KONGRES RAKYAT DI SACC SHAH ALAM, TUNJUKKAN KOMITMEN DENGAN HANYA RM10 SETIAP SEORANG

Tengahari tadi Zaid Ibrahim telah mengadakan sidang akhbar mengumumkan secara terperinci program Kongres Rakyat yang akan diadakan pada 27 Mac depan.
Turut hadir dalam sidang akhbar di kediaman Zaid itu ialah Mahfuz Omar, Teresa Kok, Ambiga Sreenevasan, Tamrin Ghafar, Khairuddin Abu Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Dr Marzuki.
Secara rasmi, Kongres Rakyat yang bertema “Selamatkan Malaysia” adalah program tertutup dan bukannya perhimpunan terbuka sebagaimana andaian sesetengah pihak,  akan diadakan di SACC atau Shah Alam Convention Centre bermula jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang.
Ucaptama akan disampaikan oleh Tun Mahathir Mohamad, manakala antara pembahas ialah Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir, semua pemimpin utama parti-parti dalam Pakatan Harapan serta pemimpin masyarakat sivil yang kini sudah berganding bahu untuk menyelamatkan negara ini.
Zaid juga mengumumkan bahawa selepas Kongres Rakyat di Shah Alam itu nanti, pihaknya akan turun ke negeri-negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara untuk menerangkan matlamat program “Selamatkan Malaysia”  sambil berusaha mendapatkan sebanyak mungkin tandatangan terhadap Deklarasi Rakyat yang sudah diumumkan sebelum ini.
“Kesemua program di peringkat negeri telah mendapat persetujuan untuk kehadiran Tun Mahathir dan tarikh-tarikhnya akan diumumkan kemudian oleh pihak sekretariat,” jelas Zaid lagi.
Untuk tujuan melibatkan komitmen rakyat dalam program “Selamatkan Malaysia”  ini, Zaid juga mengumumkan  sebuah tabung telah dibuka untuk setiap warganegara yang prihatin menyumbang sebanyak RM10 bagi tujuan murni itu.
“Selain kita mahu program ini dekat dan melibatkan komitmen rakyat, kita juga tidak ada Jho Low atau Putera Raja Arab yang sedia memberi derma dalam amaun yang besar kepada kita,” kata Zaid berseloroh.
Menurut beliau, derma yang diperolehi nanti akan digunakan untuk program-program yang bakal dijalankan, namun yang penting ialah untuk melihat komitmen rakyat terhadap semangat perubahan dan pembaharuan dalam negara ini.
“Katalah kita dapat mengumpulkan komitmen sejuta orang yang sedia menyumbang RM10 setiap seorang dan dengan jumlah RM10 juta yang dapat dikumpul itu sudah memberi erti yang sangat besar dari segi keinginan rakyat terhadap perubahan dan pembaharuan yang kita sama-sama perjuangkan,” tegasnya dengan penuh semangat.
Selain tabung-tabung akan digerakkan semasa Kongres Rakyat di SACC dan di semua program anjurannya nanti, Zaid juga memberitahu, beliau bersama Syed Azman dan seorang akauntan telah membuka akaun atas nama GREAT COUNTRY VENTURE di CIMB BANK dengan nombor akaun 8007-9444-02 untuk kemudahan orangramai menyalurkan derma mereka.
Ahh…bukan banyak mana pun, cuma RM10 saja. (SH 17/03/2016).
Kongsikan artikel ini
Updated: 26 March 2019 — 1:38 pm

40
Leave a Reply

avatar
0 Comment authors
AnonymousQalamQabutNordinabilaHMali Muyungmustapa m said Recent comment authors

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

  Subscribe  
newest oldest
Notify of
Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamualaikum….tumpang bertanya,bolehkah individu biasa hadir sama ke perjumpaan deklarasi rakyat pada 27 mac ini?Terima kasih.

