduk penang ,aku bukan la penyokong DAP ,masa 2008 hingga 2010 masa kerajaan pulau pinang sibuk roboh gerai makan haram melayu aku lah antara orang orang yang sibuk bantu peniaga ini buat bantahan dan report polis , tapi amat memalukan bila polis tanya lesen berniaga depa peniaga melayu yang diroboh ini kata tak ada ,bila minta lesen dari kementerian kesihatan takada bila tanya ada perigi cucuk kesihatan tak ada jadi siapa yang salah sampai satu benda pun tak ada tapi nak berniaga kemudian si DAP ini mesti nak peniaga… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tak payah cakap hal umno pulau pinanglah la ni.Bila dah tak ada kuasa baru nak cakap bantak. Baru terasa nak bela nasib Melayu.Awat masa kuasa dulu tak buat apa apa pun? Asyik berlungguk di restoren mamak pagi hingga ke malam.Siapa yg tak kenal tok non panjang? Pengerusi Badan Perhubungan Negeri P. Pinang?Apa kemajuan yg dia bawa ke Seberang Prai Selatan. Nibong Tebal tempat dia sendiri pun dah jadi pekan mati. Sungai Kerian kat tepi pekan Nibong Tebal tu bila2 masa saja akan telan pekan ni. Akan jadi mcm kota Gelangi.Sejak DAP memerintah ni barulah nampak perubahan yg ketera. Baru nampak… Read more »