JUTAAN TERIMA KASIH – 4 TAHUN, 10 JUTA PENGUNJUNG

Hari ini saya ingin memberi sedikit penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pembaca dan pengunjung blog ini. Sebabnya tidak lain ialah kerana saya ingin berkongsi rasa berikutan lewat malam tadi, jumlah pengunjungnya  kini sudah melebihi 10 juta sejak dimulakan pada tahun 2012, iaitu kira-kira 4 tahun yang lalu.
Saya boleh dikira agak lewat menulis di blog. Hanya setelah menerbitkan dua buah buku iaitu Najib Perdana Menteri Terakhir dan Kesilapan-Kesilapan Najib pada 2011, barulah saya mewujudkan blog shahbudindotcom ini pada awal tahun 2012 sebagai wadah untuk terus menulis dan melakukan sumbangan kecil kepada negara.
Sejak itu dan sehingga detik ini, selain saya sudah menerbitkan enam buah buku yang lima daripadanya meletakkan Najib sebagai sasaran dan satu lagi berkaitan isu Bank Rakyat, di blog ini pula saya sudah menulis sebanyak 1,396 rencana.
Bermula dengan menulis hanya satu rencana bagi setiap dua hari, kemudian satu rencana setiap hari, kini saya cuba meletakkan antara dua atau tiga penulisan sehari dengan tujuan memberi ulasan terkini mengenai perkembangan semasa dalam negara.
Sama seperti kebanyakan buku saya, tulisan di blog ini juga sebahagian besarnya adalah berkenaan Najib.
Sebagai penulis yang pertama dan terawal mengkritik Najib melalui buku pada 2011 dan kemudian berterusan dalam blog ini, harus diakui bahawa Perdana Menteri keenam negara sekarang sedang menjadi bahan cecehan, bukan saja dalam negara, bahkan juga di seluruh pelusuk dunia.
Ada orang bertanya, apakah kesan penulisan saya kepada Najib dan UMNO?
Sejujurnya, walaupun saya sering menjadikan Najib sebagai sasaran, saya tidak peduli sangat sama ada beliau membaca atau terkesan dengan penulisan dalam blog ini.
Begitu juga, pegawai di PMO dan mereka yang dekat dengan Najib. Yang menjadi keutamaan saya ialah rakyat dan pengundi. Melalui ulasan dan penulisan yang saya muatkan dalam blog ini, saya hanya ingin melihat lebih ramai rakyat bergerak seiring dan selangkah ke arah  perubahan dalam negara ini.
Najib telah membawa kesan yang buruk kepada negara. Perubahan sudah tidak dapat dielakkan lagi kerana budak-budak sekolah rendah pun tidak menyukainya lagi, apatah lagi orang dewasa dan mereka yang boleh menilai buruk baik secara terbuka.
Pilihan kita menjelang pilihanraya akan datang hanya dua – singkirkan Najib dan lakukan perubahan dalam pelbagai institusi dalam negara atau jika Najib ingin terus bertahan, tolak beliau bersekali dengan kapal UMNO dan BN.
Demi mencapai matlamat tersebut, yang saya percaya ia mampu menjelmakan keadaan lebih baik untuk rakyat, negara dan anak-anak cucu kita, saya sebagai insan kerdil dalam negara hanya ingin menjadi sebahagian penyumbang ke arah perubahan tersebut.
Oleh itu, jika pembaca dan pengunjung blog ini yang merupakan rakyat dan pengundi dapat memahami dan terkesan dengan penulisan saya dan kemudian sama-sam bertekad untuk membawa kebaikan kepada negara ini, ia sudah cukup membahagiakan saya.
Terima kasih kepada pembaca dan pengunjung yang terus menyokong blog ini, tidak kira sama ada di Malaysia, di luar negara atau di mana-mana, tanpa anda semua, siapalah saya.
Kalaulah saya kaya dan dalam akaun bank saya ada beribu-ribu juta, pasti saya akan hadiahkan sebiji kek kepada anda semua.  (SH 19/03/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