Anonymous
Guest
Anonymous

Assalamualaikum saya bersetuju najib letak jawatan dan digantikan dengan sesiapa saja yang layak. tapi tetap diperintah oleh umno bn nanti pilihanraya kita tentang bn jugak boleh ke kita tawan putrajaya pru 14 nanti. sekarang masa yang paling baik untuk menjatuhkan bn dengan kelemahan najib rakyat telah beralin kepada pembangkang. jangan lepaskan peluang untuk jatuhkan umno buat usul undi tidak percaya dan bubalkan parlimen dengan cara ini lebih besar kesannya gunakan pengaruh ahli parlimen mohon agung bubarkan parlimen. najib jatuh umno akan kuat balik dan peluang untuk menang pru akan lebih sukar. moga allah melindungi kita semua

Anonymous
Guest
Anonymous

saya dgn ikhlas nya mnderma sekeluarga 80.00 utk 8 org ..ini saja sumbangan saya.

Anonymous
Guest
Anonymous

Ikut resmi pas siku lutot, pakai tin milo apabilpunggut derma.tin milo melambangkan semangat undang2 hudud pas.

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Insyaallah saya akan hadir utk bersama menentang kemungkaran rasuah salah guna kuasa penyelewengan menentang pembodek serta anjing2 yg bermaharajalela dan pemimpin yg angkuh dan tak tahu halal haram dan menghalalkan segala kemungkaran aaaammmiiinnnnnn

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Rasanya atas jemputan saja kot. Tapi kalau dah boleh hadir tu alhamdulillah… Jangan lupa cerita dekat kami kat luar ni, ok…

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Aku rasa tak perlu kita persoal pasal objektif dan plan buat masa ni. Mungkin akan ada penerangan dalam perjumpaan 27hb tu nanti. Kita pun tak mau cerita banyak buat masa ni, biar AhJib Go terima sebiji demi sebiji penangan kita dengan kejutan. Dan kita tak perlu buat analisis mengenai siapa Zaid, siapa siapa2 lagi yg berada bersama Tun M. Kita boleh perhati saja buat masa ini, biar dema usaha sebaik yg mungkin. Yg penting tujuan kita nak undurkan AhJib Go ialah kerana dia kurap korup, bukan sebab dia Presiden UMNO. Kalau ada kurap korup dalam barisan Tun M pun, kita… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Walaupun RM 10 ini tak ada hal langsung, yang penting adalah untuk apa dan bagaimana wang ini akan digunakan. Setiap kutipan itu mesti ada objektif dan pelan. Ini saya tidak lihat daripada Zaid. Jadi saudara Zaid, sila kemukakan dahulu maklumat ini sebelum membuat permintaan.

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Salam Anon 11:26. Kamu faham tak tulisan aku dlm BAHASA MELAYU ni… >>> Insyaallah bagi aku dan rakyat jelata yg papa kedana ni, dapat BR1M nanti kami akan sumbangkan bahagian kami dengan penuh keikhlasan, sebagai tanda sokongan dan pengorbanan kami kepada tanahair tercinta. Kami pun tak mau tersisih atau terpinggir dalam perjuangan ini. >>> Bagi yg berada tolong jangan pandang remeh atau sinis cerita aku ni. Itu hakikat yg ramai dari kita hadapi, tak kira di bandar besar atau kecil. Tetapi hati dan jiwa kami tetap mahu melihat Malaysia maju, aman dan damai. JANGAN HINA kami hanya kerana kami tak… Read more »

QalamQabut
Guest
QalamQabut

'Jika kamu sayangkan negara ini, sumbangkan RM10' Itu kata Zaid. Ini kata aku 'Jika kamu sayangkan negara ini, sumbanglah 1 juta'. Aku yakin sebahagian dari penandatangan awal di Deklarasi Rakyat' itu mampu hulurkan wang sebanyak itu. Tak ada masalah bagi dema menderma. Lebih dari 10 juta pun boleh dapat. Insyaallah bagi aku dan rakyat jelata yg papa kedana ni, dapat BR1M nanti kami akan sumbangkan bahagian kami dengan penuh keikhlasan, sebagai tanda sokongan dan pengorbanan kami kepada tanahair tercinta. Kami pun tak mau tersisih atau terpinggir dalam perjuangan ini. Bagi dema yg boleh hulur 1 juta tu memang tak jadi… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Skrang baru tahu mengapa Hadi tubuh blok baru Pas-Ikatan. Sebab, Zaid tak jemput dia hadir pada 27Mach. Nanti dia bolih bgthu semua orang, dia tak pergi kongres 27Mach sebab Kadir pergi bgpihak Pas-Ikatan.
Org2 cerdik tak akan jemput Hadi hadir dlm pakatan2 yg memperjuangkan hak rakyat.

