ITU BARU MELAWAN NAMANYA!!

Esok 21 Mac, Muhyiddin Yassin bersama Mukhriz Mahathir akan berada di Kota Tinggi, Johor untuk program Bicara Rakyat. Maklumat penuh program adalah seperti di bawah ini.
Selain memberi penerangan dan bercakap mengenai isu-isu semasa, perkara yang harus dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz, di mana ketika ini mereka masih mewakili UMNO ialah menggerakkan seramai mungkin ahli parti untuk menandatangani Deklarasi Rakyat.
Walaupun pemimpin-pemimpin UMNO cuba melencongkan pemikiran rakyat dengan menggambarkan ia sebagai “Deklarasi Mahathir”, “Deklarasi Lim Kit Siang”, “Deklarasi Mahathir – Kit Siang” atau lain-lainnya, hakikatnya deklarasi itu ialah mesej penolakan yang mewakili hati sanubari rakyat terhadap kepimpinan Najib yang menjadi punca segala kerosakan dalam negara ketika ini.
Hanya dengan Najib dapat disingkirkan dan kemudian institusi awam segera dipulihkan, barulah imej negara dapat dikembalikan seperti sebelumnya. Jika tidak, di pelusuk dunia mana pun, wajah Malaysia akan terus merudum dan merudum.
Sebagaimana di Pagoh beberapa hari lalu di mana lebih 1,000 ahli UMNO bahagian itu menandatangani Deklarasi Rakyat, di Kota Tinggi malam esok dan di mana-mana selepas ini, mengutip seramai mungkin tandatangan mestilah menjadi keutamaan Muhyiddin dan juga Mukhriz.
Seiring dengan pelbagai pihak turut menggerakkan usaha mengumpulkan tandatangan itu, matlamat sejuta tandatangan dalam waktu terdekat ini tidak harus dilengahkan lagi.
Selepas sejuta tandatangan dapat dipamerkan kepada dunia, mungkin matlamat dua juta atau tiga juta pula sebagai sasaran seterusnya.
Jika Muhyiddin dan Mukhriz dapat memainkan peranan dalam menggerakkan, katalah puluhan atau ratusan ribu ahli UMNO sendiri berbuat demikian, itu barulah dikatakan melawan namanya!!
Ketika itu juga kita boleh lihat sama ada UMNO berani memecat atau tidak ahli-ahlinya yang berani menandatangani deklarasi tersebut? (SH 20/03/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

33
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
Anonymousrina idzharNordinabilaHSabahanjamil Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
rina idzhar
Guest
rina idzhar

Sejak dua menjak ni, aku rs ada kelainan skit pd jib. Mcm tukaq imej.. Kak mah pun dh kurang menonjol.. Baru sedaq ka dua ekoq ni

Anonymous
Guest
Anonymous

orang asli dok dalam hutan pun kena gst..gillerrr

Anonymous
Guest
Anonymous

SUBSIDI utk membantu Rakyat di Tarik Balik dan diganti dgn GST yg Membebankan Rakyat di Wujudkan…
GST ni macam Pukat Harimau, Habis KETURUNAN ikan dia sapuuuuu….Begitulah jugak dgn GST, Semua orang dia SAPUU Duit CUKAI, Fakir Muskin, Anak2 Yatim, Warga Emas, IBU Tunggal DLL tak terlepas dari GST…
Cukai ini mmg ZALIM dan Allah swt Murka pd Penindasan sebegini…Islam tidak melarang CUKAI tapi CUKAI yg tidak menzalimi Rakyat yg miskin dan Dhaif..
PM buat GST sbb nak COVER Hutang 1MDB dia…

Anonymous
Guest
Anonymous

Sokong muhdin n mukiz….jangan tak sokong demi mahdey yg tercinta.Biar mahdey sempat melihat sama ada muhdin atau mukiz jd pm.
Errrrr….bgmana dgn pihak pmbangkang…tak kan tak ada share kot…
Iyelah…tentu ada perjanjian antara mrk…
Jangan jer perjanjian bodo dan bangang spt konsesi tol era mahdey…naik dan terus naik.Nguntungkan waris dan kroni jer….

Anonymous
Guest
Anonymous

kekeke kalo tol tu menguntungkan kroni PM lepas?,…Knp PM skrg X mansuh kan je tol2 tu semua?,…kan bagus untuk rakyat tu,…atau lu ni da tertinggal bas?,..kekeke

Anonymous
Guest
Anonymous

Bodoh betul Anon 21.09 ni. Zaman Najub ni ada lg 10 highway bertol nak dibuat kat klang valley.