51
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousZakaria AliKhaeril Yusufahmad salehsribuat Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah bang din ..kalau kat US dah kaya dah ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Setelah tiga hari baru saya baca artikel ini. Seperti jangkaan, ramai pengunjung yang memberi ucapan taniah dan mengaku sebagai peminat setia. Oleh kerana tuan kata tuan membaca semua komen, saya ingin reserve kan penghargaan saya terhadap tuan. Saya mahu tuan terus menulis di blog tidak kira siapa pun yang jadi Perdana Menteri sekalipun Mat Sabu. Jika tuan terus memberi komen dan pandangan selepas ini, baru saya memberi penghargaan yang sangat tinggi pada tuan lebih-lebih lagi jika sahabat tuan Zahid Hamidi yang menjadi Perdana Menteri kelak. Ada penulis yang bersikap sederhana. Sana betul, yang sini pun betul. Dengan tidak menyebut nama… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah buat tuan Shah tapi harap juga tulisan tuan ini sampai ke pengetahuan ahli UMNO yang lain. Harap tuan dapat menarik ahli UMNO yang tegar supaya baca tulisan tuan. Biar mereka nampak bahawa parti UMNO dah teruk sangat

Anonymous
Guest
Anonymous

First class weblog tuan ni

Anonymous
Guest
Anonymous

Blog favourite wajib baca tiap2 pagi dan petang, sehebat blog dinturtle, apanama, the scribe dgn otsb.

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Syabas Tuan Shah……moga di lindungi Allah dan teruskan menulis

Zakaria Ali
Guest
Zakaria Ali

Syabas Tuan Shah……moga di lindungi Allah dan teruskan menulis

Khaeril Yusuf
Guest
Khaeril Yusuf

Saya sebagai rakyat Indonesia yg udah lma menetap Di kl.tak pernah bosan untuk membaca tulisan cik..teruskn untuk menulis

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah kerana berani menulis isu isu semasa.Terus menulis..kami suka membacanya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Terima kasih cik din.kalaulah saya ada 2.6 bilion, saya mahu buat 1 filem khas utk cik din yang bertajuk "si katak dibawah tempurung wall street jurnal".

ahmad saleh
Guest
ahmad saleh

Syabas…kipidap dongibab. Blog ini adalah antara beberapa blog menjadi candu pada saya.

sribuat
Guest
sribuat

Tahniah tuan… saya pengunjung setia blog tuan dan menanti2 posting tuan. Teruskan usaha dedah penyelewengan. Tidak kira Najib atau org lain.. BN atau parti lain..

sribuat
Guest
sribuat

Tahniah tuan… saya pengunjung setia blog tuan dan menanti2 posting tuan. Teruskan usaha dedah penyelewengan. Tidak kira Najib atau org lain.. BN atau parti lain..

delara
Guest
delara

Tahniah Encik Shahbudin, salah satu blog yg saya kena baca sekurang kurangnya sekali sehari. Kalau lama tak ada update, susah hati juga…manalah tau jadi apa x2 ke…atau dah pergi ke "darkside". Kalau saya putus asa dengan situasi di negara ni…bila baca blog En Shahbudin rasa terbakar semangat nak terus berjuang, walau tak lah nampak tapi tetap ada 🙂 …jadi tahniah 10 juta tu ramai, tak semua orang mampu. Semoga terus menulis…kalau saya kaya… saya jamu semua pengunjung blog ni nasi dagang terengganu mak saya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Maaf blog ini ikhlas dan tak pakai duit.jdi tak perlu kaya.terima kasih untuk nasi dagang..

delara
Guest
delara

Tahniah Encik Shahbudin, salah satu blog yg saya kena baca sekurang kurangnya sekali sehari. Kalau lama tak ada update, susah hati juga…manalah tau jadi apa x2 ke…atau dah pergi ke "darkside". Kalau saya putus asa dengan situasi di negara ni…bila baca blog En Shahbudin rasa terbakar semangat nak terus berjuang, walau tak lah nampak tapi tetap ada 🙂 …jadi tahniah 10 juta tu ramai, tak semua orang mampu. Semoga terus menulis…kalau saya kaya… saya jamu semua pengunjung blog ni nasi dagang terengganu mak saya…