Anonymous
Guest
Anonymous

sumbang abis duit br1m

NordinabilaH
Guest
NordinabilaH

Insyaallah saya akan hadir utk bersama menentang kemungkaran rasuah salah guna kuasa penyelewengan menentang pembodek serta anjing2 yg bermaharajalela dan pemimpin yg angkuh dan tak tahu halal haram dan menghalalkan segala kemungkaran aaaammmiiinnnnnn

Anonymous
Guest
Anonymous

Ada satu haiwan Baghal, rupa dia macam keldai, sepuluh ringgit tak jadi hal, selamatkan negara dari tergadai.

Ada satu harapan rakyat, untuk melihat negara selamat, negara carik di siat siat, diberi amanah pemimpin khianat.

Anonymous
Guest
Anonymous

Begitulah hebatnya Toyol Negara

Anonymous
Guest
Anonymous

sy org muda,…x pandai politik pun,…kalo kire jasa2 Tun kepada Malaysia selama ini,…dibandingkan dengan jasa2 kita semua rakyat Malaysia,…rasanya tersipu2 kite nak bgtau apa jasa yang kita dah buat kepada negara,…Sebabkan Tun M,. 1 dunia kenal Malaysia sebelum ni sebagai 'harimau asia',…kukuh ekonomi,..tegas dengan dasar2 sendiri,…sy bangga masa zaman sekolah,…chatting/gaming online ngan awek2,kwn2 luar negara,kebanyakkan puji Malaysia,puji Tun M,….sedangkan Tun bkn Pm dorg,…skrg da beza,..sy nk chat dgn dorg pun sy da segan,…hee,..asal sebut Malaysia je kena gelak,..kena tanya pasal billion,..ape nak jwb,..?,..jawapan pn sy x jelas,…hee,..untuk mengenang jasa Tun M,..insyaAllah sy akan hulur,…walaupun sy bukan kaya,…ikut matematik,…sehari bule byr… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Setiap rakyat menyumbang kepada negara. Sebab itu ada hari guru, hari buruh dan hari kemerdekaan.

Rakyat yang taat dan hormat pada undang-undang adalah satu jasa. Rakyat yang bayar cukai adalah satu jasa.

Nak banding Mahathir kena bandingkan dengan Najib.

Anonymous
Guest
Anonymous

Agak2 kena cukai tak?

Nanti fatwa keluar "Bahawasanya mengumpul dana untuk menggulingkan pemerintah adalah HARAM" hahaha.

NajibijaN ni semua boleh buat. Fatwa boleh, ulama' alamak boleh control.

Korang tunggu jelah. Mufti setiap negeri pun sibuk jaga PERUT je.

Mangkuk2 ustaz ni sibuk ajar orang syurga neraka, dosa pahala, bila ada pemimpin HARAM JADAH tak pulak gi sekolahkan dorang ni.

BODOH PIANG™

Anonymous
Guest
Anonymous

Anak mahdey kan kaya raya…
Kroni2 mahdey kan kaya raya…
Mintak jer dpd mrk….

Mcm berlakon jer korang..
Mcm dapigs buat jualan mkn amal tapi sebenarnya dana yahudi lbh rm1billion.
Tak payah berlakon bagai lah…ptuiihhhh

mustapa m said
Guest
mustapa m said

Insya Allah

Anonymous
Guest
Anonymous

Ramai pemimpin hipokrit akan menyertai perhimpunan 27 Mac. Masing-masing cuba untuk menyelamatkan muka sendiri, kononnya telah mencapai kerjasama?