Ko x caya ko gi tanya pak ngah ko teng ko rak nan krueger

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon. 21.09,sedarlah yang kau tu adalah orang yang kurang daya fikir.Kau pindah pergi negara yang tiada tol.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Lawan saja TSMY dan DSMukhriz apa nak takut tak buat pun anjing2 yg ada tu akan tetap kutuk jadi alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan a good horse never turn back tindakan TSMY n DSM bukannya lawan taukeh tetapi melawan rasuah penyamun dan penyalah guna kuasa itu saja teruskan insyaallag allah bersama org yg benar setidak2nya diakhirat nanti mudah dijawab

Sabahan
Guest
Sabahan

masih ada Menteri yang dungu tak tau bezakan jatuhkan Gomen Dan jatuhkan individual.
Moronic betul Menteri ni…..

Anonymous
Guest
Anonymous

Rejim Najib jelas melanggar undang-undang negara.Apakah perlu lagi kita mengikut undang-undang dalam keadaan musuh negara menguasai Putrajaya?Najib adalah agenda Arab Spring untuk menjatuhkan Malaysia,setelah Anwar gagal.Sayang orang Melayu buta akal dan hati untuk melihat semua ini.Najib sendiri yang kata "Cash is King".Setelah fahaman komunis jatuh,kini fahaman demokrasi menjadi penjajah kepada dunia.Di Malaysia kini,rejim Najib yang mengaku demokratik merampas kuasa.Rakyat wajib bangkit untuk merampas kuasa itu kembali.

Anonymous
Guest
Anonymous

anon 1031 ni rookies cybertrooper under maslan. off course ada gaji…. mana2 blog .. facebook ..mrk ini akan mencelah. old cybertroopers ramai yg dah pull out…perhaps give up kot… new recruit pulak kurang ummpf….. maslan ada takde terpaksa block byk blog … his loyalty to rosmah being judged by how efficient his new cybertroopers dlm alam maya ni…. even ada new cybertroopers x brp smart… profile mrk being exposed…nak keluar in public seems dah ketaq

Anonymous
Guest
Anonymous

Tun M dan Mukhriz perlu memastikan juga rakyat Kedah juga antara yg terawal menandatangani Deklarasi berkenaan. Mohon dibuat perhimpynan mega utk tujuan ini di Kedah

jamil
Guest
jamil

Hampir kesemua cai cai Najib menuduh Tum hanya mementingkan diri sendiri. Kalau lah benar tuduhan itu tentu Tun mendiamkan diri atau ikut mengampu atau membodek Najib
Sebenarnya mereka yang terus menyokong dan bodek Najib lah yang petingkan diri sendiri

Anonymous
Guest
Anonymous

Bertambat ketar lututlah puak yang mengampu,nanti dua baskah atau lebeh berada didepan rumah TSMY pula sebagaimana yang terjadi pada TDM.Guna rasuah bagi menegakan benang basah.

Anonymous
Guest
Anonymous

sy org muda,…ini satu penghormatan besar untuk bangsa Johor kerana situasi ini akan tertulis dalam sejarah politik negara,…di mana negeri Johor Darul Takzim bakal menjadi nadi pengerak soladiriti rakyat,…gelombang gerakan ini dijangka akan memberi impak ke seluruh negara,…namun adalah merugikan jika gerak langkah berani dari TSMY dan Datuk Mukhkriz tidak disertai seluruh bangsa Johor,…sy berharap agar bersama2 lah kita berdiri seiring dengan perjuangan TSMY dan Datuk Mukhriz,…ayuh! bangun bangsa Johor,..berjuang lah bersama menentang ketirisan y berlaku dalam negara tercinta ini,…

PS-#beranikeranabenar

Anonymous
Guest
Anonymous

Melayu Johor?? Kahkahkah.. cakap la biaq teghang.. Melayu Indon.. malu nak mengaku ker hinggakan terpaksa rebranding?

Datang dari Indon.. menyusahkan satu semenanjung dan Borneo. Melayu Indon mg suka jadi ketua dan imam. Walaupun bacaan lintang pukang.. tetap nak jadi imam.

Tak caye? Gua duduk JB dan Skudai lebih 15 tahun.. gua tau la..