Anonymous
Guest
Anonymous

Kipidap

tara ku cha cha
Guest
tara ku cha cha

Begini lah Budin: kalau saya jijik melihat najis pada muka saudara mara saya yang berUMNO Baru, adakah akan saya ambil pot sama ada hulubangang bugis tu terkesan dengan penulisan blog saya atau tidak?

Anak Kuching Jantan
Guest
Anak Kuching Jantan

Tahniah Sdra Shahbudin, baru dua tahun kebelakangan ini saya membaca tulisan saudara tanpa mengira dimana saya berada: di London, Amsterdam, Switzerland, Korea, Tokyo mahu pun di Scotland. Dan bulan lepas saya terus membaca semasa berada di London, Venice dan Paris. Biar saya tak Baca e Mel tetapi tulisan Sdra saya tak tinggal walau sehari pun. Syabas dan Tahniah. Saya baca kerana saya tau tulisan saudara adalah tulisan orang dalaman dan orang luaran, dua dalam satu. Keikhlasan tulisan saudara nyata terdampar dihadapan mata kita. Saya bukan orang UMNO tetapi saya nampak keruntuhan institusi Melayu ini di tangan pemimpin yang sediada. Sayang… Read more »

Anak Kuching Jantan
Guest
Anak Kuching Jantan

Tahniah Sdra Shahbudin, baru dua tahun kebelakangan ini saya membaca tulisan saudara tanpa mengira dimana saya berada: di London, Amsterdam, Switzerland, Korea, Tokyo mahu pun di Scotland. Dan bulan lepas saya terus membaca semasa berada di London, Venice dan Paris. Biar saya tak Baca e Mel tetapi tulisan Sdra saya tak tinggal walau sehari pun. Syabas dan Tahniah. Saya baca kerana saya tau tulisan saudara adalah tulisan orang dalaman dan orang luaran, dua dalam satu. Keikhlasan tulisan saudara nyata terdampar dihadapan mata kita. Saya bukan orang UMNO tetapi saya nampak keruntuhan institusi Melayu ini di tangan pemimpin yang sediada. Sayang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Salam. Syabas. Terima kasih. Semoga usaha Tuan untuk mencelikkan rakyat mendapat balasan yang baik dari Allah di dunia dan akhirat. Amin

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

T
Tk shah semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik berbalik kpd blok tuan walaupun ditulis secara sinis dan kratis tetai ia amat menyenangkan semoga diteruskan jgn takut kpd anjing2 yg menyalak tu biarkan kita mencari kebenaran

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

T
Tk shah semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik berbalik kpd blok tuan walaupun ditulis secara sinis dan kratis tetai ia amat menyenangkan semoga diteruskan jgn takut kpd anjing2 yg menyalak tu biarkan kita mencari kebenaran

Anonymous
Guest
Anonymous

Saya sentiasa berasa bimbang akan kehilangan blog2 pejuang rakyat seperti blog saudara ini yang menghadapi ancaman sekatan dari MCMC yang tuannya adalah Najib sedangkan blog2 pro Najib bermaharajalela. Namun adalah lebih bermakna bagi saya kalau blog saudara ini disekat kerana menentang Najib daripada kekal terbuka kerana menjadi penjilat Najib!

Ahmad Sahar
Guest
Ahmad Sahar

Syabas

Ahmad Sahar
Guest
Ahmad Sahar

Syabas

Cik Minah
Guest
Cik Minah

Tahniah En. Shahbudin.
Saya masuk blog tuan baru sebulan dua ni.
Bahkan saya aktif di blog-blog pun dalam sebulan dua ni.
Dulu saya guna Anon…..sekarang sayalah Cik Minah.
HEHEHEHE.
Saya suka ketawa dan sentiasa ketawa.
Kalau tak ketawa, hati saya sedih melihat perkembangan negara kita kebelakang ini. Ketawa jelah pengubat sedih di hati ni.
Saya tahu tuan baca semua komen penyumbang kerana
tuan layan permintaan saya pasal dividen Tabung Haji.
Hehehe…….Terima kasih banyak-banyak.
Selamat Maju Jaya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lama baca tulisan tuan shah….semoga terus maju tuan.