Matt Dann
Guest
Matt Dann

Bgi rakyat mcm aku 10rggt tu nilainya CMA mcm 1rgt stu msa dlu..skrg ni nilai mcm tu skali bli mkn dh hbis..tapi untuk pengetahuan, ada rakyat mcm aku kdg2 trpksa ikat perut nk mkn sdap2 SB duit XDA..sdgkn bila ada kerja dpt gji pun nk bli untuk ank isteri msih x ckup SB nilai duit dh x mcm dulu,INI kan bila dh XDA kerja..bayangkan keluarga yg ada anak rmai klu gji bwah 2000 duduk KT bandar mcm Di klu ni…

QalamQabut
Guest
QalamQabut

Matt Dann, aku dah cakap bagi pihak kamu. Jangan minta sedekah dengan rakyat, lebih2 lagi di awal2 ni. Banyak lagi manusia2 perut buncit yg ada di situ, tunjukkan lah pengorbanan dema dulu, insyaallah kita akan ikut di belakang. Dema takde 10 ribu dalam kocek dah rasa susah sangat, kita tinggal 10 ringgit dalam bank dema tak boleh ambik faham. Demi agama, bangsa dan tanahair, memang kita sanggup berkorban, tapi dlm masa yg sama tak sanggup pulak nak ikat perut anak bini kita. Tu yg sedih tu. Aku rasa kalau setakat 10juta tu kutip sesama AJK pun boleh dapat lebih (itupun… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Nanti lah… dapat BR1M nanti aku dermakan 10 inggit. Tu pun kalau ada lebih… Mokhzani ngan Mirzan tak boleh kasi pinjam aku 10 inggit sorang ker?

Anonymous
Guest
Anonymous

Buat apa nak hak orang. Hak kita pun ada kalau setakat RM10 tu. Janji kita ikhlas ikut rezeki masing2. Lagi pi kalau apa2 terjadi kepada negara ni kita yg mampuih dulu sebab kita tak tempat nak lari. Najib dah tentu bersemayam di istana besan dia.

Anonymous
Guest
Anonymous

Tidak ada paksaan.

Dah tahu tak mampu. Diam.

Tujuan Selamatkan Malaysia ia lah supaya nilai duit kembali naik juga.

Jangan samakan usaha untuk melibatkan rakyat sebagai sedekah. Nak lawan RM 2.6 billion dengan RM 10 juta bukan setakat duit tapi semangat dan pengorbanan rakyat jiga di tuntut.

Dah tahu susah dan terhimpit dengan cara UMNO tapi masih tidak buat apa-apa. Tak sudah-sudah mengeluh.

Jangan jadikan RM 10 sebagai isu.

Anonymous
Guest
Anonymous

Rm2.6b pernah diakui oleh muhdin yasin adalah hak presiden utk cari dana.Ia adalah amalan biasa semasa mahdey jd presiden dulu.
Hehehe….ITU kata2 muhdin sblm berpakat dgn anjeng penyalak yg gila menyalak demi menyelamatkan lubuk emas waris dan kroni yg ada yg "diambilbalik" oleh 1mdb.
Hehehe…mgkin muhdin dijanjikan jwtn sbg pm sblm diambil oleh waris dia yg pernah jd mb part time.Iyelah part time tu….sekejap di alor star…sekejap jenguk famili n bisnes di kl….
Keja2 dilakukan oleh org yg tak ada pengalaman…patut pon kena singkir

Jaffar MOHD YUNOS
Guest
Jaffar MOHD YUNOS

ROADSHOW DEKLARASI RAKYAT – DAPATKAN T.T. MINTA D.S. NAJIB LETAK JAWATAN & MINTA WAKIL RAKYAT SETEMPAT UNDI TAK PERCAYA TERHADAP D.S. NAJIB DI PARLIMEN

Anonymous
Guest
Anonymous

Mahfuz buat selamba saja.
Cakap Hj Hadi sikit pun tak laku.

RM 10 aku untuk Mahfuz. Kalau ada Husam tambah lagi RM 10.

Anonymous
Guest
Anonymous

Takkan lah tuan gundu lebai marang nak marah mahfuz, …inikan termasuk cara politik natang.