Anonymous
Guest
Anonymous

ayoh org melayu johor. beri sokongan padu. kita tumbangkan PENGKIANAT NEGARA MALAYSIA

Anonymous
Guest
Anonymous

Lihat la kelaku Najib, NanChot, MatMaslan, IshamLidahKontot sendiri. To nane a few.. MP-MP Melayu Indon ni mmg celaka.

Anonymous
Guest
Anonymous

sy org muda,…bangsa Johor bkn racist/perkauman,…bangsa Johor mewakili semua kaum,..

PS-berjuang untuk kebenaran x pilih warna kulit!

Anonymous
Guest
Anonymous

“Apa yang dikatakan persatuan (oleh Soekarno) sebenarnya tak lain dari per-sate-an. Daging kerbau, daging sapi, dan daging kambing disate jadi satu. Persatuan segala golongan ini sama artinya dengan mengorbankan asas masing-masing.”
― Mohammad Hatta, Republik Indonesia

Anonymous
Guest
Anonymous

Ayuh bangsa johor….demi waris dan kroni2 mahdey…
Kita sama2 jadi pemakan dedak….
Jangan lupa tanya muhdin yasin…dh berapa kali isu 1mdb diperjelaskan pd dia…lbh 50 Kali mesy my umno..
Tanya mudin…era mahdey ada org bising ttg dana yg presiden dapat???!!!

Anonymous
Guest
Anonymous

kekeke,…kalo 50 kali da jelaskan,…knp PAU 2015 TSMY x di benarkan berucap?,…knp mesyuarat lps TSMY x di jemput?.,,kemudian di gantung dari jawatan,…jikalau tiada angin,..masakan pokok boleh bergoncang,..kekeke

Anonymous
Guest
Anonymous

saya lihat org melayu ni BODOH. maaf cakap. everybody knows najib dah kesilapan BESAR dan tak boleh di ampun.
skrg ni org2 melayu bengong tak mahu ambil tindakan terhadap seirang PENDERHAKA BANGSA MELAYU.yg bernama NAJIB TUN ABD RAZAK.
Ayoh melayu. mari kita bersatu kita tumbangkan NAJIB.

NAJIB ADALAH SEORANG PENDERHAKA NEGARA MALAYSIA.

AYOH MELAYU KITA BERTINDAK SKRG….

Anonymous
Guest
Anonymous

Melayu ni bodoh bang.. mana la depa tau berbuat apa bang? Luncai ja melayu2 ni. Asal dari Indon.. bodoh pun mcm Indon. Nak tolong apa lagi???

Kecuali mereka yg banyak curi duit orang dan duit rakyat. Mereka disembah laksana Tohan.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anon 1304 kmu ni melayu atau indon?jaga la lobang ko tu

Anonymous
Guest
Anonymous

intelectual people in UK, mahadhir adalah seorang SAINTIS POLITIK.
mahadhir seorang pintar. AND PLEASE DONT UNDERESTIMATE THIS OLDMAN

Anonymous
Guest
Anonymous

we agree with u this old man is great.

Anonymous
Guest
Anonymous

Anu1031 tun bkn jibgo.tanya tunku tanya hussein tanya pak lalok siapa dr.m ni.klu tak tau dok diam.merapu je dlm blog.

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Adakah 'Najib akan merasa GERUN' kahkahkahkah

Ali
Guest
Ali

Aku dah ttangan,aku ahli umno tp dah keluar.malu dan benci.

Anonymous
Guest
Anonymous

deklabasi pembangkang ala mahathir..

Anonymous
Guest
Anonymous

Kenapa le najib ni sengal betul…hah??! Bukan susah pun jd perdana menteri yg dipuja puji oleh rakyat siang malam pagi petang…!! Cuba lantik aku jd PM malaysia… Perkara2 yg menyeronokkan rakyat aku akan buat:-1. Dengan kuasa yg ada pada aku sbg PM aku arahkan semua barang di kedai runcit…supermarket…hypermarket…turunkan harga barang sebanyak 50% dpd harga semasa. Beri tempoh selama 2 minggu. Jika ingkar kasi hukuman yg berat kepada para peniaga. Ha…kan otomatik rakyat malaysia jd senang. Kuasa beli bertambah. Ekonomi jd rancak…aparaaa tu pun tk leh hendel… 2. Aku sbg PM..akan usulkan hukum tembak kpd mana2 menteri atau pegawai kerajaan… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sya sokong 2.6 bilun x