Anonymous
Guest
Anonymous

salam Che Din, please continue to write as i always look for your latest update in your blog. tak akan baca blog penjilat najib, tak akan baca utusan and tak akan tengok TV3 Suku.

Anonymous
Guest
Anonymous

Dah lama baca tulisan tuan shah….semoga terus maju tuan.

Al-Ahmad Othman
Guest
Al-Ahmad Othman

Alhamdulillah terima kasih Tuan shah atas sumbangan penulisan anda pada masyarakat Malaysia,kami rakyat ni hanyalah pembaca blog yg berkongsi masalah dengan rakan yg lain,tapi tuan kami anggap sebagai ketua (mewakili rakyat bawahan) yg mengepalai suara kami untuk di dengar oleh mereka yg bergelar pemimpin,selagi mereka boleh dengar suara kami dan (selagi mereka berhati perut).Pada siapa yang kami nak harapkan lagi? golongan Agama? Bangsawan?Parti yg aliran Agama pun macam dah nak sama-sama tenggelam. Allah menilai penulisan Tuan selagi tuan menulis perkara yg benar&Hak, menulis perkara yg mewakili rakyat yg ditindas, besar Jasa Tuan pada masyarakat bawahan seperti kami.Moga jasa tuan menulis… Read more »

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Tahniah tuan tanah. Dulu aku singgah-singgah jenguk saja, baru seminggu dua ni mula mencece di sini… Sebab aku rasa selesa… Bukan sebab sehaluan, tapi sebab suasana dan topik yg terkini (dulu aku di Helen Ang, amoi Cina yg jadi UMNO totok). Semoga aku terus selesa di sini, pakat2 baling idea utk kesejahteraan negara.

'Kalaulah saya kaya dan dalam akaun bank saya ada beribu-ribu juta, pasti saya akan hadiahkan sebiji kek kepada anda semua.'
Kalau baru ada 10 juta pun kena keluar zakat jugak… heh heh heh…

Anyway, tahniah. Semoga lagi kuat semangatmu utk menulis.

Anonymous
Guest
Anonymous

13.33 alahai tuan, nak gugur jantung saya bila Tn kata nak carikan isteri lagi satu untuk tn shah,yg persis kak mah! Lemah jantung saya Tn!!

abrarmujahideen
Guest
abrarmujahideen

Salute beristiqamah pencerahan minda yg tertutup.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalam. Tahniah shah. Terima kasih kerana berkongsi ilmu dan memberi ruang dan peluang kpd kami dlm blog ini.
Yang benar tetap benar. Apa bila dtg yg benar yg bathil pasti akan hancur.Yg bersubahat dan yg bersekongkol paling tidak akan turut melecur.
Selamat berkarya shah.

Anonymous
Guest
Anonymous

saya jg peminat tegar blog anda & teruskan perjuangan yg murni ini. hukum kebenaran akan terus berjalan

faizan
Guest
faizan

tahniah…blog saudara memang dah jd santapan saya setiap hari untuk setahun yg lalu

Abu Bakar
Guest
Abu Bakar

Syabas!

Abu Bakar
Guest
Abu Bakar

Syabas!

Ahmad Nizar
Guest
Ahmad Nizar

Teruskan..terus menulis

Unknown
Guest
Unknown

Teruskan..terus menulis

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah shah…kalau saya pun ada beribu juta dlm bank dah lama saya carikan bini Persis rosmah untuk shah tambah lagi satu cawangan agar bertambah semangat shah menulis…ha-ha

(Nak kena minta maaf seperti yang dilakukan adnan satem ke??)