Jaffar MOHD YUNOS
Guest
Jaffar MOHD YUNOS

SAYA PUN INGIN SUMBANG – TLG BUKA JUGA AKAUN DI BANK2 LAIN – SEPERTI MAYBANK2U – SENANG BUAT TRANSFER ONLINE

Jaffar MOHD YUNOS
Guest
Jaffar MOHD YUNOS

SAYA PUN INGIN SUMBANG – TLG BUKA JUGA AKAUN DI BANK2 LAIN – SEPERTI MAYBANK2U – SENANG BUAT TRANSFER ONLINE

Anonymous
Guest
Anonymous

Mmg tak banyak mana…..utk komitmen.Jika saya ditempat mereka2 pihak yg berada di saf depan tu…dan berpoket tebal,TAK PERLU DERMA! Saya sumbangkan 10juta utk 1juta tandatangan. Apa barang 10 juta jika dlm bank atau bank itu saya yg punya?Logik tak logik? Demi maruah….agama bangsa dan negara!Ramai kan jutawan melayu yg bengang dgn kes ni kan….so bak kata Tun sepatah….KITA semua akan pergi meninggalkan dunia ini,jadi nak bawak kemana duit banyak2 tu? RAKYAT dah lama berkorban memberi kalian kedudukan yg amat selesa….hanya sekali RAKYAT nak minta,takkan tak boleh kan? Cuba kalian renungkan….Percaya tak semua tu berstatus 6 bintang? Korban la sikit….LEBIH DARI… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Sepuluh riggit makan 3x sehari lauk telor dan bendi sya derma utk tun.m dkk untuk malaysia yg lebih baik.

lufang
Guest
lufang

Manyak kesian maa aaa ,apa macam mau lawan maa aa ,luai po tatak ada lor rr.

'Cash is the king ' ini zaman maemang itu macam maa aa ,tatak wang apa mau buat .

Kasi seru sama semua Malaysia punya rakyat ,yang ingin kebenarlan mau kasi tolong maa aa .

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Insha Allah kalau turun KK nanti saya derma.
Tak banyak mana pun.
All the best guys.

Mali Muyung
Guest
Mali Muyung

Insha Allah kalau turun KK nanti saya derma.
Tak banyak mana pun.
All the best guys.

Anonymous
Guest
Anonymous

10 juta?? Kecik ja nilai tu.. anak2 Mahathir pun boleh bagi.. mcm sepuluh sen ja pd derang..dulu dah banyak duit rakyat depa rembat.. projek kapal la.. beli dan bina kilang arak la.. Minta lagi kat Vincent Tan, Syed Mokhtar.. sumer ni kroni2 mahathir.. berapa banyak lagi duit rakyat nak sapuuu.. Duit pencen menteri2, senator2, MP2 dan PM..bukan sikit ya.. kenapa minta lagi duit rakyat yg maha bodoh ni?? Tak cukup lagi ka dgn beban Najib dan BN merembat?? Parti2 pembangkang pun turut kutip duit orang ramai jugak.. Kat BN..rakyat dipaksa bayar..RESULT = YILLEK. Kat pembangkang pun sama..rakyat tak dpt apa2..YILLEK.… Read more »

Anonymous
Guest
Anonymous

Tidak ada masalah nak dapat derma 10 juta. Kalau tak dapat 10, dapat 3 juta pun boleh dikira cukup.

Ada orang kaya jutawan boleh bina sebuah mesjid tanpa sumbangan dari sumber lain. Tetapi dia perlu berkongsi kerja baik ini dengan semua orang.

Menyelamatkan Malaysia ada lah kerja baik. Kita di beri peluang untuk turut sama berkongsi sama-sama.

Apakah yang si maksudkan 'rakyat tidak dapat apa'? Saya turut memberi sumbangan wang pada parti PAS dan sekarang PAS berpaling tadah, adakah saya 'tidak dapat apa'? Apakah bila di beri duit mesti dapat duit. Adakah duit menjadi makna kehidupan ini ?

Tolong lah cermin kan diri.

Anonymous
Guest
Anonymous

Nak selamatkan Malaysia dpd sapa???!!!Najib ker….
Buatlah laporan polis klu dh cukup bukti…nak takut APA!!!!!
Errrrrr atau nak selamatkan Malaysia dpd penyamun legasi 22 tahun yg gila meroyan menyelamat lubuk emas waris dan kroni.
Dpd aku sumbangkan rm10…suruh ler Anak mahdey lelong separuh aset keta dia bernilai lbh rm30 juta utk kempen korang.Atau mahdey lelong 1 dpd 8 buah rumah agam dia utk selamatkan Malaysia…hehehe