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah shabudin.com blog favorit sya.terima kasih utk menghibur dan menyedarkan rakyat dgn gaya tulisan tuan shah.im4u

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu tuan Shahbudin,memakan dedak dia tak ingin,tujuan PM ditiup ingin, Najib baca dia dok penin.

Ada satu matlamat yang sama, tuan Shahbudin membuka Minda, bersatu kita selamatkan negara, terima kasih usaha yang mulia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Salaam shah;
Betul la tu,samaada dia nak baca atau tidak apa ada pasal….kecuali hobinya membaca!
Yg penting penyampaian maklumat. Dlm banyak2 artikel takkan takde yg BENAR…kan? Sebenarnya bukan hanya najib di sasarkan….keseluruhan kabinet kayu beliau. Apa pun zaman pentadbiran TDM adalah saat gemilang negara,tiada PENAFIAN. Itupun kpd mereka yg bijak,kpd pemakan Dedak…?
Tahniah shah,cuma nak tanya jugak…komen2 ni hang baca tak? Pasal dlm banyak2 komen, saya perhatikan ada yg lebih bernas dan lebih bernilai dari apa yg terkeluar dari mulut menteri2 angguk ni.FAKTA.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tahniah dan syabas kepada shahbudindotcom kerana berani mendedahkan salahlaku, salahguna kuasa dan skandal pihak berkuasa.

Di akhir zaman ini terdapat pelbagai bentuk balaci upahan yang menjadi penjilat pemimpin-pemimpin politik yang tidak bermoral dan mereka dibayar seringgit dua untuk mengampu pemimpin dan menyebarkan fitnah dan mengelirukan dan menipu rakyat.

Oleh sebab itu, kita memerlukan website seperti shahbudindotcom untuk menegakkan kebenaran dan membela hak dan kebajikan rakyat yang sedang hidup menderita kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dan tol dll yang disebabkan oleh dasar kerajaan.

Daniel Adam
Guest
Daniel Adam

Tahniah Tn Shahbudin dan selaku follower setia blod dan tulisan2 tuan, saya yakin sumbangan ikhlas tuan untuk melihat Malaysia Baru yang lebih bermakna ikut dihargai ramai lagi rakyat Malaysia yang mskin resah gelisah dan dihimpit susah dengan cara pembawaan pimpinan negara di bawah Najib Razak. Kegagalan menjatuhkan regim Najib akan membawa Malaysia lebih hampir ke jurang kemusnahan. Hutang negara yang hampir mencapai tahap bahaya akibat kebocoran aset negara akubat pelbagai skandal dan amalan korupsi yg ditutup oleh amalan pemerkosaan undang2 dan institusi perundangan, menjadikan Malaysia bagsikan telur di hujung tanduk malah menjerumuskan maruah Malaysia sebagai antara 10 buah negara yang… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

kekeke,..tahniah admin,..cantek dan setuju sgt,..buat kek besar2,…pastu buh 4 juta lilin,…setiap pengomen tiup 1 lilin,…tiup je,…jgn jd 'penjilat'….kekeke

Anonymous
Guest
Anonymous

Haha Budin.. hang jgn dok pi mengai ikan lagi kat Kenyir.. boleh kurus kering kami x dpt baca blog hang ni..

Kalo saya ada beribu2 juta dlm akaun bank.. nescaya setiap tulisan hang akan saya bagi RM10 setiap kali disiarkan.

ELBI RISALAH
Guest
ELBI RISALAH

Seperti juga rakan2 lain saya tak kaya nak bagi duit kepada sesiapa. Saya cuma ada mempunyai (2) ' blog ' untuk menyebarluas pendapat dan komen saudara kepada umum. Harap dapat ' dihalalkan ' tulisan2 saudara yang tersiar dalam blog saya. Saya tidak dapat untung apa2 dari tulisan saudara yahg disiarkan itu. KepadaNYA saya serahkan membalasnya. Selamat menulis selagi keyboard masih boleh diketuk !